Orang kata dah break 2 tahun kenapa masih tak move on, masih nak bersembang dengan exbf/exgf?
Sebenarnya pemahaman tu salah.
Yang move on tu kenangannya, bukan orangnya.
Orangnya tak perlu buang pun tak apa, yang mesti dibuang adalah memori bersama-samanya dulu.
Memori nilah yang buatkan kita susah nak move on.
Tapi lagi bagus jauhkan diri terus dari orangnya, apetah lagi bila kita dah ada yang baru.
Sakit hati tengok whatsapp kita di-read tapi tak di-reply?
Sakit hati tengok instastory berupdate tapi DM kita tak di-reply?
Simple je.
Cuba kau block je orang tu, mesti tenang hati.
Tak percaya? Cuba dulu pastu nanti bagitau aku tenang ke tak hidup kau.
Ini baru cara yang betul nak move on!
Ni tak.
Nak move on katanya, tapi tak abis-abis dok stalk whatsapp, stalk IG, stalk FB.
Pastu mengongoi-ngongoi nangis kenapa tak boleh lupa, tak boleh lupa.
Dah kau 24 jam spy dia mana nak datang move on?
Dah kenapa nak mengharap kat orang yang menyakitkan hati kita?
Padahal dah cukup jelas dia tak mikirkan kita pun.
Tak rasa malu ke mengemis perhatian kat orang yang tak teringat kat kita?
Cukup-cukuplah menyiksa jiwa sendiri.
Kita ni hidup bukannya lama sangat, jangan torture diri teruk-teruk.
Sebenarnya bila kita susah nak move on, tu tandanya kita masih menaruh harap.
Padahal dah tau hati kita disakiti, tapi still letak harapan untuk sambung balik.
Alahaiiii...stuck dalam nostalgia namanya ni.
Banyak nau mengenang momen-momen indah dengan ex sampai tak jumpa jalan keluar.
Kadang-kadang yang buatkan susah nak move on tu sebab tak puas hati dengan penjelasan ex masa break dulu.
Hakikatnya, semakin kita nakkan penjelasan, semakin banyak penjelasan yang kita tak boleh terima.
Rasa-rasa kalau dia letak 100 penjelasan pun boleh ke kita accept?
Takkan boleh punya, sebab kita always ada soalan lain untuk tembak balik.
So why ask for explanation when you know you cannot accept?
Bila asyik mintak penjelasan, lama-lama kita jadi obsess kembali dengan ex.
Lama-lama jadi saiko.
Lepas tu jadi gila.
Berkorban untuk cinta memang boleh tapi kena tau limit, kena tau sampai tahap mana kita kena stop.
Dah tau hati kita sakit dengan dia (malah disakitkan berulang kali), kau tak terpikir ke nakkan hidup yang lebih baik?
Udah-udahlah tu.
Stop dengar lagu-lagu sedih.
Stop kelebet gambar-gambar lama.
Buang chat history.
Block media sosial dia.
Jangan pergi tempat-tempat yang boleh mengingatkan kenangan lama.
Move move move!
Awal-awal ni memang susah sikit.
Takpe, ini adalah sebahagian dari proses pemulihan.
Airmata mesti ada, luka dalam hati apetah lagi.
Kerana kita manusia biasa yang bila dah ikhlas sayangkan seseorang, takkan mudah nak berubah hati.
Lagi pulak bila dah bercinta bertahun-tahun, memang payah nak lupa.
Tapi, mengaku je lah.
Selama kau dengan dia, boleh tahan banyak gak perangai dia yang kau tak suka, kan?
Tapi kau absorb semuanya atas dasar sayang.
Sedangkan banyak kali gak hati tu suruh pikir dua kali sebelum jadikan dia official.
Dalam sedih-sedih tu mungkin kita terfikir kenapalah boleh ending-nya macam ni.
Padahal kita sayang sangat kat dia.
Selalu kita bawa nama dia dalam doa-doa kita.
Selalu berharap supaya nanti disatukan.
Bila break, kita salahkan Tuhan, "Kenapa Ya Allah? Kenapa Kau buat aku macam ni???"
Cuba ingat balik doa-doa kita dulu.
Bukan ke kita yang selalu mintak Allah bagi yang terbaik?
Bukan ke dalam setiap doa kita minta Allah bagi kita kebahagiaan yang berpanjangan?
Malah, mak bapak kita selalu sujud dengan air mata mintak yang terbaik untuk kita.
So now, Allah dah jawab.
Akhirnya kita berpisah juga dengan dia.
Bila Allah buatkan kita dan dia berpisah, percayalah itu salah satu cara Allah selamatkan kita dari orang yang salah.
Sudah-sudahlah salahkan Allah.
Yang sebetulnya kita belum sedar jawapan dari doa kita tu.
Maybe selama ni kita selalu berdoa untuk seseorang yang kita sayang tanpa kita sedar kat luar tu ada seseorang yang mintak kita dari Allah secara diam-diam, dan ternyata doanya jauh lebih dasyat dari doa kita.
Apa pun yang dah pergi dari hidup kita, apa yang dah buatkan hati kita sakit, cubalah lepaskan perlahan-lahan.
Buang kenangan yang dah tak penting lagi one by one.
Cepat-cepat kosongkan ruang dalam hati supaya Allah letakkan someone yang baru dan lebih baik untuk mengganti.
Jangan takut apa orang kata "La, baru sebulan break dah couple dengan orang lain pulak?"
Dah tu, nak tunggu sampai 2 tahun baru boleh ada pengganti?
Nak buktikan apa?
Nak buktikan kita spesis yang setia sebab sampai 2 tahun hidup solo?
Life is short, bahagiakan diri sendiri dulu.
Jangan sibuk nak pikir apa orang kata.
Dia senang cerita gini lah.
Kalau kita yakin kita orang yang baik dan setia, tak payah lah sedih bila hilang orang yang tak sayang kita.
Buat apa pura-pura bahagia just for the sake nak kekal dalam perhubungan?
Lebih baik stop and move on.
Yang tanya kalau ambil GC and NJ, bila masa nak ambil Gloei pulak?
Nutrijuice and Gloei klasifikasinya makanan, nak makan sebelum atau selepas makan, tak kisah, asal ambil hari-hari.