walk on wings, tread in air: Affair di FB <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>





SEARCH

CONTACT ME

Diana Ishak @ Green Apple
aveo757@yahoo.com
See my complete profile

TRAFFIC
Visitor Counter
TESTIMONI GREENAARD


Affair di FB
2019-03-05

FB ni bagus sebab connecting people.
Aku banyak locate kawan-kawan lama masa skolah via FB.
Walaupun tak bersembang [sebab aku jenis tak suka whatsapp group] tapi aku maintain-kan dorang dalam list aku.
Bukan nak skodeng apa pun, at least ada la kawan-kawan lama dalam FB list.
Kalau sesekali keluar kat newsfeed tu, masa tu lah dapat tau perkembangan dorang.
Tapi nama aku nak maintain bersembang dalam whatsapp memang tak lah.

Dulu, at least zaman-zaman awal penubuhan FB year 2006-2007 [kot], belum ada lagi isu FB menyebabkan pasangan bercerai-berai.
Masa tu FB hanya sekadar tempat untuk skodeng perkembangan kawan-kawan je, not more than that.
Sekarang, FB dah jadi medium utama untuk pasangan 'buat hal'.

Dah elok-elok kawen berbelas tahun, ada yang dah cecah berpuluh tahun, tup-tup bila connect dengan crush zaman skolah menengah dulu, dah mula nak flirt.
Padahal sebelum ni ok je hidup suami isteri.
Elok je jumpa balik crush lama, dan-dan masa tu banyak benda yang salah pada pasangan.
Masa tu lah banyak nau silap pada pasangan yang kau nampak padahal selama ni elok je pun.
Kalau tak, takkan lah boleh bertahan sampai berbelas berpuluh tahun.
Ni semua bukan apa, sebab wujud PELUANG.
Dan salah satu peluang adalah FACEBOOK yang disalahgunakan.

Those yang flirt dengan crush lama thru FB, ni aku nak bagitau sikit lah.
Jangan confuse dengan diri sendiri.
Sebenarnya, when affairs begin, korang bukannya fall in love dengan that person, tapi fall in love dengan fantasi yang korang bayangkan dengan pasangan korang.
Contoh, kau membayangkan one day dapat hidup mewah, travel sana sini pi overseas, bahagia ever after.
Tup-tup one day terjumpa balik crush lama kat FB.
Skodeng punya skodeng rupanya crush tu selalu ulang-alik overseas untuk kerja.
Gambar-gambar dia kat sana semua nampak macam best di mata kau.
Masa tu lah kau mula berangan kalaulah dulu aku kawen dengan dia.

Kau rasa kau cintakan dia semula?
Kau rasa cinta kau masih ada pada dia?

TAK.

Sebenarnya tak pun.
Kau dah tak cintakan dia lagi.
Cuma peluang tu tiba-tiba datang.
Dia pulak melayan, lagilah kau rasa best.
Dan mulalah angan-angan fantasi kau datang balik.
Hakikatnya bukan kau sayang dia pun, kau cuma membayangkan fantasi kau akan terwujud.
Kalau pasangan kau sekarang boleh wujudkan fantasi tu, aku jamin kau takkan pandang crush kau pun.
Yang sebetulnya cinta kau tu hanya pada pasangan kau, cuma keinginan yang kuat untuk memenuhi fantasi tu buatkan kau rasa cinta kau pada pasangan dah pudar walhal tak pudar pun sebenarnya.

Kebanyakkan yang flirt kat FB sebenarnya nak pasangan jadi seperti the person yang dia flirt tu.
Kau hanya nak some quality yang ada pada the person you flirt with.
Kau tak nak pun that person.
Deep down kau masih sayang pasangan kau cuma kau nak fantasi kau dipenuhi, tu je.
Atau dalam bahasa mudah, you are falling for the IMAGE of the other person you have created in your mind.
So, janganlah kelirukan diri sendiri dengan menyangkakan yang kau dah jumpa cinta sebenar.
Kelakar lah weh, dah berbelas tahun, berpuluh tahun kawen tup tup jumpa crush lama, baru realized dah jumpa cinta sebenar?
Abis yang berpuluh tahun kawen selama ni kena kawen paksa ke apa?

Tahik.

Oh lagi satu.

Jangan mudah terpesona dengan puji-pujian crush atau ex-es yang korang jumpa balik kat FB ni.
Dia hanya berbudi-bahasa je, kau je yang carried away.
Biasalah tu, dah lama tak jumpa kan, mestilah nak manis-manis mulut sikit.

