2019-03-13

Gloei



Masa mula-mula aku perkenalkan Gloei kat FB GreenAard, ramai juga yang PM tanya "Macamana takde kolagen tapi boleh tambah kolagen dalam badan pulak?"

Memang dengar macam pelik sebab kita dah biasa dengar 'minuman berkolagen', jadi kita anggap kalau nak replenish kolagen dalam badan satu-satu cara adalah dengan ambil supplemen berkolagen.

Sebenarnya, ada cara lain lagi.

Kalau kita faham pembentukan kolagen, kita akan tahu not necessarily ambil kolagen tambahan untuk replenish our own kolagen.

Memandangkan konsep GreenAard is plant-based product, jadi GLOEI takde kolagen.
Gloei stimulates collagen from within.
Maknanya, Gloei ransang kolagen badan sendiri untuk bertambah tanpa bantuan kolagen luar.

Memang tak ada plant yang produce kolagen tapi kat luar sana ada plant yang bertindak sebagai polisakarida yang bantu build kolagen dalam badan.
These plants ada agen yang kuat yang boleh stimulate hyaluronic acid, glutathione and collagen.
Tiga benda ni orang selalu ambil as supplement tambahan.

Kat some parts overseas, hyaluronic acid and gluthathione ni dikategorikan sebagai drugs.
Tapi kat Malaysia dua-dua ni jadi supplement.
Kat luar sana memang dah banyak dah orang jual hyaluronic acid, glutathione and collagen.
Kat farmasi pun boleh cari.

Hyaluronic acid and collagen ni kita sedia tahu untuk tambah kolagen dalam badan.
Glutathione pula orang ambik sebab nak bagi effect cerah and ton kulit sekata.
The thing is, tiga-tiga ni memang dah sedia ada dalam badan kita cuma semakin meningkat umur, fungsi tiga-tiga ni makin berkurang.
However kita masih boleh re-build them.

Dulu aku pernah bagitau pasal gluthathione kat blog.
Aku ada tulis yang Gloei boleh stimulate gluthathione dari dalam, jadi kulit akan jadi lebih cerah.

Pastu ada blog reader email tanya "Kalau gluthathione semulajadi ada dalam badan manusia, kenapa ada orang yang kulit gelap?"

Jangan konfius putih dengan cerah.

Dalam badan orang yang berkulit gelap, kandungan melaninnya jauh lebih tinggi.
Kalau dia ambil supplement gluthathione dengan banyak, if at the same time melaninnya juga banyak, dia takkan jadi putih melepak, kulit dia akan jadi brighter je.
'Brighter' tak semestinya putih.
'Brighter' boleh jadi cerah sikit dari asal.

And one more thing, bila gluthathione dikatakan sebagai agen pencerah semulajadi, tak bermaksud kejenya fokus kat cerahkan kulit je.
Dia pun boleh reduce pigmentation jugak.
Bila pigmentation reduced, nampaklah cerah sikit muka tu.

Yang pernah guna Gloei tanya "Kak, Gloei ni plant-based product, tapi kenapa nutritional facts ada protein?" [Gloei ada 0.2g je protein dalam setiap sachet]

Anak-anak ku, tumbuhan pun ada protein ya.
Even teh alone pun ada protein (tapi tak banyak), inikan pulak Gloei yang bercampur macam-macam plant kat dalam tu.

Kalaulah tumbuhan tak ada protein, apalah ceritanya pulak pada vegetarian.
Takkan nutrisinya semata-mata fiber je.
Camana nak bina kolagen and tulang kalau takde protein, kan.

Vegetarian, they don't have to eat animal products untuk increase collagen dalam badan.
Sebab kat dunia ni ada banyak plant yang boleh increase collagen production.
Jadi, konsep yang aku bawa dalam Gloei ni bukan something yang pelik, cuma rare kerana kat Malaysia produk yang increase kolagen tanpa ada kolagen tambahan di dalamnya belum meluas lagi [atau maybe belum ada?].

Ok balik pada kolagen.

Actually, konsep plant-based collagen ni masih baru.
Aku memang nak kekalkan konsep plant-based product saja untuk GreenAard.
Tapi tu lah, bila semuanya plant, orang mesti tertanya-tanya macamana Gloei boleh tambah kolagen dengan keadaan dalam Gloei tu sendiri takde kolagen?

Ok yang pertama, Gloei ada satu bahan ni yang bila bergabung dengan soya and jagung akan membentuk satu asid amino khas yang provide plant-based collagen solution.

Yang kedua, Gloei ada gabungan 3 jenis buah yang active ingredientnya boleh trigger hyaluronic acid dalam badan.
Macam aku cakap tadi, hyaluronic acid memang dah ada dalam semua badan manusia.
Fungsi hyaluronic acid membentuk kolagen.
Jadi, bila hyaluronic acid bertambah maka kolagen pun bertambah.
Nak tambah hyaluronic acid, mesti ada adequate amount of ascorbic acid.

"Laaa.....ascorbic acid? Itu kan vitamin C je?"

Tak betul.
Ascorbic acid bukan sebarang-sebarang vitamin C.
Ini adalah pure form of vitamin C.
And tak semua plant ada high ascorbic acid.
So kita pilih 3 jenis plant yang high in ascorbic, kita extract the active ingredients sahaja untuk masuk dalam Gloei.

Maksudnya kat sini, untuk increase collagen production, tak semestinya kena makan collagen.
If you know what food to eat yang can increase hyaluronic acid dalam badan, insyallah collagen pun akan increase naturally.

One good thing about collagen, dia ada domino effect.
Once kolagen banyak, elastin pun jadi banyak.
Both kolagen and elastin ni ada kat kulit, so bila masing-masing dah banyak, kulit pun akan jadi plump, radiant and younger.
Kuranglah sikit tanda-tanda penuaan tu orang kata.
Bukan tak jadi tua ya, tapi tanda-tanda penuaan pada kulit dilambatkan.
Tua tu tetap tua.

Yang ketiga, Gloei ada nenas
Nenas ada 2 jenis active ingredients yang increase gluthathione.
Ramai orang makan Gluthathione tambahan sebab nak cerahkan kulit.
Badan kita semua ada gluthathione siap-siap dah, cuma kena maintan dengan food yang betul je.
Kalau korang rajin, makanlah nenas.
Tapi nak dapatkan adequate amount untuk increase gluthathione tu berapa bijik nenas pulak kau kena makan kan, that's why kita extract active ingredients dalam nenas ni bubuh dalam Gloei.
Aku tak boleh makan nenas buta-buta gitu, rasa pedih je lidah.
Kalau nenas masak asam pedas takpe.

Tapi janganlah berharap bila makan Gloei kulit kau akan putih melepak macam orang yang makan produk pemutih tu.
Yang produk pemutih tu maybe glutha dia too high.
Gloei tak tumpukan pada mencerahkan kulit.
Cerah itu hanya bonus.
Fokus sebenar adalah replenish kolagen.

Yang terakhir, Gloei ada Chamomile.
Chamomile ni skin booster.
Dia ada sejenis active ingredients yang boost anti-ageing properties more than any other compound tested.
No wonderlah Cleopatra suka sangat dengan Chamomile.
History cakap Cleopatra kulitnya sangat cantik sebab dia banyak guna Chamomile.
Bila diuji, memang Chamomile ada active ingredients untuk skin.

Benda-benda macam ni nak cerita panjang-panjang kat page GreenAard, payah.
Jadi aku kena explain kat blog.
Boleh tulis panjang-panjang sikit.
Pasni kalau ada orang tanya soalan yang sama, aku boleh bagi je link ni je untuk dia baca.