walk on wings, tread in air: Do not let politics change it all. <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>




CONTACT ME

aveo757@yahoo.com

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


TESTIMONI GREENAARD


Do not let politics change it all.
2018-04-11

Sejak semalam dah ramai start up status politik di FB.
Bermula dengan hanya perbincangan ideologi, ujung-ujung berdebat dengan cara tak sihat.
Masing-masing saling provoke-memprovoke, lepas tu apa?
Putus kawan simply because of differences in political preferences. Berbaloi ke bergaduh dengan kawan hanya kerana politik?

Memang politik tu penting dan bagi kesan besar terhadap kehidupan rakyat.
Tapi persaingan pemilihan kerajaan sebenarnya takde la penting macam yang kita fikirkan.
Dalam keadaan sekarang, boleh jadi kita semua secara tak sedar sedang digunakan untuk berkempen.
Berkempen boleh, tapi janganlah sampai hubungan kekeluargaan dan persahabatan tercalar dek ketaksuban kita dengan parti politik masing-masing.
Hubungan persahabatan dan kekeluargaan terlalu berharga untuk dibuang dek kerana alasan berpolitik.

It is a pity to exchange friendships for politics.
Orang yang mengorbankan persahabatan untuk politik actually feel they are taking full control over their lives.
Dia jadi tak sedar politik dah ubah aspek lain dalam kehidupan contohnya persahabatan.
Berkempenlah secara sihat. Tak perlu provoke dan bercakap buruk tentang parti lain.
Semakin kita bercakap pasal orang lain, kita sebenarnya telah membuka ruang kepada pihak berkecuali untuk mengambil tau hal orang yang kita cakapkan tu.
Hari-hari kita canang cerita orang, sebenarnya kita sedang berkempen untuk orang tu.
Lebih baik kita cerita pasal diri sendiri, kempen untuk diri sendiri, kempen untuk parti kita.
Masing-masing kempen parti masing-masing, toksah kacau hal orang lain.
Ni baru betul namanya kempen.
Ini tak, kata nak kempen. Tapi wall penuh dengan caci-maki parti orang lain. Kempen hape namanya?

Of course there are exceptions.
Kalau ada someone dalam kelompok friends yang deliberately provokes and triggers your emotions, orang macam ni kita block saja lah.
Takyah debat panjang-panjang. Tak berbaloi putus kawan yang terbina 20-30 tahun hanya disebabkan sebulan punya kempen.
Just do not talk to them.
Do not be fooled to argue.
Baca and dok dendiam sudah, without drama and notifications.

Aku tau ramai dah start block kawan-kawan kat FB sejak semalam.
Aku blom lagi. Tengok lah hari ni esok camne. Hahahahah.
Block orang-orang yang provokatif ni sebenarnya lebih baik daripada kkita bertekak tak tentu arah. Tak pun hide je la notification.

Tapi dalam pada tu ada baiknya juga tempoh-tempoh berkempen macam ni.
Baik untuk melatih diri kita sebenarnya. Banyak hikmah tersembunyi.

Yang pertama, bila kita memilih untuk block/unfriend orang ada pandangan berbeza dengan kita, bermakna kita dah mengasingkan diri dari pelbagai kritikan berharga, whether it's about life in general or even about politics itself.
Kadang-kadang apa yang dicakapkan tu memang takde faedah lansung dan totally bullshit.
Takde apa yang kita boleh ambil dari isi pernulisan/percakapannya.
Tetapi, kita boleh ambil pelajaran dari sikap dia untuk kita jadikan sempadan.

Yang kedua, berkawan dengan orang yang mempunyai pendapat yang berbeza mengajar kita untuk bersabar.
Masa ni la kita nak belajar sabar.
Dan masa ni lah kita nak asah kebolehan kita berdebat dengan kesabaran untuk meyakinkan orang lain dengan lebih beradab dan lebih bertamadun.

Berbeza ideologi, berbeza pendapat, berbeza cara pandang - itu wajar.
Tapi perlu ke semua orang bersetuju dengan every detail of your ideology before they can be friends with you?
Do your friends have to have the same faith as you?
Kalau memang keperluannya begitu, no point ada ramai kawan kalau semuanya ada same views and beliefs that are exactly as you are. Boring kot. Takde haters. Semuanya likers je. Takde check and balance.

Kalau kita tengok balik cara orang dulu berdagang (barter sistem), barang dagangan ditukar bukan sebab barang tu ada persamaan.
Tetapi kerana masing-masing percaya that their condition will be better after the exchange.
Pertukaran barang dagangan sangat menguntungkan kerana terdapat perbezaan persepsi dan expectation.

Salah satu tragedi politik terbesar zaman sekarang bila politik membuatkan seseorang yang awalnya baik dan friendly jadi someone pendendam, mulut puaka dan sombong.
Kau hina calon aku, aku hina calon kau.
Aku kutuk penyokong parti dia, dia maki penyokong parti aku.
Apa tujuannya?
Sedangkan the same people yang involve dalam kutuk-mengutuk calon and parti lawan ni were basically good-hearted people.
Sebelum ni jumpa kat mamak, angkat-angkat tangan.
Jumpa kat pasar malam, bersalam-salaman.
4 tahun lepas open house kat rumah kita tetiap tahun dia datang tak pernah missed bawak buah tangan.
Alih-alih, masuk je time pilihanraya, semua huru-hara.

Setiap daripada kita ada perasaan, harapan, impian, dan impian untuk memiliki kehidupan yang lebih baik.
Berkempenlah secara sihat.
Beri masing-masing peluang berkempen dengan tak perlu merendah-rendahkan di antara satu sama lain.
Do not let politics change it all.
Kalau kita betul-betul nak "world peace", one way is to live this life as if the peace has been achieved today.





Semalam dah naikkan tentang ni kat IG/FB.
Siapa berminat nak free sample, please isi form di bawah. Terima kasih.



posted by aveo757 @ 12:42 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER