Aku noticed aku dah jarang tepek gambar aku pi makan kat mana-mana.
Padahal setiap kali pi makan, mesti ambik gamba.
Paling tak pun gamba makanan.
Masak kat rumah pun aku ambik, lagikan makan kat luar kan, wajiblah ambik.
Tapi lepas ambik, situ je lah habis.
Dah malas aku nak tepek kat blog.
Aku rasa ini adalah tanda-tanda penuaan jugak - excitement nak bercerita tentang lifestyle dah malas.
Ni tadi nak clearkan galeri henfon nampak gambar-gambar ni masih bersidai kat dalam.
Dah 15 Mac dah pun, genap sebulan punya cerita aku nak tulis ni.
Ini kisah makan-makan Valentine's Day 14 Feb lepas.
Valentine's Day, selalunya kitorang laki bini 'celebrate' kat makan je.
Bukan celebrate apa pun, tapi saje nak dapat tempias hari memperingati cinta.
Aku suka ambience on Valentine's Day and Krismas.
Sebab dua-dua occasion ni penuh dengan coklat, kukis, sweets, flowers and gifts.
Perayaan lain pun ada tapi tak boleh celen gifts on Krismas and Valentine's, that's why aku suka nak menyibuk-nyibuk sekali waktu-waktu macam ni.
That day, En Wan buat reservation kat Restoran Chef Zubir (Masterchef) at Vista Brasserie Shah Alam.
Ni first time aku masuk situ, not bad juga area tu, penuh dengan tempat makan.
Siapa duduk atas tu (atas tu kondo/apartment) sure takde masalah makan.
Asal turun je kenyang, turun je kenyang.
Masa kitorang sampai tu belum waktu lunch hour, tapi ada a few couple dalam tu tengah makan.
Suasana kat dalam tu menarik and tenang.
Hidangan pertama - salad.
Dah lama sangat gambar ni sampai aku dah lupa nama-nama makanan yang aku makan.
Aku bukanlah seorang pemakan daun mentah.
Kalau sayur, aku makan.
Tapi salad no.
En Wan pulak sayur tak makan tapi salad makan.
Tak ke mengada-ngada namanya tu?
Masa salad ni sampai aku dah macam....halahhh...kenapalah laki aku pi order salad, bukan dah tau ke aku tak makan salad?
Tapi En Wan suruh aku rasa jugak, dia kata ini bukan sebarang-sebarang salad - ada salmon.
Salmon pulak bukan tipis-tipis ya, berchunk-chunk dia bagi.
Siap pulak tabut serbuk cheese kat atas.
Oiii, memang sedap.
Tak terasa pun aku tengah mengunyah daun, tau-tau je dah habis.
Maybe salmon and cheese banyak membantu.
Lega dapat habiskan salad.
Hidangan kedua - pun lupa apa tajuknya.
Yang pastinya ini adalah WAGYU.
This is the second time aku pekena wagyu.
First time aku makan kat Japanese restaurant kat hotel in JB.
Masa tu sepiring ada lah dalam 10 hiris je tapi harga dia RM150.
Sampai lumat aku kunyah daging tu baru telan, punyalah nak menikmati kesedapannya.
En Wan kata makan wagyu kena feel sebab daging dia sedap berbeza dari daging lembu lain.
Memang betul pun, memang sedap that's why mahal dan selalunya portion dia sikit je.
Tapi kat Vista Brasserie, set wagyu ni boleh tahan besar.
Ya lah, steak kot, takkan nak bagi 10 hiris je.
Try gak tanya En Wan "Bang, berapa ni? Besar kot wagyu dia", tapi dia tak jawab.
Apa-apa pun memang sedapppppp.
Dia punya mashed potato not bad, tapi aku rasa kalah dengan mashed potato Mr Food.
Mr Food punya mashed potato setakat ni kat tekak aku, masih nombor 1.
Tapi tu lah, Mr Food kat Putra Heights ni dah tutup dah.
Maybe pindah tempat lain yang jauh lebih besar.
Ok yang n super duper sedap.
Dalam dia ada hirisan pisang.
Sos kuning tu pun sos pisang.
Memang sedap gila yang ni!
3 je meal hari tu tapi dia punya kenyang, mujur aku pakai jubah.
Kalau pakai seluar dah tercampak butang seluar aku.
Baru 3 je meal dah sengkak, macamanalah aku boleh hadap 9 course kat Sepang Gold Coast dulu?
Dasar perut lembu empat compartment.
Restoran ni ada buffet, aku tak sure what time buffet bukak, maybe malam.
Teringin gak nak rasa buffet Chef Zubir, mesti best.
Aku ni kalau bab buffet, aku suka dessert spread.
Tak makan sangat pun tapi aku suka tengok banyak kek-kek sedap-sedap.
That explains kenapa aku suka Krismas :)
Cuma satu yang kurang that day, service sangat-sangat lembab.
Aku rasa sebab dorang dok prepare ada satu group ni datang makan nak dekat 15 orang kot.
Clash pulak dengan waktu lunch, memang lama gila aku tunggu, rasanya almost 1 jam menunggu saja.
Nasib baiklah mood kitorang baik masa tu, cuma letih la berejam duduk situ.
Terpaksa dating lama sikit.
Come to think of it, dulu bukan main merana jiwa raga tak dapat jumpa pakwe, tak dapat bertenet macam couple lain.
Ni dah dapat tido sekatil, keje seopis, dapat makan berhadap-hadap berejam lagi mau komplen.
Pernah gak reader tanya aku tak bosan ke menhadap En Wan 24 jam, kat rumah pun dia, kat opis pun dia, keluar makan pun dia.
Jawapannya tak.
Sebab aku ni jenis yang takde orang pun aku boleh bercakap sorang-sorang. Kahkahkah.
Aku sentiasa ada benda nak bercerita jadi aku tak bosan.
Kalau dia yang bosan ngan aku tak tau la pulak. Itu nasib dia lah. Hahaha.
Orang yang always ada benda nak bercakap insyallah takkan bosan sebab dia tak perlu tunggu orang lain start, dia always can start bercakap dulu.
So aku rasa maybe itu antara faktor yang buatkan aku boleh je lepak dengan En Wan 24 jam.
Tapi ada campur bertekak sekali lah. Ini wajib.
Untung bertekak selalu, sebab lepas sesi pujuk-memujuk selalunya dapat makan best-best.
Nak kata boring dengan dia tu tak jugak, kalau boring dengan situasi ada.
Tu pasal kitorang enjoy staycation, carik good food and layan movie.
Kalau hari-hari benda yang rutin je lama-lama tak boring pun akan jadi boring.
Bila dah boring mulalah cari pasal.
So, untuk menjauhi dari mencari pasal to each other, marilah kita explore good food.
Sebelum balik ambiklah gamba sekeping dengan tuan rumah karang apa pulak kata dia main keluar je melintas depan dia tak berenti ambik gamba.