2019-03-12

Drama cucu



Dari Khamis 28 Feb sampai 10 Mac aku tersadai kat rumah tak masuk ofis menjaga tuan besar ni.
Mak balik Tganu jadi aku work from home.
Macam biasalah kan sesekali dapat peluang control dapur 100%, memang 'merana' lah anak aku.
Dah macam duduk dengan mak tiri.

Kalau dengan nenek dia, kemain lagi makan bersuap-suap.
Nak habiskan sepinggan nasi pun berejam sebab dia makan sambil tengok iPad, sambil meniarap, sambil menonggeng, sambil tersungkur, macam-macam aksi.
Tinggal sommersault berpusing je belum.
Mendidih je aku tengokkan.
Tak boleh sound, karang nenek dia kata "Takpelah, asal makan".

Nak je aku cakap "Betullah orang kata kalau cucu duduk dengan nenek memang manja terlajak. Esok besar tak jadi orang".

Karang mak aku kecik hati pulak.

Kalau kat Mak Aji aku cakap macam tu konfem dia balas "Abis tu, kau jadi beruklah ni kan sebab aku yang jaga?"
Tu pasal aku berfikir habis-habisan kalau nak kondem Mak Aji, karang tak pasal aku kena balik.

Aku tak sure nenek orang lain macam mana, tapi nenek Rayyan (dua-dua nenek pun sama) memang gini.
Kalau nenek Tganu, sayang Rayyan.
Apa Rayyan buat semua ok.
Rayyan lah cucu dia paling bijak.
Rayyan lah cucu dia paling pandai cakap omputih.
Rayyan lah cucu dia paling pembersih.
Halah halahhhh...ye lahhh.

Kalau nenek Bangi pulak, lebih prefer kat Redza banding Rayyan sebab cucu sulung.
Lagipun Rayyan dia tak jaga sebab mak dah jaga dari awal.

Kalau Redza nak ambik exam, dia sound aku siap-siap "Kau jangan paksa-paksa dia sangat, karang stress budak tu".

Kalau result exam nak keluar, dia call aku siap-siap "Kau jangan nak marah-marah kat dia kalau result teruk".

Kalau result Redza bagus, dia tanya aku "Kau janji apa nak bagi budak tu? Jangan tak bagi. Kesian dia. Kau dah janji-janji pastu tak bagi"

Tu cara-cara tak duduk serumah tu.
Kalau Mak Aji duduk serumah dengan aku, memang sekadar jadi tea lady je lah aku dalam rumah tu.

Baru-baru ni 9 hari mak mertua aku balik Tganu, bersinsing lengan aku kat rumah.
Helok pulak Rayyan time makan je tertib masuk dapur makan kat dapur.
10 minit makan dah setel [sebab aku tunggu kat tepi macam warden. Kahkahkah].

Kalau dia nak makan sambil tengok TV, pun kejap je, tak berejam macam selalu.
Yang best tu dia sendiri angkat meja kecik untuk letak pinggan.
Senario ni kau takkan jumpa kalau nenek dia ada dalam rumah.
Kadang-kadang aku pelik apesal bila nenek kau ada, kau menggeletis satu macam?
Apesal bila nenek kau balik kampung, kau pandai bawak diri?
Sepahkan rumah pun tak, makan pun ikut time, mandi pun ikut time.

Selalunya every morning mok akan siapkan bekal dia pi skolah KAFA.
Aku punya tugas, kejutkan dia, tunggu dia siap mandi, pakaikan baju and tolong packkan buku untuk jadual hari tu.
Lepas siap semua aku tinggalkan dia kat bawah dengan mak, aku naik atas mandi [kadang-kadang sambung tido].

Masa mak takde hari tu, aku ambik alih tugas siapkan bekal.
Dia turun-turun je, "Ma, adik nak breakfast makanan bekal. Adik tak nak makan kat skolah"

Wah, suka aku.
Lega hati dapat tengok anak isi perut sebelum pi skolah.

Pagi semalam pukul 6.30am aku turun nak siapkan breakfast.

Mak cakap, "Diana nak buat apa? Mok sedia dah bekal adik, dah masuk dalam beg".

Aku balas, "Masa mak takde, sepanjang minggu adik taknak bawak bekal, mak. Dia makan pagi kat rumah" [dengan rasa excitednya aku bercerita konon-konon bila amma take over menjaga, anak jadi behave].

