2018-06-11

Mak mertua buat perangai.


Ni respond kepada request dari blog reader yang mintak tips macamana nak redha dengan mak mertua punya perangai.
Katanya mak mertua dia suka cakap depan lain, belakang lain.
Suami tau hal ni sebab suami pun akui mak dia memang macam tu tapi masing-masing ambik konsep pasrah.
Cuma kadang-kadang terasa rimas dengan perangai mak mertua.
Jadi, apekah tips yang boleh diguna pakai?

Ini isu common dalam rumahtangga.
Dari zaman tok kaduk, sampai sekarang, hubungan mertua dan menantu digambarkan sebagai hubungan yang sentiasa ada masalah.
Nak-nak lagi menantu perempuan dengan mak mertua.
Ramai menantu perempuan mengelak tinggal sebumbung dengan mak mertua.

Sebenarnya, lebih elok jangan duduk sebumbung.
Hikmahnya, kita boleh bina hidup sendiri ikut acuan kita, lebih berdikari, tak menyusahkan orang tua dan yang lebih penting untuk elakkan kecik-kecik hati.
Tapi kalau nak ajak tinggal sekali, boleh, tertakluk pada syarat.

Contoh, kalau salah sorang mertua baru meninggal, kalau takde saudara-mara yang kita boleh letakkan trust untuk tengok-tengokkan dorang di kampung, bolehlah ajak tinggal bersama.
Apetah lagi kalau dah terlalu uzur, boleh ajak tinggal sama.
Tapi kalau dua-dua pun masih sihat, tak payah la manis-manis mulut sangat ajak tinggal sekali.

Bukan apa, dah banyak sangat aku terima email-email luahan hati menantu perempuan.
Ada sorang reader tu kesian juga aku baca cerita dia.
Dia ni dulunya bekerja, lepas mengandung anak pertama, suami suruh berenti.
Lepas bersalin, mak mertua nak tolong jaga cucu, tau-tau duduk terus.
Bila dah duduk sekali, mak mertua buat rumah tu macam rumah anak dia sorang sebab anak dia tanggung semua sedangkan dia tak bekerja.
Mak mertua suka-suka tukar langsir baru tak tanya dia, invite ipar duai datang rumah tak berbincang dengan dia dulu, and offer kakak ipar letak anak kat rumah tu takyah hantar nursery.

Agak menyirap jugak aku baca.
Harap-harap mak mertua jenis ni tak ramai.
Tapi pesen mak mertua jenis ni memang wujud.
Yang anggap bila menantu perempuan tak bekerja dia takde hak lansung buat apa-apa keputusan.
Alasannya, sebab rumah tu anak lelaki dia tanggung semua.

Tapi, apa pun perangai mak mertua, menantu dituntut untuk prepare ketahanan mental dan emosi sebab macamana sekalipun, menantu yang kena beralah kerana status kita sebagai anak.
That's why, kalau keadaan tak darurat, tak payah la ajak duduk sekali atau usahaklah untuk tinggal asing dengan mertua.

Ada certain makbapak memang lebih terbuka untuk discuss dengan anak-anak.
Contohnya, mak bapak aku sendiri.

Aku beruntung sebab Pak Aji background kaunseling.
Dia dah biasa terlibat dengan perbincangan hati ke hati dengan pelajar-pelajar masa dia kerja dulu.

Mak Aji pulak sejenis very upfront dengan apa yang dia cakap.
In fact adik-beradik dia semua jenis macam tu, takde simpan-simpan belakang.
Dia tak puas hati je dia terus tembak depan-depan.
Jadi takde masalah untuk dia 'ditembak' depan-depan juga.

Secara psikologi, mak bapak yang berfikiran terbuka dan berlapang dada lebih senang terima pandangan anak-anak dengan hati yang ikhlas dan bersifat kekeluargaan.
Tapi macamana terbuka sekalipun mak bapak, anak-anak tetap kena berlapik bila menegur cuma kurang sikitlah keperluan buat ayat berbunga-bunga tu.

Tak dinafikan memang ada mak bapak yang keras hati atau bahasa kasarnya ego.
Taknak lansung terima pendapat anak-anak.
Alasannya, dorang lebih makan garam dari anak-anak.
Tapi mak bapak macam ni masih boleh ditegur, cuma yang boleh tegur dorang adalah orang yang lebih tua dari dorang sendiri.
Jangan mintak adik-adik dorang yang tegurkan sebab mak bapak jenis ni dengan adik-adik dia sendiri pun dia taknak kalah.
Selalunya dorang lebih senang terima teguran dari orang yang dorang hormat.

Kalau dengan sesiapa pun dia takleh ditegur, ok yang ni parok sikit.
Kena ada strategi lain.
Selalunya peel gini golongan mak-mak.
Bapak-bapak jarang keras hati macam ni.

Mak-mak spesis macam ni kalau kita tengok balik zaman mudanya, samada sejenis queen control, atau dah terbiasa memberi arahan dan tak pernah menerima arahan.
Boleh jadi juga di zaman mudanya, they are used to be an idol.

Mak-mak macam ni, pantang ditegur je terus anak-anak kena cop derhaka dan masuk ke neraka.

The question is, siapa yang berdosa? Siapa yang masuk neraka?

