Awas!
Post kali ni penuh dengan gambar.
Ini semua compilation aktiviti selama 4 hari masa Redza balik bercuti.
Ok, kita mulakan dengan gambar birthday Redza yang ke-14 di skolah beliau.
Nak buat surprise birthday delivery ni pun aku mikir 14 kali nak hantar ke tak nak hantar ke tak.
Sebab Redza tak suka orang buat surprise-surprise, dia segan.
Tapi apak beliau berkeras nak hantar jugak kek kat anak, jadi silakan hantar.
Alhamdulillah, kek (brownies sebenarnya) dari baker di Langkawi dihantar macam dijanjikan.
IG : shopalicious.e
Bukan main berkilat lagi muka anak aku.
Time ni petang, rasanya baru lepas riadah.
Tapi biasa lah budak-budak asrama, beriadah pun butang baju sampai ke atas u ollss.
Maintain smart gitu, walaupun muka berlendir.
Alhamdulillah homeroom sangat sporting, semua datang and surprisekan Redza.
Aku ada letak video kat IG, kat sini malaslah nak letak.
Kitorang orderakan fried chicken dari food truck depan skolah Redza, and mintak homeroom teacher tambah-tambahkan makanan if needed.
Cikgu belikan mihun goreng and air kotak
Redza and geng-geng homeroom.
Selang 4 hari dia balik bercuti baru-baru ni.
So Sabtu lepas kitorang celebrate lagi sekali, kali ni dengan nenek and atuk.
Belikan kek, pizza and nenek buatkan nasi daging.
Ni je la satu-satunya gambar Redza yang aku sempat snap, tu pun curi-curi sebab dia tak suka bergambar sangat especially kalau gambar dia potong kek, dia segan.
Jadi ambik gambar gini je la, janji ada kenangan.
Kek busut ni settle sekali hadap.
Tapi aku tak makan sebab ini bukan perisa favourite aku.
Ahad, Rayyan ada baking class kat IPC Damansara.
Sibuk nak jadi baker katanya, hah meh sini aku masukkan kelas.
Kalau tak menjadi kek kau maka boleh kenselkan cita-cita tu.
Memandangkan kelas kat IPC sebelah Ikea, En Wan ajak breakfast kat Ikea terus.
Jadi pagi-pagi pukul 9.30am dah sampai sana.
Siap bawak tupperware nak tapau lagi.
Dah settle makan semua, nak gerak ke IPC tapi aku singgah toilet jap.
First time aku tinggalkan henbeg aku kat En Wan, selalunya aku masuk bawak henbeg sekali.
Kali ni, bawak henfon je.
Selalunya henbeg aku letakkan atas tebing dinding belakang.
Since aku bawak henfon je, so aku letakkan henfon aku atas tu, menelangkup (screen belah bawah).
Dah la henfon aku kaler white, tebing tu pun white, memang tak perasan lansung henfon ada kat atas tu.
Settle kencing, aku menonong je keluar.
Dah sampai depan Chef Academy, aku nak keluarkan henfon sebab nak get ready ambik gambar Rayyan buat kek, baru aku teringat henfon tertinggal dalam toilet.
Aku tenang lagi, bila kena marah dengan En Wan baru aku menggelabah.
Sumpah nak pitam weii.
Bukan nak pitam sebab henfon hilang, tapi nak pitam sebab kena marah ngan laki aku.
Berlari aku dengan Redza ke Ikea, tapi memang henfon tu dah takde dah dalam toilet.
Aku tanya akak cleaner, dia kata tadi ada sorang chinese tanya siapa punya phone but then the lady keluar dengan bawak phone aku sekali.
Aku pinjam phone Redza call Ibal mintak dia lock phone aku and trace location.
Pastu aku call Azuddin (a blogger fren) mintak dia tracekan jugak.
Then aku patah balik ke IPC.
Dah hilang nak buat camana kan, sambil mikir apa nak menjawab dengan En Wan karang.
Aku ni, lagi takut kat laki aku dari takut henfon hilang.
Kalau henfon hilang boleh gak beli lagi, tapi kalau laki aku hangin, dua minggu belum tentu cool lagi.
Lagi serabut mikirkan dia dari mikir henfon okeh?
Elok je cecah IPC, Ibal call bagitau phone aku masih kat area Small World Ikea.
Aku mintak En Wan and Redza patah balik ke Ikea sebab aku nak tengok Rayyan baking, Rayyan ni karang taknak masuk kalau aku takde.
Sambil-sambil tu aku berkomunikasi dengan Azuddin.
Tak lama pastu, Azuddin bagitau dia baru je lepas call En Wan and henfon dah jumpa.
Phewwww lega!!
