2019-03-02

Lifestyle


Semalam kat IG story aku buat story pasal resepi macaroni bakar style aku [bukan style Mak Aji].
Jarang gila aku buat story pasal lifestyle, selalunya story aku banyak quote.
Memandangkan mood tengah baik sebab anak bujang balik bercuti [2 malam je pun], jadi aku mengaktifkan skill memasak yang dalam direndam.

Pagi semalam tengok macaroni ada, daging cincang pun ada, segala mak nenek barang pun ada, oklah kira jadilah plan nak buat macaroni ni.
Alang-alang tu aku buat IG story step by step cara nak buat.

Dia punya mesej masuk berjujuk sebijik masa aku kat Mekah, bila aku bukak peluang sesape nak berkirim doa.
Macam tu lah dia punya banyak, sampai ada yang aku belum sempat reply lagi ni.
Agak-agak yang hantar mesej tu baca blog ni, mintak mahap le ya kalau mesej belum di reply.

Mesej yang masuk banyak-banyak tu bukannya nak tanya apa pun.
Kebanyakkan blog reader juga.
Yang ramai-ramai tu cakap "Bila dengar suara Kak Di memetir, terasa macam baca blog zaman dulu-dulu" [semalam aku memetir kat Rayyan and Redza].

'Blog zaman dulu-dulu'.

Dulu blog aku lebih kepada lifestyle.
Aku menulis pasal apa aku buat everyday, apa aku makan, mana aku pegi, pasal opis, pasal member, pasal merempan, and apa aku beli pun aku bagitau.
Takde sape pun nak ambik tau, tapi memang aku suka bercerita.
Nak baca, taknak baca, lantak kau lah.

Pernah dulu ada blog reader yang follow IG aku tanya "Kak Di dah lama tak review perfume. Kak Di dah tak pakai perfume ke?"

Gila tak pakai perfume? Pakaiiiiiiii.
Aku memang gila wangi-wangian.
Kalau tak, takkan lah aku beli EO berbotol-botol.
Memang aku suka kat benda-benda wangi.
Aku beli EO bukan untuk therapeutical purpose [except untuk treat sinus Redza], tapi aku beli sebab aku suka wangi-wangi dalam rumah.

Perfume, masih pakai.
Masih beli.
Cuma tu lah, macam dah habis dah zaman aku buat lifestyle blogging.
Malas nau rasa nak share [orang kata show off. Pfttt] apa aku beli kat blog melainkan aku travel aku celebrate apa-apa.
Hari tu aku lunch date dengan En Wan masa Valentine's Day pun aku malas tepek.
Padahal ada je ambik gamba makanan segala.

One thing yang aku perasan, once kita dah terbiasa untuk tak share apa yang kita buat dan apa yang kita beli, lama-lama semua benda kita jadi malas nak share.
Setakat ni yang aku rajin nak share pun, menu aku masak dinner.
Tu pun buat syarat taknak bagi IG bersawang tak berupdate.

Bila kita dah tak macam dulu, tak share apa yang kita beli, tak share apa yang kita buat - orang anggap something wrong jadi dengan life kita.

Dah tak share apa kita shopping.
- orang anggap kita dah takde duit nak bershopping macam dulu.

Tak share apa kita pakai.
- orang anggap kita takde baju baru.

Tak share apa kita makan.
- orang anggap kita dah tak makan-makan kat luar macam dulu.

Tak share gambar husband and wife.
- something wrong dengan relation.

Dulu, tak sah kalau aku tak tepek gamba aku ootd pi opis.
Tu belum lagi gambar selfie.
Sebab tu orang kutuk aku cakap aku Ratu Camwhore. Kahkahkah.
Memang hari-hari wajib ada gamba ootd.
Padahal kalau nak ikut lojik, mana ada orang berani nak ootd baju beli kat AEON?
Takde de.
Orang sekarang kalau ootd hah kau, kalau kasut takde logo H sebesar tapak tangan, jangan berani nak selfie.
Apetah lagi kalau kau beli kasut Vincci tapi ootd sampai 3-4 keping, memang mintak kena maki.
Tapi aku dulu konpidennnnnnnnn.
Padahal baju-baju aku semua beli kat AEON je zaman tu, kasut pun beli kat Vincci je, beg lagi la Carlo Rino manjang tapi aku tetap bagitau kat blog ootd aku hari tu.

Orang yang hatinya ada penyakit, benda-benda macam ni pun dia sakit hati.
Ramai je yang kutuk aku [dulu ruangan komen dalam blog ni aku bukak].
Kata aku perasan dah vogue sangat padahal barang-barang semua biasa je.

Ya ampunnnn, memanglah.
Sape pulak kata barang aku pakai tu semua branded items.
Aku ootd sebab I am a lifestyle blogger.
Itulah cara lifestyle blogger berblogging.
I blog about myself, things I use, things I bought, the decisions I have made, places I have been to, etc.
Inilah konsep blogging yang paling mudah sebab no need to write long articles.
Apa yang aku tulis semua light-light je, senang hadam.

