walk on wings, tread in air: Birthday Party Chinta <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>




CONTACT ME

aveo757@yahoo.com

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Birthday Party Chinta
2018-04-16

Lama tak letak entry bergambar kat blog.
Hari ni, esok, and lusa insyallah penuh entry bergambar.

Semalam, attend birthday party anak kepada cousin En Wan kat Damansara.
Tak susah nak cari dewan sebab pernah sampai dewan yang sama last year untuk kawen cousin.
Rayyan mula-mula payah nak diajak, sayang sangat nak tinggalkan iPad dia.
Bapak dia heret jugak, "Jangan sampai tak kenal sedara!".
Anak aku ni bukan apa, sebab selama ni kalau jumpa sedara-mara mesti kat rumah orang.
Adat masuk rumah orang semua benda tak boleh dipegang. Beralih bontot sikit aku dah jegilkan bijik mata, so dia boring la lepak lama-lama kat rumah orang tak dapat berkuntau.
Semalam pun dah buat perangai bila ajak keluar dari kereta, dia ingatkan nak pi kenduri kawen.
Bila masuk-masuk je hall orang hulur back pack (goodie bags), terus sengih.
Tau-tau je hilang dari pandangan. Rupanya dah selamat berpencak sendirian berhad.



Dia yang tulis sendiri, aku sign-kan aje.



Aku aim dah rambut afro tu, tapi segan lak nak pakai. 
Ramai sedara-mara En Wan dalam ni. Kena kontrol sikit.




Bagi bapak dengan anak je la bergambar.



Masa ni majlis belum start lagi. Keadaan masih terkawal :)



Aku lupa nak tanya cousin En Wan dia guna party planner mana.
Not bad. Activities untuk kids banyak sampai Rayyan terlupa nak makan.
Nak kena paksa makan baru nak makan, tu pun muka moncong sebab nak sambung main.
Aku cakap kat En Wan, tahun ni punya raya open house kena buat gini untuk kids, biar tenang mak bapak nak makan.
Tapi takleh buat kat rumah la kalau gini, memang kena buat kat dewan.
Kalau buat kat rumah nanti tetamu tak balik-balik, takde space ruang rumah aku. Hahaha.



Kebanyakkan dari makanan, aku hanya mampu tenung je.
Memang tebiat kitorang laki bini kalau dapat jemputan kenduri/majlis makan, kitorang akan makan dulu kat rumah, so that takde la kebulur sangat mentekedarah kat tempat orang.
Kebetulan semua makanan kat party ni menepati selera aku except eskrim durian (hahaha).
Tapi disebabkan perut dah kenyang, jadi makan secubit-secubit je la, cukupkan syarat.
Tapi spageti aku bedal 2 piring. Dalam pada kenyang tu, 2 piring gak settle.

Mak mertua aku suka stall ni sebab ada kuih-kuih melayu.
Masa tengah makan dia cakap "Mok rasa kuih ni macam kuih Kak Yah (another cousin En Wan)."
Kebetulan Kak Yah tu pun datang sekali, eh betul rupanya kuih air tangan dia.
Begitu terernya mak mertua aku merasa makanan, sampaikan dia boleh tau siapa buat the kuih.



Stall apam balik kering ni stall wajib singgah kalau pi pasar malam.
So boleh imagine tak betapa riangnya hati aku bila nampak stall ni semalam?
Kenyang-kenyang pun 2 keping dah selamat.



Spageti bolognese ayam and aglio olio. 
Dua-dua best.



Ada pop corn and cotton candy.



Yang paling best ni haaaa - Burger Ramly!



So cute, pada mak bapak yang takde tempat duduk kat meja, boleh duduk bersila.
The family makan kat tingkat atas. Memang selesa la aku mencekik kat atas tu.
Mula-mula ingatkan macam payah nak turun nak ambik makanan, oh rupanya ada orang ambik pesanan. 
Nak apa-apa, bagitau nanti dia hantar.
Wahhh, ini sudah bagus. Aku memang sesuai sangat la dengan benda-benda macam ni sebab sejenis yang sekali dah duduk, payah nak bangun.



Selalunya kalau kat mall-mall clown yang buat belon ni jadi tempat kerumun budak-budak untuk mintak belon. Tapi clown yang ni boleh bersiar-siar dengan gembiranya sebab terlampau banyak activiti utnuk budak-budak sampai clown kena mundar-mandir offer belon. 
Rayyan tak pernah missed mintak belon ni kalau nampak kat mana-mana, tapi semalam lansung dia tak mintak sebab sibuk nak main kat bouncy castle.



Yang awalnya nangis-nangis taknak ikut, last-last nangis sebab taknak balik.
Malam terus tido awal sebab penat melompat dalam castle ni.



Meja ni paling laku sekali.
Tak putus-putus budak-budak datang tadah muka untuk buat face painting.
Budak-budak memang suka la activity macam ni.



Rayyan boleh taknak dengan sand art ni, walhal berabis duit aku membelikan satu set, satu set, satu set, every time keluar masuk Giant tu. Betul-betul hebat penangan bouncy castle kali ni.



Yang ni Rayyan join kejap. Tapi takde gambar.



Dari ruang atas aku nampak apesal ramai yang ambik gambar dengan pompuan ni.
Lepas tu baru aku tau ini wife Dato' Aliff Syukri.
Then baru teringat Ben (cousin En Wan) ni lawyer Dato' Aliff.



Yang ni memang aku dah agak akan datang, Jovian and wife.
Sebab both are good frens of Ben and Eylia.




Ni namanya bersembang mengundi balik Tgnu ke tak.
Rayyan menang lucky draw Teddy Bear.
Malam tadi dah selamat tido bersama.



Thank you Ben and Eylia.
Gigih mummy baru bersalin 34 hari ke sana sini melayan tetamu.
Masing-masing duduk bukan jauh sangat pun tapi kalau takde event-event macam ni memang tak berjumpa la jawabnya.
Jumpa pun selalu kat Tganu time raya.
Insyallah raya tahun ni jumpa lagi di sana.





Last week masa clearkan rack aku terperasan ada a few shawl printed yang masih ada.
Tak tau apesal boleh terselit lagi balance ni.


posted by aveo757 @ 1:42 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER