walk on wings, tread in air: Checklist <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>




CONTACT ME

aveo757@yahoo.com

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Checklist
2018-06-12

Dah ready ke nak balik beraya semua?
Dijangka esok ramai dah yang balik sebab nak merasa tol diskaun :)

Ok ni aku listkan check list untuk korang prepare.
Mana la tau kot-kot ada yang tak teringat nak bawak benda-benda ni semua.

1. Plug extension.
Ini penting. In fact, everytime balik kampung, tak kira balik Bangi or Tganu, kitorang angkut extension sendiri. Phone En Wan 2 bijik, aku sebijik, Redza sebijik, Rayyan punya tablet lagi sebijik.
Tu belum lagi at the same time nak gosok baju. Mana pula nak cucuk kan. Jenuh la kalau nak harap extension plug kat kampung. Dapat yang beradab takpe, dapat yang biadap, suka-suka dia je nak tarik henfon orang ganti dengan henfon dia.


2. Iron.
Oh ini konfem bawak sendiri. Aku sejenis malas nak tunggu turn gosok baju. Lagipun selesa pakai iron yang kita dah biasa guna. Tu pun kadang ada gak orang nak pinjam. Dah pinjam tak pulang balik, kita jugak nak kena scan mana dia letak iron kita. Haih.


3. Powerbank, tablet, henfon.
Ni belum pernah terlupa setakat ni. Kalau lupa, mau nangis. Antara barang wajib angkut ke mana-mana walaupun bukan di hari raya. 2 biji powerbank sentiasa ada dalam henbeg aku. Camana la beg aku tak berat kan. Kalau balik Tganu, sepanjang jalan tu Rayyan and Redza akan mengadap henfon and tablet masing-masing, jadi powerbank kena standby. Kalau tak, dorang berdua start bertekak. Anak-anak aku ni kalau dah boring, dia bersilat. Bila dah bersilat tu ujung-ujung salah sorang mesti menangis. Bila nak menangis, mak akan bertukar menjadi mambra.


4. Astro dekoder and kad.
Everytime balik beraya ke Tganu En Wan akan angkut dekoder and kad astro sekali. Rumah mak ada piring astro je, dekodernya meruyup mana aku tak tau. Biasalah, rumah tinggal. Kalau takde astro, aku jamin laki aku sangup balik Tganu day trip je. Masa hari mengundi yang lepas, the day after mengundi dekoder Kak Long tetiba rosak. Sanggup laki aku balik KL pagi tu jugak sebab boring tak tau nak buat apa kat kampung. So aku boleh imagine kalau dia terlupa bawak balik dekoder Astro, besar harapan malam tu tido hotel. Yeayyyyy! *hahahahha*


5. Wet wipes and telekung.
Wet wipes ni untuk lap-lap muka kalau ngantuk. Tak pun kalau berbuka tengah jalan, buat lap-lap tangan lepas makan. Keta aku takpe, leather seat kaler black. Kesat ngan baju pun tanggal. Kalau keta En Wan velvet seat warna cream u ollls. Mati la kalau kena bekas cokelat ke apa. Dia punya pekik macam kena sampuk karang. Telekung kena ready dalam beg lain siap-siap. Kalau nak stop kat RnR terus angkut that small beg je, tak payah nak punggah beg baju kat belakang tu nak bawak keluar telekung.


6. Toiletries.
Kalau balik Bangi, jarang aku bawak. Tapi kalau balik Tganu wajib bawak. Sebab rumah Tganu tu dah macam rumah tinggal. Jadi masing-masing bawak sendiri punya barang mandi, ubat gigi and shampoo. Lagipun best bawak barang mandi sendiri, rasa extra wangi. And please kalau dah ramai-ramai dalam rumah tu, tolong la jangan tinggalkan benda-benda ni semua dalam bilik air. Sekejapan je barang kau habis. Bukan berkira oiii, tapi sakit hati jugak la bila tengok Sensodyne aku berselipat atas lantai sebab terlebih picit. Tu blom lagi pencuci muka Clinique aku dia bantai berjemaah sapu kat badan. Sebab apa? Sebab bukan barang beli sendiri. Sebab tu picit sesuka hati. Berlambak pun kisah apa, bukan aku beli gitu. So, sediakan bakul kecik. Buat macam kat asrama dulu. Nak masuk mandi, angkut bakul tu. Selesai mandi, angkut keluar the bakul.


