2019-04-01

30 years



Hari ni 1 April.

Sebagaimana 1 April yang sebelum-sebelumnya, sepatutnya hari ni aku cuti sebab today anniversary Leslie yang ke 16.
Aku always mencutikan diri aku setiap kali anniversary Leslie and birthday dia [12 September].
Lama gila dah Leslie mati, tapi fresh lagi kat kepala aku macamana aku baca berita kematian dia kat surat khabar, front page.

Tahun 2003, aku tak rasa internet dah digunakan dengan meluas.
Entah, aku tak ingat.
Yang aku tau time tu belum ada smartphone, jadi news-news gempar macam ni tak dapat diterima dengan cepat, kena tunggu keluar paper baru dapat tau cerita.
Waktu tu aku keje kat Prudential HQ di Jalan Sultan Ismail.
Colleague aku ramai cina.
Masuk-masuk ofis dengar dorang bersembang pasal Leslie.
Dorang semua jenis bersembang cakap omputih so dari kejauhan aku dah dengar perkataan "Leslie".
Aku toleh kat kawan sebelah aku, also a Chinese.

Aku tanya "Eh, dorang cakap pasal Leslie Cheung ke? Apesal?"

Kawan aku pelik aku kenal Leslie, "You kenal ke? Dia mati bunuh diri"

Terus berpinar kejap mata aku, serius macam nak tumbang.
Aku capai paper, tak ingat paper apa, tapi paper Melayu, muka depan ruang sebelah kanan ada gambar dia and story pasal bunuh diri.
Sambil buat keje sambil menangis sepanjang hari tu macamkan Leslie tu sedara-mara aku dia punya sedih.
Mau tak sedih, itulah "first love" aku, since umur 12 tahun dah minat Leslie.

Aku start minat Leslie masa tertengok movie dia kat TV2.
Dulu kan masa tahun 1989, setiap Ahad pukul 2pm ada cerita cina kat TV2.
Tahun 80-90s cerita cina memang 'in' sangat at Malaysia.
Cerita yang aku tengok tu tajuknya 'For Your Heart Only', cerita pasal budak-budak kolej.
Terus jatuh cinta pandang pertama.

Aku ni pulak punya perangai, kalau aku dah suka tu, aku sukaaaaaaaaaaaaaaaaaa selagi orang tu tak membosankan.
Aku takkan hilang suka hanya kerana ada orang lain yang lebih baik datang.
Aku hanya akan jadi tak cuka [benci] kalau orang tu sendiri yang mendatangkan kebencian aku.
So, dalam kes Leslie ni, takde apa yang dia buat aku menyampah, that's why sampai sekarang masih suka lagi.

Sejak dari tu, aku kekal minat Leslie sampailah umur aku nak masuk 42 tahun ni.
Dah 30 tahun.
Tapi zaman-zaman aku menggila dengan Leslie and artis-artis Hong Kong when I was 16-17.
Masa tu aku berjaya meloloskan diri join tusyen kat Kajang.
Kajang and Bandar Baru Bangi tu bukan jauh mana, tapi aku kan tak boleh keluar rumah tanpa mak bapak, jadi bila terlepas ke Kajang sorang, terasa macam dah sampai Hong Kong dia punya happy tu.

Dulu aku bukan someone yang berani sangat bergerak sorang.
Nak tahan bas pun takut.
Duduk rumah makcik aku lama-lama pun rasa nak balik padahal rumah makcik aku pun kat area Bangi.
Tapi dek kerana semangat nak mencari kaset Leslie tu membara-bara, lebih membara dari nak pi tusyen [kahkahkah], aku gagahkan diri bergerak sorang.

Aku jarang pi tusyen dengan kawan-kawan.
Aku gerak sendiri.
Selalunya kalau hujan aku malas keluar rumah, aku always jadikan itu alasan untuk takyah gi mana-mana.
Tapi nak merayap kat kedai kaset punya pasal, hujan ribut petir pun aku keluar pi tusyen.
Sampai basah lencun baju aku kena tempias hujan menunggu bas kat bus stop.
Kadang-kadang motor-motor yang musibat ni sengaja rempit kat lopak air, habis aku kena simbah.
Tapi tetappppppppppppppp tak mematikan semangat juang aku nak pi kedai kaset.

Sebenarnya aku takde duit pun nak beli kaset tapi aku suka berada kat situ at least aku boleh dengar lagu-lagu cina yang dorang pasang, sambil-sambil pegang-pegang kaset Leslie and tengok poster dia.
Gigih kan aku mengejar cinta? Hahahahha.

Sebelah kedai kaset ada kedai gift.
Kat kedai tu ada jual gambar-gambar artis cina.
Sekeping RM1 kalau tak salah.
Tu pun aku masih tak mampu beli.
Nak beli camno, aku punya duit belanja RM1 je sehari sampai Form 5.
Pastu duit tambang bas pegi balik.
Mak bapak aku memang tak bagi aku duit lebih nak beli jajan-jajan ke apa ke.
Sebelum gi tusyen makan siap-siap kat rumah, balik tusyen makan kat rumah.
Jadi, keje aku selain dari belek-belek kaset, aku keluar masuk kedai gift tu tengok-tengok gambar-gambar artis Hong Kong.

