2019-01-12

Kentut vagina


Selalu kebanyakkan orang yang jual jamu atau apa-apa herba untuk keintiman, seller akan bagitau the product boleh lancarkan haid, kurangkan senggugut, tambah kesuburan, kurangkan berat, legakan stress....bla bla bla bla.
Tapi dalam kebanyakkan masa, seller akan highlite tentang hubungan keintiman.
Balik-balik itu modal terbesar dia.
Itu yang aku selalu nampaklah.

Dah takde keje lain asik nak sembang pasal nak bagi pepek rapat, nak bagi tetek kembali tegang, and nak bagi klimaks 43 kali satu malam.
Jarang dia nak highlite tentang masalah-masalah lain yang dia listkan panjang-panjang tu.
Seolah-olah ubat tu hanya untuk tujuan seks semata-mata.
Pastu balik-balik menakutkan orang - kalau vagina longgar nanti laki tinggal, nanti laki cari lain, nanti pepek tak wangi....ya ampunnn.

Bila aku launch Herba Rahsia Rimba (HRR), aku jarang highlitekan hal-hal keintiman ni sebab aku percaya ada benda lain yang women kena 'repair' yang secara tak lansung akan memperbaiki hubungan dengan suami.
Bukan semata-mata nak kena 'repair' lubang vagina je.

Surprisingly dari sejak aku launch Herba Rahsia Rimba nak masuk setahun ni, boleh kira tak sampai 10 orang yang tanya tentang hal-hal keintiman.
Takde pulak aku tengok berjujuk-jujuk nak besarkan tetek, nak kecutkan faraj, nak hilangkan kentut vagina, hilangkan bau, dan sewaktu dengannya.
Kebanyakkannya nak repair period cycle and masalah keputihan.
Aku sangat percaya kalau masalah dua ni kita repair dulu, insyallah hubungan suami isteri akan pulih dengan sendirinya.

Kentut vagina.

Walaupun jarang GreenAard dapat soalan tentang ni, tapi ni aku nak explain sikit.
Sebab aku rasa ramai perempuan ditakut-takutkan dengan masalah 'kentut vagina' sampaikan ada yang ingat ini masalah besar dan jadi punca kenapa suami tak happy.

Firstly, nak bagitau angin yang keluar ikut depan tu bukan sejenis kentut.
Kentut tu adalah bila bakteria yang pecahkan makanan dalam usus dan membebaskan gas semasa proses pencernaan.
Gas yang berbau tu kita namakan kentut.
Tapi angin yang keluar dari vagina tak datang dari proses pencernaan.
Ia datang udara yang menyelinap masuk dan keluar dari vagina.
Ia adalah udara yang biasa.
Jadi tak boleh disamakan dengan kentut.

It's ok kalau tetap nak guna perkataan 'kentut vagina' tapi mesti tau secara teknikalnya ia adalah berbeza dengan kentut yang real (ada kentut tak real rupanya. kahkahkah).

Ada sorang seller tu promote produk dia "bila vagina longgar, kentut akan beralih keluar ke saluran yang salah, sebab tu kentut keluar ikut vagina".

Halahhh...macamanalah dokter-dokter tak bengang.
Sesuka hati kau je bagi diagnosis.

Angin yang keluar dari vagina ni boleh keluar pada bila-bila masa je, random.
Asalkan namanya perempuan, memang ada potensi nak dapat 'kentut vagina'.
Apetah lagi perempuan yang dah kawen, lagilah ada potensi tinggi nak dapat 'kentut vagina' sebab aktiviti seks push up udara ke dalam.
Lagipun vagina akan expands bila kita turned on, itu menambahkan lagi banyak ruang untuk udara masuk.
So bila vagina balik ke size asal, angin ni keluar dan dia tak keluar sekaligus.
Disebabkan dia keluar sikit-sikit maka kita terasa faraj dah longgar, padahal belum tentu lagi disebabkan itu.

Vagina akan jadi lembab semasa seks, tu pasal semasa dan selepas seks terasa macam ada bunyi-bunyi kentut keluar kerana dalam keadaan lembab, angin akan lebih mudah keluar.
Apetah lagi kalau kita banyak vaginal discharge, lagi senang nak dapat sebab vagina dalam keadaan lembut (lembab).
Dalam kes ni, yang perlu diperbaiki adalah kurangkan vaginal discharge dulu, baru nanti 'kentut vagina' akan berkurangan atau stop sama sekali.

Kalau kita pakai tampons pun akan dapat 'kentut vagina'.
Pendek kata apa benda je yang kita masukkan dalam vagina be it penis, tampons, atau speculum, udara akan masuk sekali.

Kalau kita bersenam dengan position yang involve raising legs over pelvis pun boleh buatkan angin masuk.
Yang buat yoga senang nak dapat ni sebab dia ada buat beberapa pergerakan stretching.
The thing is, angin yang keluar ikut depan ni is normal and nothing to be embarrassed about.
They are much more common dari apa yang kita fikirkan.
Cuma kita je yang takut nak bercerita hal ni padahal angin tu boleh keluar even masa dengan simple pergerakan contohnya bangun dari kerusi.

It's true, angin yang keluar dari depan ada kaitan dengan vagina yang longgar tapi bukannya vagina tu yang kena repair tapi ada masalah dalaman.
Masalah dalaman yang menjadi punca ni yang jarang sekali diwar-warkan.
Seolah-olah aktiviti seks and melahirkan anak tu yang jadi satu-satunya punca vagina longgar.

Vagina (vaginal opening) kita ni Allah dah jadikan cantik di mana dia boleh kembali ke bentuk asal.
Bukan lubang tu yang longgar tapi otot pelvic yang dah injured.
Ini yang kena direpair.
Cara nak repair senang je, prektis kemut.
Cara nak kemut tu seolah-olah macam kau menahan kencing.
Try buat tu everyday.
Insyallah nanti otot pelvic tu pulih.

Macam tu juga dengan perempuan yang nak menghampiri menopos.
Vagina akan longgar sebab estrogen makin berkurang.
Bila estrogen berkurang otot pelvic jadi lemah.
Yang ni kita kena increase estrogen.

That's why Herba Rahsia Rimba ni aku jarang highlitekan hal-hal keintiman suami isteri sebab ada benda lain yang kita perlu highlitekan yang bilamana masalah tu selesai, masalah keintiman akan selesai dengan sendirinya.

Yang penting perempuan mesti pastikan :

- period datang setiap bulan. Lambat seminggu atau cepat seminggu itu normal, bukan masalah besar asalkan setiap bulan mesti datang period.

- takde masalah keputihan yang berbau, gatal dan berwarna. Kalau discharge tu tak berwarna, tak gatal dan tak berbau, that's normal vaginal discharge. Pepek kita ni tak boleh kering sangat, jadi jangan expect takde lansung dicharge, itu salah.

Dua ni kena pastikan selamat.
Kalau dua-dua ni ok, insyallah masalah lain selesai sebab kebanyakkan masalah wanita adalah disebabkan oleh perubahan hormon.

Dua-dua masalah tu insyallah boleh selesai dengan Herba Rahsia Rimba sebab memang itu tujuannya.

And satu lagi, apa-apa supplement kesihatan dalaman wanita especially bab-bab keintiman bukan boleh diambik hari-hari ya.
Jangan main makan je, mesti ada peraturannya.
Ada beza pengambilan untuk yang dah kawen, yang belum kawen, yang berpantang, dan yang tengah period.



Nak tau lebih lagi pasal HRR, KLIK SINI