2017-04-10

The power of syukur


Satu perkara paling best everytime buat entry kat blog, aku akan dapat banyak respond kat email (sebab kat blog ni takde ruangan komen). 
Tapi tu la, aku tak dapat nak reply semua. Worry not, insyallah aku baca semuanya.
Nak reply je tak sempat. 

Ada sorang kakak ni (dia bahasakan diri dia kakak), DM aku kat IG.
Dia cakap "Di mudah nak rasa syukur sebab Di tak ada masalah duit. Cuba bagitau akak macamana nak bersyukur kalau duit kereta tak dapat bayar, skolah anak mintak duit, anak sibuk nak pergi rombongan, van skolah taknak ambik anak sebab akak tak bayar bulan lepas. Macamana nak bersyukur?"

Ada a few more dia tulis, tapi takyah la letak sini. 
Pagi-pagi malas nak sebar mood negatif.

Well, kalaulah aku tak ada masalah duit, dah lama aku mengangkang kat rumah tak payah kerja.
Sebab aku masih perlu duitlah maka aku masih bekerja.
Nak cerita pasal masalah duit ni, rasanya semua orang ada masalah duit.
Tinggal lagi orang lain tak nak bercerita.
Tentang duit kereta, aku pun pernah ada pengalaman delay bayar duit kereta sebab nak balancekan dengan kereta lagi satu. 
Pernah dulu aku buat giliran - bulan ni duit buat bayar kereta En Wan, bulan depan bayar kereta aku pulak. 
Hinggalah jumpa waktu stabil, baru konsisten bayar serentak.
Now dah settle pun loan kereta.

Semua orang pernah lalui masalah duit.
Yang paling kaya pun akan berdepan dengan masalah duit.
Tapi orang kaya tak main hutang kecik-kecik macam kita.
Dorang main selepuk 2 juta.
Besar periuk besar kerak kata orang.

Sebenarnya kita kena syukur sebelum kita dapat, bukan selepas kita dapat.
Ramai orang bersyukur selepas dapat apa yang dihajati.
Walhal kita kena bersyukur dulu, baru kita dapat kemudian.

"Tapi kalau dah memang takde duit, macamana nak bersyukur? Sedangkan bil datang melambak-lambak. Semuanya pending belum berbayar."

Ingat tak aku ada cakap pasal list Syukur yang aku buat everyday?
Kena syukur dulu sebelum dapat as if kita dah dapat benda yang kita nak tu.
Aku sendiri tak tahu macamana magik itu berlaku, tapi itulah yang aku buat.
Bersyukur setiap perkara yang kita belum dapat.
Hmm..macamana eh aku nak explain.
Payah gak nak explain dalam bentuk tulisan.

Ok, dia macam ni, contoh, bila dalam keadaan tak ada duit, tapi duit kereta kena bayar.
Duit tengah tak ada, tapi kereta nak terus pakai. 
Kalau tak bayar karang bank call, kereta kena tarik.
Tapi nak bayar sekarang, duit memang tengah tak ada.
Nak merungut?
Merungut bukan boleh buat bayar duit kereta pun.
Pertama, cuba bincang dengan bank.
Bank ni bukan kejam, dia pun nak duit dia balik.
Cuba bincang kalau-kalau ada cara atau jadual pembayaran yang memudahkan untuk masa-masa terdesak macam ni.

Yang kedua, instead of merungut, be grateful.
Cuba cari jalan untuk bersyukur.
Cari sekecil-kecil perkara untuk disyukuri.
At least bersyukurlah sebab setidak-tidaknya bank percaya untuk bagi kita pinjam duit buat beli kereta.
Tak payah kita kumpul duit kepuk-kepuk untuk beli kereta cash.
Cuba bayangkan kalau kena kumpul duit sampai RM100K baru boleh beli kereta?
Rasanya ramai kot yang naik LRT je. 
Tak pun ramai opt naik basikal.

Invois Pos Laju kalau sampai kat ofis aku, hah kauu selepuk nak kena bayar beribu.
Ini ustaz aku ajar, mula-mula dapat apa saja bil, say thank you.
I mean bersyukur.
Bersyukur sebab kita dapat nikmati service mereka dahulu sebelum buat bayaran.
Contohnya macam Pos Laju, at least dorang deliver dulu semua barang-barang customer, hujung bulan baru dorang hantar invoice kat aku.
Tak payah aku ke kaunter tetiap hari, beratur panjang bayar cash.
Syukur, kan?

Sama juga dengan bil TM sampai.
Syukur sebab kita dapat nikmati service internet sebelum bayar.
Dapat aku and staff aku buat kerja dengan happy.
Hujung bulan, baru dorang bagi bill.
Bayangkan kalau belum apa-apa dah minta duit dulu sedangkan sales belum pasti ada atau tak.
Jenuh juga oii.

Time skolah dulu, masa terpilih wakil skolah untuk pesta pantun, aku cuak juga sebab 2 pemantun dah berpengalaman.
Aku je fresh takde pengalaman lagi.
Kalau dibuatnya kalah, mesti satu skolah salahkan aku. 
Tapi dalam pada takut-takut tu, aku berangan MC umumkan skolah aku juara dan aku naik pentas ambik trofi, kat bawah tu cikgu nangis-nangis peluk aku cakap tahniah. Kahkahkah.
Masa tengah berangan tu aku boleh nangis sekali okeh!
Siap cakap "Terima kasih cikgu sebab pilih saya jadi pemantun". 
Punyalah tinggi level berangan aku macamkan benda tu real sedang berlaku. 
Eh sekali betul kitorang juara!
Dan cikgu yang aku imagine nangis-nangis peluk aku tu rupanya Penolong Kanan.
Penolong Kanan peluk-peluk aku weii, terasa macam skolah tu aku yang punyaaaaaa. Mbahahaha.

Masa aku kat U dulu, aku tak tau rupanya kalau result akhir pointer 3.0 ke atas, MARA akan convert loan jadi scholar. 
Memang aku tak tau lansung. 
Yang aku tau kalau dapat 3.0 ke atas layak merayu untuk kurangkan pembayaran balik. 
Tapi aku pernah berangan pi pejabat MARA hantar surat mohon kurangkan bayaran. 
Then akak kaunter cakap "Tak yah bayar, dik. Free je kita bagi sebab result power sangat". 
Gitu kau tak agak-agak aku punya berangan. 
Masa tengah berangan tu aku siap nangis terharu (matilanak berangan pun drama).
Rupanya betul aku berjaya convert loan MARA ke scholar. Phewwwww! Lega gila.

Aku tidaklah positif all the time, sometimes terbabas juga merungut.
Tapi cepat-cepat buang rasa negatif tu sebab benda negatif takleh simpan lama-lama dalam diri. 
Nanti akan menarik banyak lagi benda negatif.
Kalau hari tu aku rasa penat gila, cepat-cepat aku cari benda untuk aku syukurkan.
Rupanya ada, banyak.
Dulu 6.30am dah ada dalam komuter, sekarang, 3 minit dah sampai ofis.
Dulu pergi kerja kena sedia duit tol, duit parking, tempuh jem segala, now tol takde, jem takde, opis dengan rumah 3 minit je, duit minyak pun tahan 3 minggu sekali isi.

Nampak macam merepek je nak bersyukur time penat, letih.
Macam bajet cool je surat hutang bank sampai pun nak bersyukur.
Try lah buat dulu lepas tu tengok hidup kita akan berubah.

Ni aku nak bagitau satu benda yang aku simpan selama ni.
Bukan nak sorok tapi aku nak buat test.



Rayyan di-diagnosed dengan Disleksia.
Aku realized ada something wrong dengan dia bila satu malam tu buat maths dia tak dapat jawab 2+2.
Dah darjah 1  tapi 2+2 tak tau jawab. This is bad.
Pulak tu yang mengajar tusyen adalah seorang cikgu matematik yang garang.
Kesian dengan Rayyan asyik kena marah je ngan bapak dia.

Kalau Redza lain.
Redza ni agak pemalas, tapi cepat tangkap apa dia belajar.
Rayyan pula sangat rajin, tapi slow sikit banding abang dia.
En Wan frust.
Aku perasan Rayyan ni sangat concern dengan tulisan dia.
Tulisan senget sikit pun dia padam balik untuk betulkan.
Kadang-kadang aku rimas juga, kau ni dah kenapa, sikit je kot tapi nak jugak padam. 
Lama-lama karang buku tu rabak.

Redza dari darjah 1 sampai Darjah 6 memang kelas pertama.
Jadi En Wan sangat membandingkan Redza and Rayyan.
Maksudnya benchmark Rayyan is abang dia sendiri.
Aku always pujuk En Wan, tak boleh macam tu. Anak-anak ni tak sama.
Redza tu pemalas tapi bijak. 
Kita tak boleh nak bangga sangat dengan kebijaksanaan yang macam tu sebab hakikatnya Redza tu taklah rajin mentelaah cuma dia diberi kelebihan senang faham and ingat.
Rayyan walau tak sebijak abang dia, tapi rajin.