Masa Rayyan turun, mak tanya "Adik nak makan ke, nak bawak bekal? Nenek siap dah bekal adik".

Dia jawab "Adik taknak makan pagi lah, nek. Adik kan suka bawak bekal"

Kau tak berbulu dengarrrr??
Menggelegak je darah aku.
Sanggup dia memperkotak-katikkan perasaan amma demi menjaga hati nenek beliau.
Kau siap kau, lagi 2 bulan nenek kau balik Tganu taulah nasib.

Inilah struggle yang dihadapi oleh mak-mak yang duduk serumah dengan nenek-nenek.
Bukan amma marah nenek duduk sekali.
Bagus juga nenek ada, sebab nenek-nenek selalunya penyayang.
Kalau amma tiba-tiba bertukar jadi Naga Tasik Chini, nenek selalunya akan jadi dewa pelindung.
Ada lah juga tempat cucu mengadu.
Masa aku kecik dulu kalau kena bantai dengan Mak Aji, sendiri la menangis pujuk hati sampai tetido.
Lebam-lebam kat betis kena sebat pun sendiri gosok dengan Vicks [dulu belum ada minyak gamat].

Yang aku tak berkenan bila nenek dia ada sekali gitulah, dia punya "beli jiwa" nenek dia tu yang aku tak tahan.
Tu pasal nenek selalu bengang kalau cucu kena marah sebab dia nampak cucu dia baik, pandai ambik hati dia.
Yang kita ni sikit-sikit nak disebatnya budak tu katanya.
Agaknya tu pasal masa mok balik Tganu, Rayyan begitu tertib dan disiplin sekali.
Sebab dia tau kalau kena sebat takde sape nak tolong dia.

Aku ingat lagi masa Redza kecik dulu aku suka marah-marah dia [sebab Redza kan blur], Mak Aji marah aku "Tu pasal lah kau susah dapat anak. Ada anak pun kau asyik marahkan je".

Hamboiiiii, macam lah aku dulu hari-hari tak kena marah.
Salah aku pun aku kena.
Salah adik aku pun aku kena.
Lori sampah lupa ambik sampah pun akuuuuu jugak kena.

Semalam masa nak pi skolah rendah [Rayyan skolah sesi petang], kebetulan anak sedara En Wan datang rumah jadi mok sibuk sikit kat dapur.
Masa nak keluar rumah, mok jerit dari dapur "Diana, kasut adik mok tak keluarkan lagi"

Aku jawab "Dia pandai ambik sendiri, mok. Mok takde hari tu dia ambik kasut sendiri je".

Kau tau tak, kasut tu bukan simpan kat bumbung rumah tau.
Kasut tu ada kat lemari kasut depan porch je.
Itupun nenek dia hari-hari keluarkan kasut letakkan betul-betul depan pintu, biar cucu dia keluar rumah terus masukkan kaki dalam kasut.
Haaaaa....tinggal dengan aku memang tak lah kau nak jumpa special treatment macam tu.
Pandai-pandailah kau keluarkan kasut dari lemari bila nak pakai. dan pandai-pandailah kau simpan kasut kau balik lepas pakai.
Kalau aku nampak bersepah kasut depan pintu, purrrrrrrrrrrrrrrrr aku lempar dalam tong. Gitu je makan dia.

Yang menjadi kepelikkan tu, dia boleh buat semua sendiri bila nenek dia takde.
Itu yang aku heran.
Apesal time nenek kau takde baru kau boleh buat semua benda.
Aku baru nak ambik peluang nenek dia takde ni nak cari point untuk cari pasal dengan dia, tapi tak dapat sebab dia begitu disiplin sekali.
Helok je nenek dia jejak dalam rumah ni, keluar balik segala perangai dia.

Orang kata selagi kita belum jadi atuk atau nenek, kita tak rasa apa yang dorang rasa.

En Wan dah nampak hawa-hawa perangai seorang atuk.
Cucu dia datang tak mintak belikan mainan pun, atuk tetap offer mainan.
Saje je En Wan lalu-lalang depan kedai mainan tunggu cucu dia mintak beli.
Bila cucu dia tak mintak, dia yang offer. Hahaha.

Aku belum lagi ada bunga-bunga perangai seorang nenek.
Aku forever young.
Tapi perangai seorang Mak Long yang protective tu ada :