2019-03-14

'Trend' telah membezakan manusia


Semalam masa scroll-scroll IG, nampak satu gambar ni caption dia "Asal-asalnya kita semua manusia yang sama. Tapi politik, agama, bangsa, kekayaan dan status telah membeza-bezakan kita".

Bab agama tu rasanya it unites people yang seagama.
Yang ada different views tu maybe tak kot.
Tapi tak kisahlah, asal saling menghormati kepercayaan masing-masing takkan jadi masalah.

Hakikatnya, unite and divide, tak jadi masalah.
Kerana manusia 'dipisahkan' oleh macam-macam - bangsa, warna kulit, bahasa, skolah, jantina, gaya, negeri, negara.....the list goes on and on.
Yang jadi masalah, bila manusia tu sendiri yang meletakkan nilai seseorang berdasarkan sesuatu.

Contoh, kulit putih - cantik, pembersih.
Kulit gelap - tak cantik, pengotor.

Bawak Kancil - miskin bandar.
Bawak BMW - orang kaya.

Status pun sama.

Menjadi terkenal dah jadi common in today's culture lebih-lebih lagi sekarang ni zaman media sosial lebih powerful dari kehidupan realiti.
Semua berlumba-lumba nak jadi terkenal, walaupun terkenal dengan benda bodoh, asalkan boleh famous sebab zaman sekarang ni semakin kita dikenali ramai, semakin banyak peluang yang datang.
Bila peluang banyak, kita jadi semakin yakin dengan apa yang kita buat.
Jadi, bila terbukti peluang-peluang yang hebat datang to those yang famous sebab benda-benda merepek, trend tu akan berkembang.
Makin ramai yang buat benda bodoh.
Makin bodoh, makin galak dibuat.
Sebab apa?
Sebab it is proven buatlah apa pun walau benda bodoh asalkan viral, hujung-hujung membuka jalan rezeki katanya.

Orang kata bila dah famous, dah ada peminat, ada supporters, barulah self-esteem meningkat.
Orang macam ni jenis yang letakkan their self-worth pada berapa ramai followers ada, berapa banyak likes, berapa banyak sharing, etc.
Ni bukan true self-esteem tapi fake self-esteem - bila keyakinan diri bergantung pada respond orang lain.

Kaya.

Dalam masyarakat kita, dah jadi satu trend seseorang tu belum dikatakan berjaya kalau takde bukti kekayaan.
Sebab itulah ramai yang berlumba-lumba tayang segala benda.
Nice car, big house, or designer apparel/accessories.

Because that's the trend.

Kita sedang berada di zaman di mana menjadi kaya dan hidup mewah adalah ukuran kejayaan.
Jadi, tak patut juga kalau kita nak menyampah kat orang yang show off kemewahan hidup kalau kita sendiri rasa jealous bila tak dapat jadi macam dia.
Itu menunjukkan kita pun akui hanya dengan menjadi kaya baru dikatakan success.
Selagi tak kaya, belum success.

Trend.

Salah satu cara nak membeza-bezakan manusia adalah dengan mencipta trend.
People are so incredibly influential kalau bab trend-trend ni.
Dari trend, manusia menilai sejauh mana that person's popularity and success.
Salah satu tempat yang buatkan kita boleh kenalpasti fenomena mengejar trend adalah di sekolah.
Bila awal tahun kiat nampak berpuluh-puluh budak pakai satu brand beg skolah yang sama (contoh).
Or, you might notice it on social media, bila ada collaboration dengan famous designer, produk tu akan habis beberapa minit after launching.

Tak, there's nothing wrong with chasing trends.
Tak ada yang salah kalau kita nak beli sesuatu yang ramai orang lain beli.
Cuma yang salahnya bila kita anggap trend tu perlu diikut in order nak letakkan diri kita pada value tertentu dalam masyarakat.
Some people beria-ia try to fit in the crowd.
Some people pulak takut being left out from the crowd.
In other words, kita jadi trend chasers kerana nakkan status dan penilaian tinggi orang lain.

Ni karang jangan ada yang salah faham post aku ni.
Karang hujung-hujung orang ingat aku suruh pakai je lah apa yang ada or tak payah shopping or tak payah bercantik-cantik.
Hello....?
That's definitely menyimpang jauh dah.
Ni aku cakap tentang bagaimana trend boleh membuatkan manusia dibeza-bezakan kerana manusia menganggap trend mestilah difollow kerana ia menjadi kayu ukur status seseorang.

So bila aku nampak gambar kat IG semalam with that caption, somehow aku akui ada kebenarannya.
Dan puncanya adalah trend.
Trend ini dicipta dan disosialkan everyday sampai terpasak dalam minda kita bahawa itulah kebenaran yang kita kena ikut.
Dan akhirnya kerana trend, manusia dikastakan.

Teringat ustaz aku kata, bila mata dah biasa melihat yang salah, sesekali melihat yang betul terasa pelik.
Contohnya pemakaian.
Padahal yang longgar lebih tepat, tapi sebab dah dibiasakan dengan yang ketat-ketat, bila lihat yang longgar nampak tak cantik, nampak kekampungan, etc.
This is one of the ways bagaimana trend membeza-bezakan manusia.

Yang ramai tak sedar, gara-gara nak fit dengan trend sampai ada yang 'lupa diri'.
Pura-pura kaya supaya dianggap orang berada.
Hujung-hujung bukannya jadi lebih bahagia tapi jadi lagi serabut dengan masalah yang dia create sendiri.
Penat tau kalau kita purak-purak ada padahal takde.
Tu belum lagi cerita sanggup berhutang sana-sini dek kerana nak jaga harga diri katanya.

Ingat!
Gaya dan harga diri tu tak sama.
Ada gaya belum tentu ada harga diri.
Ada gaya, orang pandang.
Tapi kalau ada harga diri, orang respect.