2019-03-04
Mr Ripley
Last week aku tengok The Talented Mr Ripley.
Cerita ni cerita lama, zaman kepala Jude Law belum sulah sangat [kahkahkah].
Movie ni bercerita tentang psiko.
Aku ambik masa 4 hari nak habsikan movie ni sebab aku alergik kat scene-scene yang mendebarkan.
Asal ada scene yang buat aku cuak, aku pause.
Kejap-kejap aku pause nak tenangkan diri lah konon.
Tu yang ambik masa sampai 4 hari baru settled.
Sesiapa yang ada pengalaman dengan orang psiko, mesti korang bertambah seram.
Karakter yang Matt Damon bawa sebagai Mr Ripley tu sangat mengingatkan aku pada cinta kenangan silam.
The Talented Mr Ripley is about sorang con-man nama Tom Ripley.
Dia ni sukakan benda-benda mahal dan kehidupan mewah tapi nak buat kerja senang, iaitu menipu.
Cara dia menipu adalah dia curi personaliti orang lain and he did very well at imitating other person.
Kerja-kerja honest ni semua dia tak suka.
Kiranya dia ni malas usaha buat benda-benda baik tapi gigih buat benda-benda jahat.
One day, Tom attend satu majlis kat rumah orang kaya.
This orang kaya somehow mintak tolong Tom cari anak lelaki dia yang tak balik-balik dari melancong.
Cara Tom bercakap very convincing sampai orang tua tu ingat he is his son's close friend, sebab tu dia upah Tom pi cari and pujuk anak lelaki dia balik.
Ok pause kejap.
1. Malas tapi berangan hidup senang dan suka bergaya mewah.
2. Mudah mempengaruhi orang yang baru dikenali.
Dua point atas ni, berdasarkan pengalaman aku, adalah memang ciri-ciri utama seorang psiko.
Bila aku tengok movie ni boleh dianggap semua psiko ada ciri-ciri ni.
Tapi takde lah kata semua yang ada ciri-ciri tu adalah psiko cuma kalau anda psiko pasti anda ada ciri-ciri tu.
Orang biasa-biasa kalau berjumpa dengan orang yang baru dia kenal, selalunya takkan boast lelebih pasal diri sendiri sebab dia segan kot-kot orang yang baru dikenali tu rupanya lebih hebat dari dia.
Tapi orang psiko tak macam tu.
From the beginning dia sentiasa rasa paling hebat dan cara dia bermegah tentang diri sendiri tu macamkan orang lain rendah sangat.
Kalau kita jenis yang lurus, memang forever kita percayakan dia, malah kita akan percayakan dia lebih dari orang yang kita dah lama kenal.
Seriously, itu memang antara kekuatan orang psiko.
Cara dia cakap tu very convincing, susah kita nak cari bukti dia buat benda yang salah.
At least bukan dalam jangkamasa yang singkat.
Dah lama nanti baru satu-satu bukti nampak.
Macam movie ni pun macam tu juga, bila bapak si Dickie (anak orang kaya tadi) lebih percayakan Tom dari anak dia sendiri.
Bab berangan nak hidup macam orang kaya tu lagi lah Nora bagi 10 bintang.
Dah faham sangat-sangat tebiat orang psiko.
Kalau dapat peluang join group orang senang, memang dia lebih sudu dari kuah padahal dia takde apa-apa pun, bukan dia yang kaya tapi dia punya eksyen kemain lagi macamkan bapak dia saudagar kapal.
Disebabkan dia sangat convincing, dia cepat beradaptasi dengan persekitaran baru.
Tau-tau je nanti kan semua kawan-kawan and ahli keluarga kau lagi rapat dengan dia dari kau sendiri.
Slowly kau jadi terasing.
Macam Tom Ripley, bila dia berjaya jumpa Dickie, dia cuba untuk jadi kawan baik.
Kononnya nak pujuk Dickie balik semula ke rumah.
Orang macam ni mulut memang manis, sekejapan je dah boleh dapat kawan.
Disebabkan orang psiko selalunya sangat nice, Dickie dah mula suka Tom and ajak tinggal satu rumah and travel sama-sama.
Lama-lama Tom naik seronok hidup mewah, dapat gi jalan-jalan, bergaul dengan orang kaya-kaya.
One day, Dickie discovers Tom masuk bilik dia and try baju-baju Dickie and cuba jadi macam Dickie.
Creepy gila kot, kalau aku pun cuak.
So Dickie dah mula jauhkan diri dari Tom and confront him.
Tom takut dia tak dapat teruskan hidup mewah macam ni, so dia bunuh Dickie.
Start dari hari tu dia ambil karakter Dickie.
Memandangkan dia pernah rapat dengan Dickie so everything from A to Z about Dickie semua dia tau and dah perati, jadi takde masalah untuk dia 'menjadi' Dickie.
Bab curi personaliti ni adalah kemuncak karakter orang psiko.
That's why aku cukup takut dengan orang yang plagiat entry-entry aku, apetah lagi yang mengaku dia adalah aku.
Itu ciri-ciri psiko okeh.
Tak boleh dibiarkan sampai melarat sebab orang macam ni sejenis yang convincing.
Lama-lama esok orang akan percaya dia adalah aku dan aku adalah anonymous yang cuba nak menjadi diri dia.
Situasi ni aku dah beberapa kali jumpa di online and offline.
Tak mustahil one day bila dah naik seronok jadi orang lain, dia akan bertindak macam Tom Ripley, membunuh.
Dalam movie tu Tom bunuh 3 orang sebab takut identiti sebenar dia terbongkar.
Bayangkan sampai ke tahap macam tu sekali orang psiko sanggup buat.
Walaupun itu cuma movie fiksyen tapi aku ada pengalaman dengan orang macam ni, jadi aku percaya sangat benda ni boleh berlaku.