2017-11-10

Naik lemak


Aku rasa ramai cikgu baca blog aku kot. Sebab entry semalam ramai juga yang email mengaku cikgu.
Maka banyaklah luahan hati seorang guru aku baca semalam.
Ya..ya. Aku faham. Aku mengajar Rayyan sorang pun sampai nak merekah anak tekak. Inikan cikgu ajar 40 orang murid.
Kawan aku yang lecturer Uni mengajar budak-budak dah berbulu atas bawah pun masih lagi kena hempas buku ke meja nak bagi satu hall senyap. Itu cara-cara yang dah berakal. Pun tak reti undang-undang dalam hall takleh bising. Lagikan budak 7-8 tahun.

Aku sebenarnya tak aware sangat apa yang boleh dan apa yang tak boleh di sekolah sekarang.
Yang aku tau denda-denda ni semua tak boleh dah, kan?
Duduk atas tar pun takleh kan? Hahahaha.
Duduk atas jalan tak kasi katanya. Tapi bila mintak sumbangan PIBG bagi RM50 je. Len kali sepakat bawa keluar RM1000 sorang. Barulah skolah boleh buatkan peterana untuk anak kau.

Aku teringat pesan orang dulu-dulu, katanya "Jangan manja-manjakan sangat anak, nanti dah besar naik lemak".
Tapi malangnya, kita akhirnya memaksa guru-guru gunakan kekdah 'memanjakan anak-anak' kat skolah. Untuk encourage pelajar datang ke skolah katanya.

Setau aku, encouragement tu adalah sesuatu yang akan menaikkan semangat dan mendorong untuk seseorang berusaha mencapai target.
Manja lain. Encouragement lain.

Dulu masa aku makan gaji, bos aku punya sales commision incentive macam ni - Kalau hit RM100K, komisyen 1%. Tapi kalau hit RM100-150K, komisyen 1.8%.
Jadi, siapa nak lebih, kena usaha lebih.
Ini baru namanya encouragement.

Setakat pujuk rayu "Tahniah, kerana anda datang ke skolah!".
Ni encouragement pebendanya?
Datang skolah tapi taknak blaja.
Datang sekolah tapi homework tak buat.
Sebab siang-siang dah letakkan syarat - at least murid tu datang ke skolah.
Hambik buku teks tu hayun kat kepala baru datang akai.
Agaknya sebab tu aku tak jadi cikgu, kalau tak mati anak orang aku kejekan.

Jangan wujudkan generasi stoberi kat murid-murid.
Tau tak stoberi camana?
Nak kena suhu sejuk, special treatment. Nak sedap, kena makan kat suhu sejuk jugak.
Macam stoberi kat Cameron tu sedap makan kat atas tu je.
Bawak turun ke bawah, belum apa-apa dah benyek.
Macam tu la esok budak-budak skolah ni kalau dimanjakan. Jadi generasi stoberi. Cute je lebih tapi senang benyek.

Aku suka bila ada cikgu yang berinisiatif tempah stamp pad katun with caption "Good job!" untuk dicop kat homework anak-anak yang buat keje dengan cemerlang.
Ini encouragement. Bagi semangat untuk budak-budak maintain kecemerlangan.
Tapi, kalau budak tu tak siapkan homework masih lagi cikgu kena cakap "Takpe, sekurang-kurangnya kamu hadir ke skolah" - ni namanya memanjakan. Puji tak kena tempat. Sape punya idea ntah.

Bila kita mengharapkan perubahan sikap berlaku melalui kekdah rayuan and pujian, akan banyak datangkan buruk dari baik.

First, pujian menuntut kesempurnaan.
Nak kena puji mestilah kena sempurna baru boleh dapat puji, kan?
Jadi orang akan fokus pada kesempurnaan saja, bukan pada progress ke arah kesempurnaan tu.
Meniru/memplagiat pun takpe, janji nampak sempurna. Boleh dapat puji.
Bak kata Sazali "Sazali tiru sebab karangan dia bagus, Pak. Nanti, Sazali dapat puji".
P Ramlee memang bijak. Dia dah boleh baca apa akan berlaku masa depan. Kita je yang bodoh. Tengok Anakku Sazali 147 kali pun tak paham-paham lagi.

Second, terlalu biasa dengan pujian akan menghilangkan harga diri.
Dek kerana nak kejarkan pujian akhirnya kita tak kenal dah mana satu diri kita. Asalkan dapat puji.
Kat IG sekarang ni dah ada contoh banyak. Bergambar dengan barang pinjam, keta pinjam, rumah pinjam. Janji dapat puji.
Dan sebab tu jugalah ada orang ambik jalan singkat seperti membeli PhD. Sebab dia tau kebanyakkan orang percaya pada apa yang dia nampak je.
Kita dah dibiasakan untuk tunjuk hasil je. Cara kerja tu tak pernah tanya.

Third, pujian akan buatkan kau senang nak berputus asa.
Acceptance and support takde.
Kalau kau berjaya, orang puji. Kau bangga.
Bila kau tak berjaya, kau akan kecewa. Sebab bagi kau pujian itu penting.
Tak heranlah ramai student bunuh diri bila CGPA jatuh.
Walaupun dapat 3.85, tapi sebab sem yang lepas dapat 4.0, maka frust.
Frust sebab tak dapat pujian, atau pujian kurang.
Terjun bangunan.

Akhirnya, dek kerana dah terbiasa nak kena belai, bila keje esok kena sound sikit dengan bos, benti keje terus. Lemau.

Budak-budak takde beza dengan orang tua macam kita.
Kita yang tua ni pun kalau dah terbiasa dengan pujian, terbiasa dengan approval orang sekeliling 24 jam, lama-lama akan bergantung terus pada pujian tu. Dah tak reti nak kenalpasti apa diri sendiri nak. Semua nak tunggu orang approve.

Contohnya, dapat banyak likes baru datang yakin apa yang kita buat betul.
Kalau tak banyak likes, maknanya tak betul.
Nak kena dipuji baru ada keyakinan. Tak dipuji je down. Demotivated.
Tu baru orang tak puji. Belum kena hentam lagi. Kalau kena hentam mati agaknya.
Budak-budak pun macam tu nanti.
Kalau asik-asik nak kena dibelai nak kena dipuji nak kena dirayu, lama-lama dorang punya decision-making process tu damage.

Len kali dengar cakap orang tua-tua.
Jangan manjakan sangat anak nanti naik lemak.
Naik lemak kat perut takpe, ada GC Plus. Eh.



Nak clearkan stock.
Ini je yang tinggal.
Whatsapp http://www.wasap.my/60127728976