walk on wings, tread in air: Bandung 2018 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>




CONTACT ME

aveo757@yahoo.com

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Bandung 2018
2018-03-06

Genap seminggu barulah kita update trip ke Bandung.
Dia memang selalu macam ni. Dah peram lama sikit gambar, baru kita update.

Macam biasa, every year, awal tahun je pi Bandung lah untuk readykan collection raya.
Tahun ni gerak lambat sikit sebab tunggu Mak Aji and Pak Aji balik umrah dulu.
Kali ni dorang nak join ke Bandung.
Aku dah cuak je, ni karang takut bosan pulak mak bapak aku ikut aku sebab aku kalau ke Bandung dah bukan jalan-jalan lagi tapi bekerja.
Tapi Mak Aji kata takpe, dorang ok je ikut aku cari kain.
Dia ingat aku cari kain satu tempat agaknya.
Jenuh lah dorang berdua ikut aku ngan tailor aku dari satu kedai ke satu kedai.
2 hari berturut-turut makan lunch pukul 3.30pm. Kesian pulak aku tengok.
Tapi memang kalau ke Bandung gini lah kitorang, sebab masa suntuk jadi kena gunakan masa yang ada sebaik-baiknya untuk settlekan hal kerja dulu.
Tapi alhamdulillah Mak Aji and Pak Aji enjoy.

2 hari sebelum berangkat aku call tanya "Mama dah tukar duit ke blom?"

"Dah, mama tak bawak banyak. RM500 cukuplah kot"

Aku dengar macam....haa? RM500 je?
Tiket pergi balik 2 orang pun dah RM1K. Takkan duit tiket lagi mahal dari duit shopping kot. Tak berbaloi kot.
Lalu aku mensaiko beliau untuk tukar banyak sikit. Kalau tak abis takpe, biar aku habiskan.

Sampai Bandung pukul 8.30am, awal lagi. Appointment dengan tailor pukul 10am.
So kitorang mintak driver bawakkan ke kedai kain yang kitorang belum pernah pergi.
Dia bawak kitorang ke Kedai Sulam Kanna.



Yang dusty pink tengah pasang kat patung tu Mak Aji punya. Pakai dengan lace satu tone darker (also dusty pink). Memang cantik gila!

Pastu Mak Aji nak belikan Siti set lace yang kat sebelah tu. Ye ye je aku wasap si Siti "Mama tanya ko nak lace tak?"

Ada ke dia jawab "Takpelah...."??

Hoiii cantik gila ni ko taknak?
Tapi elok jugaklah kau tak pilih, karang hilang limelight aku. Kahkahkah.

Mak Aji offer aku "Ko nak lace tak? Pilih la, mama belikan".

Aku pakai lace?
Memang tak laaaaaaaaaa.

Pastu dia tanya "Ko rasa Ima nak lace tak?"

Aku jawab "Taknak".
Aku jawab bagi pihak je.
Sebab aku tau adik aku pun jenis tak pakai lace-lace ni.



Yang brader tu tengah pegang aku punya.
Mak Aji paksa pilih kain italian silk with sulam sorang satu.

"Kau pilih satu, pastu pilihkan untuk Ima, Siti dengan Dill"

Gasakkkkk.
Aku pilih je la warna-warna yang aku rasa cantik di mata aku.
Di mata korang aku tak tau la kan.
Tapi don't worry, semua warna-warna yang cun-cun. Yang paling cun mestilah warna aku. Kahkahkah.

Kitorang first customer pagi tu. Jadi first customer ni untung, selalunya dapat diskaun sebab "pecah telur".

Yang konon kata nak bawak RM500 je tu, kat kedai Kanna tu je dah habis RM1500. Baru satu kedai tu.
Aku sesen tak keluar lagi waktu tu.
Tu la kan, nasib baik aku saiko suruh bawak duit lebih, kalau tak sape nak habiskan kain-kain di Kanna ni?

Lepas settle kat Kanna, baru ke kedai tailor.
Macam selalu, memang kat sini la pertapaan paling lama.
Selalunya sebelum kitorang ke sana, sample design mesti dah ready.
Artwork pass kat dia since January lagi, then dia akan siapkan sample untuk kitorang check.
Lepas dah ok semua, baru proceed production.

Bos Fleur by Mrs Him takde hal. Semua pun boleh.
Yang cerewet ya hamat bos Fleur Men lah.
Ya ampunnnnn dia punya teliti bab teknikal sampaikan ke kaler benang pun dia boleh comparekan satu ton warna berbeza. Dah la aku lapar ni.
Tu baru pilih warna benang, belum pilih warna kain, belum cari fabrik kain lagi.
Haihh, tu pasal aku selalu lepaskan dia sorang je ke Bandung. Tak larat aku follow dia. Kurus aku nanti tahan lapar je keje.

