2017-12-10
Tetek tinggi
Entry ni ada 2 gambar berbeza dari 2 orang yang berlainan tapi ada aset yang sama (rasanya).
Ok.
Mukadimah entry kali ni gamba ex-camwhore yang nampak gaya macam dah insaf sikit.
Kalau tak dulu tetiap hari tayang muka je dalam blog.
Tu gambar Isnin lepas. Aku letak kat IG gambar ni.
Pastu ada 2-3 orang DM cakap "Kurusnyaaaaaaaaaaaaaa!".
TAK!
ANDA SALAH.
Berat badan aku sama je dari awal tahun sampai sekarang. 51-52kg. Tak pernah kurus dari tu.
Ada la sekali dua terbabas ke 53kg tapi patah balik ke 51-52kg.
Takde berubah banyak pun.
51-52kg memang ideal weight tapi kalau dapat capai 48kg lagi best kot.
Yang sebetulnya aku nampak dah "kurus" sebab selama ni aku pakai abaya.
Abaya kan potongan lurus dan kembang. Haruslah nampak pemakainya kembang juga.
Bila sesekali pakai baju ikut potongan barulah jumpa pinggang. Tu pasal nampak macam kurus padahal berat tak berubah pun.
"Untungla makan banyak tapi kurus"
Ni selalu followers aku komen everytime aku post gambar makanan kat IG.
Sebenarnya aku tak kurus.
Sape pernah tengok aku tahun 2007-2010 (before mengandung Rayyan), aku lebih kurus. Waktu tu 47-48kg.
Tapi masa aku kawen dulu lagi kurus (kering) - 41-42kg je.
Berat aku sekarang 51-52kg, kalau tanya kawan-kawan aku, dorang akan cakap aku gemuk sebab aku pernah kurus ya amat dulu.
Tapi aku happy dengan berat badan sekarang, ideal. Sedang-sedang. Asalkan tak exceed 54kg (borderline aku).
Sebenarnya, kalau nak kurus, kau kena jaga makan je.
Jaga makan bukan bermakna berlapar tapi kawal apa yang kau ambik.
Aku tak pernah berlapar demi nak kurus.
Aku tetap makan apa yang aku rasa nak makan.
Tapi syaratnya makan bila terasa lapar.
Aku tengok ada yang beria nak diet sampai kunyah daun sehari suntuk.
Allahuakbar. No need buat macam tu sayang.
Ikut je cara Nabi - makan bila lapar, benti sebelum kenyang.
Aku tengok some buat jadual pemakanan pagi makan roti sekeping, pukul 10 snek makan sup, tengahari makan buah, pukul 4pm makan snek biskut, malam makan nasi 4 sudu, pukul 10 malam snek roti and susu.
Seksa nau rasanya kalau kena kat perut aku.
Actually snek-snek ni smeua tak perlu.
Kau makan je bila kau lapar, tapi pastikan kau benti sebelum kenyang.
Aku ni kadang kalau pagi makan nasik lemak paru, lunch tak makan dah. Sebab tak lapar.
Rasa nak mengunyah memang ada tapi sebenarnya bukan lapar pun. Sabit nak mengunyah je.
Yang mengunyah ni sebenarnya yang kena kawal.
That's why GC Plus tu aku buat fungsinya lebih kepada mengurangkan rasa lapar.
Kita kerap makan bukan sebab nak makan, tapi sebab tak rasa kenyang. Bila tak rasa kenyang tu yang asik nak mengunyah je.
Minum petang pun kadang-kadang. Most of the time tak. Sebab tak lapar buat apa nak minum petang.
Tapi makan malam sebolehnya before 8pm.
Malam ikut la kadang nasik, kadang meratah. Jadinya, aku makan 2 kali je sehari.
Ada la waktu-waktunya aku bedal sampai 4 kali makan tapi tak selalu.
Eat solid food, kau akan rasa kenyang. Jadi tak perlu makan berkali-kali.
Ok done with that.