"Wah, makin cun la you sekarang"

"You look better umur 45 daripada umur 23 dulu"

Siapalah yang tak suka bila kena puji macam tu?
Siapa yang tak suka bila dikata masih cantik?
Siapa yang tak suka bila dikata wangi?
Siapa, tell me.

Hujung-hujung dia upgrade, "Macamana eh you jaga penampilan. Untunglah suami you..."

Tu ayat pancing sebenarnya.
Dia nak suruh kita berteka-teki dengan rumahtangga dia.
Kita pun bertanya "Wife you macamana..?"

"Wife I tak macam you..."

Mula dahhhh.
Yang kita pulak naik syok kena puji melambung.
Terasa macam dah habis hebat dah.
Mulalah sibuk nak jaga penampilan tak tentu arah.
Tak penah-penah gi salon, sibuk nak pegi.
Tak penah-penah gi gym, sibuk nak ber-gym.
Tak penah-penah pakai baju sendat, sibuk nak cari korset semata-mata nak fit in baju ketat.

Jangan terbang jauh sangat.
You are not falling in love with that person.
You are falling in love with puji-pujian je.
Kau sebenarnya 'haus' dengan pujian.
Dah lama tak dipuji kekdahnya, sesekali kena puji terus melambung-lambung tak jejak tanah.

Hakikatnya, kecantikan kau gitu jugak tak berubah jauh mana pun.
Apa yang pasangan kau nampak pada kau adalah sama dengan apa yang dia nampak pada kau.
Cuma kau tu satu 'pemandangan' yang baru untuk dia, of course lah nampak cantik.
Nak pulak kau crush/ex dia dulu, lagi la dia puji-puji.
Padahal dia puji nak test je.
Kalau dapat, bonus.
Kalau tak dapat, dia tak rugi apa-apa sebab laki/bini dia masih ada.

Manusia memang macam tu.
Bila ada orang puji, baru dan-dan tu gigih.
Asal dipuji cantik, esok lusa berderet tepek selfie.
Asal dipuji kurus, esok lusa berderet tepek gamba pinggang ramping.
Asal dipuji rumah cantik, esok lusa berderet tepek gamba posing dalam rumah.
Yang sebenarnya kita HAUS pujian, jadi kita nak kekalkan pujian tu lebih panjang.

Macam kita baru kenal cinta dulu, kita mabuk perasaan kejap.
Dalam 6 bulan pertama tu masih gila bayang lagi.
Dah lama-lama tu dah kenal gaduh, dah kenal sentap, masa tu mabuk cinta pun dah berkurang.

Samalah jugak dengan yang baru-baru jumpa balik crush/ex dalam FB.
Mula-mula kena puji, memang mabuk perasaan kejap.
Nak pulak bila dapat respond, masa tu lah terasa "This is my true love!".

Eh, hello makcik.
Tu bukan true love, itu true lust!

You are not in love with the person, but the feeling.
The chemical tu dah lama tak spark.
Sesekali bila chemical tu spark kembali, terasa bahagia nau.
Sebab tu pasangan berkahwin digalakkan spend time berdua sesekali, kalau mampu.
Takyah gi jauh-jauh, yang duduk KL tu gi check in kejap kat Puteri Pan Pac tu satu malam.
Time dinner gi jap mall depan tu.
Dapat makan berdua takde hiruk-pikuk suara anak, insyallah chemical tu akan spark semula.

AFFAIRS, sebenarnya takde kaitan dengan orang baru, tapi ada kaitan dengan kerinduan kita pada perkara-perkara yang kita dah lama tak rasa [atau tak pernah rasa], contohnya rindu nak dipuji setiap hari, rindu nak dengar everyday orang cakap "miss you", "love you" kat kita, rindu nak orang kejap-kejap whatsapp tanya kita dah makan ke belum, kita sihat ke tak, kita penat ke tak, etc.
Benda-benda ni tricky sebenarnya.
They have a way of tricking people into thinking that this new person is "the one" or their "soulmate", padahal apa yang kita rasa tu hanyalah fantasi kita yang terpenuhi, that's all.

Pada yang dah mula nak terjebak dengan affair dengan crush/ex kat FB, please take a step back and renungkan balik apa sebenarnya yang kau nak.
Betul ke kau perlukan new relationship?
Atau sebenarnya kau hanya rindukan zaman-zaman mabuk cinta?

Dah boleh kot renung and fikirkan sendiri.
Ke nak suruh ANALISIS bincangkan jugak isu ni?


posted by Diana Ishak @ 9:06 AM  
Newer›  ‹Older

ADVERTISING



FOLLOW ME



MY BRAND




LABELS



MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
TEMPLATE by


BLOGGER