2018-06-01

Herba Rahsia Rimba


Dah 2 minggu produk launched, aku tak buat lagi entry khas pasal ni.
Tapi ramai dah start beli.

Herba Rahsia Rimba adalah jamu.
GC Plus adalah herba.

Ada beza antara 2 tu.

Herba ni kita ambil dalam kuantiti yang sikit dan boleh diamalkan berterusan.
Tapi jamu diambil dalam nisbah yang betul dan tak boleh diamalkan sepanjang masa.

Contoh, ibu-ibu bersalin kalau ambil jamu, mesti bermula dari pantang hari ke-30.
Guna pulak 14 hari berturut-turut.
Lepas tu kalau nak continue, boleh ambik selang-selang.

Pompuan lain kalau nak ambik jamu, makanlah pada hari ke-7 haid.
Untuk yang dah kawen, amalkan 7 hari berturut-turut.
Yang anak dara gunakan cara yang sama tapi tak payah ambik hari-hari.
Selang sehari-2 hari pun boleh.
Tapi masa haid kena stop.
Pastu repeat balik start hari ke-7.

Dalam Herba Rahsia Rimba (HRR) ada jamu-jamu yang biasa diguna like manjakani, kacip fatimah, dan serapat.
Disebabkan 3 bahan utama ni, that's why ada 'undang-undang' untuk kita ikut.
Sebab, pada hari ke-7, haid kita kat hujung-hujung.
Warna pun dah jadi coklat.
Jadi, bahan-bahan ni untuk keringkan darah haid habis dari rahim.
Lepas tu kecutkan rahim.
Kalau tak amalkan jamu dalam tempoh ni, itu yang jadi darah istihadah.

HHR bantu untuk lengkapkan proses kecutan so that rahim kembali ke bentuk asal.
At the same time merapatkan saluran faraj (ni khas untuk yang baru bersalin).
Anak keluar bukan kecik-kecik budak weh.
Ada yang sampai 4kg.
Longgar habis segala saluran.
Waktu ni lah HRR berfungsi untuk mantapkan balik saluran faraj.
Bukan untuk mengangkang semata-mata.
Ni semua untuk elakkan kencing keluar bersimpang-siur.
Orang pompuan tau la kencing bersimpang-siur tu macamana.

Bila sebut pasal Manjakani, Kacip Fatimah and Serapat, semua membayangkan seks semata-mata.
Iklan-iklan pun balik-balik tumpu kat tu je.
Kau ingat makan jamu ni semata-mata nak bagi sedap beromen je ke?

Jamu HRR tak boleh diambil secara konsisten kalau tak ada keperluan.

Keperluan yang macamana?

Yang takde masalah period - tak payah ambik.
Yang takde masalah keputihan - tak payah ambik.
Yang takde masalah faraj gatal-gatal - tak payah.
Yang takde masalah faraj dry - tak payah.
Yang takde masalah pre-manopause dan menopause pun tak payah.

Kalau period tak teratur, ok boleh guna tapi lepas 4 bulan period kembali ok, stop guna.
Kalau 3 bulan keputihan nampak dah clear, stop guna.
Maksudnya, selagi masalah tak selesai, guna.
Masalah dah selesai, benti.
Itu cara makan jamu yang betul.

Kenapa aku tak buat hanya pil manjakani saja?
Atau pil kacip fatimah saja?

Contohnya manjakani ya.
Tak boleh nak guna manjakani alone. Apetah lagi berterusan.
Sebab nanti saluran faraj jadi terlalu sempit, air susu cepat kering, faraj cepat kering. Nak?

Makan jamu mesti ada campuran dengan nisbah yang betul.
Manjakani mesti makan dengan herba-herba lain yang neutral.
Sebab herba ni jadi agen membuang panas jamu.
Dalam masa yang sama bagi extra khasiat pada mak.

Telan manjakani alone boleh jadikan susu kering.
Tapi, kalau manjakani campur kacip fatimah, jintan hitam and *****  and ****** (takkan semua ingredients HRR aku nak bagitau orang kan) boleh bantu tambah susu ibu, balancekan hormon and cuci darah.

Secara ringkasnya, HRR tak se-friendly GC Plus.
Dalam HRR kita pakai jamu, sifatnya panas dan tak boleh digunakan berterusan kalau takde keperluan.
Wanita mengandung, haid, tak boleh ambik.

Tapi GC Plus kita guna herba, sifatnya natural dan dari pemakan harian kita like bawang putih, halia, asam gelugur, green tea.
Lelaki perempuan boleh guna, masa haid pun boleh ambik takde masalah.

Secara ringkas, bahan-bahan utama dan fungsinya ada DI SINI.
Tolong baca dan fahamkan.
Takde yang too teknikal, aku dah tulis guna layment term yang mudah faham.

Oh by the way, kenapa aku kaitkan HRR dengan GC Plus?




GC Plus khas untuk weight loss.
Tapi macam yang pernah aku cakap dalam entry GLOEI, 80% bahan yang digunakan memang bertujuan untuk weight loss.
Tapi kau akan dapat 20% benefit yang kau tak jangkakan like period jadi normal, senggugut hilang, kesuburan meningkat, boleh mengandung, etc.
Itu bersifat bonus kerana setiap problem yang berjaya di atasi ada hubungkait di antara satu sama lain.

Dalam GC Plus aku guna mengkudu.
Antara kelebihan mengkudu selain untuk weight loss adalah memperbaiki kitaran haid.
Fungsi yang sama ada pada Kacip Fatimah, tapi Kacip Fatimah adalah kategori jamu jadi duduknya dalam HRR.
So kalau yang ada masalah berat badan at the same time ada masalah period, gunalah GC Plus, itu lebih bagus sebab boleh guna lebih lama dari HRR.
Tapi kalau takde masalah berat badan dan tercari-cari jamu untuk kesihatan dalaman, go for HRR tapi kena refer syarat-syarat yang aku dah tulis kat atas tadi.

Ada apa-apa soalan, boleh WHATSAPP SINI.