2018-07-25

Faraj longgar sebab banyak .....? Salah!




Ni jangan pulak kata aku tayang pepek orang.
Itu cuma replika saja.
Replika beberapa jenis bentuk labia (bibir faraj).

Bukan apa, menjak Herba Rahsia Rimba (HRR) dah on market, macam-macam questions yang 'pelik-pelik' yang aku tak pernah dengar selama ni, muncul.
Maklumlah selama ni aku banyak attend enquiries pasal general health.
Menjak HRR released, macam-macam soalan tentang masalah orang pompuan aku dapat.

Rupanya ramai yang ada masalah dengan sex life.
Tapi malu-malu nak cerita.
Gamaknya yang beli ni memang pembaca blog jadi senang dorang nak bercerita dengan aku.

Sebenarnya, tujuan aku create HRR ni lebih kepada untuk those yang ada masalah irregular periods and keputihan.
Kebanyakkan yang guna GC Plus kata period dorang jadi regular dan keputihan berkurang.
Tapi masalahnya, dorang ni bukan kategori over weight pun.
Sedangkan GC Plus tu khusuu untuk bantu kurangkan berat badan.
Jadi, aku rasa kesian pulak kat dorang ni.
Ye la, dorang tak gemuk pun, tapi disebabkan nakkan benefit regular period tu, maka terpaksa spend sampai RM90.

That's why aku create satu produk khas untuk tujuan period and keputihan, which is Herba Rahsia Rimba.
Kebanyakkan bahan-bahan yang aku guna dalam HRR memang tujuannya untuk 2 benda ni.
Aku tak berapa fokus sangat untuk sex life sebab bagi aku, kalau badan kita sihat, period kita lancar, keputihan takde, insyallah sex life akan jadi baik dengan sendirinya.

Tapi memang dalam HRR ada bahan to improve sex life pun.
Cuma, bahan-bahan tu fungsinya lebih kepada kesihatan dalaman wanita.
Orang-orang kita ni je yang suka sangat highlite pasal sex kalau bab produk-produk jamu.
Macam dah tak keje lain nak beromen 24 jam. Nyampah pulak aku.

Contohnya yang selalu dihighlite - BOLEH MENGETATKAN FARAJ.

Ada salah faham kat sini.
Some people percaya faraj jadi longgar lepas bersalin.

That's not actually true, though.

Faraj kita (wanita) bersifat elastik.
Dia boleh support benda yang masuk (penis) dan benda yang keluar (anak).
Tapi, faraj akan kembali ke bentuk asal.
Maybe faraj boleh longgar sikit bila dah berumur atau beranak banyak kali tapi ia takkan lose its stretch permanently.

Faraj longgar ni semua mitos nak malukan perempuan je.
Orang zaman dulu gunakan ayat "faraj longgar" ni untuk refer pada perempuan yang suka bertukar-tukar lelaki. Tu je.
Tapi dah melalut-lalut pulak sekarang.
Orang sekarang ingatkan bila beromen banyak kali, faraj akan longgar.
Takde maknanya!

Yang lagi merepek, beranak baru sorang dah gelabah nak ketatkan faraj.
It's natural bila faraj berubah sikit lepas bersalin
Tapi after a few days, dia akan patah balik bentuk asal.
Cuma, kalau beranak banyak kali, yes, akan longgar sikit.
Setakat sorang dua anak tu takde maknanya nak longgar.

Yang dah terasa faraj longgar tu jangan risau.
Memang HHR ada bahan yang boleh ketatkan balik faraj.
Tapi sebenarnya, kalau nak cepat ketatkan faraj kena buat yoga atau exercise 'kemut and lepas'.
Yang ni dulu dokter yang bersalinkan Redza ajar aku untuk buat.
Masa dia ajar tu kitorang tak tau pun akhirnya aku akan bersalin ikut perut.
Rupa-rupanya Redza tak keluar ikut bawah pun.
However, aku amalkan jugak senaman ni sebab faraj kita bukan saja akan longgar bila dah beranak banyak kali.
Bila dah mencecah 35 tahun, faraj dah start longgar secara semulajadi, that's why aku buat senaman tu.

Kalau malas exercise, boleh ambil HRR.
HRR ada bahan yang bantu ketatkan faraj.
Cuma, tak boleh diamalkan setiap hari.
Aku pelik bila orang makan jamu balun everyday.
Jamu bukan macam herba, dik.
Herba tu macam bahan-bahan dalam GC Plus, boleh dicekik hari-hari.
Jamu lain, sifatnya lebih panas dari herba. Tak boleh dicekik hari-hari.

That's why untuk pompuan lepas bersalin, kena ambil HRR pada hari ke-30 berpantang.
Ambil 7 hari berturut-turut.
Lepas tu boleh ambil selang sehari.
Walaupun darah belum kering tak apa, ambil je pada hari ke -30 tu.
Sebab waktu tu darah dah hujung-hujung, jadi fungsi HRR untuk cuci darah-darah yang masih tinggal.
Waktu ni dah boleh kecutkan rahim sekali.

Tapi menopaus memang buatkan kulit pada faraj menipis.
Pulak tu bila menopause, paras estrogen menurun.
Our natural lubricant tak cukup untuk penetration (penis).
Dah la kulit faraj menipis, lubricant pulak kurang, itu yang jadi sakit.
Bila sakit, keinginan pun jadi menurun.
Jadi ia bukanlah kerana faraj longgar sangat.
Faraj tak longgar mana tapi the sensation dah berubah.

Kalau tengok video kat atas tu pun boleh nampak faraj kita berbeza-beza.
Datang dalam pelbagai bentuk, saiz, dan warna (wahhh gitu).
Even bau pun lain.

Aku tau, ramai pompuan risau bila tengok faraj dorang macam 'tak normal'.
Sebenarnya normal, memang bentuk tak sama.
Yang tak normal tu bila rasa sakit atau tak selesa.
Yang tu baru tak normal.

Tapi, bentuk-bentuk bibir faraj yang berbeza boleh datangkan masalah yang berbeza.
Ada sorang reader ni kata nak guna HRR.
Dia kata dia dah guna macam-macam produk tapi faraj dia tetap gatal-gatal especially time period.
Dia guna pencuci sirih pedih sangat pulak.
Aku suruh dia jumpa dokter dulu untuk check.
Tak pasti dia dah jumpa ke belum sebab senyap je.
Tapi aku rasa dia punya bibir faraj belah dalam tu terbonjol keluar.
Maknanya bahagian yang terkeluar tu akan rub pada spender, lama-lama skin jadi irritate and ada infection.
Apetah lagi time period, lagi la.

Kes-kes macam ni kena pi jumpa dokter, memang boleh buat surgery.
Masa aku keje Prudential dulu, ada satu polisi tu dia kepilkan sekali dengan medical history tulis situ "labioplasty".
Itulah first time aku dengar nama labia.
Terus consult dokter kat bawah, then dokter tu kata ini bukan serious issue pun, cuma kulit faraj berlebih.

So, kalau korang dah try 10 macam jenis jamu tapi infection masih tak hilang, jangan simply salahkan produk ya.
Orang sekarang ni bukan boleh, asal tak betul sikit je salahkan produk dulu.
Kena jumpa dokter dulu check apa yang menyebabkan gatal-gatal.
Boleh jadi infection bacti, yis atau labia problem tadi.

Tak semua faraj yang gatal-gatal tu puncanya dari yis (candida).
Dan tak semua lendir yang keluar dari faraj petanda ada jangkitan.

Jangan gelabah sangat.

Faraj yang sihat memang ada bakteria.
Tapi bakteria baik dan jahatnya seimbang.
Dan faraj yang sihat tetap hasilkan lendir warna putih tapi tak berbau busuk (dia ada bau jugak cuma bau asli, bukan busuk).
Dan berapa banyak lendir yang keluar juga bergantung pada tahap hormon, bukan semata-mata infection.

Perempuan yang berumur 40 ke atas macam aku ni, hormon estrogen makin lama makin menurun.
Ibu-ibu yang menyusukan anak pun hormon estrogen akan menurun.
Estrogen yang rendah boleh menyebabkan lapisan faraj jadi tipis.
Ini semua punca gatal-gatal dan sakit.
Tapi simptom ni boleh hilang once stop menyusukan anak atau bila estrogen meningkat.

Itulah sebenarnya fungsi HRR.
HRR banyak main dengan bahan yang boleh seimbangkan hormon estrogen.
Bila hormon estrogen seimbang, badan jadi lebih subur, kitaran haid become normal, masalah gatal-gatal hilang and yang penting kurangkan efek menopause pada wanita 40 ke atas.
Bukan untuk seks semata-mata, ya.

Kalau nak tanya apa-apa boleh la whatsapp admin GreenAard atau live chat kat website www.greenaard.com.

Atau nak lagi senang, datang :

Kompleks PKNS Shah Alam
25-28 July 2018 (start hari ni).
Booth U3 GreenAard.

Boleh dapatkan consultation di sana dari team GreenAard.
Produk semua harga booth, termasuk Herba Rahsia Rimba.
Aku ada di sana everyday dari 1.30-2.30pm.




Sorry ya, kita tak bawa bawal atau koleksi Fleur by Mrs Him ke PKNS Shah Alam.
Organizer tak allow pakaian untuk event di sana sebab di PKNS sendiri dah ramai vendor tetap yang jual baju.
Kalau nak beli bawal ni, KLIK SINI.