Pastu masuk pulak kedai buku ada jual majalah Galaxy.
Berkampunglah pulak aku dalam kedai tu sebab nak tumpang baca Galaxy.
Dulu Galaxy ni penuh cerita artis Hong Kong.
Waktu tu, aku lagi kenal artis Hong Kong dari artis Malaysia.

Lama-lama aku dah jadi semakin bijak simpan duit.
Dulu kat skolah, time rehat pengawas kena take turn jaga building.
Kena pastikan takde orang naik ke kelas waktu rehat nak elakkan kes curi.
Aku selalu volunteer nak jaga walaupun hari tu turn orang lain.
Bukan rajin sangat pun cuma aku nak elakkan diri dari nampak kantin, karang lapar pulak.
Aku nak simpan duit kumpul buat beli kaset.
Dulu kaset murah je, RM9 lebih dah dapat.
Kalau compilation tu pun baru belas-belas ringgit.
Kiranya, dalam sebulan lepaslah aku beli 2 kaset.

Banyak sangat kaset cina kat rumah aku dulu, paling banyak kaset Leslie and Beyond.
Hacken Lee pun ada jugak.
Leon Lai and Andy Lau yang tak berapa minat tu pun aku beli.

Then, terjumpa pulak kedai sewa video kat Kajang.
Masa tu rumah aku takde video player.
Entah macamana satu hari tu Pak Aji bawak balik video player.
Dia kata opis punya.
Tak sure la betul ke tak, sebab sampai ke sudah video tu ada je kat rumah.
Mak bapak aku ada perangai suka tipu anak-anak dia bila beli barang untuk rumah.
Pernah masa aku skolah rendah ada lori datang bawak 2 kabinet berkaca.
Kabinet ni trend sangatlah dulu-dulu, hampir semua rumah ada.
Tapi Mak Aji tipu kitorang, dia kata kawan dia migrate pi UK, jadi dia mintak simpankan kabinet tu kat rumah.
Punyalah bendulnya aku dulu, percaya.
Rupanya sampai aku kawen pun kabinet tu ada lagi. Hampeh.
Itulah cara Mak Aji nak saiko kitorang supaya tak main-main tepi kabinet, supaya tak bukak katup kabinet, nanti pecah susah sebab itu orang punya bukan mak bapak kau punya.
Haaaaa gitu konsep penipuan tersebut.

So aku rasa video player tu pun Pak Aji beli, bukan opis punya.
Jadi bila dah ada video player kat rumah, aku pun semakin meluaskan langkah pi pinjam video pulak.
Maka, semakin besarlah aura cina dalam rumah mak aku tu.
Sebulan 2 kali aku sewa movie.
Pastu aku saiko Pak Aji belikan aku video tape kosong supaya aku boleh rekod semua cerita cina kat TV.
Hasilnya, video tape cina lagi banyak dari cerita melayu.

Hadiah SPM, Mak Aji belikan aku radio.
Besar jugalah, ada CD player, ada double kaset player segala.
Seronok betul rasanya.
Dah takde lagu lain dalam bilik aku tu, 24 jam lagu cina.
Poster artis Hong Kong ni jangan cakaplah, keliling bilik aku tampal.
Aku tampal sekali poster pemandangan Hong Kong betul-betul depan katil aku.
Kononnya, bangun tido nampak view Hong Kong lah. Kahkahkahkah.
Aku kan kuat berimaginasi.
Waktu tu aku tak terlintas lansung nak fikir "Mampu ke aku pi Hong Kong?"
Malas pikir, kalau pikir nanti sedih.
Jadi jangan pikir, janji berangan dulu.
Tahun 2009 barulah dapat jejak Hong Kong.
Tak sia-sia aku berangan. Haha.

Leslie mati 2003, aku pi Hong Kong 2009.
Waktu tu Madamme Tussaud HK dah buat patung Leslie.
Aku masuk Madamme Tussaud mata aku terus melilau cari mana patung Leslie.
Bila nampak je patung Leslie, aku punya pekik, lupa kejap anak dengan laki.
Terus peluk patung tak lepas-lepas.
Orang yang kat tepi nak peluk Leslie pun tak jadi, takut dia tengok ni orang mental mana terlepas masuk sini.
En Wan sangat sporting, dia biar je aku menggila kat situ dan willing melayan gila aku berposing berbelas keping gambar aku dengan patung Leslie.

Walaupun tak dapat jumpa Leslie masa dia hidup, takpe.
Dia always hidup dalam hati aku. Kahkahkahkah.

So hari ni aku kena masuk opis, cuti tak lulus.
Tapi dari lepas Subuh tadi sampailah ke waktu aku menaip ni, lagu-lagu Leslie non-stop.
Tak bagi aku cuti takpe, aku tukar bilik aku jadi konsert Leslie hari ni.

30 YEARS AND STILL GOING STRONG.




p/s : By the way, untuk blog readers aku dah janji Sabtu lepas untuk extend PayDay Sale sampai hari ni. Boleh KLIK SINI.