2018-03-04

Deposit


Ramai betul bagi tips rumahtangga 2-3 hari ni.

"Mesti ada curiga kalau suami letak password kat henfon"

"Mesti check henfon suami"

"Mesti tau duit suami spend kat mana"

"Try call phone pejabat suami sekali-sekala untuk spotcheck betul ke dia datang ofis"

"Kalau suami bergaya lain macam je, kena curiga"


Adehh, aku baca tips ni pun dah berdebar-debar.

Tips-tips ni bagus untuk create awareness tapi janganlah melampau sangat.
Bunyiknya macam bagi tips keharmonian rumahtangga tapi ujung-ujung dah macam nak menakut-nakutkan.
Aku baca pun naik rimas. Tu cara-cara bukan aku yang di-spotcheck. Kalau aku jadi laki tu pun aku fedap.

Boleh nak berhati-hati, tapi janganlah sampai paranoid sangat.
Jangan pukul rata perubahan pada suami semuanya kerana dia ada perempuan lain kat luar.
Jangan curiga yang berlebihan nanti kau yang sakit jiwa lama-lama jadi saiko.

Bila everyday kita melatih diri untuk curiga dengan suami, hati dah tentu takkan tenang punya.
Mana nak pikir pasal hal keje, nak pikir pasal anak, nak pikir balik nanti nak masak apa, pastu kau tambah lagi dengan keje check wallet suami, check henfon suami....ya ampunnnn letih.
Lama-lama kau stress sorang-sorang sebab semua benda nak kontrol.

If you suspect your husband is cheating on you, sebelum ambil apa-apa tindakan, please be certain your claim.
Bukan apa, nanti malu sendiri.
Aku pernah dah terkena dulu.
Tetiba kena terjah dek bini orang. Dia call aku tanya apesal nombor henfon aku appear banyak kali kat bil statement henfon laki dia, waktu malam pun ada.
Ya ampunnn, tanjat ai.
Padahal dia tak tau aku ni supplier (masa tu buat bisnes biotek lagi).
Customer ni kalau dah urgent, pukul 10 malam pun dia akan call takut nanti esok-esok dia terlupa.
Tapi aku tak bagitau laki dia yang bini dia serang aku. Bukan apa, nanti jatuh airmuka suami.
Dah la laki orang tu title Prof Madya Dr. Title kemain gempak tapi bini kat rumah sejenis singa. Mesti dia malu kan kalau tau bini dia serang aku membabi buta.
So, aku decided not to inform him. Anggap je la aku kena serang tu sebab aku hawtttt. Kahkahkah.

Selalunya, orang yang bagi tips-tips paranoid ni adalah mereka yang pernah alami kes-kes kecurangan. Tapi berpada-pada, sebab bukan semua perubahan tu ada sangkut-paut dengan skandal.
There are certain signs you need to watch out for, but please, do not jump to conclusions hanya berpandukan pada tanda-tanda saja. Kena pastikan sangkaan tu betul, bukan sekadar bersangka-sangka.

Suami letak password pada henfon, tak bagitau password FB, main whatsapp malam-malam, kerap balik lambat, malas nak berkomunikasi - these are among the signs.
The signs may be obvious, tapi kadang-kadang suami kita berubah sikap simply because of work stress, mungkin busy month at work.
Selagi belum jumpa bukti konkrit, janganlah soal macam-macam sampai Hamba Allah tu fedap.
Kadang tu, punca bergaduh tu sebab kita paranoid sangat padahal Hamba Allah tu tak buat apa-apa pun. Dah jadi macam cemburu buta pulak.

Perangai pompuan kebanyakkannya macam ni. Fitrah orang kata.
Memang suka cari tanda-tanda ketidaksetiaan seorang suami walaupun sebenarnya takde apa yang nak dirisaukan. Dia sendiri yang nak cari. Bila kepala dah tune nak cari salah, maka kau akan create sesuatu supaya benda salah tu wujud. Bintat pun kau mati-mati kata lovebite.
Kadang-kadang dek kerana terlampau nak cari tanda-tanda, kita mengabaikan tanda-tanda jelas yang jadi akar pada masalah sebenar.

Jangan biasa menakut-nakutkan diri dengan cari tanda-tanda macam ni.
Instead, lengkapkan diri dengan perkara yang akan membuatkan kita kuat dan selesa sekiranya apa yang kita takutkan tu terjadi.
Contohnya, instead of gigih nak spy pergerakan suami, baik kau gigih cantikkan diri - gi buat spa, gi buat facial, gi buat teeth whitening.
Instead of cari jalan camana nak pecahkan password henfon suami, lebih baik kau cari jalan camana nak tambah savings.
Bukan apa, kita tak tau mana satu yang lebih dulu berlaku, samada laki kita kawen lain atau laki kita mati dulu sebelum kawen lain.
Jadi apa-apa pun persediaan tu mesti ada.
Sampai bila kita nak buat keje spy-menspy ni? Takkan habis punya keje men-spy ni.
Dari aku start kawen 17 tahun lepas, sampai lah sekarang, tak abis-abis orang dok ajar tips-tips nak detect kalau suami ada awek kat luar.
Yang tak banyak diajar adalah camne nak prepare kalau suami mati (atau ceraikan kita).

Ye lah, siapa tak sayang laki, kan.
Kalau laki kita tu 4 orang takpelah jugak. Ini sorang je, of cos kita sayang dan nak jaga.
Tapi kalau nak hilangkan suami dari kita ada macam-macam cara. Kalau dah ajal dia sampai, hilang juga.

Allah letak deposit kat kita 3 benda.
Deposit tau, bukan savings.

Yang pertama family.
Family adalah orang-orang yang paling hampir dengan kita yang kita communicate everyday.
Seorang suami dipertanggungjawabkan dengan isteri (mungkin lebih dari satu).
Seorang isteri diberikan seorang suami (tak pernah lebih dari satu).
Dan suami isteri diberikan anak yang diamanahkan.
Mak bapak pulak Allah depositkan anak-anak dengan cara bagi pelajaran, ajar agama, bagi makanan yang sihat dan bagi nasihat kepada kebaikan.
This is the gifts that we must guard and be accounted for.

Deposit yang kedua, harta.
Jaga deposit ni dengan zakat dan sedekah.

Deposit yang last sekali, diri sendiri.

Dah namanya deposit, sampai masanya cukup tempoh kena pulangkan balik.
Kalau savings (simpanan), dah tentu kita punya terus sampai bila-bila, betul tak?

Satu persatu deposit ni Allah akan ambil.
Mula-mula ahli keluarga (ibubapa) kita yang meninggal.
Harta dikurangkan sikit-sikit.
Dan seterusnya apa yang ada pada jasad kita pun diambil sikit-sikit.
Mula dengan mata jadi rabun, telinga dah kurang dengar, badan dah tak kuat, rambut pun dah kurang, dari hitam jadi putih, dan last sekali Allah ambil kita terus.

Baik suami, baik isteri, baik anak, semuanya deposit.
Kita manfaat sajalah deposit-deposit ni untuk dijadikan ladang amal sebelum diambil balik.

I am not here to advise but as our reflection together.
Kerana kita semua tak tau limit kita sampai bila.