2018-10-04

Sampaikan ilmu



FB post semalam.

Ada sorang follower PM.
Dia bagitau ada sorang ustaz ada cakap yang gempa bumi terjadi kerana dosa manusia tapi kena kutuk kaw-kaw.
Ramai kata ustaz ni takde rasa simpati bila cakap macam tu.
Bila dia nampak aku naikkan status ni baru dia faham yang apa yang ustaz tu cakap memang dah disebut dalam Quran rupanya.

Aku tak tau apa yang ustaz tu cakap sampaikan orang boleh salah faham dengan maksud sebenar dia.
Maybe dia maksudkan betul dah cuma orang salah faham.
Ntah, aku tak tau. Aku tak tau sape orangnya.
Tapi memang ini dah tertulis dalam Quran dah pun, boleh semak surah Ar-Rum.
Bukan saja-saja create fakta.
Boleh baca dari mula surah sampai habis untuk dapat pencerahan.

Nak berdakwah dengan orang awam bukan mudah.
Apa yang aku belajar dari ustaz aku, bila nak berdakwah atau menyampaikan ilmu kepada orang awam, pendekatannya berbeza.
Lebih-lebih lagi di zaman media sosial, manusia cenderung untuk men-respond kerana hendak menjawab bukan kerana nak memahami.

To be fair, memang ada keperluan untuk check dulu kesahihan sesuatu maklumat.
Kita juga dilarang berpegang kepada maklumat dari orang fasik.
Tapi tak bermakna setiap maklumat perlu diragui, cuma adalah lebih baik sekiranya diperiksa dulu.

However, bukan hanya maklumat dan kandungannya saja yang mesti disahkan, tetapi penerima maklumat juga kita mesti pertimbangkan kemampuannya menerima the maklumat.
Kadang-kadang kandungan dan sumber boleh dipercayai, tetapi penerima belum bersedia menerima maklumat tersebut kerana di zaman sekarang ilmu yang baik susah orang nak ikut.
Mungkin kerana kita dah terbiasa melihat dan mendengar perkara yang salah, jadi bila mendengar sesuatu yang baik terasa janggal.
Kita jadi mudah nak persoalkan macam-macam untuk dapatkan kesahihan.
Kadang-kadang maklumat dah sahih tapi dek kerana tak mahu menerima, kita persoalkan pulak kelayakan pemberi maklumat.

Ada satu hadis, "Tidaklah seseorang bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, melainkan Allah mengharamkan baginya api neraka", maka Muadz berkata, "Wahai Rasulullah, tidakkah sebaiknya aku beritahukan hadis ini kepada orang ramai supaya mereka bergembira?", Rasulullah jawab "Jika begitu (kau lakukan), maka mereka hanya akan bergantung pada hadis tersebut (sahaja)." (Muslim).

Jawapan Rasulullah menunjukkan bahawa hadis yang Muadz cakap tu hanya boleh disampaikan kepada orang tertentu saja, bukan semua.
Kerana orang-orang awam akan meremehkan ibadah lain dan menganggap cukup hanya dengan syahadah dah boleh masuk syurga, tak perlu buat ibadah lain.

Maksudnya kat sini, kemampuan menerima ilmu adalah berbeza-beza di antara sorang manusia dengan yang lain.
Maklumat boleh bertukar jadi fitnah gara-gara penerima yang salah memahamkan.

Samalah juga dengan statement "Kita masuk syurga bukan sebab amalan tetapi kerana rahmat Allah".

Yang kurang faham akan menganggap tak perlulah bertungkus-lumus beramal soleh, asalkan hati baik, dah boleh masuk syurga.
Sedangkan kefahaman yang sebenar adalah berbeza.

Kita masuk syurga memang dengan rahmat Allah.
Tapi syurga ada macam-macam tingkat.
Ada syurga untuk orang yang rajin berpuasa.
Ada syurga untuk orang yang solat khusyuk.
Ada syurga untuk orang yang jarang buat salah.
Ada syurga untuk orang yang dah mencapai tahap Muttaqin.

Maksudnya, syurga yang mana kita bakal masuk adalah bergantung pada amalan.
Jadi, bertungkus-lumuslah dalam ibadah, kerana menentukan tempat duduk kita di sana nanti.

