2018-10-05
Jangan tipu-tipu
Sejenis breakfast aku.
Ada follower tanya kat IG.
Nampak hari-hari aku upload makanan (dan makan).
Tapi katanya aku tak gemuk-gemuk.
Ya, aku memang belum masuk kategori gemuk, tapi aku berisi dan tak sekurus dulu.
Walau macamanapun aku akan maintain berat sekarang supaya tak exceed ideal weight.
Dalam umur aku sekarang, nak turunkan berat sangat payah, ambil masa yang lama.
Jadi the best way adalah maintain.
Dan aku tak bercita-cita nak kembali ke zaman berat 45-48kg nanti nampak muka aku makin lebam.
Pernah sorang reader bagitau dia bersenam hari-hari, weekend gi jogging, tapi lepas jogging mesti lapar, end up makan nasik lemak.
Setiap kali lepas bersenam dia akan makan.
Berat tak turun-turun.
Kalau turun pun tak ketara, setakat 1-2kg, main-main kat situ je.
Lama-lama dia fedup.
Sebenarnya, makan tak bersalah.
Apakehey-nya kalau sampai tak makan-makan, ye tak?
Yang salah tu, apa benda yang kita makan.
Lagipun, bersenam bukan untuk kurus.
Bersenam tu untuk sihat.
Kalau nak kurus mesti diet.
This is 80-20 rules.
80% diet + 20% work out = ideal weight.
Selalunya lepas bersenam kita akan rasa lapar yakmat.
Bila lapar, kita tend to makan apa saja, yang tak sedap pun jadi sedap.
Kalau aku, aku pilih berdiet sebab aku dah buat banyak kali, it works.
Lagipun aku sejenis pemalas nak bersenam.
Aku ni ada penyakit yang benornya, dari zaman muda dulu kejap-kejap pitam.
Mak Aji cakap aku ni dari lahir sampai ke toddler asik keluar masuk hospital top up darah.
Aku punya hemoglobin low tapi takde la sampai kena anemia.
Pitam-pitam tu adalah perkara biasa.
That's why aku tak berapa nak bersenam sangat.
Aku pernah exercise kat rumah, tak lama pun, tak sampai 10 minit je, terus rebah.
Sebelom rebah aku sempat pekik panggil mak mertua aku.
Masa tu bibik Lenny masih kerja dengan aku, berlari dia naik atas tengok muka aku berpeluh lain macam.
Satu badan sejuk.
Tapi aku cakap jangan gabra, ini benda biasa, tolong angkat aku cukup, bagi aku baring kejap.
Aku sangat percaya diet memang boleh buatkan badan kita kembali ke ideal weight sebab aku pernah buat.
Masalahnya, kita nak turunkan berat tapi taknak berkorban tekak.
Jangan takut untuk makan, tapi perhatikan apa yang kita makan.
Macam aku, aku memang tak tolak bab makan, tak pernah berlapar pun.
Aku pilih eat clean.
Eat clean tu maksudnya makan nasi dan lauk pauk.
Jangan makan processed food, fast food, kurangkan makanan berasaskan tepung (kuih, mee, keropok, roti).
Stop sugary food and drink.
Boleh la kalau sikit-sikit nak makan fast food, maybe sebulan sekali.
Bunyinya macam seksa tapi sebenarnya tak pun.
Bila perut lapar, mata memang jadi lebih besar dari perut.
Semua benda nampak nak dimakan, padahal perut tak besar mana.
Nasib baik aku sejenis Jawa.
Orang Jawa, tak makan lain takpe, tapi jangan tak makan nasi.
So just nice la diet ni untuk aku, asal boleh makan nasi yang lain-lain tu I can bolayan.
Pagi, aku always go for nasi.
Jangan ambil nasi lemak hari-hari sebab bila ambik nasi lemak kita tend to ambik lauk pauk.
Jarang kita nak makan nasi lemak kosong.
Karang dengan sambal sotong lah, paru lah, ayam rempah lah.
Selalunya aku ambik nasi goreng with telur dengan ais kosong 2-3 gelas sekali hadap.
Memang aku sejenis banyak minum air.
Selalunya kalau makan nasik goreng and 2-3 gelas air, dia punya kekenyangan bertahan sampai petang 6-7pm.
Jarang aku makan lunch.
Kalau dinner selalunya sebelum 8 malam, tetap pilih nasi jugak.
Sebenarnya, nak turunkan berat badan tak susah mana kalau kena dengan caranya.
Ramai yang susah turun berat sebab salah pilih makanan.
Ada sorang lady bagitau dia nak cuba kuruskan badan tapi walaupun bersenam setiap hari kat gym, berat badan dia tak turun lansung.
Aku pelik jugak apesal berat tak turun lansung.
Cadangnya dia nak ambik GC Plus tapi aku nak identify dulu apa sebab berat tak turun walaupun bersenam kot-kot ada masalah lain sebab mustahil sangat tak turun lansung sebab badan kita ada air.
Kalau lemak memang lojik lambat turun, tapi air sangat senang turun.
Dia kata riap-tiap hari buang air, maknanya badan dia takde masalah keluarkan air dari badan, apesal pulak berat tak turun?
Bila tanya punya tanya, dia punya menu like this :
Pagi : 2 keping roti & Nescafe susu.
Tengahari : Kuih 2 biji & Air buah
Petang : Kuih atau keropok
Malam : Nasi and lauk
Nampak macam sikit je makan, kan?
Padahal kalori intake dah macam makan 6 mangkuk nasi!
Ok jom extract menu dia :
1. Breakfast
Yang pertama sekali, minum nescafe susu.
Tak, nescafe tak bersalah.
Yang bersalah adalah gula (dari susu pekat).
Bila gula masuk ke dalam badan, otomatically badan stop bakar lemak.
Instead, badan akan bakar gula.
Jadi, lemak dalam badan tak berusik.
Katakanlah gula yang dibakar tu ada lebih, that gula akan disimpan sebagai lemak pulak.
So now, lemak kau dah bertambah.
2. Tengahari
Kalau ikutkan menu dia tadi, tengahari makan kuih.
Kita anggap je lah itu kuih manis.
Siap bilas dengan air buah lagi.
Kuih lagi culprit.
Dalam kuih ada tepung, ada butter and ada gula.
Tepung ada lemak kanji.
Butter ada lemak tepu.
Gula is gula lah.
See?
Berapa banyak anasir-anasir jahat dalam sebiji kuih!
Bayangkan, 1 biji donut ada 426 kalori.
Nasi goreng sepinggan baru 228 kalori.
Takkan makan setakat seketul donut kot.
Kurang-kurang mau 2, jadi silakan kira kalori anda.
Makan 2 donut ingat kenyang ke? Takde maknanya.
Air buah pulak mengandungi air perahan buah saja. Serat takde.
Air buah ada fruktosa (gula).
Bila fruktose masuk badan, dia akan stop pembakaran lemak.
Fruktose akan ditukarkan menjadi lemak.
Tapi kalau kita makan buah, lain, sebab buah ada fiber.
Buah yang dimakan dengan serat selalunya mengenyangkan, makan 1 biji epal dah cukup.
Jadi fruktosa yang masuk ke dalam badan tak banyak.
Tapi bila kita minum air buah saja, kita takkan guna setakat 1 biji epal.
1 biji tak cukup buat segelas, selalunya kena pakai lebih.
Jadi, fruktosa yang masuk dalam badan adalah excess.
Sekali-sekala nak minum tak apa, tapi kalau selalu, apetah lagi sehari sampai 2-3 gelas, that's too much oready.
3. Petang
Kuih atau keropok.
Katakanlah dia makan karipap, karipap takde gula, kan?
Tapi masih ada tepung and butter.
Dan selalunya kita jarang makan karipap setakat seketul, nak-nak lagi karipap IKEA tu.
Mau 3-4 ketul sekali hadap.
Sebiji karipap dah 128 kalori.
Kalau ompek?
Dah macam makan 2 pinggan setengah nasik goreng!
Makan 4 karipap takkan kenyang mana.
Kalau makan nasi goreng sepinggan dah tentu kenyang and puas.
Keropok lekor lagi gila.
1 batang dah 90 kalori.
Aku kalau makan, sampai 5-6 batang. Hazab.