Bila dia tak dapat jawab 2+2 tu, aku syak anak aku ni disleksia.
Sebab masa mengandung dulu aku kena pre-eclampsia.
Salah satu punca disleksia is pre-eclampsia sewaktu mengandung.
Malam tu aku pujuk En Wan try cari pusat disleksia.
Cikgu di Pusat Disleksia tu ajak kitorang bawa Rayyan untuk buat assessment, bayar RM200. Assessment selama 1 jam setengah.
Lepas 1 jam setengah cikgu kata tanda-tanda disleksia tu ada tetapi mild. 
Rayyan tak perlu masuk skolah khas, boleh masuk aliran perdana (sekolah biasa).
Tapi kalau nak cuba masuk skolah khas, dorang akan keluarkan surat untuk 3 bulan exemption dari skolah rendah (untuk percubaan).
After 3 bulan, kalau Rayyan boleh cope dengan learning, dia boleh masuk balik skolah rendah macam biasa. 
Cuma rugilah sebab 3 bulan terbuang, nak catch up dengan pembelajaran di skolah payah.

Cikgu tu kata Rayyan punya disleksia bukan macam orang lain yang lansung tak boleh baca.
Rayyan boleh membaca cuma certain alphabet atau huruf dia nampak lain. 
Contohnya macam nombor 2 dia nampak huruf Z. 
That explains kenapa 2+2 dia tak boleh jawab kerana dia nampak Z+Z.

Punca Rayyan menulis kejap menaik kejap menurun kerana dia nampak garisan pada buku bergerak-gerak.
No wonder kejap-kejap dia padam, kejap-kejap dia padam. 
Rupanya dia nampak garisan tu bergerak.
Kesian Rayyan kena marah ngan papa dia selama ni.

En Wan agak frust bila Rayyan di-diagnose dengan disleksia.
Mujurlah aku tenang-tenang. 
Ini penting supaya kitorang tak down.
Salah sorang kena tenang.
Mujur juga aku dah membiasakan diri cari sekecil-kecil perkara untuk disyukuri.
At least, Rayyan boleh membaca. Rayyan boleh mengira. 
Cikgu disleksia kata Rayyan speaks good english and sangat kreatif. 
Syukurlah, ada banyak lagi pada Rayyan untuk dibanggakan. 
Maybe dia tak macam abang dia, tapi dia tidaklah teruk mana.
Itulah kata-kata hati aku waktu tu.

Lama juga aku memujuk En Wan untuk terima hakikat tu.
Alhamdulillah En Wan semakin ok.
Untuk bulan-bulan pertama selepas di-diagnosed, aku take over mengajar Rayyan setiap malam.
Dan aku ikut pesanan ustaz aku untuk continue mempratikkan syukur setiap hari.

Syukur, Rayyan mahu pergi sekolah.
Syukur, Rayyan rajin buat homework. 
Alhamdulillah, setiap malam dia willing 'tusyen' dengan mak dia tanpa membantah.
Everyday, aku akan bercakap sorang-sorang mencari apa saja pada Rayyan untuk aku syukurkan.
At the same time, aku perbanyyak solat taubat.
Itu pesan ustaz pada aku.
Ya lah, kita ni banyak dosa.
Aku takut kalau kerna dosa-dosa aku, anak aku yang tanggung akibatnya.



Ini result exam baru-baru ni.
Malam tu, selepas Maghrib dengan masih atas sejadah, aku tergerak hati nak check keputusan exam Rayyan.
Terperanjat dia dapat nombor 1 dalam kelas dan dapat nombor 23 seluruh darjah 1. 
Maknanya tidaklah teruk sangat keadaan Rayyan ni.
Perasaan aku ketika tu, undescribable.
Kebetulan ada atas sejadah, terus sujud syukur. 
Merembes-rembes nangis atas sejadah.

Sungguh Allah tu sangat-sangat berkuasa, kan?
Rayyan dah di-diagnosed disleksia.
Semua orang tahu disleksia adalah learning disabilities.
Tetapi Rayyan membuktikan dia masih boleh cemerlang.
Betapa hebatnya kuasa Syukur and Terima kasih.
Dalam setiap apa pun ujian, carilah perkara yang boleh kita syukurkan.
Kerana Allah dah janji "Kalau kau syukur, Aku tambah lagi".