2018-10-03

Berkorban


You scratch my back, and I'll scratch yours.

Life is a two-way street.

It takes two to tango.

These common English sayings dalam erti kata lain membawa maksud dalam setiap interaksi 2 hala, kita perlu lepaskan sesuatu untuk dapatkan sesuatu.
Dalam mana-mana fair-and-square deal pun, kalau kita minat kat sesuatu tu lebih, kita akan lepaskan sesuatu yang kita kurang berminat.
Even kita dapat sesuatu tanpa perlu bagi apa-apa, at least kita merasa terhutang budi.

Nampak macam takde apa-apa setakat hutang budi, kan?
Tapi yang pernah terhutang budi je tau 'beban' yang ditanggung.
Terbeban untuk menjaga hati, terbeban untuk beri hormat, etc.
So even kita tak bagi apa-apa in return, hakikatnya kita masih lagi perlu "memberi".

Contoh paling mudah, kenduri kawen.
Dalam mana-mana wedding biasanya ada saudara-mara yang sponsor.
Ada sponsor telur, sponsor kek, sponsor goodies...macam-macam.
Kita tak mintak, tapi dia nak bagi.
Tapi kita yang menerima ni dah terhutang budi.
In future kalau saudara-mara tu buat majlis, dalam keadaan sibuk macamana pun kita paksakan diri untuk attend atau hulur duit bukan saja kerana mereka ada hubungan darah, tapi sebab "dulu dia sponsor kita punya majlis", betul tak?

Yang nak kurus, berkorban untuk diet.

Yang nak cantik, berkorban cucuk sana sini dan spend duit beli macam-macam skin care.

Yang nak kawen tahun ni, berkorban jimat macam-macam untuk cukupkan duit belanja.

Yang nak hafal Quran, berkorban bangun awal untuk mulakan hafal Quran dari pagi sampai malam.

Yang nak exam tahun ni, berkorban menonton TV dan main.

Kita semua bukannya bodoh.
Kita tau apa yang kita nak.
Cuma kita taknak terima yang certain things tu perlu usaha dan jalan mendapatkannya sangat susah.
Perlu pengorbanan besar.
Tapi kita always ask for easier path to follow.
Bila takde jalan mudah, kita give up easily.

Macam orang yang menang loteri atau jual tanah pusaka.
Dapat duit selepuk banyak mana pun, sekelip mata langsai.
Sebab apa?
Sebab dorang tak value that cash money.
They didn't give up anything to get it sebab tu dapat banyak mana pun tak rasa apa-apa.
Takde rasa sayang, takde rasa nak invest, apetah lagi nak menyimpan.

Bila kita give up something in order untuk capai apa yang kita nak, kita akan lebih hargai kejayaan tu.
Kalau gagal pun, kegagalan tu sekadar bagi pengajaran untuk jangan buat kesilapan yang sama, bukan untuk mematahkan semangat.

First walkman aku dapat adalah hadiah UPSR, dari arwah nenek.
Terasa macam anak orang kaya je bila ada walkman.
Padahal kawan-kawan aku yang lain, umur 12 tahun dah mintak mini compo, aku baru terhegeh-hegeh nak pakai walkman.

Orang lain pakai basikal mountain bike dari zaman aku skolah rendah lagi.
Aku baru nak merasa pakai bila dah skolah menengah, tu pun hadiah SRP (untuk anak-anak yang tak tau SRP tu apa, dia setarap PMR and PT3).
Punyalah sayang kat basikal tu, aku pi skolah tetap jalan kaki, tak berani nak bawak bike tu pi skolah.
Takut orang curi konon padahal orang tak hingin nak pakai pesen tu dah.

Hadiah SPM, barulah merasa dapat mini compo.
Punyalah lambat, orang lain dah sibuk beli home theater dah pun time ni.

Tu takpe lagi.
Tau tak tahun bila aku dapat beli seluar jeans sendiri?

Tahun 1994 okeh!
Umur aku nak masuk 18 tahun.
Jeans tu hadiah sempena dapat masuk matrik.

Bunyinya macam tak lojik, kan?
Tapi itulah yang betulnya.
Dari kecik sampai umur 18 tahun, seluar jeans aku semuanya ihsan dari cousin aku.
Dia dah taknak pakai, dia pass kat aku.
Besar pun besar la aku sarung gak.
Ada yang senteng, pun aku sarung gak.
Nak merasa jeans sendiri pun kena tunggu dapat matrik.
Kalau tak dapat masuk matrik gamaknya forever aku pakai seluar cerut.

