2018-03-07

Last times



Semalam nampak quote ni. Mind boggling sungguh.

Pagi ni genap 30 tahun arwah atuk meninggal.
Dah 30 tahun rupanya.
When was the last time aku tengok atuk cukur janggut kat porch?
When was the last time aku ikut atuk gi Tampin?
When was the last time aku cabut uban atuk?
When was the last time aku kesat peluh kat belakang badan atuk everytime atuk balik dari bakar sampah?

Rupanya 3 Mac 1988 tu last aku salam arwah atuk, sambil atuk hulur RM5 buat belanja gi skolah.
That morning, atuk gerak balik ke Tampin dari Bangi (atuk always ambik bas pagi).
And 7 Mac 1988, atuk meninggal.

There are too many first times and too many last times.

Seingat aku, aku stop main dengan jiran tahun 1987 sebab berpindah rumah.
Kat rumah baru, playground takde lagi dan kawasan tu completely new.
Jalan masuk pun bersemak lagi. Jadi, masing-masing tak berani main kat luar.
Lagipun, rumah baru ni 2 tingkat, lebih besar so aku and Ima selalu main dalam rumah je.
Rumah dah besar kan, banyaklah sikit port nak menyorokkan diri kalau main polis sentri.

Entah apa la yang aku pikir time tu agaknya, seronok nak pindah kot.
Tak pikir lansung petang tu will be the last time aku main and naik beskal sama-sama dengan jiran.
Dan yang paling utama sekali, lepas tu aku tak main sangat dah sebab kat rumah baru anak-anak jiran pun jenis yang dah besar-besar, takde geng nak main sama.

When was the last time aku dengan Ima main bos-bos-secretary?
When was the last time aku and Ima main mekap-mekap?
Entah, tak ingat.
Padahal itulah mainan wajib everyday.

Now kan every morning aku siapkan Rayyan, aku mesti teringat aku siapkan Ibal ke tadika dulu.
Dia akan mencangkung sebelah aku tunggu aku gosok baju dia.

When was the last time aku uruskan Ibal ke skolah?
When was the last time aku kena buatkan susu dia?
When was the last time aku pekik kat dia suruh mandi?

Kalau cerita-cerita pasal zaman kecik ni, Ibal pernah berlawak dengan aku "Kesian kau kak, asik kena mandikan adik-adik je. Takde sape mandikan kau".

Aku jawab "Tunggu aku mati esok, korang mandikan aku".

Lepas beberapa ketika, bermula pulak zaman aku 'main' dengan barang-barang dalam rumah je.
Main penyapu, main mop, main iron, main pongkes, main berus lantai.
Memang real punya main ni. Siap ada mandur lagi.
Masa tu terasa bosannya hari-hari kena buat benda yang sama.
Balik-balik menyapu, mengemop, sidai baju, angkat baju, lipat baju. gosok baju.
Tak pernah-pernah habis.
Now, entah bila kali terakhir aku pegang penyapu sebab bibik yang settlekan hal kemas-mengemas.

Then, entah bila masa mulanya, start zaman tengok soap opera pulak pukul 4.30pm.
Isaura, Angelito, Chiaki, Moero Attack (ni je yang aku layan dengan bersungguh).
Dah habis dah zaman main kat luar sebab nak melayan cerita ni.
Terima kasih lah kat cerita ni semua. Sebab cerita-cerita ni la aku ada semangat sikit nak melipat baju petang-petang sambil tengok TV, kalau tak, begitu jugak baju tu berlonggok dalam bakul tak berlipat.

Then, bermula pulak zaman cerita cina pukul 6pm.
Masa ni, nak masak ke apa ke semua kena buat sebelum pukul 6pm ya. Lepas tu jangan kacau-kacau aku dah. Aku nak concentrate ni.
Waktu ni, umur sekitar 12 tahun.
Makin dah tak nampak dah anak dara Ishak keluar rumah. Sebab dok mengadap TV je kejenya.

Then start skolah menengah pulak.
Zaman bermain dah takde lansung. Muncul zaman hang out dengan kawan-kawan.
Alah bukan ke mana pun, takat singgah makan cendol dengan ABC kat Medan Selera Bangi tu je.

Pastu Form 4-5 dah start zaman melepak kat port flat depan padang.
Asal petang je terconggok kat situ. Bukannya aku beriadah pun, saja lepak situ sembang-sembang sambil tengok kawan-kawan lelaki (sekelas) main bola. Nak kata aku tukang sorak pun tak, tapi kehadiran adalah wajib.

When was the last time tido rumah Jeli study sama-sama sambil nangis-nangis layan video konsert Beyond?
When was the last time aku tido rumah Nurul sambil makan ais krim pukul 2 pagi?
When was the last time bergayut kat phone dengan Mon sampai 2 pagi?
When was the last time naik moto dengan Dery and Amir?
When was the last time jogging on weekend with Erwan?

Pastu tau-tau semua pun dah bersepah masuk U.
Then kawen.
Lepas tu....entah tak tau lah tetiba yang pernah rapat dah jadi sangat asing.
Ada la 3-4 orang kawan zaman skolah yang masih lagi boleh bergurau-gurau macam dulu.
Tapi kebanyakkannya tak macam dulu dah.
Nampak la muka masing-masing kat FB tapi 'mood' nak tegur sapa tu takde dah macam zaman blaja dulu.

Bila terbaca quote ni semalam, rasa tersentak kejap.
Betul juga kan, kita tak pernah tau when will be the last time kita buat something, atau bercakap dengan someone.
Toksah pegi jauh sangat lah.
Blog ni je pun dah cukup bagi bukti.
Since when aku dah tak mencarut memaki hamun orang dalam entry?
Since when gaya aku berubah?
Since when bentuk badan berubah?
Since when penulisan aku berubah?
Dulu aku ingatkan mencarut dalam entry tu dah jadi trademark aku. Rupanya tak.

Dulu, kat henfon aku, lagi banyak nama customer dari nama kawan.
Aku ingat lagi last aku jumpa customer aku tahun 2015, around July, kat Biology USM.
Aku hantar invoice. That was the last. Lepas tu aku dah takde dah outstation untuk biotek bisnes sebab aku dah start GreenAard.
Tak sangka rupanya itu kali terakhir aku jumpa customer aku. Dah ada title Dr dah pun budak tu sekarang.

Sebenarnya setiap kali zaman tu berubah, aku akan always make a promise to be better about treasuring people and things.
Always make time. Always make time. Always make time.
Tapi tu lah.
Aku akan kembali jadi sibuk and overworked, lama-lama lupa juga nak treasure friends and simple simple things.

Kita jadi too busy membina kehidupan and mengejar impian, that we sometimes forget how to simply just live one.
Kita didik diri untuk tunggu masa yang sesuai untuk buat something yang kita nak buat when the reality is the right time is NOW!
Kita terlalu fokus untuk masa depan sampai kita terlepas pandang banyak benda.
Maybe bukan 'kita'. Maybe itu cuma aku.

Pagi tadi aku bangun tengok Rayyan ada kat tepi.
Entah bila dia masuk.
Tangan peluk aku.
Aku terfikir, dulu katil aku ni pernah tido berempat.
Redza tepi sekali, then En Wan then aku then Rayyan.

Dulu rumah ni ada 5 orang.
Now cuma ada 4.
Entah bila agaknya mungkin tinggal 3.
Esok lusa entah-entah tinggal aku dengan En Wan je.
Terus aku peluk Rayyan, selimutkan dia, peluk lagi kuat-kuat. Peluk sampai aku nangis.

Pernah tak one day kau tengok sunset kat satu tempat, and after a year kau patah balik ke spot yang sama wishing that kau boleh experience the same sunset macam kau pernah tengok last year only to find that magic tu dah hilang sebab this time kau watching sunset alone, not with that someone anymore?

Tak ada perkara yang sama berlaku dua kali dengan magic yang serupa.

So if you like him.her, tell them how you really feel, now.

Kalau teringatkan someone, call them now.

Terasa nak spend time dengan keluarga, go book hotel now.
Yang dekat-dekat pun tak apa.
Tak payah tunggu cuti panjang, weekend pun boleh check in.

Terasa nak bersantai-santai at home pakai baju tido all day, buat.

Terasa nak main hujan dah tua-tua macam ni?
Go ahead. Bukan selalu hujan turun sekarang.

Nak main tiup buih?
Balik karang godak Glo dalam besen, ambik dawai buat bulatan and tiup puas-puas.

Buat.
And enjoy every moment.
Follow your heart.
Buat semasa ada peluang untuk buat.
Trust me, akan sampai ketikanya kau akan sedar those ordinary things yang kita sangka ordinary rupanya not ordinary.
And things yang kita sangka small, is actually not small.
At age 41, suddenly aku realized semua tu mean a great deal to me.