2018-09-15

Mooncake


Ini bukan paid review.
This is my honest review.



Sejujurnya, aku tak buat dah paid review.
Bukan apa, takut takde masa nak buat and tak meet expectation client.
Jadi, aku buat kalau aku rasa nak buat.
Kalau kebetulan makanan tu sedap, aku share.
Kalau tak, cukuplah sekadar tak share atau bercerita dengan detail.



Umur dah 41 tahun, barulah merasa mooncake.
Mooncake dah biasa dengar.
Sebelum ni pun dah pernah dengar ada orang jual halal mooncake, tapi tak pernah tergerak nak rasa.

Last week, this one lady PM nak bagi aku rasa mooncake dia.
Ok silakan lah hantar sikit untuk aku rasa.
Dia hantar sampai 4 kotak!
Ni macam bukan nak suruh aku rasa ni, maybe nak suruh aku kenyang terus.

AIHANA MOONCAKE.
Sedap nama.
Packing cantik.
Dia pack dalam kotak, dan kotak tu dimasukkan dalam tupperware khas untuk elakkan kotak bersepai di tengah jalan.

Yang dia bagi aku rasa ni mini mooncakes.
Ada a few size jugak.
Tapi yang mini ni pun jenuh aku nak perabiskan.

Rupanya mooncake ni ada macam-macam rasa.
Honestly, dulu aku pernah berjiran dengan Cina.
Kalau dia masak mooncake ni bau dia satu macam.
Macam hanyir sikit pun ada.
Maybe sebab tu aku tak pernah terfikir nak merasa mooncake walaupun halal.
Maybe zaman tu flavour masih terhad.



Gambar ni aku ambik dari FB dia, sebab aku cuba memotong secantik ni nak bagi tunjuk dalam dia tapi aku potong bersepai.
Aku ni kalau bab keje-keje dapur memang fail.
Jadi kita jangan malu akui kelemahan kita kat mana.
Ambik je gambar kat FB dia. Hahaha.

Dulu aku ingatkan semua mooncake mesti ada telur masin, rupanya tak.
Ada yang ada, ada yang tak.
Or maybe tradisional mooncake memang kena ada telur, bila zaman moden mooncake pun dah bertukar pesen takyah letak telur.

Macam yang aku dapat ni koleksi Mini Mooncakes, tak ada telur masin.
Untuk 6 ketul harga dia RM40.

And setiap flavour tu dibezakan dengan corak mooncake.
Dalam kotak AIHANA ada guideline corak apa mewakili flavour apa.
Yang aku dah rasa setakat ni - Portugese Custard, Nutty Red Bean and White Lotus.
Tiga-tiga sedap tapi yang paling sedap red bean.
En Wan hadap durian flavour sorang-sorang, yang tu pun dia kata sedap.
Yang lain aku blom rasa lagi.

Dia punya filling tu tebal and ada lotus seed.
Yang biji-biji dalam tu is lotus seed lah tu.
Dia punya crust tak keras mana pun, tebal pun dalam 2-3mm je.
Bau pun wangi, tak hanyir.

Aku rasa macam pernah makan sejenis kuih lain yang ada hawa-hawa macam mooncake tapi aku lupa apa tajuk kuih tu.
Not really sama tapi the kelembutan and rasa tu seakan-akan sama.
Apa-apa pun, 3 flavour yang aku dah rasa ni memang sedap, esok lusa aku sambung makan perisa lain pulak, insyallah.



Ok ni gambar aku ambik. Pinggan aku tu.

Warna mooncake ni pun rupanya akan berubah jadi lebih golden selepas 2-3 hari dimasak.
Kiranya makin lama makin cantik.
Tapi jangan pulak kau simpan sampai 2 bulan.

Untuk yang takde telur masin macam aku punya ni, roughly 2 minggu masih tahan provided letak kat tempat kering and dingin.
Tak payah masuk dalam esbok pun takpe.
And please jangan potong, aku rasa kalau potong dalam tu jadi dry.
Kiranya seketul tu biar sekali hadap.
Untuk mooncake yang ada telur masin, boleh simpan up to 1 week.
Mooncake ni kalau nak letak dalam esbok pun takpe, asal jangan simpan lama sangat.

So dah habis ke cerita moon cake ni?

Oh, belum ya.



TADAAAAAA!!!

Excited gila aku dapat mooncake rupa gini.
First time jumpa mooncake pesen lain dari biasa.

Ini pun sejenis mooncake special dari AIHANA.
Untuk yang tak makan gula putih, hambiklah mooncake pesen ni.
Mooncake yang ni kulit dia berlapis-lapis, namanya Thousand Layer Mooncake.
Aku nak makan sayang sebab cantik sangat!
Tapi aku try jugak perisa White Lotus.



Untuk mooncake Thousand Layer ni ada 3 jenis (baca sendiri namanya).
Aku baru rasa White Lotus sebab yang lagi 2 tu aku dah rasa dari mooncake traditional tadi.



Ok lah FINE!
Aku tunjuk jugak 'skill' aku potong mooncake. 
Berkecai kuih orang ni aku kejekan.
Tapi takpe, sebab nak masuk pun kat dalam mulut sendiri, ianya akan berkecai jua *gigih mencipta justifikasi*

Basically, rasanya sama cuma bentuk berbeza dan ini alternatif untuk yang taknak makan gula putih.
Kalau nak hadiahkan kawan pun lagi cantik bagi hat ni, pelik sikit kan?



Apa? Tak cukup cantik?

Hah, ambik ni ada versi RAINBOW!



Ni harga dan pakej mooncake.
Kalau nak tanya lebih lanjut, jangan tanya aku ya, kena tanya dia.
Tapi dia kata nak bagi offer sikit kat reader blog Kak Di ni [auwwww!]

1. Kalau korang whatsapp dia and mention code "GREEN APPLE", korang akan dapat free gift.

2. Lepas tu, korang boleh dapat voucher RM5 (valid utk next purchase dengan min order RM50) dengan syarat ambik gambar mooncake, update kat media sosial with #AihanaMooncakes.

Boleh KLIK SINI untuk whatsapp dia.