4 jam discuss pasal kain, tapi tak beli apa pun lagi.
Memang always macam ni.
Selalunya hari pertama tu akan bertekak pasal material kain saja.
Nanti malam-malam sikit, rilek-rilek dalam hotel layan teh o, baru select warna kain.
Nak pilih warna takleh stress-stress, memang kena bawak balik color code tu ke hotel untuk decide.



Day 1, after 4 jam discuss, 3.30pm barulah lunch.
Dapat jugak aku bawak mak bapak aku makan kat Simpang Raya.
Ni tempat wajib pergi kat sana. Because lauk-lauk Padang memang kena dengan tekak aku.



Tanjat Pak Aji bila duduk je kat kerusi, lauk terus sampai.
Aku senyum je tengok dia gelabah. Hahahaha.

"Apesal banyak sangat ni, Diana?"

Suka aku tengok bapak aku panik macam tu.
Bila aku explain, ni memang style dia hidang banyak-banyak dan dia akan kita apa yang kita makan je, barulah dia lega.

Tapi boleh je aku nak bedal semua lauk-lauk ni. Bukannya banyak sangat pun.
Piring je yang banyak ni.



Yang Pak Aji pegang tu feveret dia - sup buntut, orang Bandung kata (sup ekor).



Lauk yang sedap-sedap semua aku susun depan muka aku camni. 
Senang nak ambik gitew.

Lauk wajib aku everytime masuk Simpang Raya mesti ada telur gulai (2 bijik aku sorang), daging goreng, paru goreng, and ayam goreng (2 ketul aku sorang).

Aku suka Simpang Raya, walaupun bukan fancy restaurant tapi selesa. Yang penting ada aircond and bilik air bersih selesa. Dan ada hose.



Kali ni ke sana duduk Holiday Inn pulak.
Aku ingatkan nak duduk Hilton balik semula tapi laki aku ni mana nak duduk hotel yang sama kalau pi mana-mana. 

Tak banyak gambar kat hotel aku ambik sebab aku memang dah malas sangat nak bergambar sekarang ni.
Tapi hotel ni selesa, breakfast sedap (tapi lagi banyak pilihan kat Hilton).




Ni je la aku sempat snap.
Sampai hotel pun dah pukul 4.30pm, kepenatan sebab pukul 5.30 jumpa tailor kat lobby pulak.

Sebenarnya bilik dia jauh lebih cantik dari dalam gambar ni, aku tak pandai cari angle cantik.
Bawah stage katil tu siap ada lampu bagai. Nak tadah muka kat lampu tu pun boleh.
Tapi risau je aku takut mak bapak aku bangun pagi mamai-mamai tak perasan step kat situ karang menangkup atas lantai.
Banyak kali aku pesan kat mak aku tengokkan Pak Aji tu everytime dia bangkit dari katil takut tersadung.

Aku pilih untuk stay kat executive suite.
Bilik deluxe pun boleh je kalau nak duduk, tapi aku saje book bilik tu biar mak bapak aku selesa.
Lagipun aku dah penah bawak mak mertua aku stay exec suite, and enjoy the facilities, so ni nak bawak mak bapak aku pulak.
Tapi tu la kan, sebab 2 hari je pun, tak sempat nak rasa all facilities.

Exec suite kat Holiday Inn ni ada indoor pool.
Kalau taknak join pool bawah, boleh rilek-rilek berendam kat private pool depan bilik je.
Tapi dah nama pun exec floor, dia punya tenang tu satu macam punya tenang sampai bunyik apa pun takde. Naik seram pulak aku. Takde orang mandi pun kat pool depan tu.
Laki aku kata nak swim tapi sampai ke sudah tak swim-swim sebab kepenatan.



Sementara tunggu tailor sampai, aku ajak semua lepak minum petang kat exec lounge.
Tapi dia punya evening tea tak se-best Hilton.
Hilton punya dessert spread lagi kaw-kaw.
Yang Holiday Inn ni cuma 4 jenis kek je.
Tapi takpelah kan, at least dapat gak minum-minum petang.



Kek yang laki aku pegang ni ya Allah sedappppppppppppppppppppppppppppppppppppppp!
Sejenis creme brulee perasa stoberi.



Maap la ya. 
Kali ni entry ni bakal penuh dengan gambar Mak Aji and boifren saja.
Sebab aku dah malas nak ambik gamba muka sendiri.

Mak Aji cakap "Suka bapak kau anak dia bawak jalan".

Sedih aku dengar.
Dulu masa kecik-kecik, kitorang nak jalan-jalan merasa duduk hotel cuma time ikut Pak Aji outstation.
Barulah dapat berjalan jauh sikit, merasa duduk hotel walaupun satu bilik sumbat semua.
Tido alas selimut (selimut bawak sendiri) atas lantai pun dah seronok.

