2018-09-18

Kuncinya yang salah.


Entry semalam, ada yang kata susah untuk tak merasa left out bila kita tak berada dalam golongan yang best-best.

Betul.

Nak lagi bila kita tak berada dalam kelompok majoriti atau kelompok best-best.
Kita mudah rasa tertekan.

Padahal belum tentu bila dah meet the demand kita akan rasa puas dan bahagia.
Sebab kepuasan manusia takde had.
Pernah dengar perkataan "kunci kebahagian hidup", "kunci kebahagian rumahtangga", kunci kebahagian dalam hubungan"....?

Kebahagiaan hanya dapat dirasa kalau kita dapat cari kuncinya.
Yang kita dok fokus selama ni adalah bahagianya.
Padahal kita patut fokus kat kuncinya dulu.
Salah guna kunci, forever tak jumpa bahagialah jawabnya.

Kunci kebahagiaan tak bergantung pada tahap sukses seseorang.
Walaupun it could add to one's happiness, hakikatnya ramai yang semakin kaya, semakin tak puas.
Bila belum puas, maknanya belum bahagialah.

Kalaulah bahagia is identical dengan kaya, maka secara matematik, orang yang semakin kaya akan bahagia sama banyak dengan kekayaan yang dia ada.
Contohnya, orang yang berpendapatan 30K sebulan harus lebih bahagia 10 kali lebih banyak daripada orang yang berpendapatan RM3K sebulan.
Tapi hakikatnya tak macam tu pun.

Selalunya semakin kaya, semakin busy.
Makin busy, makin tak lekat di rumah.
Makin tak lekat kat rumah, makin kurang perhatian.
Makin kurang perhatian, makin kurang rasa sayang.
Makin kurang sayang, makin serabut perut.

This proves kunci kebahagiaan tak terletak pada jumlah duit, harta atau level of success.
Kaya satu akaun lain.
Berjaya satu akaun lain.
Bahagia satu akaun lain.
Akaun tak sama.

Key to happiness lies behind gratitude. SYUKUR.
Tak kira apa pun keadaannya, kalau kita jumpa syukur, insyallah kita jumpa bahagia.

Masa Rayyan di-diagnosed dengan disleksia, En Wan orang yang sangat kecewa.
Expectation dia pada Rayyan sangat tinggi.
Benchmark Rayyan adalah Redza.
Mula-mula tu susah aku nak pujuk En Wan.
Aku nak pujuk dia pun tak tau macamana caranya sebab aku sendiri tak pasti apa future janjikan untuk Rayyan.
Tapi aku cakap kat En Wan, kita settlekan masalah ni one step at one time.
Future tu cerita lain.
Kita ni sendiri entah sempat jumpa future ke tak, so jangan banyak sangat mikir pasal future, apa yang ada ni kita buat dulu.

Aku taknak cerita balik pasal kes Rayyan, kalau nak baca KLIK SINI.

Bila aku kenang-kenangkan balik, 'masalah' tu cuma satu je, iaitu disleksia.
Tapi list untuk disyukuri cukup banyak :

- sekurang-kurangnya dia tak perlu bersekolah khas.
- dia masih boleh bersekolah harian biasa macam budak-budak lain.
- dia masih boleh membaca.
- dia masih boleh menulis.
- dia masih boleh mengira.
- dia masih boleh memahami arahan.
- dia masih boleh berinteraksi dengan baik.
- dia boleh uruskan diri sendiri.
- dia tak hilang minat belajar.
- progress dia walaupun tak sehebat Redza tapi tak jauh beza dari budak-budak sekelas.

Banyak lagi kalau nak di-list-kan.

Sometimes it is easy to feel bad because we're going thru a tough time.
Walau macamana teruk masalah kita pada waktu tu, masih ada banyak perkara yang boleh kita syukurkan.
Terlalu banyak kelebihan yang boleh disyukuri, malangnya ramai di antara kita memilih untuk fokus pada kekurangan.

Sebab apa?

Kerana pengaruh media sosial yang sentiasa memperlihatkan kejayaan public figure dan gaya hidup yang kelihatan sempurna.

Pelik juga kadang-kadang bila dipikirkan.
Kita tend to block atau unfriend orang-orang yang katanya membawa cas negatif.
Tapi kadang-kadang cas positif pun boleh buatkan kita berubah menjadi negatif.

Contohnya, dek kerana terlampau nak kelihatan sempurna macam orang lain, akibatnya kita jadi tertekan.
Bila tak meet expectation, kita jadi iri hati dan sakit hati dengan apa yang orang lain dapat.
Dalam tak sedar kita cipta racun untuk diri sendiri.
Walhal asal-asalnya orang tu tak bawak cas negatif pun.
Dia mempamerkan gaya hidup dia yang mewah, which is positif.
Tapi kita yang menengok ni yang jadi negatif.

Why?

Apa yang kita rasa semuanya berpunca dari diri kita, bukan dari orang lain pun.
Bagaimana kita respond terhadap masalah jauh lebih penting dari masalah tu sendiri.
Orang lain boleh beri pengaruh, tapi kita mesti ada filter untuk tapis mana yang perlu mana yang tak.
Bila kita tak boleh nak filter, itulah punca-punca kurangnya rasa bahagia.

Bila kita belajar untuk bersyukur, kita sebenarnya membantu diri sendiri supaya kurang fokus pada perbandingan sosial.
Those yang kurang bersyukur cenderung untuk iri hati pada orang lain dan always judge their own success in relation to the success of others.
Bila selalu membandingkan diri dengan orang lain daripada menghargai apa yang kita ada, itu bukan je menghabiskan banyak tenaga, tapi our self-esteem jadi sangat-sangat rendah sebab terikat dengan "who's better?".

That's why aku pernah suggest untuk buat list syukur setiap hari.
Setiap malam sebelum tido, tuliskan apa yang boleh kita syukurkan pada hari tu.
Mula dari bangun pagi, sampai nak tido.

Saya bersyukur diberikan satu lagi hari untuk hidup.
Saya bersyukur diberikan kesihatan untuk boleh pergi kerja.
Saya bersyukur hari ni sampai ofis awal.
Saya bersyukur jalan tak jem.
Saya bersyukur masih boleh bersolat sempurna.
Saya bersyukur diberikan kesempatan berzikir lepas solat.
Saya bersyukur suami willing belikan barang-barang kat pasar malam.
Saya bersyukur anak-anak tak demam hari ni.

Tulislah apa-apa pun.
Dari sekecil-kecil perkara sampai ke sebesar-besar perkara.

Mula-mula terasa macam bodohnya hari-hari menulis macam ni.
Tapi tengoklah, lama-lama nanti kau akan rasa tenang sebab akhirnya kau realized rupanya dalam satu hari terlampau banyak nikmat yang Allah dah bagi sampai kau terpaksa skip-skip menulis dek kerana lenguh.
Itu menunjukkan punyalah banyaknya nikmat dalam satu hari yang selama ni kita pandang sebelah mata!

Mula-mula memang payah nak cari apa benda yang boleh disyukurkan.
Kerana selama ni kita bersyukur untuk perkara-perkara rare yang tak semua orang dapat.

"Hari ni customer order 50 carton produk. I'm feeling bleesed".

"Suami hadiahkan Vellfire. I'm feeling blessed"

"Dapat naik pangkat. I'm feeling blessed".

Nak kena tunggu dapat benda-benda yang 'rare' baru boleh bersyukur ke?
That's why kita pandang lekeh apa yang kita ada.
Kerana kita anggap kalau orang lain ada apa yang kita ada, that's not something yang perlu disyukuri.

Sebenarnya cara fikir tu salah.
'Dapat' is cerita lain.
Syukur is satu cerita lain.
Tak semua orang diberikan rezeki untuk merasa syukur.
Ada orang diberi rezeki untuk 'dapat', tapi tak datang dengan syukur.
Ada juga yang diberikan rezeki untuk 'dapat', tapi datang sekali dengan rasa riak.

Luangkan masa untuk melihat sekecil-kecil nikmat.
Kerana ada sesuatu yang kita miliki yang orang lain tak ada.
Mengamalkan rasa syukur adalah satu kebiasaan yang mudah dan terlalu banyak manfaat untuk diabaikan.
Cubalah buat selama seminggu and see if it makes a difference in your life.





Terima kasih untuk testimoni ni.
Ni mesti blog reader ni sebab begitu konfiden sekali hantar whatsapp dengan panggilan Kak Di :)
Alhamdulillah, insyallah kalau bintik-bintik jeragat kecil tu boleh hilang. Aku punya pun hilang juga.
Tapi kalau nak suruh jeragat besar penumbuk hilang, kena ambik masa. Mustahil boleh hilang sekejapan.

Tadi masa bukak blog ada nampak pop out window kan?
Yang tu special price untuk Gloei, sila refresh lagi sekali kalau nak beli.