2019-01-11

Memang tak cantik pun


"Pernah tak Kak Di rasa nak berpakaian macam dulu balik? Susah betul saya nak istiqomah"

Sebenarnya aku tak pernah tinggalkan pun cara berpakaian yang dulu.
Apa yang aku pakai dulu, aku masih lagi pakai sekarang.
Bezanya, sekarang aku pakai di rumah.
Itu memang syarat En Wan masa aku nak bertudung.
Dia taknak tengok aku bertutup litup di rumah, cukup hanya di luar.
Jadi bila reader ni tanya if aku rindu nak berpakaian macam dulu, aku tak perlu rindu sebab aku masih berpakaian macam tu.

Bukan sekali dua orang tanya aku soalan macam ni.
Banyak kali dah.
Even kawan-kawan seopis yang lama dulu pun kalau terserempak dengan aku, selalunya dorang akan tanya "What happened?" (merujuk kepada penampilan aku sekarang).
Padahal aku bukan berubah apa pun, pakai tudung je.
Tapi maybe itulah impaknya bila dulu kau terlampau 'berani'.
Mungkin dek terlampau berani tu buatkan orang takkan sangka aku boleh berubah.
Walhal ramai yang berhijrah dari free hair ke tudung.

Dalam masa yang sama, aku faham ayat "What happened" tu juga adalah bahasa mudah untuk "Apesal kau pakai macam ni? Buruk gila kot kau sekarang berbanding dulu".

Haaaa..gitu.
Apa ingat aku tak reti nak decipher soalan kau? Hahaha.

Lagi satu soalan yang aku selalu dapat "Ekstrimnya kau. Rilek-rilek dah la..."

Sebenarnya dia tak lah memaksudkan aku sebagai sangat-sangat extreme.
Tapi mungkin perbandingan antara aku yang dulu and sekarang membuatkan orang nampak perubahan aku sangat ekstreme.
Ataupun dia membandingkan diri dia yang terlebih dahulu menutup aurat (read : pakai tudung), jadi bila dia nampak aku 'melebih-lebih' pulak dari dia yang lebih awal, itu yang buatkan aku nampak extreme.

Tak ada yang extreme pun.
Aku pun bermula dengan tudung singkat juga.
That was year 2011.
Sekarang dah 2019 kot.
Dah selayaknya ada peningkatan dari segi luaran dan dalaman.
So kalau kata aku extreme, itu sangat tak patut.

To be honest, menutup aurat memang tak cantik.
Kat manalah cantiknya kalau seluar besar, baju labuh, dah la baju labuh, straight pulak tu takde cutting kat pinggang, kan?
Yang cantik tu bila kau pakai tudung tapi at the same time kau pakai jeans ketat, baju ketat, tak pakai stokin, tak pakai hand socks.
Yang ni memang cantik.

Tak, aku bukan perli.
Ini memang pandangan peribadi aku.

Sejujurnya, menutup aurat memang takkan menjadikan kau cantik kerana memang itulah tujuannya.
Islam memang tak bagi orang perempuan bercantik-cantik kat luar sebab itulah bila kita diwajibkan memang pakaian syari'i, ramai yang susah nak istiqomah.
Berpakaian syari'i adalah pakaian solat-ready.

Apa itu solat-ready :

- tudung menutup dada
- baju longgar tak menampakkan bentuk pinggang dan lekuk tubuh
- baju labuh menutupi bontot.
- kain yang labuh sampai ke buku lali.
- kalau berseluar, tidak boleh yang menampakkan bentuk kaki.
- berstokin.
- handsocks (sekiranya sleeve tak cukup panjang hingga ke wrist)
- tak bermekap.

Itu adalah solat-ready.

Cuba semak list tu, adakah kita dalam kategori solat-ready?

Oklah, 99% tengah pakai mekap (at least berbedak), fine.
Boleh abaikan part mekap tu kejap.
How about the rest of the list?

Ustaz pesan, kalau kita nak istiqomah dalam menjaga aurat, pertama sekali kena faham apa tujuan menutup aurat.
Kalau kita faham, insyallah mudah untuk kita istiqomah.

Pertama sekali kena faham - menutup aurat bukan untuk bercantik-cantik.
Jadi, once kita decided untuk menjaga aurat kita dengan betul, there's no more cantik.
Tapi, tak cantik tak bermakna pakaian mesti selekeh, buruk, busuk dan tak bersih.

Menutup aurat bukan sekadar nak lindungi kita dari lelaki buat jahat kat kita.
Setan ni kalau nak suruh buat jahat, tak kira orang tu tutup aurat ke tak.
Tetapi kita disuruh pelihara aurat dengan sempurna untuk menghindarkan diri kita dari dosa, bukan menghindarkan orang lain buat dosa.
Dosa kita ni yang kita kena jaga dulu, bukan dosa orang pada kita.
Ini point yang kedua.