En Wan kata kat area Small World tu dia terus jumpa aunty yang jaga area tu, rupanya betul that chinese lady ada pass the henfon kat dia.
Dia suruh decsribe henfon tu rupa macamana, boleh la pulak salah decsribe.
Dia pi cakap henfon tu warna Rose Gold, padahal yang Rose Gold tu yang lama punya, yang baru ni white.
Tapi En Wan insist untuk tengok henfon tu jugak sebab dia tau aku letak gambar kitorang berdua as lock screen.
Dengan bangganya "See, betulkan ini gambar saya?".
Then aunty tu mintak dia unlock skrin, tapi boleh lah pulak dia terlupa password aku.
So kena patah balik ke IPC jemput aku datang untuk unlock screen.
Bagus jugak buat macam tu, at least aunty tu tak sebarang-sebarang pass the henfon tu just anyone.
Aunty kata customer Ikea semua very good, 80% barang hilang akan jumpa semula.
Alhamdulillah, tak sangka boleh jumpa balik.
Aku pernah hilang dah dulu henfon, sakitnya tu di sini okeh.
Dah la dulu aku tak simpan satu apa pun dalam iCloud, sekarang dah pandai sikit.
Tapi kalau boleh takmau lah hilang-hilang henfon, jenuh la melayan karenah laki aku tu karang. Serabut!
Inilah Chef Academy, tempat Rayyan join baking class.
Yang ni takyah buat booking pun takpe, walk-in pun boleh.
Masa aku datang hari tu aku dah buat booking just in case takut ramai orang, maklumlah cuti skolah kan.
Rupanya tak ramai.
Yang ambik cupcakes class cuma Rayyan sorang.
Yang ramai join cake decorating class.
Untuk cupcakes class tu dia caj RM70.
Kelas 1 jam je.
Kidszania pun ada baking class tapi yang tu lebih kepada theme park concept.
Macam Chef Academy ni khas untuk satu-satu projek.
Ada kelas buat cupcakes, cake decorating, buat spageti, and a few more.
Kek yang Rayyan buat tu sedap, siap dapat bawak balik resepi (dorang dah prepare siap-siap printed recipe).
Muka sangat memainkan peranan dalam membuktikan keseriusan mendengar arahan.
Paham tak paham belakang cerita.
Janji muka nampak macam paham.
Tempat ni sangat cantik and proper for baking. Well prepared.
Masa kelas dah start, resepi semua dia dah tulis siap-siap, peralatan semua dah susun atas meja.
Kek dah siap bancuh and ready to bakor!
Sementara kek dibakor, mari kita buat fondant.
Kelas budak-budak je pun tapi siap blaja buat fondant.
Aku ingatkan ni kelas 'main-main'.
Aku ingatkan ni kelas 'main-main'.
Aku sendiri tak pandai buat fondant.
Ni sesi post-mortem terhadap kek.
Ada kek yang membuak, ada yang just nice fit dalam cup.
Yang ni cikgu tengah explain what will happen kalau masukkan too much kek dalam cup, akan jadi membuak macam yang seketul tu.
Lagi 2 ketul kek, pass.
Kek yang membuak ni tak dapat letakkan 'penguin face' jadi taburkan aje M&Ms.
Isnin pagi kitorang ke Farm in the City.
Sebenarnya aku tak tau menahu lansung kewujudan Farm in the City ni padahal dekat je kat Seri Kembangan.
Entah bila wujudnya tempat ni.
Kitorang tau tempat ni pun sebab semalamnya (Ahad) pi Matta Fair.
Kat situ nampak ada offer tiket.
Beli je lah, dah tak tau mana nak bawak budak-budak ni.
Pergi pagi sebab nak elakkan panas.
Tapi rupanya tempat ni banyak teduhan, so kalau pi tengahari pun tak terasa sangat, tapi kalau hujan insyallah kuyup lah sebab teduhan dorang semuanya pokok-pokok.
Tempat ni ok je suma sebab nama pun FARM, jadi memang macam kampung la suasananya.
Bau ayam, kambing, taik burung, taik itik, bersatu dalam satu aroma yang susah nak digambarkan dengan kata-kata, mungkin boleh digambarkan dalam bentuk muntah.
Memang hamis sikit dalam ni.
Memang hamis sikit dalam ni.
Boleh la pulak aku terlupa Rayyan ni alergik dengan bau-bau busuk.
Belum halfway dia dah ajak balik.
Terpaksa aku melayan karenah dia berjanji yang bukan-bukan asalkan kau senyap.
Yang Rayyan pegang tu makanan binatang.
Complete untuk arnab, kambing, kura-kura, burung, ayam. RM10 je sebaldi.
Kat sini ada 2 tempat kura-kura.
