Ada sesiapa puasa hari ni?
Awal lagi ni, karang terbukak puasa lak baca post aku hari ni.
Khamis lepas birthday Pak Aji.
Dulu, masa aku kerja sendiri (read : En Wan masih makan gaji), aku akan celebrate birthday mak bapak aku on the same day.
Siapa yang follow blog aku dari dulu mesti dah paham sangat aku akan declare cuti setiap kali birthday aku, birthday mak bapak and birthday Leslie (auwww!).
Tapi menjak 3 tahun lepas, takde peluang dah nak celebrate birthday mak bapak aku on the same day.
Biasala kan, company aku kan dijajah oleh Jepun.
Jepun kan ada perangai sikit.
Jadi terpaksa la tunggu cuti kalau nak celebrate birthday Pak Aji.
Sabtu lepas, aku order pulut kuning berhias.
Selalunya dalam pulut kuning orang sumbat dengan serunding, tapi aku request rendang daging.
Macam biasalah semua makanan aku order dari kawan aku - Aisyah.
Cantik senonoh je pulut berhias aku. Meriah!
Laki si Aisyah kata bini dia bangun pukul 4 pagi nak menyiapkan pulut and makanan-makanan lain.
Korang kalau nak tempah pulut berhias untuk apa-apa occasion, boleh WHATSAPP AISYAH.
Aku tak request pun nak 2 tingkat macam ni, aku main order je.
Tau-tau masa hantar dapat cantik macam ni.
Tu yang aku suka Aisyah ni, dia always faham je apa aku nak.
Maybe sebab aku pun tak instruct apa-apa jadi dia gunakan kreativiti.
I love surprises, bila nampak pulut kuning aku jadi semenggah macam ni, terus excited.
Jangan tanya la berapa harga ni, sebab aku pun blom bayar lagi ni, si Aisyah blom bagi harga pun lagi.
Tauhu bergedil ni wajib order.
Yang ni memang dah dikenalpasti sedap.
Nak nak lagi sambal kicap dia.
Sambal kicap Aisyah memang power.
Aku siap request mintak dia jual sambal kicap saja.
Setakat nu aku dah order 2 jar.
Sandwich telo yang marvelles.
Selalunya aku tak berapa berkenan dengan sandwich sardin yang orang lain buat selain dari aku buat sendiri sebab aku always dapat sandwich sardin yang tak sedap.
Ada yang sardin bau hanyir, ada yang sardin penuh bawang, ada yang sardin banyak rasa tomato.
Tapi Aisyah punya aku boleh makan.
Mini cream puff.
Custard yang sedap.
Yang ni Ima order dari kawan skolah dia.
Ima tak dapat balik, so dia tempahkan brownies ni.
Sedap.
Aku kan always nak hidang cantik-cantik atas pinggan kalau buat makan-makan sekeluarga macam ni.
Tapi Mak Aji always akan cakap tak payah, hidang je dalam kotak-kotak senang nak simpan balik kalau tak habis.
Yang sebenarnya malas nak keluaran pinggan mangkuk.
Karang jenuh nak menyimpan balik.
Cadangnya nak bergamba sekeluarga.
Punyalah aku postpone gerak ke Bangi tengahari, nak membagi peluang Widad bangun dan bersiap-siap.
Penyudahnya aku laki bini je bergambar dengan Pak Aji and Mak Aji sebab yang lain baru bangun tido sebab anaknya tido pukul 8 pagi.
Mak bapak dah jadi zombie.
Dijangka celebration ni akan disambung second round Jumaat ni sebab Jumaat ni aku lepak Bangi sampai Ahad. En Wan takde, yihaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Kahkahkah.
Semalam (Ahad) ada food tasting untuk majlis kawen anak sedara En Wan April ni.
Food tasting tu dia buat kat Kelana Sports Centre.
Ada orang kawen kat dewan tu yang kebetulan ambil pakej dari caterer yang sama, so the caterer invite us untuk rasa makanan dia.
Sebenarnya food tasting ni penting untuk kita identify mana-mana yang kita tak berkenan sebelum turn majlis kita, supaya takde dakwa-dakwi kendian hari.
Jadi sepatutnya yang dibawa ke sesi food tasting ni mestilah orang yang boleh diharap untuk merasa makanan bukan yang semua benda dia bedal.
Nak dijadikan cerita, banyakkkkkkkkkkkkk sangat benda yang kitorang tak puas hati dengan caterer ni.
Dari segi makanan memang tak meet our standard.
Aku rasa open house aku lagi best.
Kesian Kak Ngah, dah berbelah bagi dah samada nak continue ambik this caterer ataupun tak.
By the way, aku tengok laki aku ni nampak lagi tua pulak dari Kak Ngah. Kak Ngah dah 53 pun macam remaja lagi.
Masa dah selesai makan, jumpa dengan tuan punya kenduri.
Ye lah sebab kitorang 'tumpang' kenduri dia untuk merasa makanan.
Mak pengantin tu tanya "Dah selesai? Ok tak?"
Anak sedara aku jawab "Haah, dah selesai, nanti nak bincang semula dengan caterer"
Pastu dia tanya "Siapa yang nak kawen? Yang ni ke? (tunjuk kat aku)."
Wah kemain bersorak anak-anak sedara En Wan.
Cuak laki aku kejap. Kahkahkah.
You don't play-play with me En Wan.
I never wear sexy-sexy pun people think I not yet marry.
If I wear sexy-sexy, people straight away ask me marry.
You think I'm out of season oready? Never! Mbhahahahahahah.
Lepas mentekedarah kat dewan, kitorang gi rumah adik En Wan kat Damansara.
Rumah Mek.
Saja je dia ajak makan-makan.
Makan lagiiiiiii.
Ni first time aku datang sini.
Mek ni kawen dengan Algerian.
Dia ada buat bisnes authentic Moroccan product.
Ni kira produk orang have-have je ni.
Kalau dia bukak booth pun kat mall yang have-have.
Sebab produk dia mahal maka sesuailah bukak kat situ.
Orang Malaysia jarang nak pakai produk macam ni, selalunya expat yang beli.
Contohnya macam beg dalam gambar ni.
RM300+ sebijik.
Aku ada satu yang bling-bling dengan sequins.
Selain tu dia ada jual water-water ni.
Ini memang origin dari Morocco.
Mek selalu balik Morocco sebab keluarga mertua dia kat sana.
Produk-produk ni semua dia bukan ambil dari pemborong tapi dia beli direct dari villagers yang buat bisnes ni.
Kalau pinggan mangkuk, beg-beg and selipar semuanya handmade and limited edition.
Kalau water-water ni semuanya dibuat dengan cara traadiotional orang-orang sana.
Dua punya Argan Oil botol 10ml tu pun dah RM120.
Tapi macam yang aku cakap dengan En Wan, jual benda-benda mahal ni lagi senang dari jual benda murah.
Sebab orang yang mampu beli barang mahal-mahal ni adalah orang yang benar-benar ada duit.
Dorang takkan tawar-menawar and dorang always go for the best.
Nampak je macam jual barang-barang Morocco ni takde market kat Malaysia.
Memang kalau jual dengan orang Malaysia payah la nak penetrate market, that's why dia banyak jual kat arae Damansara sana, sebab sana banyak expat.
Expat memang appreciate authentic product macam ni.
Tapi ada je orang Malaysia yang jadi regular customer dia.
Kalau nak beli barang-barang The Moroccan Caravan ni boleh visit website : https://www.themoroccancaravan.com atau vicit IG themoroccancaravan.
Mek dah nak balik Dubai tak lama lagi, nak terus duduk sana dengan husband dia.
Jadi some barang-barang dia ni dia nak clearkan stok, maybe boleh dapat good price.
Lepas dia pindah Dubai, maybe akan ada someone yang take over the bisnes kat sini.
Oh by the way siapa yang cari rumah sewa area Damansara boleh contact Mek kat SINI.
Dia nak cari orang untuk sewa rumah dia duduk sekarang.
Padahal masing-masing baru lepas makan kat dewan kan, tapi sebab lauk kat dewan tak sedap jadi wajiblah semua repeat kat rumah Mek.
Dapat pekena nasik beriyani kat rumah Mek baru masing-masing puas hati.
Barang-barang kat rumah Mek ni kebanyakkannya memang dari Morocco.
Contoh, plate and gelas kat rumah Mek ni.
Even dia punya throw kusyen, rugs and hiasan dinding semua Moroccan style.
Tapi ce lah tanya pinggan dia tu, RM100-RM200 sebijik.
Sebijik ya, bukan satu set.
Sikit punya style and mewah je nampak kuih ni bila hidang atas piring ni.
Tak salah aku ini orang panggil Fez.
Itu semua hand-painting tau.
Siapa nak datang tengok sendiri barang-barang Morocco, boleh datang ke rumah Mek terus.
Ni kat rumah Mek ni, ruangan depan dia jadikan show room untuk display produk Moroccan dia.
Yang kusyen tu kulit kambing okeh, semalam aku duduk kemain sedap lagi.
Aku kan dari mula Mek jual kusyen kulit tu aku dah berkenan dah.
Tapi abang si Mek yang ada dalam rumah aku ni tak nak, dia kata konsep rumah dia berbeza.
Berbulu je aku.
Alhamdulillah, ini saja planner yang left.
Setakat Jumaat lepas masih ada 100, hari ni aku tak tau la sebab hari-hari pun order masuk.
Tapi insyallah ada lagi sebab nak dapat planner ni bersyarat.
Bukan asal beli produk GreenAard je dapat.
Masa kita launch planner ni bulan lepas, yang beli minimum RM150 je dapat.
Tapi memandangkan dah tinggal 100, kalau beli RM120 dah boleh dapat free planner.
Maknanya kalau beli sebotol Gloei dah dapat.
Kalau beli sekotak Basic Value Pack pun dah boleh dapat.
Kalau beli pakej Combo Deal GC Plus (1) and Nutrijuice (2) pun dapat.
Apetah lagi kalau beli RM240, terus dapat 2 planner.