Now, seronok rasanya bila bapak aku pulak ikut aku pi outstation sambil jalan-jalan.



Masa ni kitorang tempah baju untuk pakai sendiri-sendiri.
Tailor dari kedai tempat kitorang beli kain-kain datang ke hotel untuk ukur badan.
Baju kurung pesak gantung je untuk pakai Sabtu ni cousin aku kawen. Siap 1 hari je.



Suka tailor ni bila bapak aku speaking Jawa dengan dia.
Hanya En Wan je yang tak tempah baju, kitorang 3 orang semua tempah.
Paling dasyat bapak aku tempah 3 helai terus. Buat baju melayu nak bawak gi masjid katanya.



Malam tu, bawak dorang pi another tempat wajib singgah - Heritage.
Kat sini Mak Aji shopping untuk cucu-cucu pulak.
Nak cari barang branded yang reject-reject meh la pi sini.
Kadang tu bukan reject apa pun, label dia jahit senget je. Tu pun masuk outlet.
Baju Osh Gosh B Gosh sepasang baru RM33.
Nak raya sok datang sini la beli baju anak-anak, murah and cantik.
Tapi pastikan kau shopping lebih dari harga tiket flight la ya, kalau tak, tak berbaloi datang jauh-jauh.



Masuk sini yang lelaki and perempuan berpecah. Pak Aji and En Wan terus naik ke tingkat atas tengok-tengok baju lelaki.
Aku teman Mak Aji cari blouse untuk dia pastu carikan baju cucu-cucu dia.
Malam tu aku masih berjaya untuk tak keluar se-sen pun bershopping. 
Dah menganjak ke umur 41 ni dah naik malas pulak aku nak beli baju. 
Tanda-tanda awal nak menopos gini kot.



Lepas ke Heritage, gi seberang jalan pulak.
Apa nama ntah tempat ni, ni antara tempat wajib jugak.
Ingat nak pi STAMP depan Heritage, rupanya dah bungkus.
Kau nak cari kemeja Zara Men, Burberry, Massimo Dutti, Hugo, meh la ke sini.
En Wan rembat sehelai kemeja kat dalam ni.
Aku masih menjuarai carta, tak beli apa pun.
Yang aku tempah ngan tailor tu bukan aku beli, tu Mak Aji yang belikan kain.



Kemeja-kemeja batik Indo macam ni cantik-cantik, especially warna-warna pastel.
Memang cun sangat kalau nak pi wedding kalau malas nak pakai baju melayu.



Murah-murah.
New but reject items.



Lepas jalan-jalan, gi dinner kat Kedai Belacan.
Ni kali ketiga masuk sini.
Dari zaman kerusi kayu sampai dah ke kerusi jut.
Maju dah tempat ni. Cantik dah.
Saja masuk sini sebab nak bagi Mak Aji rasa makan ikan gurame bakar.



Apesal aku nampak floless sangat ni? Padahal orang lain tak pun. 
Ke memang dah floless? Apa rahsianya?
Kahkahkah.



The next day.
Muka pun nampak letih sangat sebab tak cukup tido.
Maunya tak, the day nak gerak tu dah la bangun pukul 3.30am, pastu malam tu tido pukul 1am sebab laki bini dok men-discuss warna kain.
Jenuh nak pilih warna, nak follow color of the year lagi, nak follow warna permintaan lagi.
Bangun-bangun je muka dah macam zombie.

Ni la private pool tu. Depan bilik je.
Tapiu takde orang mandi pun. Samada awal sangat (masa ni belum pukul 8am pun lagi) atau memang on weekdays floor ni tak ramai guest.
Ni kalau anak-anak aku ada sekali ni, lepas Subuh dorang dah terjun tak naik-naik.



Eyebag jangan tinggal ya. Henbeg boleh tinggal, eyebag jangan.



Bapak aku menjak balik umrah rambut tak tumbuh-tumbuh.
Si Ibal balik umrah 2 minggu, rambut dah potong 2 kali.
Now Ibal punya pesen adalah skin head.
Sejak balik umrah dua kali dah dia tebas rambut dia, taknak ada rambut dah dia kata.
Senang, jimat shampoo.

Oh yes, outdoor pool sebelah cermin tu.



Ni kali kedua aku panjat Tangkuban Parahu.
Kali pertama aku naik 4 tahun lepas kalau tak salah.
Dulu siap jalan 1km ke Kawah Domas. Sampai sakit-sakit kangkang aku turun naik bukit.
Kali ni hanya bergambar-gambar je sebab bawak Mak Aji and Pak Aji kan, takkan nak ajak dorang berjalan sampai 1km pulak. Lagipun tobat aku taknak dah. Gila jauh and sakit kaki weeeeei.
Kalau jalan rata takpelah jugak, ini jalan trek hutan.



