2019-03-09

Syukur List




Tak sangka rupanya ada juga yang berjaya buktikan teknik SYUKUR LIST ni menjadi [dengan izin Allah].

Aku dah lost track, lupa berapa tahun dah aku praktikkan syukur list ni, tapi sampai sekarang aku masih lagi enjoy berangan dengan syukur list.
Every nite, aku akan tulis syukur list.
Syukur list ni adalah list syukur yang aku buat untuk hari tu.
Apa yang aku berjaya buat, aku listkan.
At the same time apa yang aku nak buat pun aku listkan, seolah-olah aku dah buat.
Then, sebelum tido, aku akan baca balik semua list ni supaay minda bawah sedar kita akan teransang untuk bergerak mencapai apa yang kita belum capai.

Susah nak explain benda ni, tapi aku sangat yakin dengan law of attraction.
Apa yang kita bayangkan, apa yang kita cakap, apa yang kita buat, apa yang kita niat - maka itulah yang akan datang pada kita.

Masa aku kecik around 7-8 tahun macam tu, aku pernah letak satu meja bulat [yang sebenarnya adalah kerusi] dan bangku kecik dalam bilik tidur.
Atas meja bulat tu aku letakkan pasu bunga kecik.
Time mak bapak aku takde kat rumah, aku akan makan dalam bilik aku, duduk kat bangku and meja tu, membayangkan makan candle lite dinner.
Aku berangan nak makan macam orang kaya-kaya.
Dulu masa kecik kalau dapat makan depan meja ada bunga ros sekuntum dah gaya mewah sangat dah tu.
Alhamdulillah, now dah biasa dah merasa makan macam tu [sebab malas masak, makan luar je kejenya].

Then aku selalu try baju-baju Mak Aji, berangan buat fashion show.
Aku mix and match baju-baju Mak Aji and Pak Aji konon macam fashion designer.
Alhamdulillah, since 2011 aku dah start Fleur by Mrs Him.

Aku berangan keje kat pejabat.
Larat aku angkut typewriter bapak aku [typewriter dulu berat wei] dari bilik bawah ke bilik atas semata-mata nak main ofis-ofis dengan Ima.
Ima yang guna typewrtiter tu sebab dia always jadi secretary, aku always jadi bos.
Berangan sign-sign document je keje aku dulu.
Alhamdulillah 2008 aku dah start sign my on paycheque.

Yang aku tak pernah berangan adalah menjadi chef, sebab tu sampai sekarang aku tak pandai sangat masak. Hehe.

Mak Aji selalu marah aku sebab aku kuat berangan.
Memang.
Aku memang kuat berangan.
Tapi itu lebih baik dari aku berdengki dengan apa yang orang lain ada.
Alhamdulillah aku boleh katakan aku tak pandai nak dengki dengan apa yang aku takde.
Kalau aku rasa apa yang ada kat orang lain tu aku nak, aku usaha.
Kalau aku tak boleh dapat walau dah usaha, aku berangan seolah-olah aku dapat.



Ini buku tahun 2017.
List syukur dan berangan.
Tak apa berangan, buat seronok-seronok untuk diri sendiri.
Mana-mana yang dah capai, aku tick.
Yang belum tercapai, aku tulis semula di page lain sambung dengan impian-impian baru.

Kalau tengok list ni ada 2 benda yang baru perasan.

Yang pertama, iPhone X.
Kemain lagi aku berangan tak agak-agak nak iPhone X terus.
Padahal tahun 2017 aku dah pakai iPhone 6.
Agaknya dek berangan sangat nak henfon baru, sekali tahun depannya (2018), iPhone 6 aku hilang kat Popular, terus terpaksa angkat iPhone 8 Plus.
iPhone X mahal nau masa tu.
Lepas tu terus cancel dah impian nak new iPhone, tak berani dah aku nak tulis.
Tak pasal hilang lagi phone aku.

Moralnya kat sini, beranganlah apa yang kita benar-benar belum ada.
Kalau dah ada iPhone, beranganlah nak iPad pulak.
Karang Tuhan makbulkan impian kita dengan cara Dia hilangkan iPhone lama, haaa jenuh.
Dah la dulu aku tak back up data, semua gone.

