2017-12-11

Tak kisah la nak bangga dengan bagaimana kita sekarang, tapi jangan lupa bagaimana kita bermula.


Entry aku last week pasal sistem pengambilan pelajar.
Kawan aku respond.
Ni kawan-kawan aku sama blaja kat U dulu. Dia bekas Timbalan Wakil Pelajar zaman aku matrik. Dulu cikgu di MRSM Bentong, now di MRSM Kuala Kubu (IGCSE).




Aku suka reply dia tentang sistem pengambilan pelajar berdasarkan interview, bukan akademik semata-mata. Tapi jangan pulak ada yang salah faham kat sini.

Meh aku elaborate sikit.

1. "Kami tak tengok pun result masa interview. Kami tengok dari segi self-confident semasa bercakap".

Jangan pulak ada parent yang kata "Oh, kalau tak tengok result, rugilah anak-anak kami dapat straight As".

Pakcik, sabaq dulu na.
Bukan macam tu maksudnya.

Ni karang ada yang kata akademik tak penting sangat, yang penting bla bla bla bla bla.

Kita kena ingat kalau akademik tak bagus, panggilan interview pun anak kita takkan dapat.
Jadi maksudnya kat sini, syarat untuk dipanggil ke interview adalah berdasarkan keputusan akademik. Apa-apa pun dia akan balik ke result akademik jugak. Dah kalau kau kata akademik tak penting, celah mana nak datang jemputan pergi interview?

Ini lah sebenarnya konsep yang salah.
Konsep ni la yang selalu di agung-agungkan oleh those yang berjaya tanpa kelayakkan akademik.
Yang katanya boleh jadi kaya walaupun tak blaja tinggi.
Boleh dapat pangkat yang besar walaupun dulu bermula sebagai pembacuh kopi.

Jangan bagi pemahaman yang salah.
Jangan eksyen bagitau "Blaja tu tak penting, yang penting kena rajin".
NO!
Statement tu salah.

Statement yang betul adalah "Belajar kena sama penting dengan usaha".

Cuba ingat balik zaman-zaman kita habis blaja menggagau carik keje.
Apa yang membuatkan kita layak dipanggil untuk interview?
Bukan ke dari keputusan akademik?

Kau rasa kalau keputusan akademik kau tak bagus, majikan tu tau ke kau seorang yang rajin?
Tak pun.
Tapi disebabkan kau dapat result yang bagus, yang mencapai syarat minimum untuk panggilan interview, barulah kau dipanggil untuk ditemuduga.
Dalam proses temuduga itulah baru bakal majikan nampak point-point bonus yang ada pada kau.
Bila diambil bekerja barulah nampak kau seorang yang rajin.
Barulah kemudian naik pangkat.
So, permulaaannya adalah akademik juga.
Disebabkan result akademik kau maka kau dipanggil interview.
Jangan nak gebang kau blaja tak pandai sangat tapi akhirnya berjaya jadi manager.
Betul, kau blaja tak pandai sangat tapi akhirnya berjaya jadi manager.
Tapi kau kena lalui tempoh perjalanan yang panjang, kan?
Kalau kau blaja pandai sikit, tempoh nak jadi manager tu mungkin lebih pendek.
Jangan konfiuskan diri sendiri, ok?

Samalah macam sesetengah bisnesman/woman di luar sana.
Yang setiap kali keputusan exam keluar, dia buat statement "Saya dulu pun tak pandai, tapi akhirnya berjaya jadi jutawan".

Yang jadi jutawan tu kau highlite.
Yang susah payah kau ikat perut bergolok bergadai kau taknak cerita? Cerita lah sama.
Biar budak-budak tau nak jadi jutawan tu perjalanannya panjang.
Agak-agak tak berani, maka pilihan yang ada adalah blaja lah pandai-pandai supaya boleh makan gaji dulu, kumpul duit, cari pengalaman, baru bukak bisnes.

Jadi berbalik pada sessi interview pengambilan pelajar ni, konsepnya sama.
Para penemuduga tak tengok result sebab soal result UPSR dah settle. Itu stage one. Kau kena lepas stage one baru layak masuk stage 2.
Stage kedua adalah interview pula. Kat sini cikgu-cikgu nak tengok kemahiran bertutur, berkomunikasi, memberi pendapat, etc. That's why masa ni dah tak tengok result lagi.

Macam kita pi interview keje jugak.
Stage one dia scan kita cukup syarat tak untuk dipanggil interview. Kat sini la pentingnya sijil.
Kalau layak, masuk stage 2 - datang interview. Interview pun ada yang sampai 3 stage pakcik.
Aku dulu masa interview kat Prudential sampai 3 tapisan.
All 3 stage tu takde satu pun bukak akademik transkrip aku. Sebab dorang tau benda tu dah tak perlu because yang layak ditemuduga semya dah melepasi syarat minimum.
Kat interview tu semua bagi soalan common sense tentang health and community je.
Masa tu aku interview untuk post Medical Underwriter.
Syarat dia masa tu CGPA 2.7 and above. Pastu ada BioMedic background.
Kau rasa kalau akademik tu tak penting, apesal ada majikan letak minimum pointer?

Because it has been proven (too) that those with the best grades are NORMALLY the ones who are chosen first when it comes to getting the best jobs. Yang ni memang takleh deny.
Sebab, bila someone tunjukkan yang dia serius dalam akademik and excel academically, ia menunjukkan kesediaan mereka untuk berjaya dalam hidup juga.


2. "Yang penting depa bagi respon, speak, try to speak, jangan geleng angguk je. Kami nak tengok depa bagi opinion, problem solving"

Alaaaa...nape la aku tak bukak topik ni awal-awal. Kalau tak boleh aku dijadikan tips kat anak-anak yang nak pi interview MRSM/SBP tu hari.

Memang betul, ini skill yang budak-budak perlu ada.
Kalau skill ni tak dilatih dari zaman skolah, memang masak la kau masa kat U nanti.
Sebab kat U sentiasa ada presentation and group work.
Dah tak jumpa dah lecturer nak suap kau dengan nota and ideas.
Kau kena cari sendiri, perah otak keluarkan idea, selesaikan masalah, cari resources.
Tu pasal ada kes kat U balik-balik yang present orang yang sama. Sebab tak ramai yang berani and ada skill bercakap dek kerana zaman skolah tak penah buat semua tu.

Nak kena bercakap ni pun kena ada skill.
Skillnya adalah kena banyak membaca (bukan buku skolah semata), banyak berkawan, banyak berjalan, maka kau akan ada banyak idea.
Some budak yang cream, hidup dia dengan buku skolah je.
Kau twist sikit soalan selain dari yang dalam buku teks konfem otak jem.

Dulu zaman Redza skolah rendah aku prektikkan kalau pi Select, suruh dia turun pi beli roti and sekaya. Kalau tak jumpa roti, mintak dia tanya kat kaunter mana roti.
Pegi 7-11, duduk dalam kereta, bagi duit kat dia, suruh dia keluar beli barang.
Gi mamak nak basuh tangan, tunjukkan je sink kat mana, biar dia jalan sendiri. Jangan teman.
Sebenarnya benda-benda simple macam ni pun some budak tak berani buat. Lagikan nak suruh bercakap.


3. "Depa kena pandai English, faham English sebab silibus in English. Exam in English"

Hari tu ada sorang parents PM aku tanya pasal MRSM IGCSE. Dia tanya anak dia nak masuk IGCSE tapi English tak fluent tapi English UPSR A. Macamana?

Hat ni aku tak tau nak jawab sebab bukan aku yang interview.
Tapi macam kawan aku cakap, kalau dah pilih nak ke MRSM IGCSE, memang English kena number one. Sebab ini silibus Cambridge. Dia macam internasional passport recognised by leading universities and employers worldwide. Sebab tu interview dalam bahasa Inggeris. In fact masa aku pi skolah Redza pun, budak-budaknya kiri kanan berbuih speaking. Dia punya announcement pun in English, dia communicate dengan teachers pun English, sampai aku cuak nak cakap melayu kat sana, Macam aku kena denda pulak nanti kalau cakap melayu. Kahkahkah.

Dulu kan masa Redza nak masuk MRSM IGCSE aku cuak. Sedangkan hari-hari pi skolah yang cakap melayu pun BM kau ke laut. Kalau masuk skolah yang hari-hari cakap omputih apa citer la BM kau agaknya. Tapi tak sangka, menjak dia kat skolah tu, result BM dia lagi bagus dari BI. Aku nak cari la saper cikgu BM dia. Tima kasih la cikgu sebab polish BM anak saya ni. Aku ingatkan dah takde harapan dah si Redza dengan BM dia.

Bukan apa, semua pun tau kan, syarat nak masuk U kena ada certain grades dan BM salah satu yang penting. Walaupun berbuih kita cakap akademik bukan penentu kejayaan, tapi kita kena terima hakikat di Malaysia ni kalau kau nak kemana-mana hatta nak masuk U, BM kena lulus (kalau boleh cemerlang). Kalau kau kaya lain cerita. Anak kau tak score pun tak kisah sebab dia boleh keje dengan kau. Kau boleh provide dia RM1 juta untuk start up company.

Masalahnya, peratus yang kaya macam tu tak ramai.
Jadi kita kena akur sebelum kita "berjaya", kita kena lalui proses yang sama macam majoriti yang lain.
Result bagus baru dapat masuk IPTA.
Good grades baru layak dipanggil interview.
Lepas tu baru naik gaji, naik pangkat, benti keje buat bisnes, berjaya, jadi jutawan....bla bla bla bla bla.

Kejayaan mutlak memang dari kerja keras. Tak siapa boleh nafikan.
If you are a go-getter who thinks outside the box, memang kau akan berjaya.
Contoh macam Erin Brockovich.
Someone yang takde apa, tapi boleh jadi legal clerk yang bantu company dia menang kes juta-juta.
Kalau tengok dia sekarang mesti ada yang kata "Cuba tengok dia. Dia pun blaja tak pandai mana tapi akhirnya dia berjaya".
Ye lah, sebab kau tengok masa dia dah berjaya.
Cuba tengok macamana dulu dia makan sekali sehari, tak boleh bayar sewa rumah, pegi mana-mana keje pun orang taknak ambik.
Keje yang dia dapat tu pun sebab dia ugut majikan dia untuk ambik dia keje tau. Kalau tak orang tu pun taknak ambik.

Ok, let's talk about prabability.
This argument is very simple.
As a whole, akademik berkadar terus dengan kejayaan (as a whole).
It doesn't cause success tapi ada kaitan positif kat situ.
Kalau ada kelebihan pada akademik, it helps with finding a better job and building a character.
Dalam kebanyakan kes, kejayaan akademik mendahului kejayaan dalam kehidupan kerana ia membuka pintu kepada banyak peluang.

Ramai orang proud cerita dia sekarang macam ni, macam tu.
Tapi dia lupa sebelum dia berada di tempat sekarang, dia bermula dengan berkuli (makan gaji) juga. Merasa beratur bawak sijil ijazah mintak keje.
Bila dah ada pengalaman, dah ada duit baru melangkah untuk bukak bisnes.
Tapi bila dah berjaya in bisnes perlekeh pulak yang kononnya akademik bukan penentu kejayaan.
Sedangkan dia tau dengan sijil ijazah pun payah nak dapat keje, lagikan kalau takde apa-apa.
Jadi, be realistik lah kalau nak jadikan diri tu contoh teladan. Jangan cerita yang best-best saja. Kesian budak-budak konfius nanti.