Entry 3 hari lepas.
Semalam ada sorang reader respond to this entry.
Dia kata dia adalah antara yang 'sound' mak dengan hukum agama.
Dia cakap waktu tu dia dah hilang sabar.
Puncanya, mak suka mengumpat.
Sampaikan dia dah hilang sabar sebab dah penat tegur cara baik.
Dia kata mak dia suka melaga-lagakan orang, sejenis batu api lah ni.
Suka melaga-lagakan orang yang takde kaitan dengan keluarga sendiri.
Senang cakap, mak dia ni suka masuk campur hal oranglah.
Ada 4-5 kes yang dia ceritakan.
Antaranya sebelum bulan puasa lepas adik ipar nikah, tapi majlis sanding dibuat lepas raya baru-baru ni.
Masa balik berbuka puasa di rumah mak, dia bawa sekali ribbon untuk buat bunga telur.
Mak nampak dia tengah buat bunga telur and perli, "Hai, senangnya orang sekarang nak kawen. Semua benda nak murah. Taknak beli, suruh orang buatkan."
Padahal dia dah bagitau dia sendiri yang willing nak buatkan.
Actually ada lagi kejadian yang happened selepas tu, tapi too detail untuk aku cerita.
Disebabkan dah hilang sabar, dia sound mak dengan hukum-hakam.
Dah tak boleh nak dibendung rasa sabar lagi apetah lagi bila suami dah start kecil hati dengan mak.
Now, keadaan masih belum ada penyelesaian katanya.
Cuma melalui cerita adik-beradik, mak sekarang tengah giat mencanang kat sedara-mara yang keluarga suami (suami reader ni) menghasut anaknya jadi kurang ajar.
Dia kata dia jadi tersepit antara jaga hati suami dengan jaga hati mak.
Tapi disebabkan mak dah melampau sangat jadi pada waktu tu dia memilih jaga hati suami.
Haihhh.
Memang susah kalau dah masuk bab-bab mak bapak ni, aku pun tak tau nak cakap apa.
Manusia memang ada ego-nya.
Mak bapak kita pun manusia, dah tentu ada ego-nya walaupun kat anak sendiri.
Memang stress anak kalau dapat mak bapak gini.
Masa tu la rasa nak lari dari rumah. Tak pun pikir nak mati.
Kita semua dididik di skolah untuk selalu bersikap baik pada orang tua, kan?
Tapi takde skolah untuk mengajar mak bapak supaya bersikap baik pulak ke anak, betul tak?
Kalau ada, mesti ramai yang hantar mak bapak pi skolah tu. Haha.
Sebenarnya tak banyak yang kita boleh ubah kalau mak bapak bersikap macam tu.
Macam yang selalu aku kata, kita nak ubah orang payah.
Lebih baik ubah diri sendiri.
Caranya?
Bila dengar mak kau ada hawa-hawa nak ajak mengumpat tu, kau jangan respond.
Kalau kau terpaksa dengar pun, cukup dengar je.
Jangan tanya-tanya atau trigger apa-apa yang boleh membuatkan dia makin rancak mengumpat.
Kau buat je dengar sambil-sambil tengok henfon.
Tak pun kau buat-buat ada call masuk. Pastu bangun, blah.
Cukup 4-5 kali buat macam tu, tobat dia tak ajak kau mengumpat dah.
Kadang-kadang mak-mak kita ni bukan apa.
Dia duduk rumah takde sape nak melayan dia bersembang, jadi sesekali kita balik tu dia nak berborak.
Kebanyakkan mak-mak bapak kita ni bila dah pencen, dunia dorang hanya berkisar kat sekeliling dorang je.
Tak banyak dah benda yang dorang tau that's why dorang suka bersembang hal orang dari hal-hal lain.
Toksah keluarkan hukum-hakam segala. Buang masa.
Mak bapak ni umpama suami juga.
Level dorang lagi tinggi dari kita.
Apa yang kita cakap walaupun betul, tetap susah untuk mereka terima.
Itu biasalah.
Boleh lah kalau nak cuba nasihat tapi santai-santai je.
Jangan nampakkan sangat dorang punya jahil tu (walaupun memang jahil), sebab itu akan membuatkan ego mereka tercabar.
Walaupun apa yang kita cakap tu memang betul dari segi hukum, just don't.
Especially kalau dorang respond nasihat kita dengan macam-macam alasan, takpe. Kau dengar je.
Kemudian kau sampaikan pulak pendapat kau, tapi nada-nada santai.
Sebenarnya dorang terkesan dengan apa yang kita sampaikan, cuma waktu tu dorang taknak terima
Nanti sebelum tido mesti dorang pikirkan balik kata-kata kau.
So, jangan harsh. Wat lek wat pis je.
Atau yang paling senang, jauhkan diri dari berdebat.
Apa dorang cakap tu kau diamkan je kalau tak suka.
Jangan 'iya', jangan 'tak'.
Tak ada penghujungnya kalau berdebat dengan orang tua lagipun takut terkeluar bahasa kasar dari mulut kita.
Kalau memang tak setuju maka diam je.
Tapi diam bukan bermaksud mendiamkan, ya.
Kalau kejenya jadi batu api dan mengumpat 24 jam, takkan nak diamkan je.
Itu mak kita, esok lusa orang keliling dok mengata mak kita, kita jugak yang marah.
Jadi sebelum satu kampung bercakap pasal dia, lebih baik kita do something.
Buatlah ikut mana pun yang penting, jangan sampai derhaka.
Zaman sekarang semua ada whatsapp group, kan?
Hantar lah video-video agama or quote-quote agama tu dalam grup.
Maybe dari situ nanti bertambah ilmu dan kesedarannya.
Orang kata takkan datang asap kalau takde api.
Takde orang yang akan start marah atau membebel kalau takde bersebab.
Sama lah macam mak kita.
Kalau semua benda tak berkenan kat mata dia, kalau kat semua orang dia tak puas hati, maybe boleh selidik apa sebenarnya yang dah buat dia bengkak.
Kadang-kadang puncanya lain tapi dia lampiaskan marah tu kat kita.
Alah, macam kita jugak lah.
Sakit hati kat orang lain, tapi lepaskan marah kat orang lain.
Samalah tu.
Memang kesian kalau mak kita umur dah 60-70 tahun masih lagi suka mengumpat, suka jadi batu api and suka berdengki-dengki dengan orang lain.
Patut umur-umur macam ni dah tak patut nak sibuk hal orang, patutnya sibukkan hal dengan urusan akhirat.
Tapi tu la, bila anak-anak semua dah berkerjaya, ada mak bapak yang suka berlumba-lumba anak siapa lagi berjaya.
Anak siapa bawak balik kereta besar.
Anak siapa bawak balik menantu cantik/hensem.
Anak siapa kerja besar.
Pergi surau kawan bagitau "Minggu depan saya ke Amareka. Anak nak bawak berjalan".
Pastu mak di sini pun telipon anak dia "Anak makcik Siah bawak dia pi Amareka minggu depan. Kau bila nak bawak mak pulak?"
Haaa....gitu.
Kadang ada mak bapak yang perangai boleh tahan menyakitkan hati.
Yang makin tua makin kejar dunia pun ada.
Ye la boring agaknya terperap kat rumah.
Tapi kalau tak demand takpe.
Ini mintak yang tak terjangkau dek akal, Amareka dia mintaknya.
Oh yes, entry aku yang pi Langkawi hari tu ada gak sorang reader ni kata dia teringin nak family gathering macam tu.
Tapi mak bapak dia tak nak kalau duduk villa-villa atau homestay.
Nak duduk hotel je.
Pernah sekali bawak mak dia pi hotel 3 star.
Belum check in lagi, mak dia dah komplen macam-macam.
Cuti raya lepas ajak mak bapak gi holiday, duduk homestay sebab semua adik-beradik join sekali.
Mak dia masam je muka sebab anak-anak tak book hotel.
Amboiii makcik.
Demand gitu.
Aku pulak selalunya akan duduk hotel. Lagi selesa.
Tapi hari tu kebetulan book villa sebab En Wan takkan nak duduk hotel yang sama.
Sejenis perangai yang aku tak paham jugak dia ni.
Kebetulan pulak semua adik-beradik En Wan nak tumpang, jadi mak mertua aku tak kisah.
Lagi tido bertimpa-timpa lagi dia suka sebab itulah masanya nak berkumpul anak-beranak.
Bila anak-anak sendiri dah semakin tua, asalkan dapat berkumpul dah seronok dah dia kata.
Tak kisahlah tido atas simen pun.
Sesetengah mak bapak tak faham yang anak-anak bukannya berduit sangat.
Kita ni ajak dia holiday biar dia tak boring duduk kat rumah, tapi dia demand macam-macam pulak.
Entah lah, kalau melibatkan orang tua, aku pun jadi tak reti.
Penyudahnya, takyah ajak lah.
Belikan buah tangan je. Hahaha.
Hari ni hari kedua di Kompleks PKNS Shah Alam.
GreenAard ada di sana dari 10am-9pm.
Aku ada di sana 1.30-2.30pm
Semalam ramai yang whatsapp untuk dapatkan harga sama macam booth.
Sorry, ini memang harga untuk those yang datag ke booth saja.
Kalau korang nak harga diskaun, kita boleh checkkan balance points.
Maybe boleh deduct dari situ.