Berdakwah dengan orang awam lain pendekatannya dengan orang yang sama-sama ada ilmu.
Ustaz aku always pesan kalau nak menyampaikan kembali apa yang dia ajarkan, tolong ubah ikut kesesuaian crowd.
Actually kalau sesama jemaah, penyampaian ustaz lebih tegas.
Lembut tetapi tegas.
Kalau orang luar dengar mesti dikatanya 'extreme'.
Kerana ustaz menganggap his students adalah orang-orang yang serius dalam menuntut ilmu.
Bila serious, pembelajaran juga mesti serius.
Kalau salah, takde tolerate dah, situ jugak kena tarbiah.

Pernah aku lewat 4 hari habiskan hafalan surah dari orang lain.
Orang lain dah pindah surah lain, aku nak menghabiskan hafalan jenuh.
Satu macam punya benak nak bagi lekat kat kepala.
Dia takde dah bagi kata-kata peransang "Takpe....cuba lagi. Insyallah boleh.."

Takde.

Terus je dia bagi "Kalau orang lain boleh cepat, kenapa kita boleh lambat? Mesti ada unsur-unsur lagha yang masuk dalam badan. Banyak dengar muzik, banyak tengok rancangan-rancangan yang lagha, banyak dengar cerita-cerita tak berfaedah, mana mungkin ayat Allah masuk dalam badan".

Pedih sangat.
Tapi apa yang dia cakap betul.
Aku banyak layan lagu sangat waktu tu.
Salah sendiri.

Menangis?
Ya, menangis.
Bukan menangis sebab kena sound tapi menangis mengenang buruknya diri aku sampai ayat Quran pun taknak lekat!

Tapi, adakah boleh bagitau kat semua orang "Korang, jangan dengar muzik! Jangan tengok TV! Nanti hati korang mati!"

Tak boleh macam tu.
Banyak hati yang kena dijaga.
Orang yang kurang faham, susah nak terima.
Nanti kena cop ekstrem pulak.
Jangan disebabkan kita, maka pendakwah lain akan menerima kesannya, walaupun apa yang kita sampai ada kebenarannya.
Tapi kalau di kalangan jemaah yang sama, takpe kita nak extreme.
Macam ustaz aku tu, dia 'libas' je aku terus.
Bukan berkasar tapi sebab dia dah pesan awal-awal kalau nak menghafal ada pantang-larang yang kena ikut, tapi kau langgar jugak, kan. Lepas tu benak.

Ni karang jangan pulak kata TV kena buang terus.
Takde salahnya nak melegakan otak tengok TV, asal jangan sampai urusan ibadah kita buat asal buat.
Itu saja. Jangan salah faham pulak ya.

Betul cakap ustaz, bila Allah berikan kita kelebihan ilmu, ia akan datang bersekali dengan ujian.
Ujiannya apa?
Inilah ujiannya.
Ujian dalam menyampaikan ilmu.
Tak sampaikan, macam tak patut.
Tapi nak menyampaikan, serba salah dibuatnya.

Namanya kalau berdakwah memang banyak tentangan, boleh jadi bahan umpatan orang.
Ah, tak payah cakap dakwah lah, boy band pun ada haters. Lagikan dakwah.
Tapi tak apalah, yang penting ilmu dah disampaikan.
Dengar tak dengar belakang cerita, janji ikhlas.
Insyallah, kalau ikhlas, diumpat dikeji pun takkan mendatangkan kesan kerana ikhlas adalah ubat kepada semua persoalan dalam hidup.

Dakwah itu tidak pernah meminta hasil.
Allah tak pernah membebankan kita dengan hasil, tapi membebankan kita dengan ikhtiar.
Dakwah adalah ikhtiar untuk mengetuk pintu hati.
Hasilnya, kita serahkan kepada Allah.

By the way, aku juga orang awam.




Offer ni tinggal 4 hari lagi.
Promosi Ulang Tahun GreenAard akan tamat hari Ahad, 7 Okt.
Sempat lagi nak beli dengan harga diskaun. 
Ini masanya nak beli murah and kumpul point, so that bulan depan boleh redeem points!
Please refresh blog ni and klik whatsapp.