2018-06-13

Tipu mak bapak untuk jaga air muka.


Sambungan dari entry pasal mak mertua 2 hari lepas.

Ada reader tanya pernah ke En Wan tipu mak dia tentang aku atau aku tipu Mak Aji tentang En Wan.

Ada.

Tapi tipu dengan niat nak jaga airmuka pasangan saja.
Ini rumahtangga kita, jangan kasik orang lain sibuk-sibuk walaupun mak bapak sendiri.

Masa awal-awal kawen dulu, aku tak kerja setahun.
Jadi, semua expenses En Wan tanggung sorang.
Walaupun baru hidup berdua, tapi nama pun hidup asing dari mak bapak, dah tentu semua benda kita kena tanggung sendiri.
At least kalau duduk ngan mak bapak, duit sewa rumah dah lega, ye tak?

Mak Aji pulak sejenis rajin call dan rajin nak datang rumah.
Setiap kali dia call mesti tanya masak apa.
Mula-mula tu aku lurus bendul juga, kalau lauk telur goreng, aku cakap telur goreng.
Kalau lauk ikan goreng je, aku cakap ikan goreng je.

Awal-awal tu takde apa lagi.
Lama-lama dia start tanya "La, telur masak kicap je? Ikan goreng je?"

Masa tu aku dah rasa ok this is not good.
Walaupun makbapak sendiri, aku tetap tak suka di-influence tentang rumahtangga.
Bagi aku, ni rumahtangga aku, takde siapa lebih faham melainkan ahli-ahlinya saja.
Ada benda yang aku boleh cerita, ada benda aku dan En Wan kena simpan.
Salah satunya, hal makan ni.

Bukan apa.
Walaupun mak kita tak bercakap, tapi mesti dia terdetik apesal menantu buat anak dia macam tu?
Apesal menantu tak sediakan makan yang sedap sikit?
Anak aku ni tak dibagi cukup makan ke?
Anak aku kena dera dek suami sendiri ke?

Mak kita of cos akan sebelahkan kita punya.
Padahal kita tau suami kita punya teruk kerja siang malam nak cukupkan keperluan.
Kita sendiri pun tak kisah kalau makan telur goreng kicap seminggu.
Tapi hati mak-mak ni lain.
Bagi dia, "aku dah serahkan anak aku kat kau, kau kena jaga betul-betul. Paling tak pun macam yang aku jaga. Kalau aku bagi anak aku makan ayam KFC seminggu sekali, kau pun kena bagi benda yang sama".

Start situ aku dah mula 'tipu' Mak Aji.
Kalau Mak Aji call tanya masak apa, aku belasah sebut nama-nama masakan yang sedap sikit.
Tomyam campur ke, ikan siakap stim ke.
Janji dia tak susah hati.
Dan yang penting laki aku tak segan dengan mak mertua.
Benda-benda macam ni tak penting untuk mak bapak aku tau.
Bukannya tak dapat makan lansung.
Setakat tak dapat makan best-best je, apa nak kecoh sangat ye tak?

Aku tak bagitau yang aku berpuasa sebab nak jimatkan barang dapur.
Aku tak bagitau tahun tu aku takde baju raya.
Aku tak bagitau aku dah lama tak makan fast food.

Benda-benda macam ni takyah nak mengadu sangat kat mak bapak.
Because things like this nampak simple di mata kita, tapi tak di mata mak bapak.
Dorang takkan salahkan anak sendiri, mesti akan salahkan menantu.

Masa awal-awal kawen dulu aku selalu mengelak kalau mak bapak aku ajak ikut balik kampung, attend kenduri makcik pakcik, attend kenduri makcik belakang rumah nak pi haji, attend kawen anak jiran, bla bla bla bla.
Semua benda ni nak pakai duit sedangkan aku tak kerja.
Tak adil aku nak ajak laki aku balik untuk attend kenduri kendara ni sedangkan dia sendiri cari alasan untuk tak balik Tganu kerap-kerap sangat.

