2018-04-10

Nasib kita bukan dia tentukan.


Kita tak boleh buat semua orang suka kita.
Adakalanya kita kena hakikat ada yang tak sukakan kita, walau apa pun yang kita buat.
When insults come to you, rasa sakit hati dah tentu ada.
Tapi jangan sampai kita jadikan itu punca that hinders you to grow for the better.

Kita boleh je dihina, rasa sedih dah tentu.
Mungkin juga terluka.
Tapi jadikannya pencetus semangat to prove to those who ever underestimated you, that you are as strong and will be more successful than them.

Yang penting, kita tulis saja yang baik-baik, buat je yang baik-baik.
Manusia kalau tak suka, buatlah baik macamanapun dia tetap akan ada alasan untuk membenci.
Jadi, apa pun yang orang kata terhadap apa saja yang kita buat, itu adalah sebahagian dari diri mereka. Not a threat to us.
The threat to us is our own ugliness.

Apa juga yang orang kata, tak sepatutnya mempengaruhi kita sedikit pun sebab nasib kita tak ditentukan oleh tulisan dan kata-kata orang.
Kalau kita yakin masa depan kita ditentukan oleh cakap-cakap orang, maka itulah yang kita akan dapat.
Tapi kalau kita yakin hanya Allah saja yang dapat menentukan nasib kita, maka kata Allah "Aku adalah sebagaimana sangkaan HambaKu".

Masa aku join Kem Bina Negara Form 4, ada simbolik dalam kem tu bila peserta perlu membawa batu bata atau telur.
Konsepnya, batu bata/telur mewakili amanah yang mesti dipikul dan dijaga dengan baik.
Kalau pecah satu, kena pikul 2 (ada tambahan), dan seterusnya.
Selalunya sampai 2 ketul je la, tak larat orang nak pikul sampai 3 ketul.

Tapi aku tak dapat relatekan konsep batu/telur dengan amanah sebab at the end of the kem, takde pulak batu bata tu diminta untuk dibuat apa-apa.
Akhirnya buang.
Lainlah kalau di hujung kem batu-bata tu perlu disusun untuk membentuk rumah ke, tugu ke. Barulah nampak manfaat pegang amanah.
Tapi takde pun.
Jadi aku anggap batu-bata tu sebenarnya mewakili beban yang takde pekdah untuk dipikul ke sana sini.

Hari pertama bawa batu-bata, takde yang mengadu.
Masuk hari ke-4 dah ramai yang mengeluh.
Aktiviti makin banyak, makin tangkas. Bila nak membawa batu-bata seketul, rasa jenuh!
Hanya bila selesai kem, baru batu tu dibuang. Barulah lega!

Pada pemahaman aku, ini menunjukkan betapa sakitnya membawa sebuah beban (batu bata yang takde pekdah).
Bila kita membawa sesuatu yang takde faedah dalam hidup, menyebabkan badan kita jadi extra letih dengan cepat. Serabut pun bertambah.
Selain itu, beban menghalang usaha ke arah matlamat yang lebih tinggi untuk mendapatkan keselesaan hidup yang lebih baik.
Bila beban bertambah (kena tambah 2 bijik bata), pergerakan makin perlahan.
Memang kita sedaya upaya untuk ke depan tapi dengan usaha yang lebih dari orang lain.
Macam tu lah kalau kita membawa beban penyakit hati.
Akan terasa sakit dan berat sangat diri nak maju ke depan.
Cuba buang dan lepaskan rasa sakit hati tu, insyallah lebih ringan badan.

Setiap kali kita dapati ada orang berkata buruk tentang kita, jangan simpan dalam hati.
Itu lebih memberatkan fikiran. Takde pekdahnya.
Jadikan itu peluang untuk kita bersyukur kerana berpeluang untuk muhasabah diri.
Muhasabah untuk melihat semula diri dan memperbaiki apa yang tak betul.
Dalam masa yang sama menjadi ingatan untuk kita supaya tak melakukan perkara yang sama yang orang buat ke kita.
Jadi, kalau kita tau ada orang berlaku zalim pada kita baik melalui tulisan atau percakapan, itu sebenarnya ingatan dari Allah supaya kita jangan buat benda yang sama.