Sebenarnya ada benda lain aku nak cakap berkenaan dengan gambar aku kat atas tu.
Ada kaitan dengan gambar bawah ni.
Tak tak.
Aku takde iras-iras Neelofa.
Hari tu kan kecoh-kecoh orang kecam dia pasal baju dia ketat padat macam ni.
Ada reader mintak aku buat entry pasal ni tapi mood belum mari. Now baru ada mood.
Baju ni ketat untuk orang yang ber-'aset' besar. Untuk yang 'aset' kecik, baju ni just nice.
Neelofa ni dada dia agak besar. Dari zaman dia free hair lagi aku dah perasan dada dia besar.
Aku tak sure if size dada dia sama ngan aku. Tapi housemate aku dulu selalu kata aku 'selambak'.
Now dah berisi sikit nampak ada keseimbangan di situ. Tapi masa berat badan aku 48kg boleh nampak jelas tak berapa 'balance'. Boleh check entry lama-lama.
Oh tak. Lupa pulak semua gambar lama aku dah mosaic. Hahaha.
Orang berdada besar ada 'kekurangan' sikit.
Bila dia pakai baju potongan lurus, dia akan nampak besar sebab dada besar.
Baju yang dipakai akan jatuh ikut size dada.
Bak kata Rayyan "tetek tinggi".
Semakin "tinggi tetek", semakin besar nampak badan kau.
Kalau nak nampak kurus, kena pakai baju berpinggang. Barulah orang nampak "Ohhhh kurus rupanya dia".
Tapi bila pakai baju berpinggang, dada nampak terjojol sangat pulak.
Macam Neelofa ni sebenarnya kurang sesuai pakai baju ketat sebab dia ada ciri-ciri yang aku mention tadi. Orang yang berdada besar kalau pakai round neck atau turtle neck memang akan nampak badan besar except dia pakai ketat di pinggang. Kalau nak nampak dada tu kecik sikit kena pakai V neck. Tapi kalau bertudung camana nak pakai V neck kan.
Tapi kena faham juga kerjaya dia macamana.
Kerja dia, persekitaran dia, menuntut dia untuk sentiasa bergaya dan bercantik-cantik serta up-to-date.
Lainlah dia keje duduk opis 24 jam takde sape tengok.
Baru-baru ni orang kata tudung dia pun dah tak macam muka-mula berhijrah.
Now pakai tudung dah nampak leher katanya.
Pernah la aku nampak sekali dia pakai tudung ala Yuna ni masa dia kat overseas, tapi rasanya itu je la kot dia pakai macam tu.
Kesian pulak aku tengok dia ni.
Manjang je kena perati.
Tapi ni benda biasa. Setiap kali Tuhan bagi rezeki, Dia datangkan ujian sekali. Normal lah tu.
Dia pun bukan nak sangat pakai macam ni tapi tuntutan kerjaya.
Bukan senang untuk someone yang berada dalam kelompok kerjaya macam dia nak tepis 'godaan' macam ni.
Berapa orang dalam industri dia yang 'givap' bertudung atau belum ready pakai tudung? Ramai.
Kalau kita berada dalam industri yang sama, yang terdedah dengan limelight, dengan fashion, dengan event gah-gah 24 jam, belum tentu kita boleh bertahan berbaju kurung longgar sepanjang masa.
Dia dah maintain bertudung tu pun dah syukur dah tu.
Cara-cara kita yang takde sape perati dan tak dilimpahi dengan glamour ni pun belum boleh nak berpakaian syari'i.
Kalau kita berada di tempat dia agaknya lagi teruk kita berpakaian.
Anggap je lah dia pakai macam tu sewaktu bekerja. Waktu lain dia tak pakai macam tu.
Takyah nak kecam sangat.
Kalau kecam, belum tentu dia berubah. Yang pasti kita dapat dosa. Sebab kita bukan nasihat. Kita mengecam.
Tapi kalau kita doakan dia, dia mungkin tak berubah tapi dah pasti kita dapat pahala sebab doa adalah ibadah.