Waktu kali pertama aku pegi tak sejuk sangat.
Kali kedua ni sejuk ya amat!
Aku pulak konfiden je pakai blouse. Berkabus teruk.
Tapi best la sebab kat Malaysia dah payah nak jumpa kawasan berkabus teruk macam ni.



En Wan dah pening-pening and loya kat atas ni sebab dia tak tahan bau belerang.
Sape naik sini, bila turun please cari susu atau minum teh o ya.
Kasi detox hawa-hawa belerang yang kau sedut tu.



Turun dari Tangkuban Parahu, terus ke kedai kain.
Dah decide kain apa nak beli.
Selalunya kitorang akan ke kedai, konfemkan warna and corak apa nak, pastu bagi nama tailor kat kedai.
Nanti tailor akan settlekan payment and arrange angkut kain ke tempat production.
Kiranya kitorang ke sana, pegi melenggang, balik pun melenggang sebab semua tailor akan uruskan.

Budak yang potong kain ni nama dia Kris.
Dari pertama kali aku jejak Bandung sampai la sekarang, dia masih kekal di kedai ni.
Dari bujang sampai now dah ada anak sorang.
Nampak je muka En Wan, konfem layanan spesial punya. Regular customer gitu.
Yang dia tengah ukur tu bukan salah satu warna koleksi raya Fleur tapi itu baju melayu raya laki aku tahun ni.

Hint konsep raya collection 2018 : batik.



Settle hal kain, barulah pegi makan.
Lagi sekali, lunch pukul 3pm. Kali ni pekena nasik Padang kat Sederhana pulak, regular place juga tapi malas ambik gambar.

Lepas lunch, ke Kartika Sari.
Mak Aji nak beli buah tangan.



Suka kemain dorang nampak banyak kuih-kuih tradisional kat dalam ni.
Kat Malaysia mana tempat jual kuih melayu konsep macam ni?
Mesti best kan? Lepak-lepak having tea with onde-onde, nagasari, kaswi......oh makan je keje aku.



See see see?



En Wan beli buah tangan untuk budak-budak kat opis.



Kek pun ada. Aku tapau satu black forest.



Gift set pun ada.



Kat sini je Mak Aji borong sampai 3 beg (lagi satu beg dia pegang).




Menjak dah pandai guna panorama ni kan, semua benda aku nak pakai panorama.
Tapi amateur lagi, masih senget-benget.
Tak kisahlah janji nampak gambar pemandangan penuh.

Ini dinner kat The Stone.
Feveret place jugak ni.



Seronok Pak Aji and Mak Aji melepak kat sini santai-santai.
Ingat nak bawak pi Atmosphere tapi macam formal sangat situ kan, jadi aku bawak pi The Stone lah senang boleh rilek-rilek tengok nice view.
Aku suka pi sini sebab dia punya Bruschetta and mushroom soup sedap.



Nasik goreng pedas level biadap ni.
Kesian bapak aku tergigit cili sampai pijar bibir.
Menggagau-gagau carik air.
Dah la dia mintak teh o panas. Takkan pedas nak lawan dengan panas, makin juih bibir nanti.
Nasib baik orange jus Mak Aji ada semetara nak tunggu waiter hantar air sejuk.
Mencungap kejap bapak aku.




Ni dua sedap gila.
Tak offer kat sesape pun. 
Tapi orang punya aku tanya "Sedap ke tu? Sedap ke tu?"
Hahahahahha.

Malam tu again tido lambat sebab tailor yang aku tempah baju kurung pesak tu datang pukul 11.30 malam. Tapi takpelah, paham 5 pasang baju kot, of cos ambik masa nak siapkan dalam 1 hari.
Tapi cantik jahitan dia, kemas je.
Esok paginya, balik ke KL guwe pakai baju kurung baru. 
Pastu cepat-cepat basuh sebab Sabtu ni nak pakai lagi untuk kawen cousin aku, so tunggu lah nanti aku ambik gamba baju tu.



Sedih rasanya nak buang pic profile yang lama.
5 tahun aku pakai pic profile yang sama kat FB, akhirnya semalam aku tukar baru.
Tapi disebabkan aku taknak orang komen, jadi aku privatekan post tu. Korang baca kat sini je lah.

Syahdu je rasa masa nak tukar gambar baru.
Bila kau dah 'hidup' dengan gamba tu hari-hari for 5 years, bila nak tukar boleh la pulak rasa nak menangis. Padahal gambar sendiri.
Macam ni lah agaknya perasaan Tom Hanks masa bola Wilson dia hanyut *tetiba*.

By the way, yang penah beli Makeup Remover, please check email masing-masing.


posted by aveo757 @ 11:41 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER