2019-03-06

Live Chat : GC Plus



Dah lama aku tak cerita pasal GreenAard, padahal kalau ikutkan hari-hari ada je aku nak cerita sebab everyday mesti ada new customer yang tanya pasal produk kat live chat.
Tapi karang blog aku dah jadi FAQ GreenAard la pulak.

Isu the above customer [tapi sebab tak jadi beli maka bukan customer lah ðŸ˜‚] adalah berat badan yang bertambah almost 10kg.

Dulu, tinggi 160cm berat 50kg : BMI 19 (healthy).
Sekarang, tinggi 160cm berat 60kg : BMI 23 (healthy).

Dua-dua masih healthy.
Bezanya, sekarang bila berat dah cecah 60kg, lebih berisi.
Berisi tak semestinya gemuk.

Walaupun BMI may not be the best way to size up our shape, sampai sekarang syarikat insurans masih gunakan BMI sebagai syarat pertama untuk lulus polisi.
Apa-apahal dorang akan check BMI dulu sebab BMI adalah indicator kebarangkalian untuk korang dapat apa-apa penyakit.
Dulu masa aku kat Prudential, kalau BMI dah slack [BMI ni kat first page form], aku tak tengok belakang-belakang dah, right away aku call agen untuk mintak customer dia buat medical check up.

Tapi pernah ada kejadian, satu proposal ni BMI dia overweight, so bila kita mintak agen suruh customer buat medical checkup, agen terus bawak customer dia datang pejabat.
Rupanya customer dia abang sado.
Pendek tapi padat sebab badan ketak-ketak.
Ok, yang tu another story.
Some people ada high BMI tapi takde body fat.
Dorang punya otot yang buatkan badan dorang berat.
Contoh, soccer player atau ahli angkat berat.
Maknanya, judging whether a person is obese based only on their BMI tak selalunya tepat tapi cara ini masih boleh dipakai sebab measuring BMI is a starting point.

Kalau live chat ni kebetulan aku yang handle, setakat badan berisi, aku memang tak allow ambil GC Plus.
No point ambil.
Badan kalau dah dalam range healthy weight, setakat makan GC Plus takkan bagi impak sangat.
Progressnya slow sebab badan kita tak guna banyak kalori.
Unless you eat less or increase your activity, then can expect to lose weight.
Atau kalau do both and take GC Plus, you can expect to lose even more sebab GC Plus gunakan konsep Atkins Diet [increase muscle].
Tapi kalau berat dah ideal pastu nak harap GC Plus do the magic, memang tak lah.
Boleh la kot setakat turun 3kg lagi, tapi nak turun lagi memang kena diet.

Dulu, tinggi aku 155cm, berat 47kg : BMI 19 (healthy)
Now, tinggi aku 155cm, berat 52kg : BMI 21 (healthy)

Nak tau samada berat badan korang berat lemak atau berat otot, jangan guna penimbang tapi gunakan baju atau seluar sebagai piawai.
Aku ada satu seluar jeans size 25 yang aku simpan sebagai piawai.
Seluar tu aku beli masa berat aku 47kg and now aku masih boleh pakai walaupun berat aku 52kg.
Maknanya, berat yang bertambah kemungkinan bukan lemak sepenuhnya tapi juga otot.

Otot punya structure lebih solid.
That's why walau berat badan naik sikit, tapi badan tak nampak membesar sangat sebab lemak dah diganti dengan otot.
Otot buatkan badan lebih solid, jadi baju and seluar lama masih boleh pakai.
Lemak punya structure lembik, melempai-lempai and mengambil ruang yang banyak.
Walaupun kurus, cuba check ada tak lebihan lemak kat perut atau kat mana-mana yang menggeleber?
Ada?
Itu maknanya kurus otot tapi lemak masih banyak.

Tak semua yang kurus tu cantik.
Kena tengok kurus sebab apa.
Ada orang diet gila-gila, tak makan, tak bersenam - kurus.
Memang kurus, tapi kurusnya belum tentu lagi hilangkan lemak.
Boleh jadi yang hilang adalah otot and tulang.
Otot and tulang yang tak dapat nutrisi seimbang akan mengecut.
Bila otot mengecut, metabolisme akan jadi slow.
Bila metabolisme slow, lemak akan dibakar dengan sangat perlahan.
Jadi, penyudahnya yang kurus tu bukan kerana hilang lemak, tapi otot mengecut.
Ukur pakai penimbang memang nampak kurus, cuba pi klinik mintak check body fat, entah-entah 38% body fat.

Sebab tu GC Plus ni kita tiru konsep Atkins Diet.
Atkins diet lebihkan pengambilan protein untuk increase otot.
Bila otot increase, lemak dibakar dengan cepat.
GC Plus pun macam tu, dia increase otot.
Kalau sape buat Atkins and ambil GC Plus, insyallah lagi cepat turun berat sebab ada customer yang buat diet Atkins at the same time guna GC Plus.

Those yang situasi macam customer di atas (screenshot live chat) yang berat dah normal tapi nak ambil GC Plus, yes, boleh ambil tapi mesti diet.

Diet yang aku suggest untuk normal weight :

1. Air masak 3-4L/day
2. No sugar at all.
3. More protein [daging putih, bukan daging merah]
4. Bersenam [optional]

Melainkan kalau nak kempiskan perut, atau kurangkan lemak bontot, atas kurangkan lemak bawah lengan - yang ini kena bersenam.
Berdiet alone takkan boleh mengurangkan lemak di bahagian-bahagian tertentu badan, yang ni perlu muscle work.
GC Plus tak kurangkan lemak di bahagian-bahagian tertentu.
Even puasa/IF pun takkan boleh kurangkan lemak di bahagian-bahagian tertentu.
Nak cantikkan bahagian-bahagian tertentu kena work out, contoh push up (lengan), sit ups (perut) atau squat (bontot).

Kalau nak tanya apa-apa meh live chat dengan aku, hari ni aku jaga live chat sampai 4pm, insyallah.
Caranya, masuk www.greenaard.com, and klik Let's Chat.
Insyallah kita boleh discuss pasal apa-apa produk GreenAard.
Siapa beli produk dengan aku today (kat live chat), you will get special price from me :)