2017-11-11

Pilih syurga



Ini status FB aku 2 hari lepas.
Maybe aku explain ni tak cukup panjang, aku takut ada yang salah faham.
So aku nak explain panjang sikit kat dalam ni, ikut pandangan ustaz and ilmu yang aku belajar dari dia.

Memang kita semua masuk syurga dengan rahmat Allah, bukan dengan pahala.
Tapi pahala yang kita dapat dari setiap kebaikan dan amal soleh yang kita buat, juga merupakan bentuk rahmat Allah.

Sebab apa dikatakan pahala itu adalah rahmat?


Part 1

"Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak seorangpun yang sanggup melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Fathir 2)

Apa saja yang Tuhan bagi pada kita, namanya rahmat.
Termasuklah pahala.
Pahala = rahmat.
Jadi, pahala boleh membuatkan kita masuk syurga.

Amalan yang kita kerjakan cuma sikit, tapi Allah bagi pahala berganda-ganda.
Allah tak pernah bagi kita pahala cuma 1 untuk setiap kebaikan.
Paling sikit dia bagi 10 kali ganda. Tapi selalunya lebih berganda-ganda.

The 'berganda-ganda' inilah yang dikatakan rahmat.
Allah bagi sebab Dia belas pada kita. Takpelah, Aku bagi lebih. Gitu.

Ok yang tu satu bab.
Tunggu, aku belum habis lagi.


Part 2

"Tidak ada amalan seorang pun yang bisa memasukkannya ke dalam syurga, dan menyelamatkannya dari neraka. Tidak juga denganku, kecuali dengan rahmat dari Allah" (Muslim 2817).

Ok yang ni Rasulullah saw cakap even dia masuk syurga pun bukan sebab amalan atau apa-apa sekalipun, tapi sebab rahmat Allah.
Hadis ini membawa maksud tersirat supaya kita tak ujub dengan amalan yang kita buat.

So, kalau kita tak masuk syurga kerana pahala, apa perlunya beramal?
Apesal ada ganjaran pahala 27 kali ganda, 10 ribu kali ganda, 100 ribu kali ganda kalau semua ni bukan punca masuk syurga?

Ok, ni satu bab lagi.
Sabaq, blom habis lagi ni.


Part 3

"Itulah syurga yang dikurniakan untuk kamu, disebabkan amal soleh kamu dahulu di dunia" (Az-Zukhruf 72).  

"Bidadari-bidadari syurga berkulit putih bersih dan bermata indah. Bidadari -bidadari itu putih bersih bagaikan mutiara-mutiara yang bejijir rapi. Semua itu sebagai balasan bagi orang-orang mukmin atas amal soleh yang mereka kerjakan di dunia" (Al-Waaqi’ah: 22-24). 

"Masuklah kamu ke dalam syurga itu disebabkan apa yang telah kamu amalkan" (An-Nahl 32).

"Itulah syurga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan." (Al-A’raf 43).

Part 2 and Part 3 macam ada dispute, kan?
Tapi sebenarnya tak.
Takkan la Rasulullah saw tolak Quran.

Kesimpulannya kat sini, syurga itu bukan balasan kepada amalan kita.
Tapi ia menjadi penyebab masuk ke syurga.

Di syurga kan ada banyak tingkat, ada banyak pintu.
Kita masuk syurga kerana rahmat Allah, tapi kita masuk syurga yang mana satu adalah kerana amalan kita.
Amalan kita di dunia yang akan menentukan darjat kita di sana.
Masuk pintu ke berapa, tingkat keberapa, darjat apa.

Hadis Rasulullah saw (Part 2) tadi tak boleh dibaca yang itu saja. Tak boleh diambil sikit-sikit.
Bukan apa, takut nanti kita akan keliru dan dikhuatiri mengelirukan orang lain.
Nanti orang lain ingat tak buat amal pun takpelah, sebab masuk syurga bukan sebab amalan pun.

Samalah dengan ayat "Solat sunat tu tak wajib. Kalau tak buat tak dosa".

Tapi dia tak sambung "....kalau buat dapat pahala".

Disebabkan itulah ramai yang tak berapa minat amalan sunat sebab dalam kepala dah dipasakkan 'tak buat tak dosa'. Jadi orang pilih untuk tak buat.

Amalan kita kat dunia ni sangat sederhana.
Dalam masa 24 jam sehari, 30 minit je kita spend untuk solat fardu. Masih ada 23 jam 30 minit free.
Kalau ada mengaji, ada. Kalau ada solat sunat, ada. Kalau ada zikir, ada.
Kalau takde, makannya 30 minit tu je lah amalan kita sehari.
Tapi sebab Allah belas kasihan pada kita, dibaginya rahmat berbentuk pahala yang berganda-ganda walaupun hanya baru berniat (belum buat amal pun lagi).

Allah menetapkan sesuatu lengkap dengan sebab dan akibat. Kan Dia Maha Adil.
Of course tak sama kurnia antara orang yang banyak beramal, istiqomah, ikhlas, tinggi ketakwaan serta imannya dengan mereka yang biasa-biasa saja kualiti iman dan amal.
Kita masuk syurga dengan rahmat Allah, tapi syurga mana kita masuk adalah bergantung pada pahala kita.
Harapnya jangan ada salah faham menganggap amalan lansung tak membawa kita syurga.



OFFER INI MASIH ON. KITA TUTUP SENIN, 13 NOV.