Inilah namanya kehidupan, it's about sacrifice.
Semua orang sacrifice something to get what they want.
Takde apa yang boleh dapat dengan bersenang-lenang, nak makan maggi pun kena rendam dulu oi.
Zaman bercinta, bila terlampau cinta, kita willing korbankan perangai buruk kita untuk orang yang kita sayang, kan?

Sometimes kita tak cut away everything, tapi make few adjustments to our routine sampailah keadaan stabil.
Yang dah jadi mak bapak, faham apa maksud ni.
Dulu dapat gaji, beli baju baru terus.
Sekarang dapat gaji, settlekan hal anak-anak dulu, ada belen baru buat beli baju.

Masa aku mula-mula setup XZIZ Biotech, itulah antara zaman-zaman aku berkorban banyak benda.
Untuk tahun-tahun awal permulaan, income aku memang extremely tunggang-langgang.
Banyak kali aku tertanya-tanya perlu tak aku stop and start cari keje tetap.
Ada bulan-bulan yang aku hampir-hampir berhenti.
It was so stressful.
Bukan stress apa pun, tapi stress nak menjawab dengan pakwe aku tu.
Dia tu tunggu masa je nak bahan aku balik.

Aku temporarily give up financial security supaya XZIZ boleh sustain.
Nak give up financial securities bukan senang, ya.
You have to say no to so many things you want to say yes to.

Aku terpaksa elak attend kenduri-kendara sebab tak mampu nak keluar belanja minyak and tol.

Aku tolak jemputan kawan-kawan untuk lepak sama-sama sebab I couldn't afford nak bazirkan duit kat tempat makan best-best.

Aku tahan-tahan shopping sebab banyak lagi duit nak pakai untuk gerakkan bisnes aku tu.

Berkorban.

Bak kata omputih, in order to gain something, you need to lose something.
That's the rule of life.

In order nak jimatkan banyak duit, aku pilih untuk buat semua sendiri.
Dari selling, administration, operation, delivery - semua aku buat sendiri.

Aku pernah drive dari ofis ke Melaka (UniKL-MICET), lepas tu patah terus ke Tanjung Malim (UPSI), then Ipoh (VRI and MKAI), then ke Penang.
On the way nak ke Penang tu singgah isi minyak, pastu tumpang tido kat Shell.
1 jam lebih aku tetido because too tired.
Bukak-bukak mata dah malam rupanya.
Pastu sambung drive ke Penang.

Pernah jugak one whole day busy menapak dari satu fac ke satu fac di USM, lepas tu keluar ke IPPT Kepala Batas, then patah balik ke USM.
By the time sampai hotel, tetido kat basement, tak sempat naik bilik. Kepenatan.
Tapi takde la tido sampai pagi.
Dalam setengah jam pastu terjaga.

Itulah sejenis sacrifice that cannot be gained back again, iaitu time with family.
Cuma aku bernasib baik En Wan faham kerja aku dulu, jadi dia spend time dengan Redza.
Agaknya sebab tu Redza sampai sekarang selesa study dengan bapak dia, memang dari kecik dia banyak spend time dengan En Wan dari aku.
Ok takleh cakap pasal ni, nanti aku nangis merembes depan laptop.

Tapi dalam banyak-banyak sacrifice yang aku pernah lalui, membangunkan XZIZ adalah sejenis sacrifice yang aku enjoy.
Because anything for a career goal is not a sacrifice, it is passion.
Walaupun waktu tu ada lah jugak kedengaran cakap-cakap orang kata aku tak enjoy life, aku habiskan masa kat kerja, aku tak campur orang, aku bukan family person, etc.
The thing is kalau kita buat sesuatu yang kita suka, walaupun terpaksa berkorban, hakikatnya we are loving it.

Oh by the way, kalau ada cakap-cakap orang yang seakan-akan tak membantu, dorang pun kita kena korbankan.
Stay away from them.




Ini pun ada sikit lagi. 
Tapi kena beli 2 helai baru layak dapat diskaun RM42.
Maknanya jimat RM21 sehelai. Oi banyak tu!