Kepada sesiapa yang nak tegur salah makbapak, jangan takut dengan istilah derhaka atau neraka kalau teguran kita betul dan tak lari dari dakwah Islam.
Kalau kau guna kata-kata kesat tu lainlah kan, tapi kalau dah sehabis daya guna kata-kata yang manis tapi masih lagi dicop derhaka, jangan risau. Allah tak kejam.

Berbalik pada isu reader ni tadi.
Aku boleh imagine stress yang dia hadapi bila tinggal serumah dengan orang yang bermuka-muka.
Depan cakap lain, belakang cakap lain.

Mak-mak ni bukan apa, kadang-kadang dorang bukan benci kita (menantu).
Tapi dorang nakkan perhatian dari anak-anak lain.
Jadi dorang tend to exagerrate sikit.

Contoh, kalau dia sakit, dia tak bagitau kita yang dalam rumah tu.
Tapi bila anak-anak lain bertanya, dia cakap dia sakit kepala, tak larat nak bangun.
Bila anak tu tanya "Dorang tak bawak gi dokter ke?"
Dia jawab "Dorang semua ni takde masa, sibuk dengan kerja".

Haaaaa....nampak tak?
Nampak tak dia punya exaggerate level berapa?

Actually, dia bukan tak suka kita yang dalam rumah tu.
Tapi dia nak perhatian dari anak-anak yang lain.
Cuma cara dia bercerita tu macamkan anak menantu dalam rumah tu buat dia macam amah tak kisah sakit pening dia lansung.

Kita sebagai anak menantu kena faham.
Baik yang tinggal sekali, baik yang tak tinggal sekali.
Jangan pulak nanti bila dengar mak kau cakap macam tu, kau pi haruk ipar kau apesal buat mak kau macam orang gaji.
Eh, kau seminggu pun tak terpacul sekali tengok mak kau pastu nak question pulak apesal tak bawak mak pergi klinik.

Mak yang suka exagerrate macam ni, kurang kasih sayang.
Kurang perhatian dari anak-anak yang lain.
That's why dia tend to depan cakap lain, belakang cakap lain.
Dia bukan benci menantu yang tinggal sekali tu, tapi dia nak anak-anak lain bagi perhatian kat dia.
Cara paling mudah adalah create stories.
Malangnya anak-anak lain tak paham.

Kalau korang adalah menantu seperti contoh aku bagi kat atas, kau kena bijak perhatikan situasi.
Kalau dalam waktu-waktu lain, mak kau ok je dengan kau, boleh bersembang bergurau, tapi tetiba kau dengar cerita lain kat blakang, ok abaikan aje. Tak perlu kecik-kecik ati.
Asalkan kita tau everything is actually ok, dah.

Tapi berbeza kalau tinggal sekali dengan mak mertua yang sengaja cari hal dengan menantu macam kes blog reader yang surirumah tadi.
Mak mertua punyakan semua barang dalam rumah dengan alasan menantu tak kerja, jadi segala harta dalam rumah tu dia ada share sebab yang bekerja anak lelaki dia.
Ok yang ni kalau kena kat aku, aku tak cakap banyak, aku angkat kaki, jalan.
Kalau suami sejenis yang ada otak, dia sure tau macamana nak selesaikan dengan cara yang baik.
Tapi kalau dia takde otak, memang elok benarlah dua-dua pun kau tinggalkan.

Dulu pernah aku cerita dalam blog ni, macamana aku 'sound' sorang makcik bawang.
Dulu istilah bawang belum wujud.

Makcik tu cakap anak dia dah kawen lain lepas bercerai dengan bini pertama.
Katanya isteri dulu jahat, semua duit laki dia pegang sampaikan anak lelaki dia tak pernah bagi duit bulanan kat dia.
Isteri baru ni baik, sebab lepas kawen, anak lelaki dia tetiap bulan bagi duit.

Aku pun apa lagi, tembak terus.
Aku cakap "Makcik, bini dulu tu tak bekerja. Belanja rumah sorang je kena tanggung. Bini sekarang ni bekerja, dia sama-sama menangung belanja rumah. Sebab tu anak makcik dah boleh bagi duit kat makcik. Kalau bini sekarang tak kerja, anak makcik tak mampu juga nak bagi duit sebab gaji dia tak banyak mana".

Terpisat-pisat muka makcik bawang tu.
Tak tau la sape yang bawang, aku ke dia. Rasa macam aku je yang lagi bawang ni.

Tu dulu la, zaman mulut lepas.
Kalau sekarang ni, aku bangun angkat bontot, blah.
Tak kuasa aku nak layan makcik-makcik bawang yang perasan anak lelaki dia hebat serba-serbi.

Suami yang ada mak macam ni, tolonglah jadi lelaki.
Jangan harap kerandut je besar penumbuk. Please be a man.
Explain kat mak kau yang isteri pun ada contribution.
Tipulah sikit mak tu, sesekali bagitau TV baru ni isteri beli hasil duit dia bisnes online, hasil jual insuran, hasil buat online tusyen.
Apa-apa je lah.
Tolong jaga sama maruah isteri.
Jangan sampai maruah isteri tu mak mertua jaja-jaja sekampung seolah-olah isteri tu takde hasil hanya menambahkan beban suami je.
Tu bini kau ok.
Eh tu pun aku nak ajar ke?