One day masa balik Bangi Mak Aji tanya "Laki kau tak bagi kau pocket money ke?"

Wahhhh, berdesing telinga aku.
Serba-salah aku nak jawab.

Memang waktu tu En Wan tak bagi aku pocket money.
Tapi atas persetujuan aku.
Aku sendiri kata aku taknak nafkah duit.
Asalkan tempat tinggal selesa, makan pakai cukup, dah.
Aku tak pegang duit pun takpe.

Tapi bila takde duit kat tangan memang susah aku nak bergerak.
Nak ajak balik Bangi pun tak terluah.
Nak balik Bangi kena lalu tol 2 bijik.
Minyak kereta lagi.
Walaupun berapa sen sangat nilainya, tetap aku tak berani mintak.
Mujurlah En Wan ni ada timbangrasa jugak.
Selalunya dia yang akan tanya "Di nak balik jumpa mama?"

Lega rasanya bila suami sendiri yang offer.

So, boleh nampak tak punca-punca laki bini bertekak sebenarnya disebabkan orang luar?
Kalaulah aku cakap "Haah, Wan tak bagi pocket money".
Mesti mak aku cucuk aku punya.
Aku boleh imagine ayat dia "Mana boleh takde pocket money. Paling tak, kena bagi RM100 untuk kau pegang. Itu memang wajib!"

Apa yang mak aku tanya tu benda betul, tak salah pun.
Tapi aku lebih kenal suami aku, lebih faham kedudukan kewangan waktu tu.
Selagi boleh berlebih kurang, cubalah bertolak ansur dengan pasangan.

Sama la jugak halnya dengan mak mertua yang anggap menantu perempuan yang bekerja hanya jadi beban pada anak lelakinya.
Padahal suami kita pun tak rasa benda tu susah tapi hati mak bapak ni lain, dorang anggap benda ni serius.

Jadi, as anak, kita kena mainkan peranan.
Sebagai isteri, kalau nampak macam mak kita hawa-hawa nak bengang dengan suami sebab tak jaga kita dengan betul, kelentonglah mana yang patut.
Kalau apa yang suami tak mampu sediakan tu tak smapai memudaratkan kita pun, cubalah nampakkan suami kita tu gah di mata mak bapak.
Bukan nak menipu apa pun, tapi nak biar hati mak bapak tenang.

Suami pun macam tu.
Kalau isteri dah start mengadu mak mertua macam nak kontrol everything hanya kerana dia tak contribute financially, kau mainkanlah peranan.
Jangan nak suruh bini bersabar je doplohpat jam.
Sesekali bila bawak sekeluarga makan sedap-sedap bagitau "Mak, hari ni kita makan luar. Leha yang nak belanja, dia dapat bonus jual produk online".
Biar mak mertua tau "Ohh, menantu aku keje sendiri rupanya".
Alah, benda simple macam ni takkan takleh pikir.
Rumahtangga kita kan, kita lah yang kena pandai-pandai adjust.

Tak semua kes suami isteri bergaduh disebabkan masalah dalaman.
Sebahagian besar disebabkan orang luar.
Ipar duai cucuk.
Adik beradik cucuk.
Mak bapak sendiri cucuk.
Kalau suami isteri bekerjasama jaga air muka masing-masing, insyallah kurang sikit laki bini bertekak musim-musim nak raya ni.




Ramai yang email aku tanya kenapa promo booth hari tu tak bukak untuk online sebab yang kat negeri lain nak beli dengan harga booth.
Sorry sangat.
Itu memang keistimewaan yang kita bagi khas untuk yang sanggup redah jem dan sesak untuk ke booth.
Tapi takpe, hari ni and esok aku bukak offer ni untuk beli melalui whatsapp. Dapat lepas raya.
Price di atas belum masuk kos penghantaran.