7. Sampul raya.
Nampak macam tak penting. Tapi tunggulah pagi raya nanti. Menggagau cari sampul raya especially bila berbondong anak-anak sedara sepupu, anak sedara dua pupu, anak jiran, anak sedara jiran sampai.


8. Duit.
(a) Duit raya. Masukkan dalam sampul siap-siap, labelkan nama penerima.
(b) Duit untuk kita belanja-belanja. Tu pun kena asingkan. Karang dah kalut-kalut terpaksa bukak balik sampul pakai duit raya.


9. Contact lens and suku-sakatnya.
Yang pakai contact lens tolong jangan lupa ni. Azabnya sakit mata kalau tak dapat bukak contact lens sehari. Benda ni kecik, senang tak nampak kalau tengah kalut-kalut. Pastikan, lepas guna jangan letak sembarangan, letak balik kat tempat khas. Cermin mata and kunci kereta pun sama. Walaupun itu rumah mak kita, jangan letak sebarang-sebarang atas tv, atas meja makan, atas rak. Never! Yang balik beraya ni satu batallion okeh. Satu batallion punya perangai kau nak kena handle. So better simpan barang-barang kita kat tempat khas. Kalau nak cari, tempat tu je kita tuju dulu, tak payah nak punggah satu rumah mencari barang kita.


10. Personal care.
Perfume, deodoran, barang mekap. Aku jenis flexible. Kalau yang tertinggal, aku rembat je deodoran En Wan. Apa adehal. Tapi kalau barang mekap tertinggal, stress jugak oi. Walaupun aku dah biasa keluar rumah tak pakai mekap, tapi ni hari raya u olls. Hari raya mestilah lain sikit dari hari biasa. Mesti nak semenggah sikit muka di pagi raya walaupun lepas tu masuk dapur sampai ke malam. Tak kisah la jadi orang dapur sehari suntik, yang penting raya pertama muka tak berselipat. Kalau tetamu datang meluru terus masuk dapur pun muka kita masih cun lagi. Oh lagi satu, pad and pantyliner jangan lupa ya.


11. Ubat-ubatan.
Masa balik kampung memang sihat walafiat. Tapi bila dah berkumpul ramai-ramai, dah berpencak main bungapi segala, macam-macam penyakit senang nak dapat. Tak pasal dengan mak bapak sekali pagi raya terbongkang atas katil demam. Ubat please prepare. Kalau aku, panadol actifast, cetrizine, ubat selsema (air) and ubat demam (air) Rayyan antara yang wajib.


12. Kuih raya.
Aku dah standby atur kuih raya yang nak dibawak balik kampung dari Jumaat lepas lagi. Masuk dalam plastik siap-siap, ikat and bubuh atas meja. Senang, nak balik esok, capai and masukkan dalam kereta terus. Kuih raya yang nak dibawak balik Tganu, aku dah pass kat Kak Ngah siap-siap sebab Kak Ngah balik awal. Aku balik Bangi dulu tahun ni.


13. Baju-baju.
(a) Baju duduk rumah sebelum raya.
(b) Baju tido sebelum raya.
(c) Baju nak tolong tengok mak masak-masak petang raya (kahkahkah).
(d) Baju raya hari pertama, kedua dan ketiga (siang).
(e) Baju raya hari pertama, kedua dan ketiga (malam. kot-kot nak sambung beraya waktu malam).
(f) Baju duduk rumah di hari raya.
(g) Baju nak jalan-jalan makan sotong Pok Nong and AnW di hari ketiga raya.
(h) Baju nak balik dari kampung ke rumah.

