2018-08-28

Staycation Dash Box Cyberjaya


Ahad lepas, mak mertua balik Tganu untuk raya haji.
Tahun ni kitorang tak balik sebab En Wan kata raya tengah-tengah minggu, malas ambik cuti.
Ceh! Macamlah dia perlu ambik cuti tahunan bagai, kan.
Memandangkan mak nak buat kenduri raya haji hari Jumaat, jadi En Wan gunakan alasan tu untuk tak balik raya haji.
Takut rush nak balik sini untuk hantar Redza balik Langkawi katanya.
Ahh, gasak.
Yang aku tau raya tetap raya.
Balik mana-mana pun ok, tapi kalau balik Bangi, alhamdulillahhhhhhhhh.

Memandangkan mak dah balik hari Ahad, jadi untuk mengelakkan keboringan duduk rumah tak tau apa nak buat, En Wan book Dash Box Hotel kat Cyberjaya untuk kitorang melepak satu malam.
Dari hari aku lepak Pullman Putrajaya tu lagi En Wan dah aim hotel ni tapi dia save untuk Redza.

Hotel Dash Box ni unik sikit, dia part of MaGIC Village.
Dia punya konsep macam industrial and street art.
Bilik-bilik pun guna konsep bahan-bahan industri macam batang paip lah, mentol industri lah, tapi kemas and praktikal.
Selalunya most hotel ketengahkan konsep mewah, tapi Dash Box lebih kepada praktikal.
Aku suka dengan Dash Box sebab hiasan bilik tak too much tapi meet what guests need.



Ada 3 jenis bilik je kat sini.
Yang twin bed duduk dalam kontena-kontena.
Pastu ada studio room.
Yang paling besar deluxe.
Kitorang ambik deluxe sebab katil dia super king. 
Muat 4 beranak tido atas tu dengan selesa.
Yang gambar atas ni gambar bilik yang kitorang ambik.



Patung hijo atas katil tu bukan aku bawak ya, itu memang maskot Dash Box, so aku rasa every bilik pun ada anak patung tu.
2 dewasa dan 2 kanak-kanak just nite fit in this room.
Tapi ada gak aku tengok family yang cramp sampai 5-6 dewasa dalam bilik kecik.
Aku yang tengok pun hazab, konfem berlaga-laga tetek kat dalam.




Aku suka bilik air dia.
Walaupun takde bathtub, tapi praktikal.
Ada ruang shower yang selesa, toilet ada hose and ruang sinki sangat simple, tak serabut dengan 10 jenis toiletries dan takde towel muka berlambak-lambak.
Semuanya keperluan yang praktikal saja.



Macam biasa, masuk mana-mana hotel mesti try Club Sandwich.
Kat Dash Box ni unik sikit room service sebab makanan yang kita pesan dia pack dalam lunch pack macam ni kemudian delivered dalam paperbag.
No tray, no fancy plates, no napkins, sudu garfu pun plastik.
Yang penting harga bukan harga neraka.
Fries pun besar-besar, roti pun pakai wholemeal bread, takde la roti patsegi cikai macam kat hotel lagi satu tu.

Dan seperti biasa jugak, time aku tanya "nak apa-apa tak?", sorang tak menyahut.
Bila makanan aku sampai, semua meluru.
Penyudahnya aku makan satu lapis roti je dengan telur [roti tu 3 lapis, aku ambik lapisan atas je].
Lepas makan, semua menggelupur nak terjun kolam.



Menyangkutkan diri kat belakang abang, kalau tak, takde chance nak mandi kat kolam 5ft.



Meniarapkan diri kat kolam 1ft, feeling-feeling boleh berenang.



Macam biasa, zaman aku berendam dalam pool dah lama berlalu.
Sekarang jadi tukang pegang towel and jaga selipar je lah.

Boleh tahan ramai orang kat sini, padahal lusa dah raya haji.
Semua set-set kampung kat KL agaknya.
Hari yang aku stay tu, the hotel dah fully booked.
En Wan kata hotel ni memang hot spot, sentiasa penuh.



