2018-03-08

Influencer


Feeling disappointed is certainly not something that someone wants.
Sekiranya kita perlu memilih, pilihlah untuk berasa puas dan bangga (bukan ujub) dengan diri sendiri berbanding berbangga dengan orang lain.
Bukan apa, kalau kita jadikan diri sendiri sebagai 'idola', all our expectations are fulfilled sebab kita tahu tahap diri sendiri jauh mana boleh pergi.
Walaumacamanapun, rasa dissapointed tu something yang tak boleh nak elak.
There are times keinginan tak tercapai, impian tak terlaksana, dan expectations yang kelaut kerana set too high. But that's ok sebab kita tak melibatkan orang lain.

Yang tak ok, bila kita harapkan orang lain jadi 'manusia' and wish segala apa yang dibuat adalah mengikut keinginan kita. Padahal mereka ada keinginan sendiri, kepentingan sendiri yang belum tentu sesuai dengan apa yang kita nak.

Mungkin dah sampai masanya kita belajar to appreciate their personality and accepting them for what they are.
Kalau nak jadikan someone idola, pastikan kita sendiri tahu apa punca kita jadikan mereka idola dan dalam pada masa yang sama kena ingat yang mereka juga sama macam kita, tak lepas dari berbuat salah. Stop putting hopes too high on them kerana dalam setiap kelebihan, tetap ada kekurangan.

Idola itu sendiri membawa maksud someone yang kita greatly admired, bukan someone yang perfect.

Everyone is not perfect, betul. But everyone has a perfect thing.
Maknanya ada kualiti pada idola yang kita tak ada and wish that we have the same kualiti.
Jadi, kualiti itu sajalah kita ikut.
Aku ni kalau benar-benar mengagungkan Leslie tu ntah-ntah sama naik aku terjun bangunan.
Kecewa memang kecewa bila dia bunuh diri, tapi takdelah sampai nak koyakkan poster and bakar CD. Eh.

Yang salah tu adalah kita sendiri sebab menganggap idola tu perfect sangat.
Padahal dia pun macam kita jugak. Ada masanya akan buat silap juga.
Walaupun kita mengidolakan seorang ahli agama, kena tetap ingat yang dia tu manusia.
Ada banyak kekurangan pada diri dia yang kita tak tahu.

Apa saja yang kita minat pada seseorang, baik dari segi akhlaknya, ilmunya, penampilannya, kejayaannya - semua tu adalah ujian untuk idola itu sendiri dan juga kita yang mengidolakannya.
Boleh jadi ujian berupa musibah yang diturunkan untuk idola tu adalah ujian untuknya sekaligus ujian untuk kita kerana Allah nak tegur kita yang terlalu memuji dan memuja manusia.
Boleh jadi Allah pilih idola tu sebagai medium untuk Dia menyampaikan sesuatu, malangnya kita ni tak pandai pulak nak cari hikmah di sebalik ujian. Yang kita pandai nak kondem penerima ujian.

Perasan tak di zaman sekarang, influencer sangat mainkan peranan untuk menyebarkan maklumat?
Baik untuk tujuan bisnes, atau khidmat masyarakat, peranan influencer sangat besar.
Masing-masing nak cari influencer untuk hebahan maklumat.
Dan perasan tak dalam kebanyakkan ujian berbentuk musibah, akan diturunkan kepada influencer (tak kira lah artis ke, instafamous ke, blogger ke, etc)?

Allah sengaja turunkan ujian pada influencer sebab itu cara paling mudah kita semua dapat ilmu, petunjuk dan hikmah. Kalau nak suruh kita pi majlis ilmu dengar ustaz bagi takirah memang berat la sikit, kan.
Malangnya ada antara kita yang salah baca hikmah.
Kita dok ingatkan ujian pada influencer tu adalah kerana dosa-dosa dia.
Padahal kalau kita gali hikmah, baru tau bertepek-tepek sebenarnya kena kat muka sendiri.

Berharap pada manusia adalah sesuatu yang wajar tapi perlu faham hidup ni ada naik turun.
Accepting someone in all circumstances is a form of respect.
Yang betul, kita raikan. Yang salah, kita betulkan.
Tapi zaman sekarang ni yang betul kita buat senyap, tapi part salah kita discuss sampai 2 bulan.

Sebelum salahkan orang, salahkan diri sendiri dulu.
Kita akan dapat sesuai dengan apa yang kita niatkan dan harapkan.
Kalau kita beli kuih sebab nak makan, insyallah kenyang. Bila kenyang, pasti semuanya sedap.
Tapi kalau kita beli kuih sebab nak compare sedap ke tak, maka kita akan dapat salah satu saja.
Kalau kita beli baju dengan niat untuk menutup aurat, kita akan dapat itu.
Tapi kalau kita niat beli baju sebab nak dapat puji, bila nanti orang tak puji, kita akan salahkan baju.

Jadi kalau minat kat someone tu, jangan berlebih-lebihan.
Bila minat terlebih, bermakna harapan yang kita letakkan pada dia sangat besar.
Semakin tinggi harapan, semakin tinggi juga risiko nak kecewa.