Aku kalau baju raya ni takde hal sangat sebab baju raya aku semua baju pesak je. Dari dulu lagi baju raya aku takde yang pesen kembang kat tangan, kembang kat pantat, kembang kat hujung kaki. Jadi, kalau terlupa bawak baju, aku sarung je baju mak atau baju mak mertua aku. Takde hal. Janji ada baju nak pakai pagi raya. Tapiiiiiiiiiii, tudung dan anak tudung takleh tertinggal. Sebab aku hanya tau pakai tudung aku je. Tudung orang lain aku tak reti pakai walau pesennya sama. Coli and spender satu lagi benda penting. Walaupun aku dah banyak kali terlupa bawak spender sendiri sampai terpaksa share spender En Wan, tapi adalah lebih afdol kalau pakai spender sendiri. Lebih cengkaman orang kata.


14. Songkok and butang baju melayu.
Ni selalu jadi bahan bertempik di malam raya. Tak pasal-pasal malam raya tu nak gi beli butang baju. Songkok pun jangan lupa. Laki aku kalau solat tak pakai songkok, jadi songkok ni selalu sangat nak lupa bawak.


15. Kasut dan selipar.
Nasib baik aku punya sejenis je - kasut pengawas. Itulah selipar, itulah kasut keje, itulah kasut raya. Dah sampai kampung nanti, malam-malam jangan simpan selipar and kasut kat luar. Bawak masuk dalam rumah. Lagi bagus, angkut masuk ke dalam bilik terus everytime lepas guna tak kira waktu siang atau malam. Bukan nak kata kasut tu mahal ke apa ke, tapi kalau dah ramai-ramai macam-macam boleh jadi. Karang dia sauk selipar kau pakai kejap pastu letak mana tak tau. Dah huru-hara nak mencari balik. Aku lagi rela dicop 'mengada-ngada' dari aku sakit hati mendidih-didih tengok orang lenjan kasut aku pastu letak merata. Sorry ya, di hari raya aku malas nak sentap dengan orang. Kalau kau nak ngumpat aku, tu kau punya pasal.


16. Plastik baju kotor.
Aku tak suka basuh baju kalau balik Tganu. Kalau balik Bangi takpe basuh baju sebab kat Bangi, siap dengan pakej angkat dan lipat baju sekali Pak Aji bagi. Kalau kat Tganu, kena lipat sendiri. Lagi satu pulak ada potensi baju nak hilang kalau kat Tganu tu sebab keluarga En Wan ramai oiii. Sampai tak kenal coli masing-masing. Tau-tau je coli meruyup. Jadi, plastik nak isi baju kotor sangat penting siap-siap bawak dari rumah. Karang kat sana tu semua pun mintak plastik kat mak. Kesian orang tua tu sampai takde plastik sampah habis semua plastik dah dibagi buat isi baju kotor.


17. Buang sampah and leftover.
Yang ni memang tugas aku dan aku sangat berbesar hati melaksakannya. Sebelum balik kampung aku pastikan sampah buang, and satu leftover takde simpan baik dalam esbok mahupun dalam microwave. Mak mertua aku suka simpan leftover dalam microwave. Jadi, aku akan pastikan esbok and microwave aku clear dari segala anasir-anasir ni. Yang penting rumah kena bersih bila kita balik semula nanti. Bukan apa, kita tak tau apa nak jadi tengah jalan nanti. Entah tersekat dalam jem 12 jam ke. Bila masuk rumah tengok rumah bersih and clear dari sampah, kan ke lega sikit. Ni karang dah la penat dalam kereta, pastu masuk rumah dengan rumah berbau. Haaa, mulala aku nak jadi Tarzan.


Ok, cukuplah 17 peringatan ni. Yang lain-lain korang pikir sendiri.
Ni pun silap-silap aku yang terlupa.




posted by aveo757 @ 9:00 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER