2018-07-24

Cinta Kenangan Silam


Aku rasa di kalangan reader blog ni, boleh tahan ramai yang ada masalah susah nak move on dengan cinta kenangan silam (Mael XPDC satu!).

Jumaat lepas, entry pasal 'move on' tu ramai yang email tapi masa tu aku kat Langkawi, jadi aku tak dapat nak concentrate me-reply.
Lagipun masa tu mood bercuti.
Aku baca gitu-gitu je dah sebab isinya semua sepesen, jalan cerita je lain-lain.

Ada yang cerita dah 3 tahun single lepas putus tunang, masih tak boleh lupakan bekas tunang padahal orang tu dah kawen dah anak.

See?

Orang tu dah bahagia kot!
Ya ampunnnnn, janganlah terikut-ikut sangat dengan perasaan.
Kalau berpisah mati tu lain cerita, ini orang tu dah siap ada anak tapi kita dok lagi mengingat benda yang dah lepas.
Kenapa nak menyeksa diri?

Salah satu yang menyiksa diri macam ni adalah En Wan.

Kawan dia kata 8 bulan dia menangis kena tinggal dek awek.

Bodoh.

Aku penah tanya dia, apesal yang sampai 8 bulan meratap?
Dah takde pompuan lain kat Jepun tu sampai nak meranakan diri sendiri?

Dia kata sebab sayang sangat.

Oklah fine, sebab sayang.
Masalahnya orang tu pegi kat lelaki lain!
Clearly dia taknak kat kau, dah kenapa nak meratap?

Eii kalau aku sorry la weh aku nak meratap berbulan-bulan.
Kau tak suka kat aku, aku blah.
Walaupun possibility nak dapat pengganti tu nipis, tapi at least aku tak menyiksa jiwa aku.

Entahlah, maybe pengalaman pahit dari kecik buatkan aku jadi 'keras hati'.
Cukuplah kot dari kecik asyik nak pleased orang lain.
Dari kecik asyik nak telan je apa orang kata kat aku.
Maybe dek kerana tu dah besar-besar ni aku dah tak kuasa nak hadap sikap orang yang buat taik kat aku.

Kau taknak kat aku? Ok fine, kita bawak haluan masing-masing.
No turning back.
And you will never get second chance from me.
Kau rasa kau push aku, aku tak boleh push kau balik?
Try me.

Tak semua hubungan berakhir happily ever after.
Adakalanya Allah pertemukan dua orang untuk sama-sama belajar sesuatu sahaja, bukan untuk hidup bersama.

Salah satu cara untuk move on adalah dengan bagi peluang kat orang lain.
Cubalah untuk love orang lain.
Dah ramai dah yang cuba cara ni, alhamdulillah berhasil.

The thing yang buatkan kita susah nak move on is kita takut dan tak tau if orang baru tu ada perasaan yang sama terhadap kita atau tak.
Kita takut kecewa lagi sekali.
But come to think of it, kalau kita tak try, mana nak tau, betul tak?

Hidup ni umpama gambling, bermain dengan risiko.
Kalau semua benda nak smooth, mana nak datang pengalaman.
Kalau semua yang kita nak senang tercapai, kita takkan merasa perlunya berdoa dan bergantung pada Allah.

Dia macam ni la ya.
Bila dah break, kalau hanya kita je bersedih sedangkan orang di sana dah start enjoy life, ok ini indicator paling jelas.
Maknanya kita sorang je yang concern pada perhubungan yang dah berakhir ni.
Tolonglah janganlah letakkan diri kat level bawah dengan meratap menghiba kat orang yang dah taknak kat kita.
Macam dah takde orang lain, yang itu jugak kau nak.

Kat situ pun dah nampak kau sorang je yang making effort untuk mengenang memori dulu.
Yang dia nya dah selamat buat preparation nak bertunang dengan orang lain.
What's the point hold on?
Hati kita akan jadi lebih sakit kalau kita tak let go.

Ada sorang reader tu cakap dah pernah putus sambung putus sambung 3 kali.
Dia kata ada satu quote tu cakap "Kalau dua orang yang sering bergaduh tapi tak pernah mahu berpisah itu tandanya masih sayang each other".

Adui, gelak akak tau, dik.

Quote tu jelas cakap "tak pernah mahu berpisah..."
Kalau dah sampai 3 kali putus sambung, tu bukan tanda masih sayang, dik.
Tu tandanya belum matang ðŸ˜‚😂.
Asal bertekak, putus.
Hulur burger, sambung balik.
Lagi sebulan bertekak, putus balik.
Pastu lepas seminggu sambung.

Mesti tau masa bila kita harus bagi dia peluang lagi sekali, and masa bila perlu stop bagi peluang.
Ada sesetengah orang, dia 'pegang' kita dengan cara tarik tali.
Bila kita menjauh, dia tarik hati kita dengan kata-kata manis.
Bila kita dah start bagi peluang nanti dia buat perangai balik.
Pastu kita bengang dan menjauh, dia mendekat semula.