Yang ketiga, kerana menutup aurat adalah ujian ketaatan.
Ustaz aku cakap menutup aurat adalah ujian ketaatan yang paling bawah sekali.
Ia melambangkan betapa tinggi atau rendahnya ketaatan kita pada Allah.
Kalau yang ni pun kita dah failed, bermakna iman kita sangat lemah.

Yang keempat, meningkatkan ketakwaan.
Dengan syarat - tutup aurat dengan tepat.
Kalau kita bertudung tapi masih berpakaian ketat sendat, kita masih lagi terdedah dengan maksiat.
Itu yang kadang kita nampak perempuan bertudung tapi melepak kat kelab malam.

"Aku masuk kelab malam bukan minum arak pun"

Yes, betul.
Takde siapa kata asal masuk kelab malam je togok alkohol.
Tapi itulah bezanya bila kita menutup aurat separuh-separuh, risiko untuk terdedah kepada maksiat lebih tinggi berbanding menutup aurat secara syari'i.

Kenal tak dengan pelakon arwah M Rajoli?

Aku pernah baca artikel kat magazine tentang diri dia.
Lama dah artikel tu, zaman aku skolah menengah.
Waktu tu di Malaysia trend hijab dan berjubah belum meluas.
Dia satu-satunya artis yang ke mana-mana pegi akan pakai seluar cerut Aladdin and serban macam Aladdin tu.
Waktu tu nampak macam itu adalah satu trademark dia.

Rupanya itu bukan trademark.
Dia kata dia sengaja berpakaian macam tu untuk mengelakkan diri masuk ke kelab malam semula.
Jadi bila dia buat keputusan untuk berhijrah, dia pilih untuk berpakaian macam tu.
Bila pakai macam tu, kita jadi segan nak masuk tempat-tempat maksiat.
Jadi betullah menutup aurat sebenarnya meningkatkan ketakwaan.
Bila kita menjaga aurat kita dengan betul, dengan sendirinya kita menjaga akhlak.

Memang payah nak istiqomah menjaga aurat dengan betul, especially untuk wanita berkerjaya.
Keluar-keluar je dari rumah dah nampak macam-macam fesyen.
Tu belum lagi mengadap henfon and laptop dengan macam-macam trend and fashion dikongsikan kat media sosial.
Kat tempat kerja nampak kawan sebelah-menyebelah bergaya.
Semua ni buatkan kita jadi lemah dan tak dapat nak istiqomah.
Padahal takde siapa hasut kita pun tapi kita tak kuat.
Sampaikan aku rasa menjaga aurat di persekitaran yang kurang membantu perjuangan kita memelihara aurat dan semacam satu jihad.
Seriously, memang sangat susah!

Susahnya kat mana?

Susahnya kat meyakinkan diri sendiri bahawa "saya masih cantik walau berpakaian begini".

Betul kan?

Itulah sebenarnya yang susah.

Kerana kita nak orang nampak kita cantik.
Kita nak orang tahu kita juga cantik.
Kita nak orang notice kewujudan kita.
Kita nak orang puji kita.

Cuba tengok bila ke Mekah.
Ada tak kita nak kisah siapa lebih cantik?
Takde.
Kita lebih kisahkan samada aurat kita betul-betul terjaga atau tak.
Kerana di sana, bercantik-cantik tidak ada dalam kamus.
Yang ada cumalah bersungguh-sungguh memelihara aurat.
Selagi boleh tutup, tutup.

Tapi di sini lain.
Kita selalu teruja nak menjadi lebih cantik, lebih bergaya, lebih outstanding dari orang lain dan sentiasa mahu dipuji.
Kerana memang itulah caranya di sini.
Sebab tu di sini kita susah nak istiqomah.
That's why persekitaran dan lingkungan sangat memainkan peranan kerana itu boleh mengubah kita samada menjadi lebih baik atau lebih teruk.

Jaga aurat kat Mekah, sangat senang kerana kita terlibat dengan ibadah umrah.
Nak lulus umrah salah satunya aurat sangat penting.
Even masa nak istilam tu pun cukup jaga handsock takut melurut sikit.

Di sini, persekitaran kurang membantu.
Jadi kita kena kuat.
That's why kita kena recharge iman selalu.
Caranya nak recharge - masuklah kelas agama.
Masuk kelas agama bukan bermaksud kita baru nak kenal agama. Tak.
Tapi itu salah satu tujuan untuk recharge iman.
Insyallah akan bantu perjalanan hijrah kita lebih istiqomah.




Y.E.S Dah tamat semalam.
Terima kasih pada semua yang support GreenAard.
Insyallah, GreenAard akan deliver the best product only.
KKM approved dan halal, insyallah.
Hari ni, harga bermula ke harga asal.