2019-03-07

Kalau kita berduit



Isu hantaran and kenduri kawen memang sentiasa 'panas'.
Hantaran tinggi, kondem.
Kenduri besar, kondem.
Tu belum lagi lauk kenduri tak sedap, lauk kenduri habis awal.

The thing is, perbelanjaan kita semua dari zaman 80an sampai lah sekarang, semuanya meningkat, takde yang menurun pun.
Belanja skolah anak meningkat.
Belanja dapur meningkat.
Rumah makin lama makin naik.
Kereta makin lama makin mahal.
Takrif bil air bil letrik pun berubah.
Karipap pun dah jarang nampak orang jual seketul 20 sen.
Banyak dah jual 5 ketul RM2.
Tak lojik rasanya kalau kita expect hantaran tak meningkat.
Hakikatnya makin lama semua benda makin naik, makin mahal.
Itu hakikat yang kita kena terima.

Status aku tu berkisarkan this one guy punya status FB.
Dia bitter hantaran kawen cousin dia RM20K.
At the same time dia mengungkit belanja kenduri yang besar.
Aku extract part hantaran RM20K je sebab aku tak faham dua benda :

Yang pertama, kat mana connection-nya bila dia kata "dah ada title Dr esok konfem ramai nak".
Kalau dah ada title Dr takyah keluar duit hantaran?
Atau adekah bila ramai nak maka dia boleh demand harga hantaran?
"Siapa nak aku yang bertitle Dr ni mesti setuju hantaran RM2K. Take it or leave it" [gituuuu].

Yang kedua, "baik hantar mak bapak gi umrah".
Ok, yang ni aku setuju.
Dia ada niat nak hantar mak bapak dia ke umrah. Bagus, alhamdulillah.
Kalau maksud dia lebih baik RM20k tu hantar parents ke umrah berbanding bagi kat bakal isteri, aku doakan dia berjaya hantar mak bapak dia ke umrah.
Walaupun cara dia cakap tu seolah-olah tak berbaloi bayar hantaran tinggi setakat dapat isteri (??), baik hantar mak bapak ke Mekah dapat gak pahala.

Kalau memang betul nak hantar mak bapak ke Mekah, alhamdulillah.
Siapalah aku nak menafikan niat orang, kan.
Tapi kalau sekadar nak kondem hantaran orang dengan ayat-ayat yang belapikkan islamik, hmmmm...

Bukan menolak hukum.
Tapi dalam agama pun tak melarang hantaran.
Tak wajib bagi, tapi tak salah pun kalau nak mintak.
Ikut budi bicara dua-dua belah pihak.

Sangat menyesakkan fikiran bila ada yang kaitkan hantaran tinggi dengan agama.
Agama cuma nasihatkan agar bersederhana.
Tapi dia tak bagi fix amount how sederhana is sederhana.
Bagi kelompok menteri-menteri punya hantaran RM30K tu dah sederhana.
RM50K belanja kenduri pun dah habis bersederhana.
Kalau nak ikut jumlah jemputan yang bakal hadir rasa-rasa patut bajet dia lebih dari RM50K.
Tapi bagi kita yang tak berduit ni, RM10K hantaran pun dah habis mahal, belum cerita kenduri lagi.
Jadi, sederhana kita tak sama antara satu sama lain.
Mahal kita tak sama dengan mahal dia.
Begitu juga dengan murah kita, tak sama dengan murah dia.

Yang aku pasti, lelaki yang cakap macam ni adalah lelaki single yang belum jumpa someone yang buatkan dia gila bayang.
Belum rasa panahan cinta.
Orang yang dipanah cinta, lautan api pun sanggup renangi okeh.
Belah dada lihat jantung pun dia sanggup buat.
Ke lautan dalam sanggup tenggelam.
Jangankan gunung Fujiyama, puncak Himalaya ku ikut kamu.
Jangankan ke Kemboja, ke Ethiophia ku ikut kamu.
Kalau memang kamu cinta aku, ke kutub utara aku ikut kamu.

Haaa...itu beza orang yang ada awek dengan forever alone, okeh?
Orang tengah single memang always bitter bab-bab hantaran ni.
Tapi kalau orang yang dah rasa panahan asmara, apa sangatlah RM20K katanya!

Bukanlah nak kata RM20K tu murah nau nau.
Rakyat marhaen macam aku ni, boleh tahan sesak juga nak hulur RM20K.
Tapi tak perlu nak kutuk mak bapak perempuan jual anak lah, buah majlis ikut orang kafir lah, belanja kawen harga Yahudi lah, etc.
Kan ke senang kalau kau cakap kau tak [belum] mampu.
Takyah nak spin sana sini.
Yang dia nak serah tu anak dia kot, bukan anak patung.

