2018-07-04

Jaga anak bukan setakat jaga je.


Semalam sebelum tido nampak post FB tentang baby kena culik.
Teringat-ingat sampai ke Subuh.
Sementara nak tunggu Subuh tu cakap buat solat hajat kejap lah, untuk budak tu.
Elok je lepas Subuh tengok kat FB dah ada viral budak tu dah dijumpai mati dalam rumah pengasuh.
Luluhnya hati aku, menangis-nangis.

Tak lama pastu nampak orang viral muka pengasuh.
Haa mulalah aku nak mencarut ni.
Aku dah lama tak buat keje maki orang ni, karang kalau aku tenung lama-lama muka pengasuh ni mau keluar balik vocab-vocab aku.

Aku memang alergik anything yang ada sangkut-paut dengan dera budak, budak mati, buang budak, budak kena cabul, bunuh budak, etc.
Mental apekah orang Malaysia dengan budak kau nak cari pasal?

Sejak kes bibik lari dari rumah tinggalkan Redza masa dia umur 2 tahun, aku dah troma dengan kes melibatkan budak-budak.
Aku pernah lalui situasi macam tu so aku tau apa perasaannya berada di tempat ibu Adam.
Walaupun ujian ibu Adam ni jelas lebih hebat, tapi aku tau dalam pada dia redha, ada masa-masanya dia sedih dan tertanya-tanya apa sebab anak dia yang jadi mangsa.

Sebab aku pun macam tu jugak dulu.
Pakkal bibik hilang dan terus meruyup tak nampak-nampak.
Kalau aku nampak kelibat dia depan mata, memang bersepuh muka dia aku kejekan.
Berminggu-minggu jugak aku troma sampai termimpi-mimpi.
Nak dapat Redza tunggu 3 tahun, waktu tu, itu je la sorang anak yang ada.
Tetiba balik kerja tengok Redza dalam rumah, alone.
Dibagi pulak susu yang dah berbuih-buih (basi) and roti kat tepi dah bersemut-semut.

Bila tanya Redza bibik pegi mana, dia kata bibik balik kampung.
Entah pukul berapa dia keluar dari rumah tinggalkan anak aku sampai susu dah berbuih and roti dah bersemut.
Ya Allah, kalau ingat-ingat balik boleh mendidih balik darah aku.

Dapat pengasuh ni ikut nasib-nasib jugak.
Ada yang muka nampak suci tapi hati keji.
Ada muka nampak macam darat tak tau buat kerja tapi rupanya boleh diharap.
Yang kes bibik aku yang lari tu jenis darat dan tiga suku.
Malas aku nak bukak balik cerita ni,
Siapa yang baca blog ni tahun tu memang tau la cerita ni.

Mujur jugak rezeki aku dapat bibik Yani.
Entah mana datang yakin aku tinggalkan Redza umur 40 hari bawah jagaan bibik Yani kat rumah.
Aku dah start masuk kejer sebab aku ambik cuti bersalin 3 minggu awal.
Tadi bila cerita kat En Wan kes Adam ni, aku tanya En Wan "Mana datang berani kita letak Redza dengan Yani dulu? Nasib Yani tu memang baik".

Tadi dah start orang keluarkan status "Lebih baik jaga anak sendiri. Duit boleh cari, anak tak ada ganti".

Ya, sementara laki kau hidup lagi, boleh tanggung belanja memang la duit boleh dicari.
Tunggu esok laki dah mati, masa tu aku nak tengok terlepas tak kain batik kau manage anak-anak at the same time bersilat uruskan rumah and skolah anak.
Tu belum masuk nak bayar segala bil-bil.
Cara-cara laki hidup lagi pun masih ada yang mengeluh, duit tak cukup.

Ingat nak bela anak ni cukup dengan perati dia depan mata 24 jam je ke?
Kalau sabit nak bagi nampak anak depan mata je, semua orang pun nak.
The thing is nak besarkan anak zaman sekarang bukan macam dulu.
Kalau kita sejenis yang bijaksana dan rajin pulak nak duduk tepi anak perati dia belajar tiap-tiap malam, ajar sendiri anak mengaji, takpelah jugak.
Dengan program anak-anak kat skolah yang macam-macam, semuanya nak kena keluar duit.
Bukan mengeluh, tapi ini hakikat.
Bukannya aku tak tau kes-kes tak cukup makan ni wujud.
Hari-hari aku dapat email luahan hati.

Luahan dari isteri yang pilih untuk berhenti kerja sebab tak mampu bayar nursery mahal sangat.
Akhirnya mengadu letih dan stress dan mild-depression sampai ke tahap boleh dengar suara bisik-bisik kat telinga (aku rasa dah sampai ke tahap berhalusinasi dia ni).
Suami pulak balik kerja tak bantu jaga anak kejap supaya wife dapat rest, dengan alasan "Awak tu duduk rumah, saya yang kerja".

Luahan dari isteri yang memang dari kawen tak berkerja.
Duit asik tak cukup, always jadi modal bertekak laki bini.
Last-last dia buat bisnes kecil-kecilan jadi agen.
Bila bisnes makin kencang, tak sempat nak uruskan semua hal rumah.
Suami suruh stop bisnes.
Now keadaan kembali sempit dan sambung gaduh lagi hari-hari.

Luahan dari isteri yang suaminya suruh berhenti kerja untuk jaga anak.
Tapi segalanya kena berjimat cermat sampai baju sendiri tak berganti.
Now baju anak pun tak dapat nak ganti sampai dah sendat-mendat.
Dia mintak kat aku kot-kot ada baju Rayyan yang dah tak pakai untuk bagi kat anak dia.

Allah, sedihlah aku baca semua ni.

Berhenti kerja untuk jaga anak tak salah.
Tapi kalau setakat menjaga (literally) anak semata-mata tanpa kebajikannya juga sama-sama dijaga, tak payahlah nak canang sangat.

Mak-mak yang bekerja ni pun ada dilemanya juga.
Kau ingat bila dah hantar ke rumah pengasuh atau tinggalkan dengan bibik at home, mak-mak ni lega ke?
Tak lega mana!
Dulu sejam sekali call rumah tanya Redza tengah buat apa.
Masa dia dah pandai berebut nak cakap kat telefon, aku mintak nak cakap dengan dia, just to make sure dia ok kat rumah.

Itu belum lagi kalau bos tahan sampai ke malam.
Dah la En Wan dulu keje kilang.
Tau je la mesin kat kilang ni kalau nak rosak tak kira pukul berapa.
Penah dulu aku dengan dia sama-sama sampai rumah pukul 10 malam.
Nak main dengan Redza, tapi Redza tidur dah.
Ingat aku boleh lega "Oh lega, anak dah tido, boleh lepak tengok tv".
Takde makna.
Rasa bersalah sangat dalam diri.
Terasa aku bukan ibu yang baik.

Tapi bila ingatkan diri balik yang hidup aku ni bukan semata-mata untuk anak saja.
Kitorang masih ada mak bapak. Masih ada sedara-mara.
Kalau ada majlis-majlis, bukan boleh datang melenggang.
Nak juga bawak buah tangan, hulur-hulur.
Banyak nak pakai duit awal-awal ni, masih membina hidup.
Jadi gagahkan jugak terus bekerja.

Aku ni ada je sedara-mara yang tak bekerja sebab nak jaga anak.
Suami pulak kerja biasa-biasa je.
Pernah satu masa dia sms tanya kot-kot ada sumbangan boleh bagi kat dia, sebab anak-anak dah nak masuk skolah tapi satu preparation pun takde.
Duit gaji suami tak boleh jadi simpanan, tetiap bulan memang habis pakai.

Aku rasa kesian sangat.
First, kesian sebab rupanya aku ada sedara yang susah.
Second, aku kesian apesal pilih untuk tak bekerja when you actually boleh cari kerja?
Kalau suami kita mampu sediakan segala keperluan asas dengan cukup, takpelah jugak.
Dah kalau keperluan asas pun mengah nak cukupkan, please do something.
Membesarkan anak bukan setakat jaga.
Skop menjaga anak ni sangat luas.

Mak-mak yang bekerja ni pun bukan suka-suka nak kerja.
Tapi dek kerana nak bagi anak tempat tinggal selesa, nak bagi dia tusyen, nak bagi dia kelas agama, nak belikan buku-buku tambahan, nak masukkan anak kelas piano supaya dia ada kemahiran, nak bagi anak merasa ada birthday party, nak bawak anak jalan-jalan tengok tempat orang, etc.
Itu antara punca kenapa mak-mak ni sanggup bekerja.
Kalau masing-masing dapat laki kaya, memang tak kuasa la nak kerja buat penat je.
Balik dari keje kalau boleh mengangkang takpe, ini sambung pulak ke dapur.

Ibu Mithali bukan anugerah untuk ibu yang jaga anak kat rumah ya.
Tapi ibu yang jaga kebajikan anak sehingga anak cukup makan, cukup pakai dan keperluan asasnya dipenuhi.
Walau bekerja, asalkan kebajikan anak-anak terjaga itulah dia ibu mithali.




Start guna Cleansing Gel 8 May lepas.
Gambar belah kanan 9 June. Sebulan saja.
Mudah-mudahan dengan izin Allah, by August harap kulit licin terus.
Cleansing Gel guna plant esktrak, jadi kesannya slowly but surely.
Sempena testimoni yang hebat ni, aku bagi harga promosi.