2017-12-15

Betul ke kalau berat berkurang, dada ikut mengecut sama?


Kan last week aku ada tulis pasal size badan and size breast.
Pastu ada yang cakap bila dia kurus, breast pun ikut jadi kecik sama.
Ok ni aku nak explain sikit karang ada yang salah faham pulak.

Dalam kebanyakkan kes, kalau badan kita mengecut, dada pun mengecut juga.
Tapi tak semua macam tu.
Perasan tak ada yang senaman macam nak rak tapi peha tetap gabak, bontot tetap lebar. Breast je mengecut.
Ada pulak yang pinggul mengecut tapi dada maintan cup C walau pinggang dah secekak.
Belum tentu bila berat kita turun, lemak-lemak kat celah peha, bontot and dada ni pun turun sekali.
Sebab semua tu bergantung pada berapa banyak tisu lemak yang ada kat sana.
Kalau kawasan bontot tu banyak tisu lemak maknanya kalau berat kau naik, kelebaran bontot kau akan bertambah.
Bila badan kau mula kurus, bontot kau akan nampak ketara mengecut.
Dan kalau dada kau banyak lemak, setiap kali berat bertambah setiap kali tu la kau bertukar saiz coli.
Bila berat susut, breast kau nampak ketara kecutnya.

Tisu lemak memang paling banyak kat bahagian dada.
Jadi dalam kebanyakkan kes, bila badan kau menyusut, breaat akan ikut sama susut.

Tapi, certain pompuan, breast dia lebih padat. Tisu lemak kurang.
Jadi, kalau berat turun, breast tak banyak beza.
Genetik pun mainkan peranan dalam menentukan jumlah tisu lemak dalam breast.
Check la balik salasilah kau. Mana la tau kot ada tempias arab ke, india ke, insyallah kau kurus pun tetek kau tak banyak berubah.

Those yang tisu lemak banyak kat breast ni kena hati-hati sikit dengan berat badan.
Jangan cuba-cuba nak turunkan berat badan dengan drastik sebab bila berat kau turun mendadak, breast kau jadi melayut sebab suppotive tissue kat kawasan tu meregang bila lemak hilang mendadak.
That's why dalam mana-mana cara sekalipun, jangan cuba extreme diet.
Sebab struktur badan kita tak sama. Dibuatnya lemak kau memang banyak kat tetek, sekali kau drop weight dengan drastik, tetek kau pun merebeh sama. Dah satu hal nak cekau produk tegangkan breast.
Tapi tak tegang mana dah kalau kulit sagging. Sebab, bila berat badan drop dengan cepat, elastin dan kolagen yang support tisu dalam breast akan 'pecah'. Bila kau buat diet extreme berterusan, tisu ni akan kekal pecah dan takkan kembali ke asal. Kau tenyeh 10 kilo krim penegang dan 10 tong pil pun tetek kau takkan kembali asal.
Kalau berat badan drop 400-900g seminggu itu dah kira penurunan berat badan sihat dah tu. Takyah nak cepat-cepat sangat, kau nak gi mana?

Melainkan breast kau jenis padat dan kurang tisu lemak, yang ni lain cerita.
Bentuk akan kekal walau berat badan turun. Kalau mengecil pun sikit sangat sampai tak perasan.
Itu kelebihannya, takyah asik keluar duit beli coli baru.
Tapi kekurangannya macam aku cakap hari tu lah. Pinggang dah secekak tapi breast masih besar. Kena pakai baju berpinggang baru nampak slim. Masalahnya bila pakai baju berpinggang, dada nampak terjojol.
Well, win some lose some omputih kata.

Badan kita ni berubah ikut umur.
Yang muda-muda toksah la sibuk nak besarkan dada. Besar mana lagi korang nak.
Korang muda, breast masih penuh dengan fiber. Dah cantik dah tu.
Macam yang dah berusia tu lain cerita sebab bila dah semakin berusia, fiber dah berkurang. Nak-nak kalau jenis breast yang tak banyak tisu padat tapi banyak lemak. Bila umur meningkat, breast dan start hilang structural support. Yang ada cuma lemak. Layak la nak tenyeh krim penegang pun.

Macam aku, aku rasa tissue lemak aku banyak kat muka.
Sebab berat aku sekarang kurang dari berat selepas aku bersalin Rayyan.
Lepas bersalin Rayyan, muka aku runcing walaupun masa tu berat 55kg.
Now, berat 51kg, tapi muka macam loyang.
Bila aku pikir-pikir balik apesal muka aku makin macam loyang ni?
Pastu baru aku teringat agaknya muka aku ni banyak tisu lemak.
Bila dah makin tua, support dah kurang, maka lemak pun bertempiaran.
Pernah tak nampak orang badan size XXL tapi muka saiz S?
Orang macam ni jenis muka tak banyak lemak, lebih banyak tisu padat.
Jadi kalau selfie cantik je sebab muka dia kekal tirus.

Aku pernah baca satu artikel dari dokter cosmetic surgery US.
Dia buat fat filling kat breast guna lebihan lemak dari peha and perut. Kira macam kekdah natural nak besarkan breast, takyah guna silikon. Dia sedut lemak patient tu dari bahagian yang terlebih, pastu dia injectkan lemak tu kat breast. Lebih selamat dan alami gitu. Dan bentuk dia lebih cantik. Nampak natural je. Tapi kalau esok pompuan tu gemuk, aku takleh imagine tetek dia naik ke cup apa. Mau kena customade coli.
Tapi lagi ngeri esok kalau dah tua bila support fiber dah berkurang. Oh kenot imagine betapa bertempiarannya bentuk dia. Eh.



Berbaloi kan beli Basic Value Pack?
Especially yang belum pernah cuba Cleasing Gel GreenAard.
Macam customer ni beli Basic Value Pack sebab alang-alang ada Cleansing Gel dalam tu.
Seminggu jerawat dah hilang. Alhamdulillah. Happy customer.

Yang dah biasa beli Cleansing Gel kalau nak top-up stok, aku suggest gunakan point korang.
Selalunya tebus 600 point untuk dapatkan RM10 diskaun.
Tapi HARI NI LAST DAY untuk tebus 100 point dapat RM6 diskaun.
Rare ni tau. Belum pernah kitorang bagi tebus point serendah ni. Paling rendah selama ni nak kena ada 600 point.

So, korang WHATSAPP SINI atau Live Chat untuk beli.
Nak semak balance point pun boleh.

p/s : Tak tau nak live chat cemana? Masuk website www.greenaard.com pastu bahagian bawah belah kiri ada chat box.