Semua orang buat salah kerana tak ada orang yang sempurna baiknya.
Dalam pada masa yang sama, tak ada orang yang sempurna buruknya.
Everyone is made equal by Allah. It has advantages as well as weaknesses.
Kadang-kadang manusia pilih jalan-jalan yang kabur.
Kadang-kadang unconsciously pilih jalan gelap.
Bila ditegur, barulah kembali ke jalan yang cerah.
Maybe I am one of those people yang dalam mencari jalan cerah, terpilih pulak jalan yang gelap.
But that is the mistakes that make people learn.
Selalunya kesilapan akan membuatkan manusia naik satu level kebijaksanaan.
Jangan always anggap berbuat silap tu adalah perkara keji and unforgivable stuff, especially untuk first time mistake (lainlah kalau kesalahan yang sama dibuat berulang kali. That's another story lah).
Sometimes, kita perlu nilaikan kesalahan tu dari sudut pandang yang bijaksana, yang dapat melihat bahawa kesalahan is the most memorable lessons.
Tapi janganlah ingat buat salah tu tak apa.
Kalau sekali memanglah tak apa. Kalau dah banyak kali, balik-balik salah yang sama kau buat, tu memang nak kena.
At the same time, jangan terlampau kesalkan kesalahan yang kita dah buat sampai takleh buat keje lain. Be a tough person, a person who quickly learn from mistakes. Nak sedih nak menung apa dapat?
Akui silap, minta maaf dan maafkan diri sendiri.
Kemudian, cari punca salah di mana, evaluate and look for possible solutions.
Minta maaf.
Inilah benda yang susah nak buat.
Bukan semata-mata kerana ego, tapi kerana takut tak dimaafkan.
Kadang-kadang dah minta maaf pun masih lagi diejek-ejek diungkit-ungkit.
Tapi bila orang tu tak minta maaf kita demand for apology.
Bila dia dah minta maaf, kita pulak banyak cengkadak.
Orang selalu question "Kenapa susah nak minta maaf?"
Sebelum tanya tu, tanya dulu diri kita, kalau dia minta maaf, aku maafkan ke tak?
Kerana punca orang taknak minta maaf selalunya kerana takut kita tak maafkan.
Jadi kalau kita rasa kita tak boleh nak maafkan, tak payah la tanya apesal dia taknak mintak maaf.
Tak payah la canang satu kampung "Dia tu sombong, dah buat salah taknak mintak maaf!".
Walhal kita yang susah nak memaafkan.
Memaafkan orang yang pernah buat salah pada kita memang payah tapi tak bermakna not being able to forgive.
You can indeed forgive the person tapi jauh di lubuk hati paling dalam mesti ada something yang buatkan kita rasa tak boleh hilang.
Yang tu biasa.
Memaafkan tak semestinya boleh melupakan tapi bila kita memaafkan sekurang-kurangnya satu beban dah hilang.
Beban menjawab kat akhirat esok namanya.
Kerana orang yang meminta maaf kedudukannya lebih mulia daripada mereka yang taknak memaafkan. Malah orang yang macam ni termasuk dalam golongan yang akan check-in neraka.
Ibn Abas berkata bahawa Rasulullah bersabda, "Ada sepuluh golongan yang tak akan ke syurga kecuali mereka bertaubat. Mereka adalah al-qalla, al-jayyuf, al-qattat, ad-daibub, ad-dayyus, shahibul arthabah, shahibul qubah, al-'utul, az-zanim dan al-'aq li walidaih".
Rasulullah saw ditanya, "Siapakah al-'utul tu?"
Baginda jawab, "Orang yang taknak memaafkan kesalahan orang lain yang meminta maaf atas dosa yang dilakukannya".
Ya, aku tau mesti ada yang cakap "Amboii kalau macam tu senanglah hidup. Buat salah pastu minta maaf. Buat salah lagi pastu minta maaf".
Bukan semua orang ada keberanian nak jatuhkan ego and airmuka sendiri untuk minta maaf.
That's why minta maaf tu bukan semorang willing nak buat.
Sebelum nak meminta maaf tu entah berapa hari Hamba Allah tu tak makan, tak tidur, tak mandi, mengenangkan macam-macam consequences yang perlu dia hadapi.
It's not easy for them too.
Jadi, bila dia dah sanggup ke depan dan minta maaf, maknanya dia dah 'merendahkan diri' dia dan menjatuhkan egonya untuk meminta maaf.
So apa lagi yang kita nak dari dia?
Cuba imagine kita yang kena minta maaf, agak-agak senang ke susah?
Kalau kita rasa susah nak meminta maaf, jadi bertolak-ansurlah.
Bila dia mohon maaf, kita maafkan saja.
Insyallah, salah yang sama takkan berulang.
Sebab secara lojik, kalau orang tu spesis sardin buat salah yang sama berulang-kali, adekah dia sejenis yang berani minta maaf?
Takde maknanya.
Selalunya orang yang buat salah yang sama berulang kali ni tak reti minta maaf.
Yang jarang-jarang buat salah tu yang berani minta maaf, jadi maafkan saja lah.
Nak lupa ke, tak boleh nak lupa ke, itu kendian settle.
Yang penting selamatkan diri sendiri dulu dari jadi golongan al'utul.
To those who need to apologize, it's not an easy thing to do.
Kerana setiap kali kita minta maaf bermakna kita akui kita buat silap.
Nak mengaku salah pun bukan semua orang mampu buat apetah lagi nak minta maaf.
Dan setiap kali buat silap, ada potensi untuk rasa down.
Rendah sangat rasanya diri bila terpaksa merendahkan diri meminta maaf.
Tapi sebenarnya, lepas kita minta maaf, ada yang lebih susah nak dibuat iaitu bangkit semula.
Bangkit dari rasa down is not an easy job to do.
Sebab kali ni kita fight dengan diri sendiri.
Waktu ni lah kita salahkan keadaan, salahkan diri sendiri, masa ni lah macam-macam 'kalaulah' yang muncul.
"Kalaulah aku tak..."
"Kalaulah dia tak..."
"Kalaulah kita tak...."
Dah, takyah pikir.
Regrets will not make you any better.
Kalau yang memaafkan masih ada parut tersisa, yang meminta maaf pun ada juga.
Tapi bukan parut, but rasa 'kalah' sebab kena minta maaf.
Dalam meminta maaf, bukan menang yang kita cari, but the real goal is to enjoy every process and being grateful for every gift.
Lepas minta maaf, tutup that akaun, buka akaun baru, rise and shine.
Kerana setiap manusia tak lepas dari berbuat salah.
Dan setiap kali itu jugalah sentiasa ada kesempatan untuk memperbaiki diri.
TODAY LAST DAY.
Boleh klik di bawah ni untuk order atau bertanya :