walk on wings, tread in air: Produk Sampah atau...? <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>





SEARCH

CONTACT ME

Diana Ishak @ Green Apple
aveo757@yahoo.com
See my complete profile

TRAFFIC
Visitor Counter
TESTIMONI GREENAARD


Produk Sampah atau...?
2019-04-03


A few days ago lalu kat highway, nampak billboard Appeton Teen Grow.
Aku macam....wahhhh, Appeton pun ada jual ubat tinggi?
Selama ni aku tengok orang dok promote ubat tinggi kat IG.
Ramai yang kata produk tu produk sampah, eh alih-alih Appeton pun buat ubat tinggi.

So the question here, kenapa Appeton buat ubat tinggi tak kena kecam?

Kenapa orang lain buat ubat tinggi kena kecam produk sampah?

Adakah sebab Appeton produk farmasi maka apabenda dia release semua ok?

Ok jawapannya senang.
Sebab, Appeton tak overclaim!
Dia bagi statement general "specially cater for teenagers 11-19 years old for preventing nutrient deficiency and help them to reach their maximum height and grow healthier".

Ye, aku tau Appeton tu nama besar, tak buat hard sell pun orang beli.
Tapi tak bermakna sebagai produk baru, kita kena buat statement over the top semata-mata nak marketkan brand and lakukan produk.
Aku naik muak dengan some so-called "sifu" and "mentor" yang ajar new entrepreneur marketing merepek-repek.
Buat benda-benda bodoh pun ok katanya sebab itu zero marketing cost.
Controversy is ok katanya, increase followers.
Spamming pun ok, itu brand awareness katanya.
Sebab tu ramai anggap produk-produk local ni produk sampah sebab cara market pun sampah.
Padahal boleh jadi produk tu gunakan formula and ingredient yang sama dengan Appeton Teen Grow, tapi disebabkan cara penyampaian tu buat orang meluat, maka produk tu dianggap produk sampah.

Kat IG ada screenshot conversation aku dengan customer Biotech.
Dia nak produce food supplement.
And insyallah dia nak come out with skin care product yang guna probiotics.

So apa akan jadi dengan produk-produk research macam ni bila release kat market nanti.
Adekah ini juga kategori produk sampah?

Orang kat luar mungkin tak nampak how biotechnologist like us work hard perah otak untuk produce research-based product, baca jurnal, contact researcher dari local and overseas untuk get more info tentang research dorang, buat reading macam nak buat thesis, lepas tu RnD sampai jadi.
Kalau buat final year project, tak dapat positive result pun takpe, sebab dalam dunia research, result positif atau negatif masih lagi dinamakan sebuah result.
Tapi bila researcher nak buat produk untuk orang lain beli and guna, the RnD mesti sampai JADI.
Bila dah jadi, tup tup orang kata itu produk sampah.

Tapi aku tak salahkan orang awam.
Dorang mungkin tak tau ada di antara produk-produk "sampah" ni adalah produk reserach yang diusahakan oleh biotechnologist sendiri.
Cuma biotechnologist selalunya takde title Dr jadi kurang convincing sikit di mata orang awam.
Hakikatnya biotechnologist adalah orang belakang tabir yang come out with formula baru untuk hasilkan produk baru.

Contoh sorang customer aku buat bisnes cili hidup.
Dari zaman dia buat Masters sampai PhD, tak abis-abis research pasal cili.
Now hari-hari up gambar cili.
Sekali imbas orang tengok macam peladang jaya tapi she is a biotechnologist yang produce good cili.

Masa aku plan nak come out with GC Plus, a year before that, ada sorang budak Masters UPM buat research tentang effect Garcinia Cambogia kepada weight loss.
Aku follow rapat-rapat budak tu punya research sebab masa tu aku dah pasang plan nak keluarkan produk.
Dia buat macam-macam test.

- mula extract GC untuk ambik HCA.

- then test kat human.

- human divide pada gender.

- gender divide pada age.

- age divide pada healthy and not healthy.

- healthy divide lagi pada active atau sedentary.

- pastu campurkan GC dengan a few herbs, then test balik semula.

- pastu increase HCA percentage stage by stage.

Gila punya banyak kerja.
Tapi hasilnya, it is proven memang GC ada impak pada weight loss.
So we were very happy.
Tapi bila bawa keluar ke market, selamba je orang label - produk sampah.
Adehhh, letih.

Bila aku bersembang dengan customer-customer Biotech tentang GreenAard, aku macam terasa berada di dunia yang lain.
Sebab dorang pun biotechnologist, jadi dorang faham apa yang aku produce.
Kiranya aku tak payah nak explain sangat.
Contoh, aku cakap aku produce powder form supplement yang tak guna collagen tapi can increase collagen naturally dalam badan (Gloei).
Dorang selalunya akan tanya apa bahan yang aku guna.
Bila aku sebut some bahan yang ada dalam Gloei, terus dorang "Ok ok I get it. Memang ada kaitan ingredient yang you guna tu".
Because they know the connection.

Kalau sembang dengan orang yang tak tau kebenda [tapi suka kondem], ya ampunnnnn boleh sakit otak melayan.
Tapi takpe, aku tak salahkan dorang sepenuhnya.
Aku faham, ini semua impak dari "produk-produk sampah" yang melambak kat pasaran.
That's why dorang sceptical.

Honestly aku sendiri tak sure samada produk-produk yang dilabel sebagai produk sampah tu adalah benar-benar sampah atau marketing yang sampah.
Maybe ada juga produk yang sampah, tapi aku yakin kebanyakkannya bukan salah produk tapi perangai orang yang me-memarket-kan tu yang sampah.

That's why nak recruit agen bukan boleh main letak target "Saya nak recruit 1000 agen".
It is not about quantity tapi quality.
Ya aku tau semua pun nak kaya cepat that's why aim untuk tambah agen je kejenya.
Tapi, tak boleh ambik sebarang-sebarang agen untuk distribute supplement and health product.
Kalau cosmetic takpe, not so technical.
Kalau ambik sebarang-sebarang agen, their focus selalunya bukan untuk educate people but to sell only.
Some of them takde initiative to learn product knowledge pun.
Bila customer tanya, semua dia jawab boleh.
Kat sinilah punca-punca "produk sampah".
Kadang-kadang produk tu tak sampah pun, tapi yang menjual tu yang jadikan produk tu macam sampah.

Video bawah ni explanation aku untuk yang bertanya "boleh ke tak ambil GC Plus at the same time ambil fat burner".
Aku malas nak buat post tentang ni karang blog aku jadi blog ilmiah, so aku buat video, senang.




posted by Diana Ishak @ 9:28 AM  
Newer›  ‹Older

ADVERTISING



FOLLOW ME



MY BRAND




LABELS



MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
TEMPLATE by


BLOGGER