Kalau kita berduit, nilai hantaran tak akan jadi isu.
Benda ni akan jadi isu bila kita takde duit.
Nak mengaku takde duit malu, jadi salahkanlah pihak perempuan letak tinggi.
Kerana salahkan orang lain lebih senang daripada salahkan diri sendiri.

Selalunya orang yang cakap macam tu adalah orang yang belum melalui situasi tu.
Nak serah anak kat dokter cucuk vaksin pun dia tak bagi, kau rasa dia nak bagi anak dia murah-murah kat kau? (eh!)
Mak bapak sekarang ramai yang over-protective.
Cikgu bagi homework banyak pun komplen.
Cikgu tak boleh pukul anak kalau nakal.
Tak buat homework pun cikgu tak boleh marah, biar bodoh takpe.
Begitu punya sayang dorang kat anak, yang kau expect nak mintak anak dia murah-murah. Eh kau ni.

"Kalau ikut Islam, tak sampai RM20K".

Betul.

Kalau ikut agama pun ada cakap duit isteri adalah duit isteri sorang, suami takleh mintak.
Kalau ikut agama, suami kena sediakan tempat tinggal.
Kalau ikut agama, suami kena sediakan pakaian isteri.
Kalau ikut agama, suami kena sediakan belanja skolah dan keperluan anak-anak dan tanggungjawab ini tak pakai duit isteri.
Kalau ikut agama, mak bapak isteri pun dah jadi tanggungan suami.
Kalau ikut agama, suami kena tanggung belanja pasar.
Kalau ikut agama bil-bil rumah semua suami bayar.
Kalau ikut agama, suami kena bagi pendidikan agama pada isteri.

Eh banyak sebenarnya kalau betul-betul nak ikut Islam.
Jangan highlite kat duit hantaran je tapi benda-benda lain kita pandang sipi-sipi.
Bab menyenangkan hidup kita, kita petik agama.

Nak tunjuk teladan kat orang, baik mulakan kat diri sendiri dulu orang kata.
Nak suruh orang lain mulakan konsep "hantaran itu tak perlu" mana maunya.
Apa kata kita mulakan dulu, mana tau orang boleh ambik teladan.
Tunggu esok giliran anak pompuan kita kawen, tengok boleh ke tak kita bagi anak kita free takde hantaran.
Ada je aku jumpa orang yang bila anak laki dia pihak pompuan mintak sampai berbelas ribu, dia marah.
Time anak pompuan dia orang pinang, dia tekan kaw-kaw dengan alasan nak tengok laki tu bersungguh ke tak.
Haa tau pun kan.

This guy ada juga mention bukannya dia tak mampu setakat RM20K, lebih dari tu pun mampu.
Cuma dia kata RM20K tu boleh jamin ke perempuan tu setia sampai akhir hayat?

Allah, KBAT betul soalannya.

RM20K = nilai untuk bertahan hingga akhir hayat [kita anggap 50 tahun marriage].

Jadi, kalau nak beli kereta harga RM30K, perlu consider samada mampu bertahan sampai 40 tahun, maybe?

Nak beli rumah harga RM200K [ada lagi ke harga ni?], kena kaji dulu adakah mampu boleh ke bertahan sampai 120 tahun agaknya?

#sarcasm

Kalau gini punya banyak cengkadak, rasanya RM20K tu sangat murah berbanding dengan seksa bini melayan karenah dia esok.

Guys,

Nak kawen atau tak, duit kena simpan dulu.
Planning kena ada, bukan tawakkal buta-buta berharap bakal mak mertua faham keadan kita yang tak berduit.
Sebelum kita mintak orang faham kita, kita cuba fahamkan pulak situasi orang.
Itu anak dia, dia bela kemain helok lagi dari secomot-comot muka ke secantik-cantik sekarang sampaikan kau boleh jatuh cinta.
Dia dah tolong besarkan buah hati kita.
Dia dah tolong didik buah hati kita.
Dia dah tolong jaga buah hati baik-baik.
Amboiii, berbudi bahasalah sikit mintak anak orang.
Takkan semua nak free.

Kalau keluarga perempuan tak mintak hantaran, alhamdulillah.
Kalau dia mintak hantaran, at least kita dah bersedia awal, ada duit.
Kalau dia mintak too high, try bincang.
Rasa-rasa boleh, ambik.
Rasa tak boleh, gostan.

Yang jadi susah bila kau nak perempuan tu, tapi kau nak mak bapak dia ikut bajet yang kau ada.
Bila tak boleh meet budget kau hentam kaw-kaw.
Menyahudikan orang sana sini.

Tu pasal la Tuhan jadikan kau tak mampu.
Cara-cara tak berduit pun kemain lagi sombongnya, kalau ada duit agaknya tak jejak tanah.