Ini juga sebenarnya peluang untuk doa kita dimakbulkan Allah.
Kerana doa orang yang dizalimi itu menembus langit.
Jadi, kalau ada orang yang berlaku buruk pada kita, jangan cepat-cepat nak doakan supaya Allah balas perbuatan mereka. Rugi kalau kita doa macam tu.
Gunakan peluang ini untuk kita berdoa untuk diri kita kerana inilah waktunya doa kita diperkenankan.
Doakan juga untuk dia.
Orang-orang macam ni sebenarnya sengsara dalam diam.
Mereka tak happy dengan life mereka sendiri.
Jadi, doakan mereka sekali.
Bila kita mendoakan orang lain, malaikat akan mendoakan benda yang sama pada kita.
Antara doa kita dengan doa malaikat, siapa yang lebih makbul?
Dah tentu doa malaikat, kan.
Jadi, doa yang baik-baik untuk mereka, segala doa yang baik tu akan kembali pada kita.

Ustaz aku ada pesan, kalau kita nampak orang tu kaya, kita doakan dia lebih kaya.
Kalau nampak orang tu cantik, doakan dia lebih cantik.
Kalau dia pandai, doakan dia lebih pandai.

Lojik akal kita yang singkat ni, kita akan tertanya-tanya "Nak buat apa doakan dia jadi lagi kaya? Tak cukup-cukup kaya lagi? Baik doakan orang yang miskin."

Ustaz kata, betul. Tak salah nak doakan orang yang miskin jadi kaya, orang bodoh jadi pandai, orang tak hodoh jadi cantik.
Tapi bila kita mendoakan orang yang sudah ada segalanya, sebenarnya secara syariat kita sedang mendoakan diri sendiri.
Sebab apa yang kita doakan, malaikat akan doakan benda yang sama.
Itu sebenarnya kuncinya untuk kita dapat apa yang orang tu dapat.
Bila kita sakit hati dengan apa yang orang tu dapat, bermakna kita tak suka apa yang dia ada, sebab tu sampai sekarang kita tak dapat-dapat.

Mustahil semua orang suka kat kita.
Tapi ingat!
Boleh jadi mereka yang tak suka pada kita adalah aset untuk kita.
Kerana mereka ni siang malam memikirkan dan mencari-cari kekurangan kita.
Sedangkan kita takde masa nak lihat keburukan diri sendiri kerana kita sibuk mencari peluang untuk dipuji orang.
Tapi orang-orang macam tu kemana-mana pun bercakap pasal kita, setiap masa bercakap tentang keburukan kita.
Bukan ke ini namanya rezeki?
Kerana yang threatened kita bukanlah orang lain tetapi keburukan diri sendiri.

Senang nak paham ginilah.
Antara pujian dengan hinaan, yang mana kita lebih takutkan?

Tak ramai yang takut dipuji. Semua suka bila dipuji.
Tetapi ramai yang takut bila dikutuk.
Itu bermakna keburukan diri sendiri lebih penting untuk diubah.
Jadi, kalau dah ada orang willing untuk check keburukan kita, itukan bagus.
Bila ada orang secara sukarela pinpoint sekecil-kecil keburukan dalam diri kita, bukan ke itu peluang untuk kita improve?

Kalau dia kutuk kita balas, dia maki kita balas, dia ejek kita ejek balik, apalah gunanya kita blaja tinggi-tinggi kalau akhirnya kita meniru keburukan orang?
Kita blaja tinggi-tinggi supaya kita jadi lebih bijak.
Kalau hanya untuk pandai mengejek bila diejek, blaja sampai tadika je pun boleh.

Maksudnya, bukan tak payah skolah tinggi-tinggi.
Blaja mesti setinggi yang boleh, tapi kita dimuliakan bukan kerana kita blaja tinggi tapi setinggi mana adab kita.
Balajar bukan setakat dari buku tapi kita lebih banyak belajar dari pengalaman, pemerhatian dan persekitaran.
Manusia itu sendiri adalah satu bentuk pembelajaran.
Tinggal lagi kita nak atau taknak ambik untuk ubah diri kita jadi lebih baik.

Apa yang kita lakukan pada orang, akan kembali pada kita.
Honestly, nak latih diri kita mendoakan kebaikan pada orang yang menzalimi kita memang susah.
Tapi tak bermakna mustahil untuk buat.
Segala yang susah selalunya pada awalnya saja.
Apa-apa yang tak biasa memang akan susah dibuat.
Tapi kalau dah dijadikan kebiasaan, lama-lama akan jadi senang dan boleh jadi sampai satu tahap kita jadi tak kisah dengan cakap-cakap orang lagi kerana kiata jadi sedar masa depan kita tak ditentukan oleh apa orang kata.






Promo Menu Book dah tamat 7 April.
Tapi sejak semalam ada yang whatsapp and email bagitau terlupa and terlepas tengok email.
Ada syaratnya kalau nak.