2018-09-17
Pertandingan mak bapak sudah bermula.
Dari anak mula meniarap, merangkak, berjalan, tumbuh gigi, bercakap, pandai berak dalam toilet, pandai membaca.........sampailah anak berjaya masuk law school (belum grad lagi, baru diterima masuk je), menjadi fitrah manusia untuk membandingkan anak sendiri dengan anak orang lain.
It's human nature.
Walaupun some parents menerima kelebihan dan kekurangan anak masing-masing dengan hati terbuka dan berlapang dada, ada juga parents (selalunya mak-mak) yang get agigated dan jadikan parenting satu competition.
Jadi, jangan berasa pelik setiap kali nak exam UPSR, akan muncul pendapat-pendapat di kalangan ibubapa tentang patut ke tak anak-anak score 6As, patut tak dihantar ke skolah berasrama, patut tak hantar anak ke kelas tusyen, bla bla bla bla...
Itu adalah benda biasa, bolehlah dianggap sebagai "upacara tahunan".
Setiap tahun isu ni mesti ada dan ianya akan senyap seketika dalam bulan Feb-Mac bila anak-anak dah start mendaftar ke sekolah berasrama.
Dan isu ni akan kembali meriah lagi 1-2 minggu sebelum UPSR exam.
Dia punya "kemeriahan" tu sama meriahnya dengan competition antara :
ibu bekerja vs ibu surirumah.
jaga anak sendiri vs hantar pengasuh.
bawak bekal vs beli makanan kat kantin.
beranak normal vs beranak operate.
kawen grand/kawen kecil-kecilan.
hantaran murah/hantaran mahal.
....and the list goes on.
Ini semua adalah isu-isu biasa yang takkan habis.
Jadi, kalau ada yang bagi pendapat tentang isu-isu macam ni, takpelah, itu pendapat dia.
Selagi pendapat dia tak mendatangkan kesusahan untuk kita, kita dengar je lah.
Lagipun everyone is entitled to their opinion tak kiralah apa pun pendapat tu.
Selalunya pendapat tak jadi masalah, yang bawak masalah adalah respond terhadap pendapat tadi.
Kalau kita rasa pandangan tu tak sesuai, jangan ikut.
Lepas tu move on. Simple.
Kalau kawan kita cakap "Aku buat X, Y, Z untuk anak-anak aku", itu tak bermakna kita pun kena buat benda yang sama.
Kalau rasa perlu buat, buat.
Kalau rasa tak perlu, jangan buat.
No need to rasa tertekan or left behind kalau tak buat.
We all have our own strengths as parents.
Kadang-kadang, bila kita dengar kawan kita buat something untuk anak-anak, kita jadi teringin nak buat benda yang sama supaya anak dapat kemahiran dan pengalaman yang sama macam anak orang lain.
However, you don't need to be doing everything all the time.
Tak ada keperluan untuk sebijik-sebijik ikut orang.
Orang lain hantar anak pi tusyen, kita pun nak, padahal anak kita tak ada keperluan.
Orang lain hantar anak pi kelas swimming, kita pun hantar.
Orang lain hantar anak masuk soccer class, kita pun hantar.
Kita buat ni semua sebab kehendak anak atau kita sebagai mak bapak yang nak berada satu level dengan orang lain?
Be guided by your child, not by your parent friends.
Berinteraksilah dengan anak-anak untuk memahami kehendak dan keperluan mereka.
Dari situ kita boleh tau apa yang anak-anak kita perlu.
Being a parent is not a competition tapi satu pekerjaan, satu tanggungjawab.
Nak berlumba-lumba, nak pecut-pecut nak ke mana?
Matlamat kita adalah supaya anak kita jadi yang terbaik ikut piawai kita dan tak menyusahkan orang.
Membesarkan anak-anak tak sepatutnya jadi persaingan.
Kita memang tak boleh kawal pendapat dari mak bapak lain, tapi kita boleh sesuaikan dengan cara kita berfikir dan our reactions.
Ini membantu kita untuk mengelakkan diri dari bersaing dengan mak bapak lain.
At the same time mengurangkan kebimbangan dan tertekan dengan our own parenting decisions.
Manusia berkembang pada kadar yang berbeza.
Jangankan kata budak-budak, kita yang dah tua bangka ni pun berbeza kecekapan, berbeza tahap kefahaman dan berbeza bakat.
Ada anak-anak yang tak perlu dihantar tusyen, blaja selak-selak gitu pun dah pandai, alhamdulillah.
Ada anak-anak yang perlu blaja siang malam sebab susah nak paham.
Ada anak-anak yang perlu dihantar tusyen sebab suasana kat rumah tak kondusif untuk blaja.
Seriously aku tak sangka competition anak-anak (atau maybe competion antara mak-mak) akan jadi sejauh ni.
Ingatkan dulu sampai tahap anak siapa tumbuh gigi dulu.
Rupanya meleret sampai ke besar masih tak habis-habis pertandingan ni.
First round compete siapa bersalin normal siapa tak.
Lepas tu siapa menyusu badan, siapa bagi susu formula.
Second round nanti masuk bab siapa jaga anak sendiri, siapa hantar ke pengasuh.
Siapa buat puree sendiri, siapa beli ready-made-puree.
Third round nanti bertanding anak siapa pandai pandai baca Al-fatihah dulu.
Fourth round, anak siapa masuk kelas pertama, anak sape kelas hujung.
Anak siapa dapat Maths 100/100.
Semua benda ni seolah-olah ada piawai sendiri untuk menentukan samada kita mak bapak yang the best atau tak.
Dan apa jadi bila expectation tak sampai?
Haaaa.....maka terjadilah macam-macam pandangan yang bersifat no common-sense.
Dek kerana anak kita tak dapat straight As, kita kata straight As belum tentu boleh jadi jutawan.
Dek kerana anak kita tak dapat masuk kelas pertama, kita kata sistem pengkelasan zalim.
Dek kerana anak kita tak dapat masuk skolah asrama, kita kata skolah berasrama belum tentu lahirkan pelajar bagus.
Aku dah lali dengan competition-competition macam ni.
Sebab semuanya tak berpihak pada aku pun.
Mak yang best katanya mak yang bersalin normal.
Aku tak.
Mak yang best katanya mak yang menyusukan anak dengan susu badan.
Aku tak.
Mak yang best katanya mak yang masakkan bekal untuk anak ke skolah.
Aku tak.
Mak yang best katanya mak yang ajar anak-anak mengaji sendiri.
Aku tak.
Mak yang best katanya mak yang berhenti kerja, duduk rumah jaga anak.
Aku tak.
Kalau nak ikutkan, aku dah kalah. Kalah teruk.
But the problem is, there are some people who are dissatisfied bila kita selesa dengan kekalahan ni.
Padahal dia kata apa dia buat tu the best, maknanya dia dah menang, tapi dia tak puas hati.
Dia tak puas hati bila kita tak kisah kita kalah.
Ada je benda baru yang nak dijadikan isu.
Memang betul, menjadi mak bapak adalah tugas paling mencabar.
Nak-nak lagi di zaman sekarang bila mak bapak mula melabelkan kejayaan anak has something directly to do with the parent's abilities.
Ada mak bapak yang yakin pendapat mereka is the only right way.
Itulah yang buatkan dorang jadi sangat competetive.
Lama-lama nanti lupa diri.
Mulalah menganggap setiap kejayaan anak dah bukan lagi kejayaan anak tapi kejayaan dia sebagai mak bapak.
Parents yang suka membanding-bandingkan development anak-anak boleh jadi merupakan kelompok parents yang insecure.
Maybe ada expectation yang anak-anak tak dapat penuhi.
Lalu mak bapak ni rasa kecewa tapi malu nak mengaku kekecewaan.
At the same time merasa 'loser' bila anak sendiri tak sehebat anak orang lain.
Jadi jalan paling sesuai adalah mencipta isu untuk menjustifikasi kekurangan anak sendiri supaya nampak hebat.
So macamana nak berdepan dengan isu ni?
Kena berani keluar dari perdebatan "siapa lagi bagus ....".
Jangan pernah merasa apa yang kita buat pada anak-anak kurang bagus berbanding orang lain.
Kalau betul belum cukup bagus, biarlah itu datang dari comparison dengan our previous tindakan, bukan compare dengan orang lain.
Apa yang menjadikan kita mak bapak yang bagus adalah keupayaan kita untuk melakukan yang terbaik untuk anak-anak.
It's not about apa yang anak-anak boleh bagi in return tapi apa yang kita boleh bagi untuk anak-anak kerana di akhirat nanti kita dipertanggungjawabkan dengan apa yang dah kita buat pada orang, bukan apa yang orang buat pada kita.
So just be secure in your own decisions and be a good example.
Bila kita rasa senang dengan keputusan kita, kita tak perlu justify our action to others.