Kura-kura yang Rayyan bergamba ni tak boleh dibagi makan sebab kalau dia kenyang dia akan menyorok.
Kalau yang ni takpe nak dibagi makan.
Tengok size badan pun tau jenis mentekedarah banyak ni.
First time aku tengok kiura-kura besar ni, sama berat dengan aku agaknya.
Ada gak kura-kura yang diletak dalam akuarium macam ni.
Aku tak pergi dekat, tak berani.
Tempat ni banyak pokok, aku takut ada ular sesat.
Tapi tak dinafikan tempat ni berbau sikit.
Biasa la kan kalau dah banyak reban and kandang, gitulah.
Ok tu ok tapi macam tak berapa terjaga sangat.
Kids nowadays, nak tengok ayam itik pun kena bayar.
Aku dulu puas kejar ayam kat kampung.
Tunggu je bila petang nak sampai sebab tak sabar nak masuk reban bagi ayam makan.
Kids now, kampung pun semua kat bandar.
Kampung kat Tganu pun takde bela binatang, nak jumpa rumah yang bela ayam pun payah dah.
Jadinya, masuk la Farm in the City bagi dorang experience kasi ayam makan.
Ni sangkar burung.
Aku tak masuk sebab bahagian atas sangkar ni ada sangkar ular.
Memang tak la aku nak masuk!
Kemain seronok Redza bagi ayam makan.
Ini experience pertama dia bagi ayam makan dalam suasana kampung.
Kat kandang kambing ni terjadi satu kejadian yang menggemparkan.
Sebelum masuk kandang kambing, kena lalu sangkar burung dulu.
Dalam baldi makanan tu kan ada semua makanan binatang.
Makanan burung bawah sekali.
Disebabkan susah sangat nak seluk makanan burung, En Wan pegang semua daun-daun and karot so Redza and Rayyan boleh ambik makanan burung kat belah bawah.
Bila masuk kandang kambing, En Wan lupa yang dia tengah pegang rumput.
Kambing-kambing tu pulak macam tak cukup makan, terus semua meluru kat En Wan.
Yang En Wan ni menggelabah dah kenapa semua kambing meluru kat dia, nampak kaum datang melawat ke? Kahkahkah.
Ada satu kambing tu siap angkat dua belah kaki dia atas perut En Wan punyalah nakkan makanan tu.
Menjerit semua yang ada dalam tu, aku dah lari selamatkan diri dulu.
Gelabah abang kandang kambing tu tengok kambing naik syeh.
Lepas tu baru En Wan sedar dia tengah pegang rumput.
Betullah agaknya kambing ni jumpa kaum, kemain suka dia kaum datang melawat memberikan khidmat. Mbahahaha.
Entah kenapa aku terasa macam bapak lagi excited masuk sini.
Aku belikan makanan binatang tu untuk anak-anak yang bagi makan.
Rupanya bapak yang conquer.
Arnab kat sini shy shy cat.
Kita tunjukkan karot semua lari menyorok.
Nak kena hulur betul-betul dalam mulut baru nak makan.
Dasar pomaleh!
Boleh tangkap ikan dengan syarat lepaskan balik dalam longkang ni.
Tapi very small fish je.
Last sekali sebelum keluar naik pony, RM7/round.
Tak sampai 2 minit pun.
Jadiklah nak bagi budak-budak rasa.
Sebenarnya banyak lagi binatang dalam ni.
Ada itik, angsa, ayam belanda, merak, tupai, iguana, landak (ada ke orang bela landak?), parrot.
Boleh dikatakan semua binatang yang dijadikan pet, ada dalam ni.
Kalau dah takde arah nak pegi, boleh la datang Farm in the City ni.
Not bad, cuma tak berapa terjaga sangat.
Tapi dah namanya konsep farm kan, boleh jadi sebab tu nampak macam tak terjaga.
Konsep kampung agaknya.
Semalam ada yang tanya kalau beli HRR tak dapat ke free gift?
Ya, tak dapat sebab free gift tu untuk pembelian RM90 dan ke atas.
HRR ni cuma RM55 je.
Tapi kalau tak layak dapat free gift pun jangan sedih, korang boleh je dapat diskaun.
Caranya, guna points.
Pastikan point korang ada at least 600, boleh dapat diskaun RM10.
WHATSAPP SINI UNTUK CHECK BAKI POINT.
Ya, tak dapat sebab free gift tu untuk pembelian RM90 dan ke atas.
HRR ni cuma RM55 je.
Tapi kalau tak layak dapat free gift pun jangan sedih, korang boleh je dapat diskaun.
Caranya, guna points.
Pastikan point korang ada at least 600, boleh dapat diskaun RM10.
WHATSAPP SINI UNTUK CHECK BAKI POINT.