walk on wings, tread in air: Sendukkan lauk di majlis kenduri <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>




CONTACT ME

aveo757@yahoo.com

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Sendukkan lauk di majlis kenduri
2017-12-09



Ada orang share post ni kat newsfeed.
Aku baca. Tertarik dengan apa yang dia tulis.
Dia ada pandangan dia sendiri.

Tapi aku ada pandangan lain.

Ini lebih kurang macam kes tetamu datang open house rumah orang tapi takde adab buat rumah orang macam rumah sendiri.

Aku punya pemahaman simple - kita tetamu.
Dia tuan rumah.
Rumah tu dia punya.
Majlis tu majlis dia.

Aku always praktikkan sebelum pegi mana-mana jemputan, makan dulu kat rumah walaupun sikit. Always.

Pertamanya aku sendiri kurang selesa makan di tempat yang ramai orang.
Alangkan kat hotel yang berbayar tu pun kalau dah ramai-ramai tetap aku tak selesa, lagikan kat majlis yang free. Ko boleh imagine tak dia punya sesak macamana? Jadi, makan sikit dulu kat rumah supaya tak rasa stress kalau kena beratur panjang ambik makanan.

Kedua, majlis-majlis kawen/kencuri involve jemputan yang sangat ramai.
Tempat duduk sometimes tak cukup. Makanan kadang dah habis. Itu biasa. Apetah lagi kalau kau lepas Zohor baru nak gerak pi kenduri kawen, kes-kes makanan dah habis selalunya akan ada.
Jadi untuk mengelakkan diri sendiri kecewa dan kelaparan, makanlah dulu sikit kat rumah.

Datang jemputan kawen dalam keadaan lapar selalunya akan mengundang rasa marah bila makanan tak cukup, meja tak berkemas, takde tempat duduk kosong, takde tempat cuci tangan, sudu takde, makanan tak boleh senduk sendiri, bla bla bla bla.
Standard la kalau dah lapar, mesti nak marah. Benda-benda kecik pun nampak besar.

Tak, aku tak kata penulis ni tengah lapar.
Tapi lapar memang always jadi punca marah di tempat makan.

Aku kalau pi kenduri dah biasa bawak sudu garfu sendiri. Saja standby kot-kot sudu garfu tak cukup.
Kalau dorang ada sudu aku pakailah sudu dorang.
Kadang-kadang tuan rumah bagi sudu plastik (aku la tuan rumah yang selalu bagi sudu plastik), nak makan lauk berdaging takut patah pulak sudu tu so boleh la pakai sudu yang aku bawak dari rumah.
Pastu aku bawak sekali hand gel yang kecik 25ml tu.
Bukan apa, kadang kalau makan guna tangan, orang sediakan air basuh tangan je tapi tak sediakan sabun, so boleh la aku wangikan tangan aku dengan hand gel.
Apa yang kita boleh settlekan sendiri, kita buat.
Kita bukan makan kat hotel nak semuanya tip top. Kita makan rumah orang kot. Cantiknya muka kita semua nak tuan rumah sediakan?

Walaupun kita rasa tak selesa bila makanan kita 'dicatu' ala-ala budak skolah asrama, tapi kita jangan lupa itu tempat orang, majlis orang. Kita dijemput datang untuk meraikan dan untuk makan. Makanlah apa yang dibagi.

Tuan rumah kata "Makanlah apa yang ada" bukan bermaksud makan selagi ada.
Kalau yang dibagi tu cuma seketul, maknanya yang seketul tu lah yang ada untuk kita jadi kita makan yang tu je.
Ini bukan soal tak melayan tetamu.
Kita nak layanan yang macamana lagi. Kita dah dijemput kot. Karang kalau tak dijemput kecik ati pulak. Bila dah dijemput banyak pulak yang kita komplen.

Ada macam-macam sebab kenapa makanan perlu disendukkan.
Boleh jadi nak elakkan pembaziran atau memang tak cukup.
Majlis makan-makan kadang-kadang tak dapat dijangka.
Kadang kita bajet ada lebih, rupanya cukup-cukup.
Aku yang dah selalu buat open house ni pun pernah sekali tu boleh tak cukup makanan. Padahal dah biasa, dah boleh bajet but still terbabas gak.
Ada satu tahun tu semua yang dijemput, semua datang. Selalunya ada gak dalam 30 orang tak datang.
Tahun tu, semua datang dan kebetulan ramai yang datang siap angkut adik akak abang mak pak.
Belum pukul 2.30pm makanan dah nak habis.
Menggagau Ibal tolong lari ke Giant jap beli 10 pek mee kuning and 2 ekor ayam lagi.
Aku bajet kalau pukul 4pm orang masih ramai, last resort pi mamak borong semua ayam berempah mamak tu.

Things like this happen.
Kalau tuan rumah ada bajet and ada masa nak masak lagi, takde masalah.
Kalau yang takde extra bajet, caranya memang terpaksa sendukkan lauk je la.
Tuan rumah pun taknak buat macam ni tapi kalau dah dia pun nampak orang datang ramai, lauk macam tak cukup je ni, terpaksa la buat jugak catuan.
Catuan tu dibuat supaya semua orang dapat makan. Tak puas makan belakang cerita yang penting semua yang datang dapat makan.
Sendukkan lauk pun salah satu usaha untuk mencukupkan juga.
Takkan la dah nampak orang datang ramai tapi lauk macam tak cukup nak berserah pasrah macam tu and anggap yang tak dapat makan tu bukan rezeki dia.

Dalam screenshot pertama aku highlitekan di kawasan warna biru yang mana dia tulis "tetamu disuruh makan apa yang dihidang bagi banyak untuk menyukakan hati tuan rumah, bahkan nabi pernah menghabiskan buah limau masam yang dijamu sebuah rumah sahabat tanpa merungut".

Aku tak sure ini petikan dari hadis yang mana tapi clearly dalam statement ni seolah-olah "bagi banyak" tu yang dia nampak. Sedangkan dalam tu jugak ada ditulis "tetamu disuruh makan apa yang dihidang" dan juga "menghabiskan tanpa merungut".

Makan apa yang dihidang & jangan merungut.
Untuk orang yang kuat makan, sepinggan mungkin tak cukup.
Untuk yang makan sikit, 4 sudu nasi pun dah dirasa banyak.
Jadi, kalau pergi rumah orang, majlis orang, kenalah blaja hormat tuan rumah. Apa yang dia bagi, kita ambik. Yang dia tak bagi tak payah mintak-mintak.

Rasulullah saw bersabda "Sebaik-baik kamu ialah orang yang memberikan makanan kepada orang" (Ahmad dan Al Hakim).
Dalam hadis ni tak dinyatakan pulak makanan kena bagi banyak.

Kawal lauk dan menu cincai bukan hal kita.
Itu hal tuan rumah melainkan kita ada masuk share sekali maka boleh komplen.
Tapi kalau kita sekadar tetamu yang diundang datang ke majlis, maka perlu berbalik semula pada adab Rasulullah sebagai tetamu tadi - "...tanpa merungut".

posted by aveo757 @ 9:00 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER