2018-09-19

Alor Setaq



Ni cerita 27 Ogos lepas, baru nak cerita sekarang.
Sebab aku kan terlampau benda nak cerita.
Hari-hari pun ada benda nak tulis, sampai lupa nak tulis pasal aku punya stay kat Alor Setar.

Last aku tido Alor Setar was masa umur 18-19 tahun.
Pi sana sefamily melawat Ima masa dia skolah kat SMSAH.
Lepas tu aku cuma lalu-lalang je tepi Alor Setar (highway), tak singgah masuk pun, let alone nak tido.

Last month, ada delivery baju-baju Fleur by Mrs Him ke Perlis, selalunya stay Penang tapi kali ni En Wan nak tido Alo Setaq sebab dia tak pernah jejak Alor Setar rupanya.
Jepun duduk bertahun-tahun, Alor Setar tak penah masuk, ceh!
Excited aku tanya budak-budak kat FB apa tempat makanan best kat Alor Setar.
Ramai yang suggest nasi lemak Royale, laksa, roti canai, tapi semuanya kat warung-warung.
Aku ni bukan takleh makan kat warung, cuma aku alergik dengan kucing.
Tak tenteram jiwa raga aku makan kat tempat banyak kucing, silap-silap terbalik warung tu aku kejekan kalau nampak kelibat kucing.

So, malam tu sampai Alor Setaq terus En Wan gugel Thai food, kitorang ke Thai Palace Medina.



Pakwe aku ni nampak nau letihnya sebab uruskan projek baju-baju Fleur untuk sambutan merdeka client kat Perlis. Aku memang tak handle sales untuk client projek sebab aku dah tak berapa rajin nak buat kerja macam ni. Puas dah kot buat projek dari zaman tok kaduk, kali ni kita bagi dia handle from A to Z. Sebab aku tau kalau aku start ambil projek khas macam ni, mesti muka aku jadi sembab macam tu jugak :)



Cantik sangat decoration That Medina ni.
Memang tenang je sambil makan sambil dengar bunyik air.
Tapi kalau bawak Rayyan masuk sini mesti satu kedai tu dengar suara aku je.



Tapi kan, dia punya portion besar gila!
Contohnya sayur Kailan ni, walaupun untuk makan berdua boleh makan 5 orang.
Seriously terperanjat aku masa pinggan ni sampai.
Bukan piring ya, tapi pinggan.
And the pinggan is so big!
Dah la pakwe aku tu tak makan sayur, jenuh aku meratah sayur ni.
Terpaksa aku makan sikit je nasi semata-mata nak mengabiskan sayur. Nasib baik sedap.



Ini siakap 3 rasa yang sangat lain dari yang lain.
Tak berapa kena sangat sos-nya kat tekak aku, tapi boleh makan lah.
Yang buatkan aku boleh makan sebab ada kacang and mangga muda.
Maybe ini siakap 3 rasa style Medina.



Ini sedap tapi pedas nak mati.
Semangkuk pun aku tak dapat habiskan sebab too hot.
Jadi, En Wan sangat gumbira mencekik tomyam ni sorang-sorang.
Isi tomyam ni memang puas hati makan.
Ikan besar, sotong banyak, usang besar.
Siap ada lala bagai.



Orang sebelah meja aku makan berempat tapi lauk dia sama banyak macam kitorang yang makan berdua.



Lepas makan terus ke hotel.
On the way nak ke hotel lalu depan Aman Sentral.
Tak sangka aku Alor Setar ada big mall.
Masa aku pi Alor Setar tahun 1998 dulu, ada satu mall yang paling besar, lupa nama dia apa.
Tapi memang itu je la mall paling gempak waktu tu.
Ima kata kalau dorang outing, memang situ je la pun dituju.
Padahal takde apa sangat pun kat dalam tu.
Tapi elok lah pun takde apa sangat.
Cara-cara "takde apa sangat" pun aku tetap tak mampu shopping apa-apa, balik-balik pegang lepas pegang lepas.



Kitorang lepak Royale Signature.
Not bad jugak hotel ni, bilik besar, bilik air pun besar.
Ada separate room untuk shower and bath tub.

1998, kitorang duduk Grand Continental Alor Setar.
Dah tak wujud dah hotel ni, tukar ke nama lain rupanya.
Aku ingat lagi dulu kitorang duduk hotel ni, at the same time team bola sepak Pahang pun duduk situ.
Esoknya, masa tengah breakfast team ni turun makan, ya ampunnnn bangga gila duduk sebelah meja dengan Zainal Abidin Hassan.
Peramah sangat dia, elok pulak dia bersembang dengan arwah nenek aku.
Yang nenek aku pun kemain konfiden lagi entah sape-sape dia ajak bersembang. Hahaha.

Masa team ni nak balik, kitorang ada dalam bilik.
Dari atas boleh dengar bising-bising kat bawah.
Jenguk-jenguk tengok team ni tengah masukkan barang-barang dalam bas.
Aku jerit dari atas "DOLLAH SALLEH!!! BYE!!"

Kuang aja panggil Dollah gitu je, kau ikut tu taraf adik-adik kau?
Eh tapi dia toleh and lambai balik.
Itulah pengalaman starstruck yang pertama.



Aku suka bilik air yang ada glass macam ni.
Kalau nak kencing aku jerit dari dalam "Bang, pandang tempat lain. Di nak kencing ni".
Padahal boleh je turunkan blind, tapi taknak.
Biar aku nampak dia, baru tak takut duduk kat dalam tu.
Dengan syarat dia jangan toleh la, karang aku pulak yang takut. Kahkahkah.



The client dah readykan lunch untuk kitorang, dekat Suri.
Aku dah lupa kat mana tempat ni, tapi Perlis lah.
Ni first time aku datang sini.

Dulu kan aku tak nampak apa yang bestnya kat Perlis.
Aku masuk Perlis sebab nak pi Langkawi je.
Bila dah beberapa kali ke sana baru aku nampak Perlis ni banyak tempat makan.
Sama heaven macam Penang and Tganu juga.
Sampaikan aku rasa lagi senang cari tempat makan best-best kat Perlis dari kat Subang Jaya.

Seafood memang bersepah.
Laksa jangan cakap la, mana-mana ceruk pun ada laksa tapi aku tetap tuju Laksa Kak Su.
Kat Suri ni ada banyak pilihan lauk-pauk masakan kampung.
Sesape nak pekena gulai daging tetel with rebung macam dalam gamba ni, silakan pi Suri.



Ayam kampung pun ada.
Bawal goreng garing-garing pun ada.
Memamg kena betul lauk-lauk ni.
Dengan tak segan silunya aku bertambah nasi.



Lawannya dengan ini.
Ulam, kerabu mangga, sambal belacan and air asam.
Jangankan aku, En Wan pun bertambah-tambah.



Ni lagi satu special - telur sotong.
Tapi bukan telur semata-mata, ada campur susu sotong sekali.
Payah nak jumpa kedai yang jual telur sotong only.
Aku pernah tempah telur sotong kat Tganu, ingatkan 100% telur, rupanya 80% susu.
Telur sotong sikit je. Frust betul.
Korang kalau tau sesape jual 100% telur sotong, bagitau la ya.



Lauk memang nampak macam biasa-biasa, tapi dia punya 'rasa' tak biasa ya.



Ini masa on the way nak ke sana, aku singgah Stabak RnR Rawang.
Order Java Chip.
Budak tu sangatlah pandai buat sales, dia meracun aku untuk ambik this offer.

Actually offer ni takde dalam menu pun, tapi mungkin dia biasa minum gini, jadi dia suggest kat aku tambahkan stroopwafel dalam Java Chip.
Siap jamin sedap, kalau tak sedap boleh patah balik untuk ganti baru.
Bukan calang-calang kekonfidenannya.
Aku pun setuju ambik offer ni, harga RM22 sebab tambah stroopwafel.
Sekali betul SEDAP!!!
Wafel tu keras, takkan lembik duduk kat dalam tu.
Memang terer budak ni buat sales, dia pandai blanket-order-kan pakej ni.

Korang cubalah try ni.
Tak sure if tempat lain boleh buat gini but since stroopwafel tu memang Stabak ada jual so apa salahnya mintak dia sumbatkan kat dalam air tu nanti.