2018-07-27

As-Sajdah


Rabu lepas, aku tamat hafalan satu lagi surah baru - As-Sajdah, 30 ayat.

Surah ni tak macam surah-surah lain.
Aku ada memori dengan surah ni.

Aku teringat dulu ada satu kes murtad berlaku kat Malaysia, tahun 90an.
Rasanya itu first kes murtad yang tergempar.
Kisah budak nama Aisyah yang kuat pegangan agama, yang hafal surah As-Sajdah, hilang dari rumah.
After a few days, ayah dia terima call, "Ayah, Aisyah dah murtad" (lebih kurang gini ayat dia).

Kes ni jadi pada bulan puasa.
Ayah dia seorang imam yang sedang mengimamkan solat terawikh, at the same time anak dia sedang murtad.
Bukan calang-calang budak ni.
Dia dibesarkan dalam keluarga yang bijak agama, dia sendiri skolah agama (kalau tak salah aku lah).
Tapi yang paling aku ingat dalam paper cakap dia hafal surah As-Sajdah.
Kalau surah Yassin tu lainlah, ramai hafal Yassin.
Tapi ini As-Sajdah.
Tahun 90-an, skolah tahfiz belum meluas lagi.
Kita sendiri pun skolah kebangsaan.
Even skolah agama petang pun tak wajib. aku sendiri tak masuk skolah agama petang.
Setakat masuk kelas mengaji je.
Jadi, bila someone boleh menghafal surah selain Yassin, kira hebat dah tu.

Selesai tamat hafalan As-Sajdah kelmarin, aku terus teringatkan kes Aisyah ni.
Sebak sangat rasanya.
Sungguhlah hidayah tu Allah yang punya.
Hati kita Allah yang pegang.
Kita tak berkuasa lansung atas diri kita sendiri.

Aisyah yang dulunya seorang yang alim, hafal surah As-Sajdah akhirnya diduga dengan ujian murtad.
Dan 2 hari lepas, aku yang pernah dihukum masuk neraka oleh manusia, diberi kesempatan untuk menghafal surah yang sama.

Benda-benda macam ni kalau difikir dengan lojik akal manusia, kita rasa tak lojik boleh berlaku.

Celah mana lojiknya someone yang ber-background agama penyudahnya murtad?
Bertambah tak lojiknya someone yang sinonim dengan baju tak cukup kain boleh berminat untuk menghafal Quran.

Tapi percayalah, selagi kita masih hidup, semuanya masih dalam ujian Allah.

Kalau kita boleh tentukan jalan hidup sendiri, dah tentu semuanya yang baik-baik je kita pilih.
Ending pun yang baik-baik je.
Tapi takdir kita Dia yang pegang.
Musibah yang berlaku pada orang lain kadang-kadang petunjuk buat kita.
Boleh jadi musibah yang menimpa Aisyah tu sebenarnya memberi kesan besar pada aku tanpa aku sedar.
Sejak kes tu, aku semacam attached to As-Sajdah.
Dalam hati aku always rasa terernya siapa yang hafal surah ni.
Tapi tak pernah tergerak nak menghafal pun.

Surah Sajdah membawa maksud 'sujud'.

Sujud.

Dia nak aku kembali ke pangkal jalan.
Tapi kejahilan dulu buatkan aku tak nampak hint ni.
Sedangkan setiap kali baca kes murtad, aku mesti teringat kes Aisyah and surah As-Sajdah.
Patut lah bila tamat hafal kelmarin, hati rasa sebak sangat-sangat.
Ini rupanya hint yang Allah sampaikan pada aku dari dulu.

Sujud.

Sujud.

Kembali ke pangkal jalan, Diana!

Allah, lambatnya aku baca hikmah.
Dari dulu rupanya hidayah ni dah memanggil-manggil tapi aku yang tolak, aku yang taknak ambik.

So, kalau dah berjaya hafal, kira done ke camana?

Belum lagi.

Seseorang akan diuji dengan apa yang mereka miliki.
Ketika dia memiliki ilmu, dia akan diuji dengan ilmu tersebut sejauh mana ilmu itu bermanfaat, sebab dia ada tanggungjawab menyampaikan ilmunya.

Ketika seseorang kaya, dia akan diuji dengan sejauh mana dia willing berkongsi.
Sejauh mana kekayaan tu mampu mensejahterakan keluarga dan orang-orang yang memerlukan.

Ketika jatuh miskin, pun diuji.
Sejauh mana dia berusaha dan berjuang untuk ubah nasib.
Sejauh mana dia mampu terima keadaan tu dengan tawakal.

Orang kata, lagi tinggi pangkat kita, lagi tinggilah tanggungjawabnya.
Lagi tinggi tanggungjawab, lagi tinggilah ujian.
Apa yang kita tak berjaya buat, itu ujian.
Apa yang kita berjaya lakukan hari ni, masih namanya ujian.
Belum tau lagi kejayaan kita hari ni boleh bagi manfaat hari esok.

Hidup adalah perjalanan pulang.
Kembali ke rumah.
Kembali kepada sumber kehidupan.
Kembali kepada kesempurnaan.
Kembali kepada Yang Paling Sempurna.

Kita di dunia umpama backpackers.
Mengembara, berhenti kejap kat satu tempat, kemudian bergerak lagi ke tempat lain dengan membawa apa yang perlu saja.
Selagi ada kesempatan, kumpullah apa yang boleh dikumpul buat bekal balik sana nanti.





Ni semua golongan bijaksana.
Tak dapat beli dengan harga booth?
Contohilah mereka ini yang beli GreenAard kat website.
Korang boleh dapat diskaun based on followers/friends kat FB.
Kita boleh trace berapa ramai followers korang and from there kita bagi discount accordingly.