Sekarang, artikel aku heavy.
Konsep blogging aku dari lari jauh dari dulu.
No more ootd [nak ootd apa hari-hari pakai black?], no more selfie.
Bila aku dah tak share lifestyle, tak heranlah kalau orang assume macam-macam sebab people only listen to what they want to hear, see what they want to see and believe only in what they want to believe.
Selalunya macam tu lah.
Kita nampak orang tu shopping, kita assume hidupnya best.
Yang kita tak tahu, boleh jadi dia terpaksa tunjuk begitu untuk tutup apa yang dia tak mahu orang lain nampak.

Aku kenal someone yang hari-hari tunjuk dia shopping, makan tempat-tempat best, have fun dengan kawan-kawan.
Life dia happening gila.
Kalau orang tengok sekali pandang macam dia ni takde masalah lansung.
Tak ramai tahu dia ada masalah rumahtangga.
Dia simpan masalah dia dengan cara have fun and shopping.
Kat IG dia gambar-gambar semua best-best.
Mungkin itulah cara dia cari bahagia.
Ada orang tak dapat life macam dia, happening 24 jam.
Tapi ke mana-mana suami sentiasa ada di sisi.
Hari-hari dia tepek gambar selfie dengan suami kerana itulah kebahagiaan dia.



Zaman Blackberry u ollsss.

Ni aku ekstrak gambar aku blog tahun 2012.
Chanel pertama aku.
Yang aku sorok kat opis selama 3 minggu sebab takut nak bawak balik rumah, karang kena sembur dek En Wan beli beg beribu-ribu.
Kat manalah nikmatnya dapat beli beg mahal tapi hari-hari bergambar macam ni je kat opis, kan?

Again, people assumtions.

Kalau mampu beli barang mahal, maknanya kaya.
Padahal ada orang beli bukan sebab dia kaya sangat tapi dia nak merasa pakai.
Bertahun simpan duit kumpul nak beli henbeg mahal seketul.
Bila dia dapat beli, hari-hari dia snap gambar tepek kat IG.
Yang kau tengok sakit hati, cakap meluat lah apa lah.
Dah tau meluat yang pi hadap lagi buat apa, berambuslah.
Taknak pulakkk.
Nak jugak hadap IG orang tu siang malam.
Masa orang tu ootd pakai brand cikai kau kutuk ootd dia takde taste lah, apa lah.
Bila dia start beli branded items, kau terbakor.
Mula cakap berlagaklah, perasan bagus lah.
Penyakit betul.




Gambar tahun 2014.
Masa ni aku dah start malas nak share kat blog apa yang aku beli.
Ini gambar aku extract dari FB, kat blog dah malas nak share.
Ni tahun-tahun terakhir sebelum blogging style aku berubah ke heavy writing.
Dah slowly nampak kemalasan nak share apa-apa yang aku beli kat blog.

Benda ni magik tau.
Bila aku dah slowly kurangkan share lifestyle aku kat blog, keinginan untuk pakai banyak benda pun berkurang sekali.
Baju, malas beli.
Henbeg, cukuplah 1-2 je, janji selesa.
Branded bags ni semua dah takde dah, aku bagi kawan, adik-beradik and ada yang aku bagi bibik.
Simpan pun, aku tak pakai sangat.
Even masa aku sibuk membeli beg-beg ni semua aku tak pakai sangat pun.
Beg mahal-mahal ni kau ingat tahan lasak sangat ke.
Kau nak melenjan ke mana-mana pun rasa tak sampai hati sebab teringat nilai duit yang kau spend tu.
Baiklah aku bagi kat orang, boleh gak dia manfaatkan.



2 Longchamp ni aku bajet menunggu masa untuk aku passkan kat tangan lain.
Dah lama sangat ada dalam laci.
Aku dudukkan dia bawah lipatan baju-baju tido aku.
Aku rasa aku bukanlah handbag person.
Cukuplah 1-2 je yang aku pakai sekarang ni, selesa, just nice nak sumbat segala barang.

Aku rasa next yang aku akan agih-agihkan adalah shawl.
Shawl aku tersangatttttttttttttt lah banyak, beli tapi tak pakai-pakai dah.
Now ni aku bantai pakai black je.
Ada gak pakai berwarna, shawl sendiri lah - Fleur by Mrs Him.
Of cos la shawl sendiri sedap kan sebab aku yang pilih kain dia. Hahaha.



Tudung Naelofar ada dalam 30-40 helai, tersimpan dalam ni dari tahun lepas aku asingkan.
Mungkin akan aku agih-agihkan pada orang kampung je lah balik raya nanti.
Ada yang aku beli tapi tak pakai lansung.
Ntah hape sebab aku beli pun aku tak tau.
Maybe keseronokkan berada dalam butik tu je kot yang buat desire nak membeli tu datang.

So cukup ke tak aku cerita apa aku ada ni?
Hahaha.

Perfume..?

Ok tu nanti aku cerita lain.
Aku nak pi breakfast.

8.32am now, Sabtu.