Yang lagi best tu, bila kita menjauh nanti dia tanya soalan-soalan yang buatkan kita rasa bersalah.
Dah macam kita pulak yang merosakkkan hubungan, padahal dia yang puncanya.

"Semudah tu ke awak nak putuskan hubungan after all these years kita dah spent bersama?"

"Semudah itu awak nak membunuh semua rasa yang pernah ada untuk kita?"

Eh, mujur aku membunuh rasa je tau, kalau boleh dengan kau-kau sekali aku nak bunuh!

Kau tak penat ke kena tarik tolak macam ni?
Jenis macam ni, dorang bukan kisah pun.
They don't care to make you stay pun.
Boleh jadi dia tak sedar pun dia tengah menyakitkan hati kita dengan perangai yang macam tu.
This is unfair.
Just let them go and start over.

Bergaduh dan berselisih pendapat dalam satu perhubungan, itu biasa.
Tapi, kalau lebih banyak bergaduh dari bertenang, that's not a good sign.
Not worth the heartache.
Buat apa berada dalam perhubungan kalau hati lagi banyak sakit dari gembira?
Kalau lagi banyak memendam rasa, menahan rindu, jangankan nak terima call, kita nak call dia pun susah - itu dah nampak tanda-tanda he/she doesn't appreciate you.
Kalau di pihak kita dah usaha macam-macam untuk dapatkan perhatian tapi masih lagi tak dapat attention you deserve, boleh dah kot pikir-pikir untuk angkat kaki.

Aku boleh tahan long distance relationship.
Dah pernah cuba masa bercinta dengan En Wan.
Waktu tu facetime takde lagi, skype pun takde.
Memang harap kat phone calls, email and surat je.
Nampaknya we both takde masalah tak bersua muka asalkan communication ada.

That's why aku sangat percaya dengan communication.
Kalau dalam mana-mana perhubungan tak ada komunikasi atau komunikasi sangat kurang, tak payah lah teruskan dengan hubungan tu.
Cuba pikir lojik, dah la jumpa pun jarang, kalau setakat call and whatsapp pun liat, kau rasa kau nak harap apa kat orang macam ni bila hidup bersama nanti? Ce pikir.

Lagi satu, dalam perhubungan perlu transparent.
Jangan sampai kita banyak tertanya-tanya.

Always wonder apesal dia masih online kat whatsapp pukul 12 malam tapi tak chat dengan kau pun?
Always wonder apesal dia semakin jarang call?
Always wonder kenapa lately ni dia always outstation?
Kenapa dia selalu balik lambat and keluar malam?

Kalau benda-benda macam tu dah start berlegar-legar, itu tandanya kau dah start sense something wrong dengan relation.

First thing first - bertanya terus pada dia.
Kalau jawapan memuaskan, ok lah takpe.
Tapi kalau jawapan pusing-pusing dan ada hawa-hawa nak mengelak dari menjawab soalan, please take yourself out of this maze, that's it.

Awak rasa saya ada masa untuk sakit kepala?
Sorry, saya takde masa nak memenuhkan kepala saya mikir kenapa awak macam ni kenapa awak macam tu.
Selamat jalan Romeo jawabnya.

Memang ada manusia macam ni.
Dia suka buat kita terikat dengan dia tanpa kepastian.
Nak kata ada macam takde, nak kata takde macam ada.

Sebabnya?

Sebab bagi dia, kita terlalu setia dan tak mungkin tinggalkan dia.
Atas dasar tu dia buat kita sesuka hati.
Kalau dia geram, dia lepaskan marah kat kita.
Kalau dia ada masalah, kita tempat dia luahkan masalah.
Kalau dia tengah boring, dia cari kita.
Kalau dia tengah happy, kita pun dia lupa.

Jenis ni tak layak untuk dipertahankan.
Kerana hidup bersama dia takkan menjadikan kita bahagia pun.
Lepaskan je, itu akan buat kita lebih tenang.
Berhenti jadikan dia prioriti dalam hidup kita.

Kalau kita berani create relationship, kita mesti berani untuk pandu this relation sebaik mungkin.
Try your best to make your relationships work.
Tapi tak salah kita nak walk away kalau relation tu tak menjadi.
Kerana memang ada relation yang takkan menjadi no matter how hard we try.
Kalau kita stuck dalam relationship macam ni, be mature about it. Stop je lah.
Lagi cepat kau stop, lagi cepat korang boleh move on.




Esok sampai Sabtu, GreenAard ada di PKNS Shah Alam.
4 hari ya.
Aku akan standby kat sana dari pukul 1.30-2.30pm, EVERYDAY.
Siapa nak tanya direct kat aku tentang produk GreenAard, meh la datang ke booth U3.
Macam biasa, setiap kali bukak booth, harga GreenAard pun jadi harga booth.