Yang kedua, umrah.
Tahun 2017, aku berangan nak pi umrah kali ketiga tahun 2018.
Siap tulis nak Business Class MAS KUL-Jeddah-KUL.
Alah, berangan kan free, tulis je lah apa adehallll.
Eh sekali betul lah bulan Nov 2018 aku dapat pi umrah lagi, betul-betul naik bisnes class.



Dapat makan mertabak pun syukur u olssss.
Ni kalau sekali baca mesti orang ingat aku 3 tahun tak jumpa metabak, padahal tetiap bulan aku mencekik metabak.
Memandangkan metabak Singapore ni bukan duduk depan rumah aku, jadi bila dapat makan haruslah bersyukur. Sedap pulak tu.

Period datang on time pun syukur u olssss.
Padahal period aku memang sentiasa datang tetiap bulan, lainlah bang sajat harus syukur kalau datang period. Eh.
Benda-benda macam ni nampak macam merepek je nak ditulis-tulis tapi kalau pikir-pikirkan balik selalunya kita terlepas pandang benda-benda yang biasa kita dapat sebab kita anggap itu normal.
Dah biasa period lancar setiap bulan, kita anggap itu perkara yang tak perlu nak disyukuri.
Apetah lagi kita tak usaha apa-apa pun, dia tetap datang dengan jayanya.
Tapi untuk orang yang setahun tak datang period sebab ada masalah kesuburan, yang makan macam-macam ubat nak bagi subur, kalau period datang setakat 2 hari pun dah besar rahmat untuk dia.

Mak buat stok popia haruslah bersyukur u olsss sebab menantu takyah tolong buat, tau-tau je dah siap. Mbahahaha.



Dalam buku syukur ni pun ada ruangan untuk aku tulis Daily Goals.

"Tak boleh puasa tapi taknak makan" tu perlu tulis ya, supaya istiqomah.
Sebab restoran helok je duduk bawah opis aku, kalau takde peringatan macam ni jawabnya terbabas lah.

Daily things to do mesti kena tulis supaya kita tak procrastinate.
Bila dah tulis macam ni. barulah rasa teruja nak siapkan.
Lama-lama nanti dah jadi terbiasa, dah tak jadi susah dah pun nak buat.
Bila dah biasa buat, sekali tak buat terasa tak lengkap.
Ini semua akan jadikan kita fokus dan lebih berdisiplin, insyallah.

Memang aku masih lagi old school, kemana-mana dalam beg mesti ada buku gratitude list.
Pen kaler-kaler pun sebekas bawak ke mana-mana, baru ada mood nak menulis, that's why beg tangan aku besar gabak, banyak nau barang yang nak diangkut.



Rasanya inilah list yang paling sedih aku baca.
Tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya always ada allocation untuk duit raya Ibu & Ayah.
Tahun ni list raya 2019 dah takde dah allocate duit untuk Ibu sebab Ibu dah meninggal.
Insyallah duit raya ibu boleh tambah untuk ayah :(
[ibu adalah mak angkat, bukan Mak Aji]

Sesiapa yang belum pernah buat SYUKUR LIST, buatlah.
Lepas solat selalunya kita berdoa minta apa yang kita belum dapat, jarang kita nak bersyukur apa yang kita dah dapat.
Jadi, tulislah list syukur setiap hari.
Apa yang dah dapat, syukur.
Apa yang belum dapat, syukur.
Insyallah kalau kita dah biasa syukur dengan apa yang kita belum dapat, lama-lama kita tak ada rasa dengki dengan apa yang orang lain ada.

Maybe kita boleh start tulis :

"Saya bersyukur saya sentiasa berlapang dada dengan apa yang orang lain miliki"

"Saya bersyukur saya diberi hati yang jauh dari perasaan sakit hati pada orang lain"

"Saya bersyukur saya diberikan hati yang seronok melihat kejayaan orang lain"

Memang susah mula-mula nak buat sebab kita bukan saja berangan as if benda tu dah jadi, tapi kita juga terpaksa mengaku we are doing fine when we are actually not.
Tapi insyallah, istiqomahlah buat.
Lama-lama nanti minda bawah sedar kita akan bertindak seiring dengan apa yang kita tulis.