Ni gambar aku letak kat IG semalam.
Aku nak tunjuk En Wan akhirnya dah gantung jugak frame yang tersadai atas lantai for 1 year.
Yang follow IG and FB tau kot apa maksud aku ni.
Rupanya ada yang terperasankan barang mainan dalam lemari kaca yang terselit kat tepi En Wan tu.
"Akak tak takut ke budak-budak datang beraya kacau barang tu?"
Dalam tu isi Lego Redza.
Takde lah semahal Hot Wheels, tapi the issue here bukan mahal murah tapi barang tu dah ada dalam lemari.
Kalau sesiapa keluarkan itu dikira sebagai sengaja cari pasal.
Dah lama dah tu, dari 3 tahun lepas lagi lemari tu memang ada kat situ.
Rayyan sendiri tak berani sentuh sebab kalau dia sentuh memang aku libas satu kali.
Masa aku buat open house last time, memang ada percubaan nak bukak lemari untuk bawak keluar mainan dalam tu, tapi budak-budak tu kena sergah dek mak mertua aku.
Takut dorang.
Biasala budak-budak kan selalu takut dengan nenek-nenek.
Especially nenek buat muka garang.
Dorang punya imaginasi kan tinggi.
Aku pun masa kecik dulu takut dengan moyang sendiri.
Padahal moyang aku elok je duduk atas kerusi getah yang boleh panjang pendekkan leg rest tu.
Dia duduh berehat sambil pegang tongkat.
Dia takleh jalan dah.
Ada satu masa tu aku dengan Ima tengah main-main sekali kitorang terpandangkan dia duduk kat situ.
Dia pandang aku pastu then hentak-hentakkan tongkat dia.
Menjerit kitorang.
Padahal moyang aku tu nak agah-agah ajak kitorang main kat dia agaknya sebab tu dia hentak-hentakkan tongkat.
Bila pikir-pikir balik, alahai bodohnya aku.
Dengan moyang sendiri takut.
Ce kalau aku buat baik dengan dia, mesti dia dah bagi 3-4 keping tanah dia kat aku. Kahkahkah.
Pastu, dalam open house yang sama, kebetulan aku habis Zohor, keluar je bilik nampak ada budak-budak cuba nak umpil.
Aku terus "Eh, nak cari apa kat atas ni dik. Makanan semua kat bawah. Jom turun".
Ada sorang budak tu age 6-7 kot.
Dia jawab "Saya nak ambik mainan dalam ni".
Hahaha.
Gelak je aku budak ni.
Jujur nau.
Aku jawab "Mainan dalam tu tak boleh main. Itu perhiasan je. Sebab tu duduknya dalam lemari. Kalau yang boleh main semua ada kat bawah".
Eh dia menjawab lagi, "Tapi yang kat bawah tu semua mainan budak-budak" (merujuk mainan Rayyan).
Pastu aku jawab "Memang la mainan budak-budak. Sebab anak aunty kecik lagi. Budak-budak kecik je yang main permainan. Budak-budak besar dah skolah mana main mainan lagi. Semua baca buku je."
Terus berlalu pegi budak tu.
Tak naik-naik atas dah.
Sure dia troma.
Pegi skolah kena baca buku.
Pergi raya rumah makcik ni pun kena baca buku gak.
By the way, semalam aku buat makan-makan sikit khas untuk geng-geng baik En Wan masa blaja Jepun dulu.
Disebabkan tak ramai yang dijemput, jadi semua makan dalam rumah je, no need khemah.
Lagipun En Wan kata selama ni buat open house asik keje sambut tetamu je, tapi tak dapat bersembang sebab tetamu sentiasa datang.
So kali ni kita buat tertutup, hah kauuu, sampai ke Isyak bersembangnya.
Kalau tak puas bersembang, kita buat lagi next week!
Apa adehal, bukan aku kena masak pun, semua pun order je.
Semalam menu nasi ayam, laksa Johor and Soto.
Yang aku buat cuma goreng ketupat palas and rebus nasi impit untuk makan dengan soto.
Yang lain semua order.
Oh, air-air aku prepare lah.
Alhamdulillah semua makanan-makanan ni sedap.
Nasi ayam and Soto aku order kat kawan aku.
Memang dah biasa order dengan dia.
No worries, kalau korang kat area Bangi and Nilai pun dia boleh hantar walaupun dia duduk kat Putra Heights.
Memang sejenis makhluk pandai masak dia ni.
Aku pun baru tau.
Dulu masa kat U tak serumah dengan dia so tak tau yang dia ni pandai masak.
Kalau aku tau, dulu lagi aku dah mintak dia masakkan beberapa versi masakan maggi.
Takdelah mencekik maggi rendam je kejenya.
Aku mintak nasi ayam untuk 15 pax tapi punyalah banyak gila dia bagi.
Semalam datang makan total 6 family, total nak kat 30 orang.
Belum campur aku punya mentekedarah lagi, sampai beround-round aku belasah.
Ayam ni sampai 2 bekas dia bagi.