Isunya kat sini, tak salah nak makan kuih. Tak salah nak mengaripap.
Tapi boleh ke kita setakat makan 1 karipap?
Boleh ke setakat makan 1 batang keropok lekor?
4. Malam
Nasi putih and lauk pauk.
Ok jom sekarang kira dia punya calorie intake untuk satu hari.
Roti putih (anggap makan kosong je) = 156 kalori
Nescafe susu = 90 kalori
Kuih (anggap karipap) = 256 kalori (2 ketul)
Air buah = 200 kalori (aku ambik paling rendah)
Kuih lagi (anggap cekodok pisang) = 360 kalori (2 ketul)
Nasi campur 3 jenis lauk, sepinggan = 620 kalori
Total = 1682 kalori.
Untuk maintain berat badan, jangan makan lebih 2000 kalori sehari.
Tapi, kalau nak turunkan berat 450g seminggu (bukan sehari ya), mesti makan kurang dari 1500 kalori selama 7 hari.
Jadi kalau ikut formula ni, betul la berat dia tak turun-turun sebab tiap-tiap hari dia punya kalori lebih dari 1500, memang patutlah berat maintain je.
Eh, tapi dia cakap dia bersenam hari-hari, kan?
Ok, katakanlah jogging 1 jam sehari, itu bersamaan 470 kalori burned.
So now kalori yang tinggal cuma 1212 kalori (1682-470).
Kalau ikut lojik, sepatutnya berat badan dia wajib turun sebab calorie intake less than 1500 sehari.
Tapi dia kata berat lansung tak turun walaupun bersenam.
Jadi kat sini ada 2 possibilities.
Yang pertama, dia makan lebih dari apa yang dia bagitau aku.
Yang kedua, badan ada masalah yang dia sendiri tak aware of (masalah hormon contohnya).
That's why aku sangat cerewet bila orang nak guna GC Plus.
Sebab aku taknak orang makan GC Plus tapi at the same time dia sebenarnya bermasalah.
Nanti dia salahkan produk padahal dia sendiri tak aware badan dia ada masalah.
Jangan tipu-tipu tau kalau aku tanya apa korang makan dalam sehari.
Nak aku tolong, kena be transparent.
So, semua dah tau kan sekarang yang nak turunkan berat 450g SEMINGGU, mesti makan less than 1500 kalori.
Jadi janganlah pelik kalau berat badan turun cuma 500g seminggu walaupun bersenam dan diet.
Itu kira normal lah tu.
Lagipun yang kau nak buangkan tu lemak ok, bukan taik.
Mohon bersabar.
Makan sikit, tak semestinya lebih cepat kurus.
Makan makanan sihat pun tak semestinya berat badan berkurangan.
Kalau kau makan sikit tapi makanan tu high in sugar dan berkalori tinggi, kau bersenam sampai tertanggal benang spender pun takde efek kat penimbang.
Kes budak ni menunjukkan bahawa walaupun kau bersenam macam nak rak, tak bermakna kau akan kurus kalau tak berpantang makan.
Makan tetap kena berpantang.
Untuk yang malas menggerakkan bontot macam aku, kalau nak cuba GC Plus, boleh.
Tapi ingat, GC Plus bukan pil ajaib.
Ia membantu mempercepatkan proses turun berat dengan cara menambahkan jisim otot.
Bukan makan minggu ni, minggu depan dah turun 10kg.
Cara GC Plus bekerja sama macam diet atkins.
Orang yang berdiet atkins banyak makan protein kerana protein menambahkan jisim otot.
Bila otot bertambah, lemak akan dibakar dengan lebih cepat.
GC Plus fungsinya macam tu, dia tambahkan jisim otot.
Cuma kelebihan GC Plus, dia stimulate serotonin yang boleh kurangkan rasa lapar korang.
Cubalah 'berpantang',
Bukan suruh berlapar pun, cuma pantanglah sikit minuman manis, makanan manis.
Kurangkan sikit makan kuih-kuih tu.
Tak kebulurnya tak makan benda-benda ni semua.
Kalau nak try, boleh WHATSAPP SINI sementara harga promosi ulang tahun masih valid ni.