Pool ada 2 je, satu kids, satu adults.
Tapi yang adults pool tak besar mana.
Yang bestnya kat sini every pool ada slide.
Memang bersusun je budak-budak naik slide.
Mak bapak tukang sambut dari bawah.

Nampak tak bilik depan pool tu?
Satu building tu ada 3 rooms, 2 kat bawah and 1 kat atas.
Yang atas tu la jenis bilik yang aku duduk.
Lebih besar and privacy sebab takde orang lalu-lalang depan bilik kau.
And tak perlu kau tutup sliding door and langsir 24 jam.
Cuma the advantage, bukak sliding door terus terjun tiruk.
Kalau duduk atas kena turun tangga, tapi aku prefer bilik atas sebab besar.



Macam ni la contoh-contoh kurang privasi kalau duduk bilik bawah.
Kitorang nak balik bilik akan lalu depan bilik orang.
So sape duduk bilik bawak pastikan langsir tarik.
Kalau taknak tarik langsir, pastikan baring elok-elok karang free-free je aku nampak kau terkangkang tersiat kat dalam.



Bilik kitorang garden view tapi kalau aku jengukkan kepala kat balkoni tu dah boleh nampak view pool.
Yang tingkat atas tu bilik kitorang.
Masa ni aku dah nak naik dah, tak kuasa aku nak hadap Redza ngan bapak dia main bola.



Kesian tau laki aku, dia gigih nak buktikan kat anak dia bahawasanya dia dulu star wakil U.
Tapi main geli-geli camni pun dah semput.
Terpaksalah aku punggah gambar-gambar lama kat blog tunjuk kat anak dia memang bapak dia star.
Barulah apak boleh tidur dengan tenang lepas meriak kat anak.



Disebabkan Redza main bola kat skolah, balik kali ni apak dia akhirnya memperturunkan kasut bola yang dia pakai kat Jepun dulu, pada Redza.
Kemain suka Redza bagitau aku "Ma, papa akhirnya bagi jugak kasut dia kat Redza".
Hah elok sangat la tu, buat semak lemari kasut je sejak 18 tahun lepas bawak balik tak berguna-guna sampai ke sudah.
Lagi baik kasut tu jahanam kat padang dari mereput dalam lemari.



Hari tu masa duduk Pullman tak jumpa kedai makan kat Putrajaya, kan.
Kali ni aku qada'!
Rupanya bersepah-sepah kedai makan best-best kat Putrajaya.
Dia punya night life kemain lagi, dah macam Hong Kong Harbour dari jauh.
Berkat nasihat para follower kat IG, aku try masuk Ayer8, memang happening sini.
Kedai makan bersepah-sepah.
Kitorang masuk Thai Restaurant.
View cantik, berlatarbelakangkan masjid besi and tasik.




Frust gila aku dapat ayam goreng kunyit ni.
Aku berani jamin ayam ni cuma seketul yang dihiris-hiris nipis nak bagi nampak banyak.
Ayam dia punyalah sikit, yang bersepah cuma sayur-sayur.
Dah kenapa la berniaga style gini.
Baik kau ubah nama dia jadi 'sayur campur with hirisan ayam'.



Sotong goreng tepung macam ni yang aku maksudkan, bukannya cekodok sotong macam selalu aku dapat tu.



Telur bistik.
Yang ni pun banyak sayur dari telur.
Setakat ni telur bistik yang best dan berbaloi aku pernah makan, antaranya kat Kedai Suraya (kalau tak silap) di Seksyen 7 Bangi.
Dia punya telur bistik banyak and ayam pun banyak, siap ada udang lagi 2-3 ekor.
Telur bistik kat kedai Thai ni lebih banyak rasa sos.



Butter prawn ni ok.
Walaupun pernah makan lagi sedap dari ni, tapi yang ni ok je lah.



Tomyam sedap.
Blom boleh celen tomyam Absolute Thai, tapi kira halal la ni sebab kuah dia pekat, isi pun banyak.