Setakat ni aku pernah order sandwich telur, sandwich sardin (punyalah pemalasnya sampai sandwich pun nak order), mee/mihun goreng, macaroni and cheese, creme brulee choc cake, brownies, blurberry cheese tart, bergedil tauhu, sambal kicap pedas meletup jubo, bawang goreng (ye, bawang pun aku order u olss), roti jala kuah kari ayam, mee bandung and the latest nasi ayam and soto ayam.
Pheww!
Semua benda pun order.
Boleh nampak tak tahap pemalas aku camne?
Ada sesape berani celen?
Ni aku goreng.
Tak hangus kan?
Itu namanya achievement!
Ni set soto yang lengkap.
Dengan bergedil ayam, ayam rebus siap racik, bawang goreng, dedaunan, sambal kicap, suhun goreng and kacang tanah.
Jangan tanya berapa dia caj.
Aku main order je, tak tanya harga.
Ni pun belum bayar lagi.
Ni simpan nombor kawan aku ni, Aisyah (0192812880).
Ni simpan nombor kawan aku ni, Aisyah (0192812880).
Ni satu penemuan baru.
Selama ni aku order laksa Johor kat orang lain, sekali orang tu fully booked.
Laksa orang tu memang sedap sangat and dia memang buat bisnes laksa johor only.
Aku teringin sangat nak makan laksa Johor yang sedap macam tu, so aku tanya kat FB siapa buat bisnes laksa Johor.
Ada sorang menyahut.
Dia cakap dia memang buat laksa Johor je.
Ok good.
Dalam hati aku asalkan boleh makan jadiklah, walaupun aku berharap sangat laksa tu sesedap yang aku selalu order tu.
Sekali memang sedap.
Kuah dia power!
Pekat wehhhh, puas hati gila aku makan.
Semalam saja 3 round.
Walaupun mulut aku penuh ulcer, tapi aku gigih mencekik laksa.
Makan sambil tepuk-tepuk meja sebab tahan sakit (boleh?).
Complete kan keluarga laksa ni?
Dengan bawangnya, dengan togehnya, dengan timun bergulung-gulung, dedaunan, sambal belacan and limau nipis.
Laksa dia sampai last.
Bila dah sampai tu baru aku sedar aku dah takde bekas kaca nak hidang.
Apa yang ada atas island tu, itu je la yang aku ada.
Baru aku sedar, aku mana penah beli pyrex-pyrex bekas makanan ni semua.
Yang aku ada ni semuanya mak mertua aku punya, aku angkut dari kampung.
Balik-balik aku beli pinggan mangkuk je keje.
So this month naik Langkawi tengok Redza, maka ada lah alasan untuk aku shopping.
Hari ni baru aku tau rupanya this laksa lady is the same laksa lady yang aku pernah order dulu.
Cuma dulu dia ada partner buat bisnes.
Yang aku order tu dulu dari nombor partner dia.
Now dia buat sendiri, no wonder rasanya sama.
Best best best! Lepas ni dah tau dah mana nak order.
Simpan nombor dia ni baik-baik : Hazlinda Zainal (0132016081)
Sebelum tido semalam, pekena lagi se-round Soto.
Tak berani aku nak timbang berat badan, next week je lah timbang.
Gambar-gambar ni semua aku snap curi-curi tu pasal bergegar. I takut.
Kali ni pecah tradisi.
Kali ni pecah tradisi.
Selalu makanan kat bawah khemah, kali ni makanan semua kat dapur, jadi silakanlah masuk dapur.
Kuah sup aku tenggekkan atas dapur terus, meh la kita cedok dari dapur je.
Tuan rumah dah takde bekas cantik dah nak hidang, masuk je terus dalam periuk (kalau siapa jual pyrex cantik-cantik, sila serah diri oi).
Kita konsep santai-santai je kali ni.
Seronok tengok En Wan dapat bersembang puas dengan geng-geng dia.
Masing-masing berkomunikasi kat whatsapp group je.
Dah semakin lama, semakin busy, anak-anak dah besar dah sibuk uruskan hal anak pulak.
Geng-geng aku semua harap bersabar ya, lepas ni aku set makan-makan untuk kawan aku pulak.
Tak dapat bulan raya, buat lepas raya pun apa adehal.
Hari-hari hari raya konsepnya.
Kebetulan anak masing-masing kat MRSM.
Yang belah kanan tu dulu satu dorm dengan En Wan, meja study pun sebelah-sebelah, katil pun atas bawah.
Now anak masing-masing satu skolah kat Langkawi.
Bila tengok gambar ni aku teringat satu quote :
One day, all of us will get separated from each other.
We will miss our conversations, of everything and the dreams we had.
Days, months and years will pass until this contact becomes rare.
One day our children will see our pictures and ask "Who are these people?"
And we will smile with invisible tears because a heart is touched with a strong word.
And you will say "It was them that I had the best days of my life with".
Quote di atas benar belaka wehhh.
Dah terjadi pun semalam.
Pakwe I malam-malam lepas semua dah balik, gi panjat lemari bawak keluar album lama.
Risau je aku tetiba karang "Jom repeat Jepun?"
Ok yang nak details pasal Herba Rahsia Rimba, boleh KLIK SINI.