Ni aktiviti lepas makan.
Tiba-tiba En Wan ajak mengayuh volkswagen kuning malam-malam.
Jenuh wei, dah la aku dengan berjubah bagai, nasib baik memang kat dalam pakai seluar cerut, aku selak jubah aku sampai ke lutut punyalah nak tunjuk skill mengayuh.
Nak harap En Wan and Redza berdua mengayuh memang tak bergerak la jawabnya volkswagen ni.
Memang berbaloi naik bendalah ni, terasa kurus 500g malam tu berpeluh-peluh mengayuh.

Tapi boleh tahan mahal benda ni, RM30/ride.
Boleh ride se-round je.
Tapi takpelah, aku pun bukan larat nak kayuh sampai 10 round, karang mencungap mintak nyawa.

Cute jugak dorang buat benda ni.
Ada macam-macam, ada kereta, ada train, ada bas.
Setakat nak seronok-seronok dengan anak-anak boleh lah.



Sementara nak hilangkan mencungap ambik napas lepas berkayuh, layankan permintaan budak-budak ni nak main buih.
Not bad jugak la nite life Putrajaya, especially bila cuti-cuti skolah macam ni, kalau malas nak berjalan jauh, meh la datang Putrajaya je.

Dah settle main buih, kitorang balik hotel.
Tapi sebelum sampai hotel, singgah AnW, makan lagi! Kahkahkah.
Memang kuat makan betul klorga ni.
Mencekik non stop.



Sebelum balik, kasik chan la aku bergamba dengan laki aku dulu.



Good Morning Cyberjaya!

Kat Dash Box takde buffet for breakfast.
Tapi kau boleh makan apa saja dalam menu ni.
Bayar RM20/head, kids RM10/head - dan makanlah sepuas-puasnya.

Tapi, banyak mana sangat lah boleh makan.
So, kalau nak makan banyak benda, please avoid pilih nasi lemak.
Kalau tak, jawabnya memang tak muat dah perut nak isi makanan lain.



Untuk RM10/head, Rayyan cuma pilih ni. Tu pun tak habis.



Redza pilih ni, Brioche French Toast.
Not bad jugak food kat sini.
Presentation pun ok.



Ni En Wan punya, roti canai witj kuah kari ayam.
Roti canai garing, kuah kari pun sedap. 



Brown Toast, aku share berdua dengan En Wan.



Aku punya, Omelette Cheddar Cheese.
Cheese yang melambak, BEST!

Aku puas hati dengan breakfast dia.
Takde selection yang merepek-repek.
Presentation pun kemas, rasa pun sedap.
Cepat pun boleh tahan cepat.
Suasana tempat makan pun cozy je.



Sambil-sambil tunggu aku habiskan makanan, dorang anak-beranak dan anak-anak meja sebelah sama-sama main bola ni, apa benda ntah nama dia, lupa.



Ini laluan ke lobby and pool dari pintu masuk.



Ada kedai dalam ni, tapi bukan merchandize hotel.
More like kedai-kedai pakaian.



Yang hijau tengah-tengah tu la maskot hotel, that's why setiap bilik ada patung arnab hijau ni.



Ada ruang melepak tepi pool.
Boleh la lepak sini buat-buat macam tengah baca buku padahal usha awek mandi kat bawah.



Ruang melepak yang sebenarnya besar ni.



 Semalam tu aku ambik gambar pool adult je, yang kid's pool sebenarnya yang ini.



In short, this staycation was fun.
Kalau nak anak-anak enjoy, boleh lah consider Dash Box.
Ruang tak besar mana, tapi segalanya praktikal dan berbeza dari kebanyakkan hotel.
Cuma kena rajin-rajin check slot, sebab selalunya memang penuh.





Gloei ni cuma makanan tambahan, bukan kategori ubat-ubatan.
It is safe to take by pregnant mothers yang kandungannya berusia 5 bulan dan ke atas.
Ibu-ibu yang menyusukan anak pun no problem nak ambil Gloei.
Promo Gloei with free Cleansing Gel tinggal 4 hari lagi sebelum kita tamatkan.